Tuesday, 25 March 2014

SILENT GUARDIAN

Bismillah Alhamdulillah


"Assalammualaikum Ustaz, ada dekat mana ya? ana nak sign kehadiran"

"wassalam, ana ada dekat port biasa." mesej di balas

............

Maktabah day minggu ke III kini.. 

setiap hari Rabu

Satu 'event' yang dianjurkan buat sahabat-sahabat untuk membudayakan 
sehari sekurangnya dalam seminggu diluangkan untuk belajar.

Seawal 8.25 pagi, satu sosok tubuh berkopiah putih 
dengan jaket rakan masjid yang setia di pakainya setiap kali ke kampus
melabuhkan dirinya di 'port' biasa sambil mengeluarkan segala buku
dan keperluan untuk mengulangkaji.

satu senarai nama sahabat-sahabatnya di keluarkan siap waktu masuk dan keluar 
beserta 'signature'

PIC atas taklifan daripada Head department harus dilaksanakan
secara amanah...

............

Usai Asar itu, keadaan di perpustakaan semakin lengang..

"Abang Mukmin, ana gerak dulu.." 

"toyyib.. Syah ada urusan lain ke?"

"a'ah.. meeting MP malam nanti"

"ok baik, selamat semuanya" 

Lelaki bertubuh sasa dan berkulit hitam manis itu sempat melihat keadaan sekekeliling 
sebelum meninggalkan 'port'

"wahh.. terbaiklah GUARDIAN, semuanya masih duduk berkampung di sini"

" ^^ " Mukmin tersenyum sambil berpaling ke meja di belakangnya

"kitakan penjaga untuk sahabat-sahabat" 

"penjaga dalam senyap" tutur Mukmin

"Ha!! penjaga dalam senyap? abng cuba check kat internet tentang silent guardian"


............

"GUARDIAN" atau membawa maksud PENJAGA dalam bahasa 'lay man' 

Sebut mengenai penjaga ni, teringat dekat watak Marvel iaitu Batman...
atau mendapat gelaran "the Silent Guardian"

Batman ni bole kata sama macam amilin jugalah..

melindungi bandar Gotham tanpa meminta pujian apatah lagi ganjaran..
para dai'e yang so "called" membawa Islam ini harus mencontohi Silent Guardian ni.

^___^

:: huhu.. ::

Dengan izin Allah juga.. barisan GUARDIAN menggalas taklifan yg berat..

dikala sahabat-sahabat menumpukan kesibukan dengan gerak kerja dalam
lapangan masing-masing

kamilah yang berperanan untuk menjaga kebajikan mereka. (y)

Bukankah itu yang Rasulullah ajarkan??

Sebarkan kebaikan...

Sebarkan Cinta...

...........

"ermmm.. silent guardian? menarik ni untuk entri blog"

monolog hatinya tenggelam dalam lunaknya azan Isyak..

Tuesday, 18 March 2014

ONE BIG "FAMILY" 1

Bismillah Alhamdulillah


"Mukmin, tunggu kat bawah, kami otw ni"

"Bah, ana tengah turun ni"

Gagang telefon bimbit di matikan. Petang itu ada program yang sudah dirancang oleh pihak pimpinan dan hampir semua sahabat-sahabat turun menghadirinya. Beg berisi laptop di sebelah kanannya beserta beg baju di sebelah kiri tangan sambil di jinjing, kelihatan kemas dalam pakaian "Smart Casul".

...........

Segerombolan orang beserta kereta dan motor memenuhi "round board" tempat berkumpul sebelum smeuanya bergerak ke Madrasah untuk berprogram.. berkonvoi bersama

Kereta proton yang sarat dengan Akhowat di dalamnya diikuti oleh beberapa ikhwah masing-masing dengan pasangan boncengan berkonvoi ke destinasi, Kadang-kala sekejap seperti berlumba, sekejap juga tidak.

[ Pauh,Perlis ]

Masjid yang dikelilingi oleh beberapa buah sekolah pondok kelihatan ceria dengan persiapan menjelang maghrib. Ikhwah dan Akhowat semuanya selamat tiba menyesakkan perkarangan masjid yang sederhana besarnya.

"Allahu AKhbar... Allahu Akhbar..

Allahu Akhbar Allahu Akhbar..."

"Eh, Azan dah.. jom buka" 

"Abng Mukmin puasa?" tanya Daniel

"aiwah"

"abng berbuka dengan apa?" sambil mata menjeling ke arah botol air mineral yang di pegang oleh Mukmin

"Buka dengan air kosong saja, x dan nak beli makanan tadi"

"Ana ada bungkus nasi ni, kita share sama nanti ya" (terharunya aku rasa)


Usai Solat, Bacaan yaasin pun dimulakan, Akalil dan Aryan duduk di satu sudut luar perkarangan sambil bekongsi nasi kerabu..

"abe.. kito pun nok gop bole dop?" Ridhuan muncul tiba-tiba 

"Mu tokseh..." Salman menghampiri sambil mengusik

"bereh... bereh.. bole blako puak kito" pelawa Daniel


Meski nasi yang dikongsi itu sedikit, namun barokahnya ada, terasa cukup di perut untuk dialas Alhamdulillah... puasa sunat untuk minggu ini settle.

..............

"Ok sahabat-sahabat, ana nak buat pengumuman sedikit.." sambil mata memandang ikhwah dan akhowat yang berpusu-pusu memenuhi jemaah untuk mendengar taklimat

"Atas sedikit masalah teknikal, kita akan bergerak ke balai MADI, perjalanan seperti mana antum smeua datang ke sini. Ikut "Partner" masing-masing"

Deruman enjin moto dan kereta pun saling sahut menyahut semula, perjalanan pun di mulakan sekali lagi.. destinasi yang dituju adalah Jejawi.

..............

Akhirnya selamat tiba di MADII

Sesi Ice breaking bermula dan akhirnya tertubuh 5 kumpulan yang mewakili lujnah masing-masing seperti ,  lujnah GreenDay, Jabatan Mits, lujnah ekonomi dan Jabatan kebajikan.

Aktiviti ice breaking memang menarik, usai itu semua... taklimat disiplin seperti biasa
sebelum halaqah Al-Mulk mengumandangkan lunaknya.

eh

sebelum itu

Setiap jabatan ni punya spesifikasi masing-masing.. lujnah GreenDay bertanggungjawab pada tarbiah 
sahabat-sahabat.. juga dalam merekrut.

Kembara Mimpi bermula...


~Bersambung




NOSTALGIA

Bismillah Alhamdulillah



Nostalgia??

Memori terukir yang menjadi ingatan buat sesiapa saja baik peristiwa mahupun sebagainya.
Begitu juga dengan diri ini..

Asyik menelaah di perpustakaan UUM ini, bermula sedari pagi hingga kini, 
lenguh terasa satu tubuh..

rehat sebentar sambil memeriksa whatsapp group kami..

"Ana ada share lagu Shoutl Amal yang baru.. hayati liriknya moga baik untuk kita semua"

.........

Wahh.. 

Halwa telinga di dengar.. sungguh liriknya merentap sanubari amilin yang kekar.
Namun bukan lirik lagu itu yang ingin di sentuh di sini

Tapi

Lirik lagu Shoutul Amal yang lama

"Terkenang sebuah memori lalu 
Kisah persahabatan kita bersama 
Di dalam satu pengajian 
Menuntut ilmu dan pengalaman 
Mengingatkanku pengorbananmu 
Terpahat padu di kalbuku 

Bersama rakan taulan dan guru 
Tawa riangmu menghiburkan hatiku 
Indahnya suasana ketika itu 
Terjalin ukhuwah sejati 

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku 
Mengenalkanku erti kehidupan 
Susah payah kita hadapi bersama 
Itulah asam garam dalam kehidupan 

Ya Tuhanku tabahkan hatinya 
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup 
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu 
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat "


Berada di tahun akhir kini..

Bakal meninggalkan madrasah tarbiah ini..

Bakal mengikuti jejak langkah sahabat-sahabat ana yang sudah
terlebih dahulu mengorak langkah..

Bakal merindui..

.............

Hakikatnya

Apa kita sudah siap dengan Ilmu yang ada di madrasah Tarbiah ini??

Di menara gading yang menjanjikan pelbagai juadah ilmu??


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...