Thursday, 28 June 2012

Nuansa Musafir

Bismillah Alhamdulillah

Tidak terasa sudah berakhirnya tahun kedua pengajian ana dibumi asing. InsyaAllah semester hadapan ana akan memasuki semester 5 iaitu tahun ketiga pengajian. Seperti mana musim berganti musim, siang berganti malam, detik bertukar saat dan waktu.... begitu juga kehidupan kita di bumi Allah.

Allahurabbi, lamanya semenjak beberapa minggu lalu untuk mengupdate blog si pena hijau ni. Alhamdulillah Allah berikan izin jua. Bukan apa, kekangan menyiapkan penerbitan penulisan cerpen, novel dan menghidupkan blog-blog persatuan dibawah ana yang mengekang. Namun itu bukan alasan.. ^^

InsyaAllah berakhir semester 4 ini, ana harus kembali ke tanah air, bumi bayu yang dingin atmosferanya... desiran pasir membisik lambaian rindu... membuahkan citra rasa kepada anak watan kelahiran borneo ini.

Bermusafir itu bukan sekadar perjalanan

Allah berfirman dalam surah Muhammad :

"Maka tidakkah mereka mengembara di muka bumi serta mereka memerhatikan bagaimana kelibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk seperti itu" [ Surah Muhammad : 10 ]

Melalui firman Allah diatas kita dapat lihat bahawa musafirlah keserata pelusuk alam ini dan perolehlah ibrah daripadanya. Bolehkah dikatakan kita bermusafir hanya untuk berjalan-jalan sahaja? 

Faedah bermusafir

Imam As-Syafie dalam syairnya telah menjelaskan beberapa faedah yang ada :
  1. Melegakan kesedihan dan keserabutan
  2. Mendapat rezeki
  3. Mendapat Ilmu
  4. Mengetahui adab
  5. menemani orang yang dibanggakan
  6. Mempelajari sesuatu yang baru 
  7. Mengenali beberapa syiar dan tanda-tanda tamadun sesebuah negara/wilayah

Faktor utama dalam permusafiran

Seperti yang biasa didengar dan kita ketahui umumnya.. iaitu NIAT. Intipati setiap perkara yang kita lakukan jatuhnya pada niat kita. Ianya juga merupakan rukun pertama dalam kebanyakan gerak kerja kita. Pandangan Allah juga jatuh padanya.

Apa yang kita niatkan itu akan memberi impak pada apa yang kita lakukan kelak. Ana sebagai contoh niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana ingin meraih redha Allah. Ilmunya melaut luas dan sudah tentu tidak terjangkau diakal hatta setitis kecil dari lautan pengetahuannya.

InsyaAllah moga Allah memberikan apa yang setimpal dengan apa yang kita minta insyaAllah.. 



Bermusafirlah dan antum semua akan tahu keseronokannya dan barokah yang ada padanya insyaAllah. Walau terpaksa berkorban jauh dari tanah air tercinta, namun itu menjadikan perjuangan di bumi Allah ini semakin kuat bagi meraih mardatillah , impian setiap mujahidin abad lalu, kini mahupun selamanya..


Sabah... ana datang.. ya Allah lancarkan dan peliharalah urusanku..


~naturemujahid

Tuesday, 12 June 2012

Bendera NATURE

Bismillah ALhamdulillah



Allah berfirman dalam surah Ali-Imran 

"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam, terdapat tanda-tanda
(kebesaran Allah) bagi mereka yang berfikir"
[ 3:190 ]

"(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata "ya tuhan kami, tidaklah kau menjadikan semua ini dengan sia-sia; maha suci engkau lindungilah kami dari azab api neraka" [ 3:191 ]


Mari sejenak merenungkan firman Allah ini. Sejauhmanakah kita pernah memandang hatta rumput yang kecil sebagai penting? 


Alam merupakan karya Allah untuk mengajar dan mendidik manusia. Perkataan alam berasal daripada perkataan arab yang antaranya bermaksud "bendera". Seperti yang kita sedia maklum, bendera merupakan simbol atau tanda sesuatu negara, melihat saja warnanya, bentuk dan rajah pada sesuatu bendera.. kita akan kenal negara manakah yang diwakilinya.




Maka begitu juga dengan Alam ini, ia adalah petanda adanya ciptaan Allah. Mengapa manusia perlu memerhatikan makhluk ciptaan Allah? surah diatas telah menjelaskan, bahawa ciptaan Allah itu ada sesuatu untuk dicungkil bagi ulul albab.




Mengapa TAFAKUR Alam


1. Mengenal keesaan, kehebatan dan keperkasaan Allah
2.Mengelak dari subur rasa takbur dan sombong
3.Akan melahirkan iman yang jitu dalam jiwa
4.Merasakan diri kia ini kerdil di sisi Allah
5.Menanam rasa kehambaan
6.Terdapat Ibrah disebalik setipa makhluk
7.Mengenal potensi diri
8.Juga merupakan satu ibadah
9.Menambahkan ilmu baru


Belajarlah dari alam... ~naturemujahid

Monday, 4 June 2012

Ijtimak Mahabbah [ Ulama Kedah ]


Bismillah Alhamdulillah

Alhamdulillah hati yang bersedih ini kerana tidak dapat turut serta ke stadium darul Aman bersama sahabat-sahabat yang lain terubat juga dengan menghadiri majlis Ijtima mahabbah ni..

Syukran jazilan sahabat ana Ariff Khairuddin atas pelawaannya, juga sahabat ana Umar dan Idham. Allahurabbi.. begitu tenang rasa dapat bersama alim ulama ni.. solat maghrib, solat Hajat dan solat Isyak berjemaah bersama, tidak terasa waktu berlalu... ^^


Pengisian seterusnya bacaan al-quran oleh adik kecik dan persembahan nasyid... subhanAllah... best sangat. sedikit terkilan kerana tidak dapat menyertai lebih lama kerana ada exam esok harinya, walau apapun... ingin menjadi soleh ikutilah dan bergaullah dengan mereka yang soleh.. biah itu mempengaruhi setiap diri insani.

Gembira rasa bila dapat bertemu semula dengan Tuan guru Haji Salleh... 

Perkongsian Ilmu : Tunaikan solat hajat 4 rakaat, setiap rakaat tu baca surah Al-ikhlas 10,20,30,40 kali mengikut rakaat. Campur semua ada 100 kali.

selamat beramal

Friday, 1 June 2012

Way to true LOVE in ISLAM


Bismillah Alhamdulillah


Novel sememangnya sinonim pada ana. Banyak novel yang telah ana baca seawal usia 13 tahun lagi alhamdulillah. Namun semua novel yang pernah dibaca merupakan novel English, ana tak minat membaca novel melayu kerana kebanyakannya hanya novel piscisan semata terutama lagi berkaitan cinta.

Allah telah membuka hati ini untuk mula membaca novel bahasa melayu tetapi bukan sembarangan novel... novel Islamic.. sesungguhnya Allah itu berada pada sangkaan hambanya. 

Tahniah ana ucapkan kepada sepasang kekasih romantik iaitu Dr.Farhan Hadi dan bidadari cintanya Ustazah Fatimah Syarha atas inspirasi perkonsian ilmiah melalui bacaan santai yang sangat sesuai untuk pemuda-pemudi.

KUTEMUI CINTA-NYA

Ana ingin berkongsi sedikit bacaan yang ana perolehi daripada novel berwarna biru ni.(color feveret ana). watak dalam novel ni seorang yg jahil dalam agama namun fatwa hatinya kuat mengekang dirinya daripada tersesat jauh.. Ditakdirkan mengalami sakit ketumbuhan dibelakang "spinal cordnya" dan melalui ini Allah menemukannya dengan cinta teragungnya...

CINTA HIGH CLASS

Novel ini mengisahkan tentang Dr.Muslih dan Ustazah Qaniah dalam mujahadahnya mereka mengejar cinta. Mereka mengikut syarak dan sangat menarik kisah mereka untuk tatapan dan tauladan pemuda pemudi.

Jernih penyampaiannya... dalam memperolehi CINTA HIGH CLASS kenalah bermujahadah dan muliakan walinya, jaga batas perhubungan dan banyak lagi.. menarik sungguh perkongian.

Untuk ilmu dan pengalaman itu sendiri, bolehlah mmebaca buku karangan mereka berdua, insyaAllah tak rugi.

PETUA CINTA :

Jika  rasa jatuh hati pada seseorang itu, pastikan kita meneliti agamanya bukan pada keayuan dan kesegakkan wajahnya. ianya tidak kekal..

Bagi si lelaki, muliakan walinya... ingat, carilah mawar berduri yang melindungi mahkotanya untuk insan bergelar suami.

gunakan orang tengah lebih molek dan manis seperti yang Siti Khadijah lakukan dalam meminang Rasulullah s.a.w.

Hadkan pertemuan pada perkara harus saja... seperti urusan, bukannya mencari alasan. Pastikan kedua-duanya bermujahadah... dan berpuasa syahwat. ^^

Ingatlah andai telah menjalinkan pertunangan, ikatan itu belum menghalalkan lagi.. ingat.. dan ingat!!

Anak soleh bermula dari pencarian isteri dan suami yang soleh juga, bukannya setelah berkahwin, kita ingin mencari redha Allah..

Ana akan mempraktikkan ilmu baru yang ana peroleh melalui mereka berdua dengan izin Allah agar baitul muslim itu terjalin kukuh. Solehkan diri terlebih dahulu, bermujahadah... mujahadah.... mujahadah...

~naturemujahid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...