Sunday 8 December 2019

BAMBUSOIDEAE



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog tinta si mujahid alam. Terlalu lama rasanya baru diri ini dapat menukilkan semula sesuatu yang berfaedah insyaAllah. Sejak meninggalkan alam kampus, kemahiran menulis menjadi semakin tumpul tapi syukur alhamdulillah setelah beberapa tahun di kurniakan kembali kekuatan untuk menulis. 

Untuk entri hari ini kita akan belajar ibrah daripada pokok Bambu. Apa yang boleh kita belajar melalui pengamatan terhadap alam. Semoga bermanfaat dan terhibur


**********************

Shiraz berasa kecewa dan tertekan dengan hidup. Segala yang di lakukannya termasuk usaha keras membuahkan kegagalan. Perniagaan yang di usahakannya selama setahun itu ternyata tidak membuahkan apa apa bahkan kesusahan yang terjadi. 

Rasa mengalah dan di perbodohkan oleh kehidupan, Shiraz mengambil keputusan untuk balik ke kampungnya yang terletak di Tenggara kepulauan Borneo. 

"Shiraz, kamu kenapa ni?" ... "Sejak balik ke kampung mak nampak kamu banyak termenung" tanya Mak Milah.

"Tiada apa lah mak." jawabnya sugul.

"Assalammualaikum

Kedengaran suara lelaki tua memberi salam daripada halaman rumah. 

"Wa'alaikumussalam" jawab Mak Milah.... "Shiraz, Pu Sallo datang ni" sambil mempelawa orang tua itu naik ke rumah.

"Terima kasih Milah, tapi mesekek kak kasik (Terima kasih Milah, tapi saya mahu cepat ni)" tolaknya sopan. 


******

Shiraz dan Pu Sallo menuju ke pinggir hutan di mana disana terdapat kebun kecil dan di sudut kanannya di tumbuhi oleh rimbunan pohonan bambu yang subur menghijau. Kebiasaannya orang tua itu akan di bantu oleh pekerjanya namun hari ini pekerjanya terpaksa bercuti kerana ada hal kecemasan. 

"Nak, kamu kelihatannya tidak ceria?" tanya Pu Sallo

"tiada apa apa lah Puang" mengukir senyuman kelat.

"disebalik tiada apa apa itu tersembunyi kebenaran loh" pelat bugis melayunya kedengaran

untuk beberapa detik Shiraz pun akhirnya meluahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam hidupnya. Dia meluahkan kekecewaan yang dihadapinya. Orang tua itu mendengar dengan tenang dan menunggu sehingga anak muda itu menghabiskan bicaranya.

"Nak, cuba iko lihak yaro toa Awo siba paku ea (Nak, cuba kau tengok itu pokok bambu dengan paku pakis disana)" sambil menudingkan jari telunjuknya.

"iya, kenapa Puang?" tanya Shiraz.

"waktona iyak tanang e yaro awo siba paku, iyak sireng yi, iyak bajak yi, dekna bajang tuwo yaro paku ea (waktu saya tanam itu pokok bambu dan paku pakis, saya siram dan baja mereka, tidak berapa lama kemudian paku pakis itu tumbuh)" orang tua itu meneruskan.

"biarpun saya siram dan baja itu pokok bambu selama setahun, lansung tiada pucuk yang tumbuh. Tapi saya tidak berputus asa dan teruskan menjaga dan menyiramnya. Masuk tahun kelima, pucuk kecil mulai kelihatan. Dan selepas enam bulan pokok bambu itu membesar sehingga 100 kaki tinggi"

"jadi adakah pokok bambu tu duduk diam tanpa tanpa apa apa hanya untuk membesar dengan pantas pada tahun ke lima?" tanya orang tua itu.

Shiraz hanya kebingungan.

"Jawapannya sangat jelas. Pokok bambu itu sedang membesar dalam tanah. Dia sedang menguatkan akarnya selama lima tahun supaya ianya mampu untuk membesar keluar untuk tempoh lima tahun bahkan lebih lama lagi. Sekiranya bambu tidak mempunyai dasar akar yang stabil dan kuat, ianya tidak akan dapat menampung hidupnya sambil membesar

"tahu kah kau nak, sepanjang masa kesusahan dan masalah yang kau hadapi sekarang sebenarnya kau sedang menumbuhkan akar yang kuat?" jelas orang tua itu.

Shiraz tersentak. Dia belajar sesuatu hari ini. Dia belajar tentang nilai tidak berputus asa dan bekerja keras. Sambil memetik pakis dia menyentuh batang bambu yang berada berdekatannya sambil tersenyum. 


************

Dapat kita simpulkan tiga ibrah daripada ciptaan Allah yang maha indah ini.

1. SISTEM AKAR YANG KUAT 

Untuk berdiri kuat, pokok bambu mengambil masa selama empat tahun untuk menguatkan akarnya supaya dia boleh menyokong tubuh dan bentuknya apabila tiba masanya kelak. Sistem sokongan ini membantu pokok bambu untuk menghadapi keadaan yang teruk selama bertahun tahun.

Begitu juga dengan kehidupan, untuk berjaya, mencapai matlamat jangka panjang, kita kena ada dasar yang kukuh untuk mendokong ini semua, bina karakter, nilai diri dan sikap kita.

2. LANGKAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT BERTERUSAN

Dalam hidup tiada istilah jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan sebenar mengambil masa dan usaha. Kita akan menjadi berjaya dengan mengambil langkah yang betul dan berterusan. Seperti pepatah melayu 'sikit sikit lama lama jadi bukit'.

3. SABAR, TIDAK BERPUTUS ASA DAN YAKIN

Sesetengah impian mengambil masa berbulan hatta bertahun untuk di capai. Andai kata kita telah berusaha hari ini dan masih tidak menunjukkan keputusan yang memberansangkan hari esoknya adakah kita akan teruskan? 

Berapa banyak keyakinan dan kesabaran yang kita perlukan? orang berjaya itu tidak pernah berhenti. Mereka akan terus maju kehadapan meskipun hasilnya belum ada kerana mereka yakin dengan usaha yang tidak putus akan membuahkan hasil suatu masa nanti. Seperti mana pokok bambu yang Shiraz peroleh pengetahuan daripadanya. 

Moga Kita dapat menimba sedikit pengajaran daripada pokok bambu ciptaan Allah ini. Yakinlah setiap yang ada disekeliling kita ini ada yang boleh kita pelajari daripadanya. 

Ibrah Pokok Bambu
oleh : Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^