Thursday 19 December 2019

KALENDER MASIHI : ASAL & USUL

Bismillah Alhamdulillah


Beberapa hari lagi tahun 2019 akan berakhir dan tahun baru akan menjelma. Begitulah sunnatullah aturan alam ini. Silih bergantinya peredaran masa yang pasti tidak akan pernah berulang lagi. 

Entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai kalender atau tahun yang di guna pakai oleh seluruh dunia rata ratanya iaitu kalender masihi dan apakah ibrah alam yang bisa kita perolehi daripadanya. 

Ramai di antara kita yang menggunakan tahun masihi hatta dalam kad pengenalan diri kita juga menggunakan sistem ini. Ianya kerana seluruh dunia sudah menyeragamkan penggunanya bagi memudahkan urusan. Namun tahukah kita akan asal usul terjadinya kalender masihi ini?

Sebagai seorang muslim, hati ini terpanggil untuk mencari tahu mengenai kalender masihi kerana dalam islam kita punyai kalender kita sendiri iaitu tahun hijrah. Ramai muslim kini terlalu mengagungkan penggunaannya walau sudah tentu tidak ada salahnya namun eloklah kita cakna serba sedikit tentangnya.

ASAL USUL KALENDER 

Penghasilan kiraan kalender bermula pada kurun keenam di empayar Rom di bawah pemerintahan Julius Caesar. Beliau meminta pertolongan seorang rahib bernama Dionysius Exiguus (dalam latin bermaksud Dionysius yang merendah diri) untuk membuat sebuah perkiraan tahun yang boleh membantu mereka mengingati tuhan mereka iaitu Jesus Christ. Permulaan pengiraan kalender ini bermula 2000 tahun selepas kelahiran Jesus Christ dan Dionysius telah mengadakan satu istilah yang digunaakan sehingga kini. 

A.D atau singkatan bagi "Anno Domini" bermaksud tahun tuhan kita juga mana membawa maksud tahun selepas kelahiran Jesus Christ. Sebagai contoh, 500 A.D bermaksud 500 tahun selepas 2000 tahun yang lepas.

Apa yang menarik saya mahu tekankan disini ialah orang Rom pada ketika itu juga sangat mengidealisasikan dan menganuti fahaman Paganisme iaitu kepercayaan kepada banyak tuhan dan dewa maka oleh itu bulan bulan tersebut dinamakan mengikut nama dewa dan dewi mereka. 

Misalannya, pengiraan awal tahun mereka di beri nama Maritus sempena nama dewa Mars yang mereka agungkan. Selepas itu bulan seterusnya selepas Maritus adalah bulan selepas musim sejuk dan merupakan masa di mana mereka bergembira dengan tibanya bulan tersebut maka dinamakan sebagai Aprilis sempena nama dewi Aphrodite atau dewi cinta dan beberapa bulan lagi dengan nama dewa dan dewi mereka.

Asalnya cuma terdapat 10 bulan sahaja seperti tersenarai di bawah 

Maritus (Dewa Mars)
Aprilis (Dewi Aphrodite)
Maius (Dewi Maia)
Junius (Dewi Juno)
Quintilis (bermaksud kelima dalam bahasa latin)
Sextilis (bermaksud keenam)
September (ketujuh)
October (daripada kata akar "octo" bermaksud lapan)
November (daripada kata "novem" bermaksud sembilan)
December (daripada kata "decem" bermaksud kesepuluh)

Selepas terciptanya 10 bulan ini, didapati terdapat baki lagi 60 hari sebelum tibanya bulan Matius lalu hari tersebut di bahagi kepada dua dan membentuk dua lagi bulan.

Kepercayaan masyarakat Rom bahawa nombor genap tidak membawa tuah lalu setiap bulan ditandai dengan 29 hari atau 31 hari. Namun berbalik kepada baki hari yang ada iaitu 60 hari dan jumlah keseluruhan hari semuanya 365, ada satu bulan yang terpaksa di korbankan menjadi bulan yang tidak bertuah dengan hanya memiliki 28 hari iaitu February.

January (Dewa Janus iaitu dewa penjaga pintu yang memiliki dua rupa)
Februarius (Dewi Februa)

Kedua bulan ini kemudiannya di letakkan sebelum kedatangan bulan Matius sekaligus menjelaskan kenapa nama dan kedudukan bulan yang ada sekarang berbeza dengan maksudnya. Kalender lama ini diberi nama kalender Julian dan dua bulan di dalamnya diganti nama kepada dua tokoh hebat ketika itu iaitu 

bulan Quintilis di ubah kepada bulan Julius (sempena Julian Caesar)
bulan Sextilis di ubah kepada bulan Augustus (sempena emperor Augustus)

dengan ini lengkaplah 12 bulan dalam kalender Julian iaitu 

Januarius
Februarius
Matius
Aprilis
Maius
Junius
Julius
Augustus
September
October
November
December

KALENDER LAMA KEPADA KALENDER BARU

Kalender Julian digunakan untuk suatu tempoh yang lama sebelum pada tahun 1582 seorang paderi bernama Pope Gregory XIII (ke13) membuat reformasi pada kalender Julian kerana didapati pengiraan kalender tersebut tidak bertepatan dengan pembahagian musim. Dengan itu tahun lompat di tambah ke dalam kalender menjadikannya 366 hari dalam setahun.

Kalender ini kemudiannya digunakan secara peringkat demi peringkat hingga diterima pakai oleh majoriti mereka yang ada di dunia saat ini. Kalender baru ini juga dikenali sebagai kalender Gregorian.


*******

Menarik bukan tentang asal usul datangnya kalender yang kita gunakan hari ini. Berbalik pada keadaan dunia hari ini, kita mahu menegakkan islam namun dalam semudah urusan harian kita sendiri dipengaruhi kuat oleh akar mereka yang mempercayai tuhan itu lebih daripada satu. 

Sesuatu yang boleh difikirkan dan buat renungan bersama. Meski begitu tidak bermakna kita tidak meraikan tahun masihi yang digunakan sekarang, pada pandangan saya Islam itu syumul dan meraikan selagi mana kita tidak melanggar syariat.

Cuma selaku seorang muslim haruslah kita cakna meski sekecil kecil penggunaan bulan dan tahun dalam kehidupan kita. Agar kita menjadikannya ikhtibar dan pengajaran dalam menjadi muslim yang cerdas dan bijak. 

Akhir kalam, cukup disini saja perkongsian saya. InsyaAllah di panjangkan umur saya cuba kongsikan asal usul kalender Hijrah pula di blog mujahid alam ni. Moga entri ini bermanfaat buat semua. 


Nukilan : Naturemujahid
(Khamis) 19.12.2019

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^