Saturday, 16 March 2013

MEMORI KODIANG

Bismillah Alhamdulillah

Bismillahirahmanirahim, 
Allah berfirman dalam surah Az-Zukhruf ayat 67

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan 
satu sama lain mereka yang bertaqwa


[Meninggalkan surau usang itu seusai subuh, menggamit segenap rasa yang meresap jauh ke lubuk hatiku. Sayup dan sejuk kabus kelihatan menyelimuti bukit batu kapur, sesegar jernihnya embun.]

..............

Terukir sebuah lagi lembaran manis bersama sahabat-sahabat, sekukuh sebuah batuan granit, dan semesra hilai tawa.

Imam As-Syafie berkata 

"Aku menyintai sahabatku dengan segenap jiwaku,
sahabat yang baik adalah yang seiring denganku,
dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan ketika aku manti.
Ku hulur tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat,
aku makin percaya pada diri, 
aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati
yang tidak luntur ketika suka baik duka. 
jika aku dapat, aku ingin setia padanya"

Riadah petang kita detik itu, merupakan satu daripada banyaknya detik manis ukhwah. Dari jauh ana melihat gelagat dan tingkah laku antum semua...menghiburkan hati ini, ukiran senyuman dan tawa menghiasi wajahku








a sahabat :

"Can change a frown into a smile when you feel down
will understands your little trial and lend a hand
will always remind you about Allah.. because they care
a worth more than gold 
give all the Love a heart can hold
both our meets and ends only for Allah"

~Naturemujahid


 ........Terpahat memori itu sebagai antara yang terindah ......

Sunday, 17 February 2013

UKHUWAH KITA KERANANYA

Bismillah Alhamdulillah


Sejak sentuhan Tarbiyyah menyapa
saat CINTA pertama
manisnya terasa

CINTA bukan pada si dia
tapi si Dia

Allah hadiahkan
sesuatu yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam,

"PERSAHABATAN"


Persahabatan yang 
bukan sekadar dibibir untuk ditutur
bukan sekadar hiasan untuk dipamerkan

Sepanjang hidup ini,
Jiwa mencari
mengapa hidup ini sering berseorangan?

Lintasan hati itu Allah kabulkan
diwaktu yang sangat tepat sekali

kini

Aku tidak berseorangan lagi.....
.....meski jasadku jauh dari antum semua
Ikatan baiah itu kekal selamanya.....
.....kerana baiah kita kerana-NYA
Ukhwah kita kerana-NYA.....

..............................................................

Seusai Maghrib itu, hati ini melonjak kegembiraan... kerana rindu selama ini yang bertakung dapat disalurkan jua pada sebuah ikatan ukhwah..

Pelukan mesra dan suam itu yang dirindui... gerak kerja bersama itu yang dinanti... senyuman dan gelak tawa itu yang diimpi bersama antum semua lagi.

Alhamdulillah... semanis choki rasanya.. always insyaAllah

16/02/2013
(Sabtu)

SEIRING MASA

Bismillah Alhamdulillah


Sesumur usia kini beranjak lagi. Seputar masa serta detik berlalu, sepantas itu memori dan kenangan silih tercipta, silih berganti, setia menemani diri. Pejam celik, selaju roda berputar pada paksinya begitu juga diri hamba yang tidak leka dari waktunya masa hampir. Kini pengajianku di varsiti menjangkau usia ranum.

Kini diri ini berada disemester 6 yakni tahun ke-3 pengajian di bumi jelapang padi, bumi semerah benderanya. Itulah prinsip masa, ianya berlalu mengikut aturan Allah dan tidak pernah telat meski awal dalam perjalanannya membuktikan sumpah rabbi pada kalam Al Asr.

Lembaran baru bakal terukir untuk semester ini. Apa ya yang bakal Allah berikan lagi? Sungguh didikan tarbiyyah mematangkan dalam mengaut sebuah bekalan untuk sebuah lagi kehidupan. Persahabatan, pointer 1st class, hadir ke kelas, berusrah, berjaulah, berprogram bersama, pointer jatuh, terasa hati, menah tribulasi, berpilihan raya di kampus, assignment, carry mark, bersukan..

eya.. itu kehidupan lumrah pelajar varsiti seperti diriku dan ku yakin itu yang ditempuhi oleh ramai kita. Namun, ISLAM jua sebagai panduannya, ISLAM jua sebagai pegangannya. Selamat menempuh semester baru insyaAllah..

Bersaksilah sesungguhnya ku menjunjung titah perintahMU ya Allah.


Nukilan : Naturemujahid
(16.02.2013)