Friday, 3 July 2015

AnnyeongHaseyo Ramadhan

Bismillah Alhamdulillah

Assalammualaikum semua.. 

Apa khabar gerangan pembaca sekalian?? 

Ana harap semuanya sihat saja terutama di bulan mulia yang hadirnya cuma sekali setahun ini.. Ana kira sudah dekat Setahun lamanya blog ini tidak dikemaskini dengan entri-entri yang menarik. 

Ramadhan tiba lagi.. setiap kali kunjungnya pasti diseri dengan gelagat ragam insan yang pelbagai, Bazar Ramadhan, persiapan kuih raya, bebuka puas, terawih menjadi topik hangat sepanjang pesta Ibadah ini..

Sudah genap setahun semenjak meninggalkan bumi jelapang padi yang pernah diri ini bermastautin 4 tahun lamanya.. Annyeonghaseyo Ramadhan..

kehadiranmu tahun ini mengingatkan diriku pada Ramadhan pertama ku rasai di rantau orang. Pertama kali terasa manisnya berpuasa bersama mereka yang asing.. orang yang asing akhirnya menjadi peneman di sepanjang 4 tahun pengembaran di Varsiti tarbiyah..


.............


Kini 16th Ramadhan menjengah.. hampir separuh suda puasa dilalui.. pemergiannya bakal terasa lagi.. Apapun, selagi nafas ini Allah beri.. manfaatkanlah sebaiknya..

Bagi diri ini pula.. Puasa tahun ini terasa serba kelainan daripada puasa sebelumnya.. mungkin kerana diriku berada dalam dunia yang pelbagai ton kelabunya..


..............

Masih belum puas meneroka dunia yang baru ini... apapun.. selamat berpuasa semuanya..


Sunday, 15 June 2014

Crest of Friendship

Bismillah Alhamdulillah


Suatu ketika dahulu,
Aku tersesat dalam jahil,
Merangkak dalam kegelapan,
Dan aku tertawa dalam kesesatan jahiliah,
Dan aku menangis bukan kerana sirnanya hidayah

Sahabat,
Untung aku berolehmu di dunia ini,
Engkau menarikku ke dalam syumulnya Islam,
Bersamamu kurasakan ukhuwah sejati,
Bersamamu kurasakan ringannya beban yang diemban,
Bersamamu kurasakan tenggelamnya jahil semalam

Sahabat,
Bolehkah aku sentiasa bersamamu?
Sehingga mencapai usia tuaku?
Sehingga ajal menjemputku?
Sehingga akhirat dan hari penentu,
Kerana saat itu sentiasa indah selalu

Sahabat,
Biarkan aku membenarkan sabdaan penghulu Umat,
Ingin aku cukupkan kasihku pada dirimu,
Kerana syarat keimanan mengharuskan aku mencintaimu sahabat,
Seperti mana aku mencintai diriku sendiri.

Buat para sahabat yang sentiasa menjunjung Islam sebagai ikatan persahabatan,
Buat sahabat yang mengenali pertama kalinya aku di universiti,
Buat para sahabat yang banyak memberikanku pengajaran hidup,
Buat para sahabat yang menyisihkanku dari jahiliah semalam,
Buat para sahabat yang sentiasa dekat di hati.

Jazakallah khoir...



Wednesday, 16 April 2014

:: Péngyǒu ::

Bismillah Alhamdulillah



Pengyou or in chinese calligraphy "朋友" bring the meaning (Friends) .. ;)
I'm not going to teach Chinese in this entry.. but just want to share the language. Homosapiens live largely in community in which it consist of families, neighbors and friends..
...
We make friends.... 
>> Some become dearest =)
>>Some become Special ^^
>>Some we fall in love with <3
>>Some go Abroad "bye.. bye.. will meet again"
>>Some change their cities
>>Some leave us :')
>>Some are in contact
>>Some are not in contact  T_T
......
But,
No matter where they are... We still remember, Love, miss and care about them because of the part they played in our life.. 

AL-FAHMU

Bismillah Alhamdulillah



Sudah begitu lama ditinggalkan, sifat manusia begitulah.. kena kerap bertazkirah dan mengulang..
Ilmu ini diperolehi dalam bulatan gembira ketika sem 1 tahun 1 pengajian di varsiti tercinta,

kini..
AKu berada di sem akhir tahun 4 (tahun akhir) pengajian.. 
ayuh.. aku ingin mengajak kalian untuk mengenalinya.. :)

....

RUKUN BAIAH ada 10 dan rukun pertama ialah "FAHAM"
Untuk entri ini, hnya berkisar rukun pertama ini.. nahhh
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna menggariskan ada 20 usul pula dibawah rukun "FAHAM" ini 
dan usul yang pertama iniingin dikongsi dalam kehidupan. 

Al-Fahmu (kefahaman) menjadi menjadi rukun yang pertama dalam Usul 20 yang disusun oleh al-Shahid al-
Imam Hassan al-Banna rahimahu'Llah. Kenapa al-fahmu bukan al-`alimu?

Antaranya kerana bagi menjadi seorang alim ia sangatlah payah. Dikhabar ulama muktabar mutaakhirin pun 
menghabiskan masa 12-16 jam sehari bagi membaca dan menulis, dan berguru dengan ramai guru sepanjang 
kehidupan mereka.

Namun bagi menjadi seorang yang faham, selain daripada perlu juga banyak membaca dan berguru, dengan 
melatih diri menjadi kritis dan bersikap objektif serta ilmiah, di samping sikap keterbukaan dan rendah diri serta 
bersungguh2 cintakan ilmu - insyaAllah boleh dicapai.

Paling tidak empat perkara mesti dihapuskan daripada diri iaitu:
1. Taqlid buta (bertaqlid mesti atas hujah nas dan hujah ilmu)
2. Ta`sub (diri sendiri, individu, kumpulanbdan aliran pemikiran)
3. Jumud (la ifrat wa la tafrit - al-wasatiyyah)
4. Ghuluw (melampau, ekstrem dan fanatik)

Teringat satu kata-kata daripada Ustaz Radhi Musa..
"Jadilah alim dalam bidang antum masing-masing
Kesimpulannya...
bagi menjadi seorang alim adalah sesuatu yang payah meskipun tidak mustahil. 
Bagi orang awam seperti kita membebaskan diri daripada kejahilan adalah menjadi keutamaan. 
Justeru, jika tidak mampu menjadi alim dalam bidang agama.. 
jadilah alim dalam bidangmu.. jangan biarkan diri kita terus hanyut dalam kejahilan.

Tuesday, 1 April 2014

SAKURA ; Sebuah CORETAN

Bismillah Alhamdulillah


"Prunus serrulate" ialah nama saintifik bagi bunga cheri 
atau famous dengan panggilan 'Sakura' juga pasti sinonim 
dengan Jepun bagi peminat manga fanatik. :3

Tidak dinafikan keanggunan yg Allah letakkan padanya
membuatkan jiwa meruntun zikir.. damai dan permai pd pemandangan.

Bunga ceri ini sebenarnya berasal daripada benua asia 
dan ditemui di tengah dan utara China hingga ke Manchuria, Korea dan Jepun.
Ketinggian pokok mencecah 3 hingga 15 meter dan lebih...

............

Pagi itu seawal jam 6.15 seusai Subuh di Sintok, suasana kelam yang masih damai.
Matahari kelihatan malu membiaskan cahayanya di ufuk langit. Dingin bukit berkabus 
menyegarkan udara lembab dan pepohon yang dirimbuni embun.

One message received

"Salam.. jam 7 enta tggu kt bustop k, ana p amik.." 

"wkmsalam, Bereh"


Perancangan pagi itu, mereka bersama 4 akhowat yang lainnya punyai misi ziarah
ke daerah Sungai Petani, melawat seorang sahabat yang sedang diuji dengan sakit

Kemas dengan pakaian 'T-shirt' x formal dan berslack hitam beserta Jaket Rakan Masjid,
Mukmin bersedia meneruskan hari.

Sementara menunggu akhowat bersiap, sarapan pagi di "Round bot" dijamah 
dengan berselera, nasi lemak dengan sambal udang menjadi pembuka selera 
Nizar dan Mukmin ditemani teh panas masing-masing.

One Message received

"Mukmin, tlng beli nasi lemak 5 bungkus. kedai cni tutup"

"bereh"


"sapa Mukmin?" 

"Shauqah.. minta pesan nasi lemak 5 bungkus, depa sarapan dlm keta kut"

"since mereka naik keta, kita gerak dulu lah.. moto  lambat skit"

"ana on ja shbt.. ikut enta the driver." sambil menepuk bahu Nizar


..............

Perjalanan memakan masa 2 jam, ketidakselesaan melanda diri dikala motor
ditunggang dalam tempoh yang lama.. 

"Mukmin, tengok tu"

"SubhanAllah.. sakura di Malaysia" ^^


Pemandangan yang sungguh indah di pagi hari tatkala jalan raya masih 
diselubungi kabus pagi. Deretan pepohon putih dan merah jambu mewarnai jalan
sepanjang ke SP..

Tahmid terlafaz dikala keanggunan itu dipertonton.

Indah...

Seolah berada di negara matahari terbit, Motor di bawa perlahan sambil menikmati
nuansa permai..


.............

Alhamdulillah, papan tanda "Hospital Pantai" menjadi pemandu arah destinasi,
dengan hemah selamat tiba ke tempat tujuan. 

"akhirnya, dapat juga bertemu dengan sahabat.. sebelum ana bertolak balik ke 
Sabah esok" monolog hati panjatkan syukur

Sembang panjang juga antara akhowat semua, muslimin pula cuma mencelah
bila perlu... dalam keasyikan itu, hujan rahmat pula menulusuri hari,
mendinginkan suasana hospital yang sedia sejuk.

"antum smeua mai naik apa ni?" 

"mat naik keta kak Qilah, min naik motor" 

"naik motor?? ke SP?? Allahurabbi, jauh tu" sambil memandang muslimin.

Kondisinya tidak membenarkan dia bergerak bebas, harus bertongkat dan
berkerusi roda disebabkan balutan jahit pada kaki yang masih kebas.

"takpa sahabat, takda apapun jarak ni"

"a'ah.. asal dapat mai lawat.." tambah Nizar


................

Pertemuan tengahari itu diakhiri dengan sesi bergambar dengan pesakit, meredah hujan
demi untuk pulang ke Varsiti tercinta.. banyak assignment menanti untuk dilunaskan..

"Hujan ni, baik gi keda runcit mana2 beli jaket hujan" 

"tak lebat mana pun hujan ni Hassan, insyaAllah boleh"

Hassan, Nizar dan Mukmin berpelukan mesra tanda persahabatan kerna 
bukan selalu bisa berjumpa seperti ini dek kekangan jarak dan status.


"Klau gitu ana masuk kerja dulu.. ada apa2 rojer ana deh?"

"InsyaAllah big boss" perli Nizar


.................

Sebenarnya 3 hari yang lalu, terdetik di hati ini untuk merasa nikmat mandi hujan, 
terdetik di hati untuk menziarah sahabat di SP yang sedang sakit sebelum
berangkat ke Sabah..

luahan tulus itu di dengari mungkin..

Allah memakbulkannya di masa yang tepat.

peroleh peluang menziarahi sahabat yang sakit + berhujan dengan sahabat
sambil menunggang motor sebeelum berangkat ke Sabah

juga bonus... menyaksikan "Sakura" berkembang di Malaysia.


tetttss.

Apa kaitan bunga sakura dengan ceritera ini??

aku pun tak tau... haha..


ZZZZ...........


Bunga Sakura hanya berkembang apabila suhu panas musim bunga cukup serasi, 
sekaligus merujuk kepada "perfect timing" yang Allah aturkan..

Begitu juga dalam kehidupan ini, segalanya punya waktu.. bisa saja Allah bagi "Cash"
apa yang kita minta itu dan bisa saja jadi Allah tahan dulu apa yang kita minta itu
kerna ada yang lebih baik sedang menunggu atau DIA ingin kabulkannya di masa yang 
persis.

Sepertinya Sakura yang indah, sering melalaikan orang-orang di Jepun dan sekitarnya
dengan kehadirannya... begitu juga fungsi dunia.

Bila mana beroleh hajat yang selama ini diinginkan, ingatlah Allah,
kerna semua nikmat itu takut bisa melalaikan diri hamba yang sedia alpa.


:: Sekali imbas, persis pepohonan cheri sakura di negara matahari terbit
menebari landai bumi yg bermuka ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...