Wednesday 8 February 2012

BLUETOOTH AKHLAK


Bismillah Alhamdulillah

Bismillah Alhmadulillah, sebut saja mengenai “Bluetooth” medium yang digunakan untuk pemindahan data, video, gambar digiral dan banyak lagi. Itulah kegunaan applikasi “Bluetooth” ini. Erti kata lain, seseorang itu boleh memiliki apa yang dimiliki atu merasa apa yang empunya sesuatu itu miliki.

Tahukah sahabat semua bahawa akhlak yang bersifat bukan digital malah sesuatu yang abstrak boleh di “bluetooth” jika kena caranya?

Ya!! Itu kemahiran yang ada pada Rasulullah s.a.w. Baginda mampu memindahkan atau 
( channeling ) akhlak sehingga menimbulkan kebeningan dikalangan para sahabat dan orang lain. Setiap individu bila berada dekat dengan Rasulullah.. atau ketika bersama baginda s.a.w pasti berasa dirinya yang paling penting, kerana Rasulullah melayan setiap sahabat dan orang yang bersamanya seolah-olah mereka itu orang penting.

Allahuakhbar..begitu sekali peribadi Rasulullah.. mahabbah itu tertumpu pada baginda sehingga aplikasi moden hari ini telah wujud 1400 tahun ketika Rasulullah masih hidup.
Bolehkah kita melakukan “Bluetooth” akhlak dan peribadi kita pada orang lain? Jika aplikasi “Bluetooth” seseorang itu tertutup, macam mana akhlak yang nak di “Bluetooth” itu mampu sampai kepada mereka?

Jawapannya cukup mudah.. contohilah akhlak Rasulullah s.a.w .

Monday 6 February 2012

SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN : KEPERIBADIAN HABIBULLAH


Bismillah Alhamdulillah

Memulakan Entri untuk kali ini dengan berselawat terlebih dulu.. Jom " Allahummasholli wassalim 'ala sayyidina Muhammad, wa aalihi Muhammad... Allahummasholli 'wassalim 'ala sayyidina Muhammad, wa sohbihi Muhammad " x3.

Pagi tadi Alhamdulillah ana menghadiri program yang dianjurkan oleh Pusat Islam UUM, sebuah kuliah yang bertajuk "Menelusuri keperibadian Rasulullah s.a.w" . Tajuk ini dikupas oleh ulama Indonesia yang tidak asing lagi Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin


Rasulullah s.a.w selaku insan yang terpilih bagi menjadi penutup sekalian nabi-nabi dan para Rasul dipilih dari kalangan manusia dan bukannya Jin atau Malaikat, keranaAllah tahu, manusia hanya memahmi kejadian dan peribadi manusia sendiri.

Ramai yang berkata bahawa junjungan besar Rasulullah s.a.w merupakan insan yang mulia dan keperibadiannya sukar di contohi .. kesempurnaannya sukar untuk di "copy"  adakah ini alasan untuk kita tidak mencontohi baginda dalam kehidupan?

Siapa sebenarnya Rasulullah?.. Rasulullah adalah insan pilihan Allah.. dikalangan manusia yang mana baginda berpeluang merasakan kesihatan, lapar, dahaga, kehidupan, kematian.. bahkan baginda melalui zaman kehidupannya sama seperti kita juga, bermula dari bayi ke zaman kanak-kanak , ke usia remaja hinggalah ke usia umur baginda 63 tahun.

APA YANG BEZA DI SINI??? BUKANKAH KITA LALUI PERKARA YANG SAMA? 

Atas faktor apa kita tidak boleh membawa ketauladanan Rasulullah dalam kehidupan seharian kita?

...titt...titt..titt 

Sedang khusyuk mendengar tiba-tiba bunyi deringan fon memecah fokus. Ustaz kemudiannya berkata sila senyapkan fon anda.. kita bincang mengenai keperibadian Rasulullah di sini.. beri hormat. Insan yang kita perkatakan ini bukanlah sembarangan.. mana adab dalam majlis yang Rasulullah tidak ajarkan?

Ustaz turut menyentuh mengenai adab-adab di majlis sehingga suatu saat Al-Fadhil ustaz menegur beberapa audien yang kelihatan duduk santai sahaja. Inikah kita yang katakan cinta pada Rasulullah??

Ustaz sentuh secara pantas dan diantara Ibrah yang boleh ana peroleh disini

- Bagaimana keperibadian Rasulullah sehigga dalam majlis, setiap orang dalam ribuan sahabat yang menghadiri.. tidak seorang pun berasa terpinggir, bahkan setiap dari ribuan mereka rasa dihargai , tumpuan dan penghargaan yang diberikan oleh baginda tidak kurang dari satu ke saorang yang lain. Allahuakhbar... 

- Bagaimana Akhlak Rasulullah yang menegur seorang badwi yang kencing di masjid.. sehingga baginda menjadi peguam.. pembela bagi badwi yang terang-terang telah mencemari masjid... tempat suci untuk beribadah.. masih wujudkah pemimpin seperti ini?

SUDUT PEMIMPIN !!! 

Sedikit sebanyak juga yang disentuh dalam aspek ini, Ustaz mengatakan.. carilah mana pemimpin hari ini yang :

1. membiarkan orang bawahannya atau orang lain menjamah makanan terlebih dahulu 
    sebelum baginda.. Rasulullah adalah yang terakhir sekali menjamah. wujuddkah masih
    pemimpin seperti ini?

2. Pemimpin yang sanggup berkongsi bekas yang sama yang telah dikongsi oleh ramai orang.Lihat saja hari ini, pemimpin yang makan terlebih dahulu.. diutamakan terlebih dahulu dan segala keistimewaan diberi.. Rasulullah pula sebaliknya.. wujudkah masih pemimpin seperti baginda?

[ Berdasarkan sirah dimana Rasulullah berkongsi semangkuk susu bersama puluhan sahabat yang lain namun air susu itu tetap mencukupi ] 

Banyak lagi sebenarnya dan ana berkongsi apa yang ana rasakan penting disini. Sedarkah kita bahawa Rasulullah sentiasa berada bersama kita tiap detik.. lihat saja dalam lantunan bacaan solat.. lihat saja dalam lantunan Azan..

Al-fadhil ustaz kemudiannya menyimpulkan, kenalilah baginda Rasululah.. kenalilah baginda sehingga sifat peribadi baginda itu seolah telah menjadi pakaian dalam kehidupan kita. Mulakan saja dengan yang kecil dulu..

-minum dengan tangan kanan
-Tidur menghadap kiblat dan berwudhuk
-memuliakan anggota kanan terlebih dahulu

dan banyak lagi. Allahuakhbar.. sepanjang 2 jam bersama, titisan jernih asyik mengalir saja Betapa jauhnya lagi diri ini untuk meneladani baginda. Namun satu yang ana pegang yang dikatakan oleh ustaz sehingga mengubah pandangan ana... secara TOTAL..


Bagi yang mengenali diri ana, ini titik perubahan bagi diri. Jika sahabat semua melihat ana melakukan tabiat lama itu tegurlah ana.. kerana sekarang  ana ada "reason" untuk tidak melakukan tabiat lama itu lagi insyaAllah

Sunday 5 February 2012

VISTAKU


Bismillah Alhamdulillah

Selesai mathurat ku bersendirian Asar itu, aku bersiap untuk kembali ke penginapan pelajar ku kini di Eon. Perjalanan dari masjid Badlishah tidak terasa jauhnya kerana ditemani dengan alunan selawat "Unique-Binnabil huda ya Rasul"

Maulidur Rasul kali ini kurasakan kosong, tanpa sahabat bersama.. Namun, selawat menjadi penawar hatiku di kala ini.

Bilikku terletak di penghujung blog G, di sebelah kanan keluar dari bilik di hiasi dengan rimbunan pepohon yang setia meluruhkan klorofil expired.. menampakkan suasana seolah berada di musim luruh.

Diri ini bermonolog "indahnya jika dosa-dosa ku gugur ibarat daun yang ringan di tiup angin"

Selama ini menjadi pelajar bukit Kachi, namun di kesampatan ini berpeluang merasa menjadi pelajar kampus dalam, tak sabar untuk meneroka varsiti tercinta.

Untuk kali ini, pengembaraan ku bermula dengan nature walk yang ku lakukan setiap petang. Tapi destinasiku tertumpu pada puncak tertinggi di sini.. sambil berselawat dan bertasbih, sambil menikmati hijaunya alam.. subhanAllah.. 

"you are the Mighty creator.. Allah, I always impress every time I look to ur creations"

Untuk tiba ke sana, likuan tangga harus di lalui... dan ^^ jika tidak berstamina. pasti akan semput


Dalam perjalanan, terdapat dua jalan pula... jalan yang panjang ialah dengan melalui tangga dan shortcutnya melalui dinding curam bertali.. Otak berfikir nak lalu mana kemudian memilih untuk mengambil jalan singkat..

"ouchh !! >.< " tangan terseret pada besi yang ada di situ menyebabkan cairan merah segar melimpah keluar..

"Allahuakhbar..." sambil menekan luka bagi menutup pembuluh arteri. Alhamdulillah Allah membenarkan diri ini mengaplikasi ilmu yang di timba ketika menjadi pegawai ST.JOHN suatu ketika dulu.

........................................... perjalanan di teruskan sehinggalah tiba ke puncaknya. Destinasi untuk kembara kali ini.




Akhirnya... @.@ ! tiba ke puncak... penat memang penat dan tiba-tiba pandangan mata seolah menjadi kabur.. sebelum berlaku apa jua kejadian, aku merehatkan diri sebentar di pondok putih.

"Ahh.. nyamannya... Allahuakhbar" angin bertiup melebihi sepoi bahasa, sedikit kencang sehingga menggoyangkan pokok di sekitarnya..

Dalam menikmati keindahan itu, sekumpulan orang luar juga tiba di puncak ini.

Aku tertanya.. "adakah mereka melalui sama seperti yang sa lalui???" 

setelah penat hilang, maka diri ini beransur ...

" ^^ seperti biasa.. ada ibrah yang ku perolehi lagi" bisik hati kecilku 

kemudian tersenyum..


Ya... mungkin pada pandangan "LAYMEN" ini sekadar cerita sia-sia.. namun ana yakin, perkongsian ini dapat membawa pembaca semua untuk mengambil tahu.. setiap apa saja yang kita lakukan sebenarnya mengajak kita kepada Allah. 

"Sinaran mentari itu asalnya satu... namun memancarkan bahang ke pelbagai pelosok bumi yang berbeza"

Begitu juga kita.. hambanya. Islam itu asalnya dari Allah.. dibawa oleh kekasihnya Rasulullah s.a.w  [ Alahummasholi wassalim 'ala sayyidin Muhammad.. wa aalihi Muhammad ]. Islam kini tersebar ke seluruh pelosok Bumi.. setiap kita memiliki pendekatan seniri dalam mendekati dan mengajak kepada Islam.

Ibrah itu !!!

Hidup di bumi Allah adalah untuk beribadah kepadanya.. [ 51:56 ] niatkan di hati, sambil bersanam ke puncak Vista itu, sekaligus untuk meningkatkan iman dengan mendekatkan diri pada ciptaannya..

Puncak yang dituju adalah salah satu hentian daripada banyak lagi hentian di bumi ini, kerana dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin.

Walau sekadar perhentian.. masih banyak rintangan yang perlu dilalui.. sehingga tiba masa untuk membuat keputusan laluan mana baik untuk diambil.. Apa jua keputusan yang diambil jika di murnikan niatnya, insyaAllah pasti akan berjaya walau menah ( tangan berdarah )  melanda.

Satu yang paling penting.. hidup dengan membawa Islam itu sememangnya berat.. ada saja tribulasi melanda.. namun itu yang menjadikan perjalanan itu manis..

Itulah Vista ku... antum semua?

"Allahuakhbar.. Allahuakhbar...!!! " 

Seruan langit memanggil.. Jom solat berjemaah..

wassalam