Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts

Monday, 29 June 2020

ZULKAEDAH : KEISTIMEWAAN DAN PERISTIWA BESAR

Bismillah Alhamdulillah


Pada entri bulan Muharram saya ada sebutkan terdapat empat bulan haram yakni suci dalam Islam seperti yang termaktub dalam surah at taubah ayat 36. Zulkaedah merupakan satu daripada bulan haram itu. 

Zu bermaksud "yang empunya" manakala Qa'adah bermaksud duduk. Ianya membawa erti bulan berehat-berehat kerana sudah menjadi tradisi masyarakat Arab untuk tidak berperang di bulan ini. Secara bahasa maksud bulan ini ialah bulan genjatan senjata.

Tidak terdapat ibadah khusus di bulan ini selain ianya menjadi bulan permulaan untuk melaksanakan haji. 

PERISTIWA BESAR DI BULAN ZULKAEDAH

1. Peperangan Bani Quraizah

Peperangan ini berlaku pada Zulkaedah tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab ditewaskan, malaikat Jibril A.S memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa Allah telah memerintahkan nabi agar memerangi bani Quraizah kerana mereka bersubahat dengan tentera Ahzab dalam menyerang umat Islam.

2. Perjanjian Hudaibiyah

peristiwa ini berlaku pada penghujung tahun ke 6 Hijrah. Antara sebab berlakunya perjanjian ini ialah kerana Rasulullah ingin melaksanakan umrah di Mekah.

3. Bai'atur Ridwan

Peristiwa ini berlaku sebelum terlaksananya Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah s.a.w mengutuskan Uthman bin Affan r.a ke Mekah untuk menyuarakan tentang kenapa rombongan Rasulullah s.a.w di halang memasuki Mekah. Uthman telah ditahan untuk beberapa lama dan berita mengenai Uthman bin Affan terbunuh tersebar. Rasulullah s.a.w kemudiannya mengajak sahabat-sahabat berbaiah dengan baginda di bawah pohon kurma untuk menuntut kematian Uthman. Maka terjadilah Bai'atur Ridwan.

4. Berlakunya Haji Wida

Pada tarikh 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah s.a.w meninggalkan kota Madinah untuk menuju ke kota Mekah bagi menunaikan haji Wida (Haji terakhir). Haji tersebut adalah haji pertama dan terakhir bagi Baginda. 

5. Kematian Ibnu Taimiyah.


Selaku seorang Muslim, adalah suatu keperluan bagi kita untuk mengetahui akan sejarah Islam itu sendiri. Ramai di antara kita yang menganggap biasa banyak bulan-bulan Islam kerana tidak seperti puasa di bulan Ramadhan atau hari raya di bulan Syawal. Banyak peristiwa besar dalam Islam berlaku di beberapa bulan yang lain juga antaranya seperti yang berlaku dalam bulan Zulkaedah. Dengan penulisan ini harapnya dapat mendidik kita semua. 


Penulisan oleh : 

Naturemujahid
07 Zulkaedah 1441 Hijrah
29/06/2020
(Isnin) 

SYAWAL : BULAN KEMENANGAN DAN PERISTIWA BESAR

Bismillah Alhamdulillah


Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah dan merupakan satu daripada 12 bulan yang di sebutkan dalam firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36 


"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu DIA menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyirikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa." 

Nama Syawal berasal dari kata "Syalat" yang bermaksud mengangkat dan dari kata kerja "Tasyawwala" yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Pada zaman masyarakat Arab dulu, bulan ini adalah bulan di mana banyak unta betina mengandung lalu menyebabkan unta unta ini tidak boleh mengangkat bends berat lalu majoriti masyarakat pada ketika itu mengangkat barang-barang milik mereka sendiri tanpa unta.

Kemuliaan yang terdapat dalam bulan Syawal berbanding bulan yang lain ialah kerana di dalamnya terdapat satu perayaan yang sinonim dengan umat Islam iaitu hari raya Aidilfitri. Hari kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. 

Antara amalan-amalan sunnah yang Rasulullah s.a.w lakukan dalam bulan Syawal sempena menyambut Aidilfitri ialah : 

1. Bertakbir

Bertakbir pada 1 Syawal merupakan amalan yang di syariatkan. Takbir bermula pada malam terlihatnya hilal "anak bulan" seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185

"....supaya kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." 

2. Lafaz ucapan Hari Raya Aidilfitri

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain dengan ucapan "Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin" namun apa yang lebih bertepatan dengan amalan menteladani sunnah Rasulullah s.a.w adalah sebagaimana yang di ceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya 

"Apabila para sahabat bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabballahu minna waminka (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu) 

3. Meneruskan Qiamulail (Solat Malam) 

Meneruskan semangat solat malam seperti yang di lakukan pada bulan Ramadhan. 

4. Mandi pada pagi hari raya

Disunnahkan mandi pada pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat hari raya. 

5. Makan sebelum solat Aidilfitri

Disunatkan juga untuk menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri.

6. Mengerjakan Puasa sunat enam hari di bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w 

" sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiring dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun" HR Muslim.

7. Amalan Ziarah menziarahi

Satu lagi amalan terpuji yang di lakukan ialah ziarah menziarahi sesama Muslim di hari mulia.

PERISTIWA-PERISTIWA BESAR DI BULAN SYAWAL

1. Terjadinya Perang Uhud (pada 7 atau 11 atau 15 Syawal)

2. Perang Bani Qainuqa

3. Perang Bani Sulaim di Kudri

4. Perang Khandaq (Perang Ahzab)

5. Perang Tha'if

6. Pernikahan Rasulullah s.a.w dan Ummu Salamah

7. Perang Hunain

8. Kelahiran Imam Bukhari

9. Kewafatan Imam Bukhari

10. Kelahiran Abdullah bin Zubair

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian ringkas mengenai asal usul nama bulan Syawal serta keistmewaanya dan peristiwa besar yang berlaku di dalamnya untuk menjadi panduan dan peringatan buat diri ini dan semua selaku bergelar Muslim 

Penulisan oleh : 

Naturemujahid
07 Zulkaedah 1441 Hijrah
29/06/2020
(Isnin)

Tuesday, 25 February 2020

MUHARRAM : FADHILAT DAN PERISTIWA BESAR

Bismillah Alhamdulillah


Muharram merupakan bulan pertama dalam takwim hijrah kalender milik umat Islam. Susunan ianya menjadi bulan pertama berlaku di zaman pemerintahan khalifah yang kedua iaitu Umar al Khattab r.a. 

Entri sebelum ini saya spesifikasi untuk hari Ashura sahaja iaitu perayaan pada 10 Muharram dan untuk entri kali ini saya akan menyentuh mengenai keseluruhan bulan Muharram serta peristiwa dan fadhilat bulan ini. 

Muharram berasal daripada bahasa arab dari asal kata "Harrama yuharrimu" yang bermaksud bulan yang diharamkan atau "bulan terlarang" kerana pada bulan ini diharamkan untuk dilakukan peperangan, pembunuhan serta kekerasan.

Allah berfirman dalam surah At Taubah ayat 36 


bermaksud : "sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat itu) dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah beserta dengan orang orang yang bertaqwa."

Jelas menunjukkan bahawa dalam dua belas bulan Islam ada empat ialah bulan haram iaitu Muharram, Zulkaedah, Zulhijjah dan Rabiulawal. 

PERISTIWA PERISTIWA PENTING 

1. PENETAPAN KALENDER HIJRAH

Khalifah kedua iaitu Sayyidina Umar al Khattab menetapkan pengiraan permulaan kalender hijrah pada 1 Muharram.

2. HARI ASYURA

10 Muharram juga dikenali sebagai hari Ashura dimana padanya banyak berlaku peristiwa besar antaranya 

> Nabi Adam bertaubat kepada Allah
> Nabi Idris diangkat ke langit
> Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah daripada banjir besar
> Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah daripada di bakar oleh raja Namrud
> Nabi yusof dibebaskan daripada penjara
> Allah menjadikan Arsy
> Allah memberikan nabi Sulaiman pemerintahan yang besar
> Hari pertama Allah menurunkan rahmat
> Nabi Isa di angkat ke langit

Begitu banyak peristiwa besar yang berlaku pada bulan haram ini dan antara yang boleh dilakukan di bulan Muharram ialah puasa Ashura. Rasulullah menganjurkan agar kita turut berpuasa pada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram bagi membezakan kita dengan puasa kaum Yahudi dan Nasrani. 

Moga kita dapat melaksanakan amal ibadah dengan mendapat redha Allah azza wajallah. 

RAMADHAN : SEJARAH PUASA DAN PERISTIWA BESAR

Bismillah Alhamdulillah



Ramadhan merupakan bulan yang ke 9 dalam kalender Islam dan merupakan bulan yang sangat sinonim dengan puasa bagi umat Islam. Ianya merupakan bulan yang sangat terkenal daripada 12 bulan yang ada dalam kalender Hijriah. Selaku seorang muslim adakah kita tahu apa sebenarnya maksud Ramadhan? 

Disini saya ingin kongsikan asal perkataan Ramadhan itu sendiri kerana sebagai umat Islam di Malaysia yang mana bahasa arab bukanlah sesuatu kebiasaan dalam pertuturan, sudah tentu kita tidak berapa mengetahui apa di maksudkan dengan perkataan Ramadhan. 

Terdapat pelbagai definisi Ramadhan, antaranya ianya berasal daripada perkataan "Ramidha" yang bermaksud membakar orang yang berpuasa seperti yang di nukilkan di dalam kitab Lisanul Arab. 

Ibnu Katsir berkata di dalam tafsirnya, kata Ramadhan itu diambil daripada kata "ar Ramdha" yang bermaksud keadaan yang sangat panas kerana Ramadhan biasanya jatuh pada bulan yang sangat panas di jazilah tanah arab. Ramadhan juga berasal daripada kata "Ar Ramdhu" yang bermaksud batu yang sangat panas kerana teriknya matahari. 

Al Qurtubi dalam tafsirnya turut menyebutkan bahawa dinamakan bulan Ramadhan kerana ia menggugurkan atau membakar dosa dosa. Kesemua definisi di atas membawa kepada satu persamaan iaitu panas dan terik yang mana memang sinonim dengan bulan Ramadhan.

Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 183 


bermaksud: "wahai orang orang beriman, di wajibkan atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" 

yang mana ianya merupakan hukum kawajipan berpuasa ke atas individu muslim. Surah Al Baqarah ayat 185 turut menjelaskan lagi 


bermaksud: "Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya di turunkan al quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu barang siapa diantara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantikannya) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari hari yang lain. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepadamu agar kamu bersyukur" 

Allah memerintahkan untuk kita berpuasa namun tahukah kita sejarah puasa itu sendiri? 

Puasa Ramadhan mulai disyariatkan pada 10 Sya'ban tahun kedua Hijriah atau saat setelah umat islam diperintahkan untuk memindahkan kiblat daripada masjidil Aqsa ke masjidil haram. Puasa mulai diwajibkan pada tahun kedua hijriah atau 624 masihi bersamaan dengan syarat solat, haji, zakat dan qurban.

PERISTIWA PERISTIWA DI BULAN RAMADHAN

1. PERANG BADAR 

Peristiwa perang Badar Qubra ini berlaku di bulan Ramadhan di tahun kedua setelah hijrah Rasulullah s.a.w yakni pada 17 Ramadhan. Peristiwa besar ini menentukan kedudukan dan kemuliaan Islam di muka bumi.

2. NUZUL QURAN

Ramadhan juga adalah bulan dimana al quran pertama kali diturunkan kepada baginda Rasulullah s.a.w. Ianya berlaku pada malam jumaat 17 Ramadhan tahun ke 41 keputeraan baginda. 

3. PERSIAPAN TENTERA ISLAM MENGHADAPI PERANG KHANDAQ

4. PEMBUKAAN SEMULA KOTA MEKAH (FATHUL MAKKAH)

Pembukaan dan penawanan semula kota mekah berlaku selepas musyrikin mekah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telah di metrai. Peristiwa ini berlaku pad 10 Ramadhan tahun ke lapan Hijrah.

5. KHALID AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA UZZA

6. PERJALANAN RASULULLAH S.A.W KE TABUK

7. PERLUASAN ISLAM DI ANDALUS 

Islam menawan Andalus pada 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah.

8. ISLAM SAMPAI KE YAMAN 

9. PENYERAHAN KOTA TAIF

10. PERANG AIN JALUT 

Kaum Monggol pada tahun 126 hingga 1405 masihi melebarkan penakhlukan hampir kesemua benua asia. Pada tahun 1258, Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan dinasti Abbasiah pada ketika itu. Pada 25 Ramadhan 658 Hijrah, tentera Islam membuat serangan balas di Ain Jalut dan berjaya menewaskan tentera Monggol.

11. KEKALAHAN TENTERA SALIB (1187) 

Dalam Perang Hittin, Sultan Salahuddin Al Ayubi menawan semula Jerusalem dan tentera salib ditewaskan di peperangan yang ketiga pada 10 malam terakhir Ramadhan.

12. PEPERANGAN ZALLAQAH DI PORTUGAL (23 Oktober 1086M)

Islam memenangi peperangan Zallaqah atau "battle of Sagrajas" pada tahun 459 Hijrah bersamaan dengan 23 Oktober 1086 masihi diantara tentera Almoravid di bawah panji Raja Yusuf ibn Tashfin melawan tentera Castilian dibawah Raja Alfonso VI.

13. PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 hijrah, tentera Islam dinasti Uthmaniah dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah tentera 34,000 orang mengalahkan tentera Rusia berjumlah 740,000 orang. Ianya menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh pemerintahan Tzar di Rusia.

14. TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL (06 Oktober 1973M)

Garis Bar Lev ialah jaringan pertahanan yang dibuat oleh Israel selepas mereka menawan Sinai. Pada 10 Ramadhan 1390 hijrah, Mesir dapat menghancurkan kubu pertahanan Israel. Ini menjadi titik tolak perjuangan yang amat besar dalam pertembungan dan penyekatan pengaruh Yahudi dalam kancah memecah belahkan kesatuan negara negara Islam di Arab dan di Afrika Utara. Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Yom Kippur. 

15. PERISTIWA BERDARAH DI AMBON INDONESIA (1999)

Kisah bermula dengan pemuda Bugis yang meminta untuk di bayar hutangnya oleh pemuda Kristian tetapi akhirnya di pukul. Peristiwa tersebut kemudiannya menjadi semakin parah sehingga berlakunya kejadian berdarah di daerah Ambon Indonesia. 

16. PEMBUNUHAN BERAMAI RAMAI ROHINGYA 

Rohingya merupakan kumpulan etnik beragama Islam di utara negara Rakhine yang terletak di barat Burma. Orang Rohingya di cabul hak asasi kemanusiaan mereka oleh Junta tentera Myanmar sejak tahun 1978.

Berikut merupakan antara peristiwa peristiwa besar yang berlaku di bulan Ramadhan yang mana kita sebagai umat Islam harus cakna dan ambil perhatian akan peristiwa dan keadaan yang berlaku ini. 

Marilah kita menjadi muslim yang bukan sahaja berpuasa bila tiba Ramadhan tetapi juga menjadi muslim yang jelas fikrah dan tuntutannya. Moga Ramadhan yang bakal kita lalui ini kita sampai kepadanya insyaAllah. 

Penulisan oleh :

Naturemujahid
01 Rejab 1441 Hijrah
25.02.2020
(Selasa)

Tuesday, 12 November 2013

HARI ASYURA : 10 MUHARRAM

Bismillah Alhamdulillah



Alhamdulillah, selesai berliqo bersama sahabat-sahabat di tepi tasik sehingga masuknya waktu Zohor, panasnya cuaca di luar tidak mengganggu kemesraan dalam majlis. Pelbagai perkongsian di beri, Alhamdulillah...... seronok duduk dalam jemaah ni 

=.=""

Sebut Liqo ni, mesti akan ada makan. Ha, ada masnaya tubuh kita ni kena detoxify untuk kesihatan dan antara the best way is PUASA.

Ngam sangat lah tu...... masuk saja maghrib nanti 9th Muharram dah, niat puasa sekalikan untuk berpuasa di 10 Muharram pula.

Puasa pada 10 Muharram kelendar Hijrah ('Asyura) ialah antara puasa tathawwu' (sunat) yang disyariatkan Islam, bahkan mengandungi fadhilat (ganjaran kelebihan) yang besar, berkata Abu Qatadah al-Ansari:


وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ؟ فَقَالَ: «يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ»

Rasulullah s.a.w ditanya berkenaan puasa pada hari ‘Asyura, maka baginda bersabda: “Ia menghapuskan dosa-dosa (iaitu dosa kecil -pent) untuk setahun yang lalu.”[Dikeluarkan Muslim, no. 1162]
Amalan berpuasa pada 10 Muharram ini telah lama dilakukan oleh para penduduk musyrik 'arab jahiliyyah, bahkan Nabi sendiri telah berpuasa 'Asyura sejak sebelum baginda menjadi Nabi lagi, berkata 'Aishah: 


«كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِي الجَاهِلِيَّةِ، وَكَانَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُهُ، فَلَمَّا قَدِمَ المَدِينَةَ صَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ»


"Kaum musyrik Quraisy telah berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram) sejak zaman jahiliyah, begitu juga Rasulullah SAW telah berpuasa ‘Asyura (iaitu sejak sebelum menjadi Rasul). 

Ketika baginda tiba di Madinah, maka baginda berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan para Sahabat untuk berpuasa ( iaitu sebagai puasa wajib -pent). 

Kemudian ketika puasa Ramadhan diwajibkan, beliau meninggalkan kewajipan puasa hari ‘Asyura. Maka sesiapa yang mahu berpuasa dia boleh berpuasa ‘Asyura,sesiapa yang tidak mahu berpuasa maka  dia boleh tidak berpuasa.” [Dikeluarkan al-Bukhari, no. 2002]

10 Muharram juga adalah hari Allah menyelamatkan Nabi Nya Musa dan Harun dari kecaman Fir'aun (pemerintah Mesir) zamannya yang kejam, hingga Musa berpuasa dan diikuti pengikutnya sebagai tanda syukur. 

Berkata Ibn 'Abbas:
 


 قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِينَةَ فَرَأَى اليَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ: «مَا هَذَا؟»، قَالُوا: هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى الله بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى، قَالَ: «فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ»، فَصَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ


“Nabi tiba di Madinah, maka baginda melihat penduduk Yahudi berpuasa hari ‘Asyura. Baginda bertanya kepada mereka: “apa ini?”

Mereka menjawab, “Ini adalah hari yang baik. Pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka. Maka Nabi Musa berpuasa pada hari ini.”


Maka Nabi pun bersabda, “Saya lebih layak atas Nabi Musa dibandingkan kamu semua.” Maka baginda pun berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan para Sahabat untuk berpuasa ‘Asyura (iaitu Nabi menjadikan puasa 'asyura sebagai puasa wajib hinggalah Ramadhan disyariatkan, maka kewajipan 'Asyura dibatalkan - pent) ” [Dikeluarkan al-Bukhari, no. 2204 dan Muslim, no. 1130]


Bahkan Nabi juga mensyariatkan kaum muslimin turut berpuasa pada 9 Muharram, agar tampak berbeza dari kaum musyrik Yahudi. Berkata 'Abdullah ibn 'Abbas:


 حِينَ صَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ» قَالَ: فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ، حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


“Ketika Rasulullah melakukan puasa ‘Asyura dan memerintahkan para Sahabat untuk turut berpuasa ‘Asyura, maka para Sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, ia adalah hari yang diagungkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.” 

Maka baginda pun bersabda, “Jika begitu, pada tahun akan datang kita akan berpuasa juga pada hari kesembilan, insyaAllah.” Berkata perawi: namun belum sempat tahun berikutnya datang, Rasulullah telah wafat.” [Dikeluarkan Muslim, no. 1134

Serta banyak lagi peristiwa-peristiwa besar dalam 10 Muharram ni... insyaAllah ada kesempatan ana akan nukilkan. Andai tidak sempat, carian pada blog lain pun ada.

"Allahuakhbar.. Allahuakbar"


Azan berkumandang memcah senja di bukit Kachi. Seruan illahi kena di sahut kerna kita ini sahaya.


"Alhamdulillah, Maghrib dah" sambil menutup laptop

"Alif, Jom turun Masjid?" pelawa ana


"gi dulu.." sambil terbaring di Katil


"Jangan lupa solat tau" peringatan di beri


p/s : Mengajak itu kena Istiqamah dan berhikmah, caranya??? ana masih mencari. 

Thursday, 24 May 2012

REJAB : FADHILAT REJAB DAN PERISTIWA BESAR


Bismillah Alhamdulillah


Alhamdulillah seusai maghrib kemarin, seperti biasa berlansungnya kuliah fekah oleh Ustaz Salahuddin, guru pondok dan juga tenaga pengajar di sekolah Agama Toyyibah Changlun. Pengisian hari ini masih bersangkut paut berkisar mengenai pemimpin, untuk petang itu bab Zalim di sinonimkan bersama.

Kuliah dihentikan seketika kerana ustaz nak berkongsi Fadhilat-fadhilat bulan Rejab ni, dalam kitab berwarna Merah itu mengatakan bahawa

REJAB bermaksud ta'azim iaitu Kebesaran, keagungan dan kemuliaan. Ianya daripada tiga huruf pada bulan REJAB itu sendiri

RO [ MEMBAWA MAKSUD RAHMAT ], 

JIM [ UNTUK JUD BERMAKSUD PEMURAH ] dan 

BA [ UNTUK BIR IAITU KEBAJIKAN ]. Lalu terhimpunlah REJAB yang bermaksud bulan yang padanya Allah limpahkan rahmat, kemurahannya dan kebajikannya terhadap hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh dibulan rejab itu. 


Rasulullah s.a.w bersabda 

"Hendaklah kamu muliakan bulan Rejab, nescaya Allah akan muliakannya di akhirat dengan 1000 kemuliaan"

"Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, bulan Ramadhan bulan umatku" 

Imam Nawawi rahimahullah berkata dalam kitabnya :

"Malam awal REJAB itu dimustajabkan doa.. malam 1 hingga 10 REJAB" 

Fadhilat

Ustaz memberi perkongsian dalam waktu yang singkat itu akan fadhilat berpuasa di bulan ini..

> berpuasa sehari = mendapat syurga tertinggi.

> berpuasa 3 hari = dijadikan parit panjang menghalang ke neraka. [1tahun jalan]

> berpuasa 4 hari = diafiatkan daripada bala dan penyskit-penyakit besar, bebas dari fitnah Dajjal.

> berpuasa 13 hari = mendapat pahala berpuasa 3000 tahun.

> berpuasa 14 hari = mendapat pahala berpuasa 10'000 tahun.

> berpuasa 15 hari = mendapat pahala berpuasa 100'000 tahun.

> sesiapa yang bersedekah di bulan REJAB seolah-olah dia menyedekahkan 1000 dinar, diangkat seribu darjat, dihapuskan seribu kejahatan, dijauhkan daripada Api neraka dan pahalanya dikira berdasarkan banyaknya bilangan bulu roma ditubuhnya.

SubhanAllah, begitu mulianya dan pemurahnya Allah. 

REJAB merupakan bulan untuk kita menyemai benih. Taburlah sebanyak mana benih amalan yang boleh di bulan REJAB yang subur ini kerana bila tiba di bulan SYAABAN nanti.. kita akan menyiram tanaman ini yang hampir membesar dan matang supaya bila tiba RAMADHAN nanti kita dapat mengutip hasilnya insyaAllah.

Peristiwa penting 

1. HIJRAH PERTAMA

Hijrah ke Habsyah berlaku kerana pihak musyrikin MEKAH meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah dan mereka yang mengikut baginda beriman kepada Allah pada ketika itu. Tujuan berhijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri disamping mencari tapak baru unutk Islam berkembang.

2. PERISTIWA ISRA MIKRAJ

Peristiwa ini Allah abadikan dalam surah Al-Isra ayat mukadimah hadapan mengenai perjalanan Rasulullah pada malam hari dari Isra hingga mikraj ke langit. Peristiwa ini membawa kita kepada SOLAT yang diamalkan 5 kali sehari semalam. Allah menyerahkan secara personal tanpa penghubung kepada Rasulullah s.a.w. Jumhur ulama berbeza pendapat mengenai tarikh ini dan majoritinya berpegang pada tarikh 27 REJAB.

3. PERANG TABUK

Tabuk adalah nama tempat dimana Rasulullah s.a.w dan para sahabat seramai 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana kerana tentera Rom melarikan diri.

4. PEMBEBASAN BAITUL MAQDIS

Baitul Maqdis dibuka pada zaman pemerintahan khalifah kedua selepas Abu Bakar. 

5. LAHIRNYA IMAM AS-SYAFIE

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris. Dilahirkan di Gaza Palestin pada tahun 150H bersamaan 767M dalam bulan REJAB. Beliau merupakan Imam besar berempat yang menjadi rujukan di dunia sehingga kini.

6. KEJATUHAN EMPAYAR KHILAFAH

Satu lagi peristiwa besar yang berlaku namun ramai yang tidak mengambil cakna kerana musuh-musuh Islam mengaburkan kita mengenai hakikat ini.. membuatkan kita buta akan fakta benar ini. 27 REJAB merupakan tarikh Isra Mikraj dan semua orang Islam meraikannya.. namun tarikh itu jugalah dimana empayar khalifah didunia jatuh dan Islam mula berpecah hingga muktahir ini... tahun 1924 itu tahun hitam dalam sejarah Islam..

7. WAFATNYA IMAM AS SYAFIE

Beliau wafat pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah.

Banyak Ikhtibar yang boleh diperolehi disetiap bulan-bulan Islam itu... bersama cakna akan perkara ini..

Saturday, 28 January 2012

RABIULAWAL : BULAN KEPUTERAAN RASULULLAH S.A.W


Bismillah Alhamdulillah



Salallahu ala Muhammad.. Salallahu alai Wasallam.. ya Nabi salam alaika.. ya Rasul salam alaika.. [ Selawat ke atas mu ya Habibullah ] 

Ahlan wasahlan ya RABIULAWAL, bulan kenabian dalam sejarah Islam. Alhamdulillah.. syukur kerana Allah mempertemukan lagi kita pada bulan keramat ini. 

Tema untuk "entri" kali ini menggunakan warna hijau.. warna kegemaran baginda S.A.W. Hijau memiliki rahsianya tersendiri dan sememangnya unik sehingga Rasulullah meminatinya. Untuk "Entri' kali ini.. ana ingin kongsikan sedikit maklumat yang diperoleh hasil kajian dan pembacaan ana..


Bulan Kerasulan

Rabiulawal adalah nama dalam bahasa arab yang bermaksud bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di tanah arab, sewaktu memasuki bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan mengeluarkan buah, dengan bersempena keadaan musim ini, orang arab menggelar tempoh subur itu sebagai "Rabiulawal"

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah s.a.w telah mengekalkan nama "Rabiulawal" sehinggalah sekarang.

Untuk pembukaan saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang peristiwa yang berlaku di bulan ini. Kita selaku muslim harus cakna mengenai sejarah ketamadunan kita.

1. Kelahiran Rasulullah s.a.w

Baginda dilahirkan pada musim bunga.. musim yang sememangnya menjadi harapan dan idaman setiap makhluk.. baik manusia mahupun binatang. Pendapat masyhur bersetuju bahawa Junjungan besar Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 23 April 571 M.

2. Nabi dilantik menjadi Rasul

Jibril melalui perintah Allah menyampaikan wahyu pertama kepada Rasulullah s.a.w di gua Hira pada bulan Rabiulawal. Hasbi Ash shiddiqi dalam tafsirnya "Al-Bayan" menguatkan lagi hujah ini.

3. Pernikahan Rasulullah bersama Khadijah

Rasulullah mengahwini Siti Khadijah binti Khuwailid pada hari ke-10 bulan Rabiulawal.

4. Kewafatan Pakci Rasulullah Abu Talib ibn Abdul Mutallib (26th Rabiulawal)

5. Hijrah

Abu Jahal merancang untuk membunuh nabi di tempat tidurnya pada pertama Rabiulawal

Rasulullah tiba di Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan menunaikan solat Jumaat yang pertama bagi umat Islam. Bersama baginda kira-kira 100 orang, oleh demikian, sebuah masjid bernama Al-Jumaah telah didirikan.

6. Peperangan

Peperangan Safwan (perang badar pertama),
Perang Bawat,
Perang Zimar,
Perang Daumatul Jandal,
Peperangan bani Lahyan.

7. Kewafatan Rasulullah s.a.w 

Rasulullah kembali bertemu Allah pada 12 Rabiulawal 632 M. Merupakan hari dimana sinar hilang di dunia dan berlakunya gerhana sekalian alam.

8. Abu Bakar As-Siddiq menjadi Khalifah

Sahabat baik dan tercinta Rasulullah s.a.w dilantik menjadi khalifah.. ketua negara pada hari kewafatan Baginda. Para Sahabat tidak mahu menangguhkan urusan pentadbiran negara dan segera membaiah Abu Bakar di dewan Bani Sa'idah.

9. Pembukaan Iraq

Tentera Isalm yang dipimpin oleh Saidina Khalid ibni Walid r.a telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di situ di zaman Khulafah Ar-Rasyidin pertama.

10. Pembukaan Baitul maqdis

Sultan Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Maqdis pada tahun 583 H

11. Kejatuhan Empayar Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada 897 H.

Bermulalah kemusnahan warisan kerajaan Islam di dunia.. masjid-masjid di tukar menjadi gereja dan muzium serta tiada lagi kedengaran suara Azan di negara tersebut.



Sesungguhnya peristiwa yang berlaku pada bulan Rabiulawal mengandungi nilai yang tinggi dalam perkembangan Islam. Perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan syiar Islam tidak berlaku dalam tempoh masa yang singkat.

Marilah bersama menghayati bulan Rabiulawal. Banyak lagi sejarah kebesaran Islam yang perlu di singkap. Andainya mampu melihat kembali ke zaman silam, pasti bulan Rabiulawal ini akan menangis kerana suka duka perjuangan Rasulullah sarat dikandung olehnya.