Monday, 16 May 2011

BUATMU CIKGU


BUATMU CIKGU

A,B,C dan Alif-Ba-Ta
satu,dua,tiga dan empat
selalu cikgu ajar kita
ditubi-tubi sampai dapat

Satu,dua,tiga,empat
lima,enam,tujuh,lapan
ditubi-tubi sampai dapat
bila dapat maju kedepan

Lima,enam,tujuh,lapan
rajin belajar cepat maju
bila dapat maju kedepan
TERIMA KASIH banyak cikgu.

Betik masak lebat dipangkal
penuh kapal dibawa belayar
baik budi panjang akal
hormat cikgu tekun belajar

Manis rasanya buah delima
masak sebiji dicelah daun
budi cikgu saya terima
jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
ditanam mai tepi bangunan
ilmu itu terus dicari
jasa cikgu dilupa jangan

Orang haji dari Jeddah
buah kurma berlambak-lambak
pekerjaan cikgu bukannya mudah
bagai kerja menolak ombak

Buatmu cikguku... yang dihormati
yang disanjungi.. yang dikasihi.
doa telusku tidak bertepi..
khas dari pelajarmu.. DACHRIL LANGKI


Saturday, 14 May 2011

HIRAASAH AL DEEN WA SIYAASAH AL DUNYA BIHI

Bismillahirahmanirahim..

Assalammualaikm w.b.t

Alhamdulillah dapat mengisi sedikit jeda sementara menunggu 'paper Management' yang akan datang 16 Mei ini. Baru saja lepas menjawab 'paper Legal Skill and Research Methodology' pagi tadi.

Apa maksud tajuk 'entri' di atas? siapa yang ada asas bahasa arab tahu kot ke
budak STAM boleh terjemahkan?

"Memelihara agama dan mengurus tadbirkan dunia dengan agama itu"

Itulah maksud tajuk artikle saya ini.

Merujuk kepada kitab "al-Ahkaam al-Sulthaniyyah" penyataan tajuk diatas membawa makna siasah. Apakah itu siasah? dalam bahasa standardnya dikenali juga sebagai politik.

Menurut kitab tersebut, Politik didefinisikan sebagai peraturan Allah kepada tamadun manusia. Kehidupan berperaturan, terpelihara antara peranan dan hak masing-masing, adalah kehidupan yang mengangkat darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tertinggi.

Inilah asas politik (siasah), mendidik manusia menjadi sempurna dan mencegah manusia daripada kehidupan anarki.

ISLAM ITU DAGANG??

Apakah 'mind setting' kita semua bila menyebut perkataan politik? sudah tentu majoriti memandang serong padanya.


Sama seperti dakwah, kalimah politik turut terjebak ke dalam pelbagai persepsi yang membingungkan. Dalam suasana kucar-kacirnya isu semasa yang tidak pernah berhenti itu, sering sahaja kita terkeliru antara politik, kepartian dan sentimen kepuakan (Assabiah). Transformasi kecenderungan pengundi yang beralih daripada parti Y ke parti Z bukanlah isu utama, biarpun itulah yang menjadi fokus utama massa.

Apa yang lebih penting ialah, sejauh mana kita, masyarakat memahami politik dan seterusnya terus berstamina menyertai tanggungjawab "Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi" dan bukannya memencilkan diri daripada politik.

Ibu bapa boleh rilek dan tenang melihat anaknya mendungukan diri dihadapan playstation, tetapi dengan segera tersampuk dengan igauan besar jika anaknya tiba-tiba berbicara soal politik. Sibuk dengan budaya TIDAK INGIN AMBIL TAHU AKAN POLITIK DAN HARUS BERSIFAT NEUTRAL dianggap cerdik, berbicara tentang politik dianggap sebagai kebodohan mengundang padah.

itulah kita... perasan atau tidak???

POLITIK ITU SEBAHAGIAN DARI DIRI

Micheal B Coleman pernah berkata "you may not interest in politics, but politics are interest in you".

Jelas lagi bersuluh statement ahli politik dari parti Demokrat A.S menunjukkan soal mahu jadi ahli politik atau tidak adalah soal kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik (siasah).

Selaku seorang Muslim, kita tidak mampu untuk tidak peduli pada politik (siasah). Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu JUZUK TERPENTING DALAM AGAMANYA- ISLAM.


Tindakan kita memencilkan diri daripada politik bermaksud kita meninggalkan cabang besar amal makhruf nahi munkar. Tidak mungkin tanggungjawab itu terbiar, melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya. Ini semua adalah sunnatullah. Adakah kita melihat dalam sirah... Islam itu tidak mendapat tentangan?? 


celikkan minda mu muslimin dan muslimat, Ikhwan dan Akhowat, Akhi ya Ukhti


SEKADAR DI PINGGIRAN

Iman manusia seperti ini adalah iman di pinggiran

"dan antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, maka jika ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan jika dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya) (Dengan sikapnya itu) rugilah dia akan dunia dan akhirat. itulah kerugian yang terang nyata." surah Al-Hajj 22:11

POLITIK DAN DAKWAH ITU BERGERAK SEIRINGAN

Keperluan dua cabang hidup ini menyebabkan nabi Nuh a.s dan sekalian nabi dan rasul mengambil jalan yang sama. Dalam dakwah mereka pada keluarga dan komuniti terdekat, mereka juga tidak pernah meninggalkan urusan nasihat menasihati, menegur malah berkonfrontasi dengan golongan al-Mala'.

Tidak ada maknanya dakwah disempitkan kepada konteks keluarga dan orang yang berada dibawah kita, jika urusan penguasa (al-Mala') yang duduk dibawah 'circle of influencing people' itu dibiarkan sewenang-wenangnya. Justeru, usaha melahirkan generasi, mahasiswa yang peka dan celik politik itu penting.

Kita selaku mahasiswa dan siswi seharusnya belajar untuk faham tentang politik. Keterlibatan kita dalam persatuan-persatuan, bercakap dan bertindak terhadap kebajikan masyarakat kampus, kepedulian mereka terhadap apa yang berlaku disekeliling kita, semua itu mesti di dedah, dilatih dan seterusnya ditempa ke dalam jiwa kita.

saya tidak ada niat lansung untuk mengadakan provokasi disini., inilah hakikat Islam yang syumul itu.. agama samawi.. agama langit.

Kita perlu kepada kemahiran Siasah (politik) untuk mentadbir syarikat kita kelak dan sewaktu bekerja nanti. Jabatan yang akan kita urus nanti.. SIASAH (POLITIK) diperlukan disemua peringkat hidup.


Bukti jelas politik (siasah)berada berdekatan dengan kita.. lihat saja dirumah.. kita hidup berperaturan. Ayah selaku ketua keluarga. Disini kita mengenal tanggungjawab serta peranan, berlatih membuat keputusan dan hidup berpegang pada nilai keprihatinan.

Kita harus menjadikan idea politik sebagai Ibadah, sebagai Amanah, sebagai Tanggungjawab dan sebagai Amar makhruf Nahi munkar

Kita harus mendidik diri ini dan orang lain.. baik adik kita dengan kebebasan memberi pandangan dan bersuara. Didiklah diri ini dan adik-adik kita seta saudara dan sahabat serta kawan-kawan kita dengan keberanian menyuarakan pendapat tanpa tergadai budi pekerti semasa setuju atau sebaliknya. Inilah teras politik (siasah) digelanggang massa suatu hari nanti.

sedikit coretan cerpen sebagai analogi.

"Hairul, kamu cakap nak buat paperwork Jaulah Sahabat Masjid" kata Hassan marahkan saya.

"Memang cadang nak buat tapi sedikit sibuk dengan program lain. Rasanya kita tak perlu buatlah paperwork tu" saya memberi penjelasan.

"kalau sibuk, kenapa kamu tetap janji nak buat juga paperwork tu. Tak payahlah janji-janji. Tak tepati janji berdosa" Hassan menegur Amirul mukminin di dalam organisasinya.

saya hanya mampu mengangguk. Akur bahawa semasa saya memberikan janji kepada MT dan Exco, saya sememangnya sudah sibuk. tetapi tetap menyebutnya dengan harapan mereka berhenti mendesak.

"Asiff jiddan ya akhi" saya menghulurkan tangan kepada sahabat saya itu tanda kemaafan

"Allahuakhbar... maafkan aku juga sahabatku.. aku hanya menegur pimpinan yang
dibawahmu" kata Hassan

Itu antara bukti jelas Siasah.. (politik), menegur pimpinan diatas. Inilah etika politik dan kepimpinan yang dijalankan oleh khulafah ar-rasyidin yang ke-2.

Apa yang penting ialah kesedaran tentang politik itu juga memberikan ibrah (teladan) bahawa bila sudah tidak ada ruang untuk melaksanakan sesuatu.. jangan dipikul juga janji itu andai tidak mampu melaksanakannya.

Janganlah berjanji menghidangkan sesuatu yang manis jika pada awalnya memang dah masam dan pahit bahan itu. Moga politik Malaysia tidak terus dilamun kata-kata manis sahaja tanpa penerapan unsur khilafah Islamiyah didalam pemerintahannya.


The Iman of the Ummah is a shield, where he protect the Ummah and the Ummah fight behind him.


sumber : www.saifulislam.com
di edit oleh : Naturemujahid

Tuesday, 10 May 2011

KEJAHILAN ITU MEMBUNUH

Prenote : Bukan berlagak Hero.Sekadar menyatakan apa yang dirasa.

Bismillahirahmanirahim….

Assalamualaikum w.b.t
Jika kita bertangguh melakukan kebaikan,jika kita bertangguh melakukan perkara yang dituntut oleh Allah SWT,jika kita tidak mahu mempersiapkan diri kita dengan Pelaburan Akhirat - ketahuilah kita bahawa yang sedang rugi sebenarnya adalah diri kita,bukannya orang lain.

Kerana masa pantas berlalu.Amat pantas sehinggakan ianya berlalu tanpa disedari kita,ibarat Ikan Emas yang berenang-renang dalam Akuarium Kecil di Ruang Tamu rumah kita.

*** *** ***

Hidup ini penuh dengan tanggungjawab. Tanggungjawab kepada Maha Pencipta,tanggungjawab sesama manusia

Sempat saya melihat beberapa blog, facebook dan Ruangan Diskusi Ilmu Tempatan sebentar tadi.

Artikel-artikel yang ditulis kebanyakannya bagus - tapi di ruangan komennya sesuatu yang menyedihkan (tapi tidak asing) berlaku.

Apakah perkara yang menyedihkan itu?

Ulasan-ulasan di blog-blog ini terdiri daripada soalan-soalan tentang Islam.

Budaya bertanya - itu suatu perkara yang bagus.

Tapi soalan-soalan yang ditanyakan itu - menunjukkan kepada kita bahawa betapa Masyarakat Islam di Malaysia (khususnya) berada dalam satu keadaan di mana kita sangat kurang memahami apakah itu Islam.

Saya tidak mengatakan bahawa saya ini berilmu.

Saya sama seperti anda yang lain,hamba kepada Allah SWT.

Seorang hamba biasa yang mencari kebenaran.

Tapi,saya mahu mengajak anda memikirkan realiti semasa ini.

Realiti semasa yang menunjukkan betapa kita tidak memahami Islam.

*** *** ***

Selalu saya terfikir,kenapakah keadaan ini terjadi?

Setelah diteliti,pada pendapat peribadi saya,keadaan ini berlaku (salah satu puncanya) disebabkan Sistem Pendidikan kita.

Sistem Pendidikan yang hanya memfokuskan seseorang untuk menjadi Pekerja Mahir.

Pelajar Cemerlang yang mempunyai pemikiran yang bagus - dihantar ke Bidang Sains.Yang akhirnya menyaksikan kebanyakan dari mereka menjadi Pekerja Mahir yang tidak alert dengan Situasi sebenar dunia.

Bidang-Bidang Kemanusiaan lain pula (seperti Pengajian Islam sebagai contoh)?

Kita katakan Bidang-Bidang Kemanusiaan ini tidak glemer kerana tidak mendatangkan pulangan kewangan yang lumayan.

Ya,duit menjadi sasaran hidup kita - satu bukti kapitalis telah berjaya memahat pakunya dalam kepala kita.

Saya tidak menghina sesiapa di sini.Tapi saya mahu mengajak anda memikirkan realiti semasa ini dengan mendalam.

Ada dua keburukan yang lahir dari keadaan ini.

1) - Kita akan menghadapi satu ketidakstabilan Masyarakat dalam masa terdekat.

Maksudnya : Yang pandai-pandai semua kita hantar belajar Sains.Akibatnya,kita kekurangan Sumber Manusia yang berharga untuk menyumbang Idea dalam Bidang Kemanusiaan.Saya tidak katakan Pelajar-Pelajar Bidang Kemanusiaan yang ada sekarang ini tidak bagus.Tapi Realiti di Malaysia,kebanyakan Pelajar yang pandai cemerlang SPM samada ambil Kejuruteraan atau Perubatan.

Pelajar yang mendapat keputusan sederhana barulah memilih bidang Kemanusiaan.Ini bakal melahirkan satu ketidakstabilan.Sekarang mungkin tidak nampak.Sepuluh,Dua Puluh Tahun lagi?

Kita kena pijak pada Realiti.

Saya ada membaca satu Penulisan dalam Bahasa Inggeris baru-baru ini (saya tidak ingat linknya) yang bertajuk "Kekeringan Intelektual Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia".

Dan Orang Malaysia itu Majoritinya Umat Islam.Jadi,secara tidak langsung,ini merupakan Krisis yang sedang melanda Umat Islam juga.

Anda fikir-fikirkanlah.

2) - Akan melahirkan Generasi yang Pentingkan Diri Sendiri - Tidak menyumbang kepada Dunia.

Kenapa?Mereka hanya belajar "Buku Teks" yang berat ini sehinggakan melupakan tanggungjawab sosial mereka kepada manusia lain.Atau dalam konteks Islamnya,tanggungjawab menyebarkan kebenaran.

Ambil contoh Pelajar Kejuruteraan Tipikal Zaman ini.Untuk jadi Engineer,kena pulun dapat Skor SPM.Masa belajar,hanya belajar Kejuruteraan.Selepas belajar pula,dia dapat Gaji Besar dan Gaji Besar hanya digunakan untuk kepentingan dirinya.

Beli BMW,Mini Cooper etc.Apabila ditanya kenapa tidak bantu Masyarakat?Eh,sukati saya la. saya belajar penat kat Universiti dulu. Biarla saya nak Enjoy.

Nampak?

ketahuilah bahawa pihak yang menguasai dunia pada hari ini bukan sekadar menguasai dunia melalui ekonomi tetapi,mereka menguasai dunia melalui bidang-bidang Kemanusiaan. Bidang-bidang itu adalah - Sejarah,Falsafah,Sastera dan sebagainya

Sebenarnya,jika diteliti,bidang-bidang inilah yang membentuk Pemikiran Dunia. Bidang-bidang seperti Kejuruteraan - Produknya nanti hanya akan menjadi Pekerja Mahir. Jadi,sebenarnya jika kita Umat Islam mahu menyebarkan Islam,kita perlu menyebarkan Pemikiran (atau dalam kata lain Fikrah) Islam itu dalam bentuk Media dan sebagainya.

Ada yang sudah memulakan langkah (dengan izin Allah SWT,Alhamdulillah) berbuat begitu pada hari ini.Tapi,ditinggalkannya pula adab-adab Islam itu sendiri.Jangan begitu.Kita kena ingat,apa yang haram,tetap haram.Berlandaskanlah Al-Quran dan As-Sunnah.

Penulisan ini mungkin bersifat random,tapi jika anda seorang yang membaca dengan penuh ketekunan,insya-Allah anda dapat tangkap apa yang saya cuba sampaikan.

Tapi,tidak bermaksud semua orang perlu mengambil bidang Kemanusiaan. Seorang Jurutera juga sebenarnya boleh menjadi seorang yang mahir dalam Bidang Kemanusiaan. Sekarang zaman Internet.Ilmu boleh didapati pada bila-bila masa. Soalnya,adakah kita mahu atau tidak mahu.

Ingat,internet ini semuanya nikmat belaka. Gunakanlah sebaik mungkin.

*** *** ***

Berbalik kepada Isu Ulasan-Ulasan di blog-blog mahupun di facebook Tempatan tadi. Sebenarnya,adalah menjadi Tanggungjawab kita yang mempunyai Pemikiran-Pemikiran yang lebih ini untuk menggunakan Akal Fikiran yang dikurniakan Allah SWT kepada kita ini sebaik mungkin.

Ada orang pernah berkata,Pemikiran yang Baik itu juga - Satu Anugerah.Jadi,gunakanlah ia ke arah kebenaran,yakni jalan Allah SWT. Kita mesti menuntut Ilmu dan menyebarkannya kepada Majoriti Masyarakat.

Saya lihat pada hari ini,apabila disentuh suatu Isu yang serius dan dikaitkan dengan Islam,ramai dari kita gagal menjawabnya dengan elok. Ini berlaku kerana banyak faktor. Tapi faktor yang paling utama adalah kurangnya Ilmu dan tiadanya Pengetahuan terhadap Keadaan Semasa.

Jadi,marilah kita bersama-sama mencari Ilmu dan mempersiapkan diri kita dengannya. Kerana ini zaman Perang Pemikiran. Bukan zaman Perang Persenjataan.

Dan yang paling penting,dalam kita sibuk mencari Ilmu dan sebagainya ini,jangan kita lupakan tanggungjawab kita yang paling utama,iaitu tanggungjawab kepada Maha Pencipta. Jangan ditangguhkan Solat hanya kerana mengejar dunia.

*** *** ***

Itu sahaja.

Ini merupakan penulisan pendapat peribadi saya .Jika ada salah silap, sila betul dan minta maafkan. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Cukuplah kita menyalahkan Pihak Lain jika berlaku suatu Musibah.Kenapa kita (ya kita sendiri) tidak berusaha memulakan langkah memperbetulkan masalah Jika mereka boleh,kenapa kita tidak boleh? yang penting,niat ikhlas kerana Allah SWT,dan jangan sesekali lupa perkara mana yang perlu diutamakan dahulu.

Terakhir dari saya - Berlandaslah kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah dalam Perbuatan. Ini kerana, Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa [2:2]

Dan mereka itulah (yang menjadikan Al-Quran sebagai Panduan),orang-orang yang berjaya [2:5].