Tuesday, 19 November 2013

MASIH CHOKI-CHOKI YANG SAMA

Bismillah Alhamdulillah


"cantik choki-choki tu" sambil mata merenung ke arah peket choki-choki yang di tampal di dashboard bilik 

"haha, tak sampai hati nak makan" muka selamba ja jawab

"jap.. eh? ni choki-choki yang sama haritu kan?" Fadhli mendekatkan pandangannya

"takda r.. tu perisa Cashew nuts.. tengok betul2"

"makin maju choki-choki sekarang" kagum

"tengok oranglah.." ALhamdulillah..

* * * * * *

Di sana ada irama...
Siulan cengkerik, deruan samudera
Menemani hati yang masih mencari
Dalam gelap meraba
Bersuluhkan sinaran rembulan

Sudah kucuba pautkan jiwa padaNya
Menggagahkan diri menafikan rasa
Adakala aku berdiri persis laksamana
Adapun tiba masa jasad rebah, 
hilang maya

Cuba lagi, aku terus berpaut
Cuma kali ini berbeza, pautanku lebih kemas
Tidak, aku berpaut seperti biasa,
Yang terbeza, tangan-tangan yang menghulur
Tali tali ukhuwah yang datang menyapa

Singgah bukan sekadar bersua
Tapi singgah untuk merubah
Kali ini bukan aku, tapi kami berpaut

Jatuh bangun bersama dan terus mencuba
Hati-hati ini masih mencari
Cuma yang menyinar sang suria

Di sini ada irama, indah
Kami berjanji melaung suara
Pimpin tangan bersama
Pautkan jiwa padaNya
Kerna Ukhuwah fillah till Jannah

* * * * *

"Ana minta sa choki deh?"

" ^^ tafaddal syeikh " 

:::: Choki-choki pun dah update sekarang. Makin pelbagai pilihan perisa di pasaran berbanding dulu hanya coklat sahaja yang available. Seperti Ukhwah kita juga, pada mulanya biasa, kini semakin kuat, utuh dan luar biasa.. Tahun Akhir dah rupanya ::::

Friday, 15 November 2013

FALSAFAH JUMAAT


Bismillah Alhamdulillah

Untuk Entri ini, ana ingin berkongsi ilmu yang di peroleh melalui pembacaan di salah satu perkongsian daipada sahabat ana sendiri.

Hari  jumaat adalah penghulu segala hari. Sebutan hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis itu adalah menunjukkan bilangan dari satu hingga lima dalam bahasa Arab. Namun hari Jumaat tidak melambangkan angka enam. Ia disebut Jumaat yang membawa maksud JEMAAH.

Ini memperkukuhkan seruan Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda yang menyeru umatnya hidup dalam jemaah jika mahu selamat dan terus hidup dalam kesejahteraan Islam. Seruan baginda yang bermaksud

“Tiada Islam tanpa Jemaah itu amat berat sekali kesannya”. Surah al-Jumaah, Syura, As-Saf semuanya menggambarkan keperluan berjemaah.

Dalam seruan solat jumaat, Allah perintahkan kita tinggalkan jual beli. Datang berhimpun di masjid tempat ia bermustautin untuk mendengar taklimat mingguan. Itulah haji kecil yang berlaku setempat. Di situ, pada hari itu setiap warga rijal harus update maklumat tentang agama, masyarakat dan negaranya.

SURAH AL-KAHFI (GUA)

Gua adalah terkenal sebagai tempat persembunyian. Ia menjadi tempat di mana khazanah purba tersimpan, tempat manusia berkhalwat, tempat Rasulullah s.a.w bertahnuth, tempat pertapaan dan sebagainya.

Sinopsis surah ini menggambarkan situasi di mana terdapat kisah pemuda gua (ASHABUL KAHFI) yang tertidur selama 300+9 tahun. Apabila mereka sedar wang mereka sudah menjadi wang purba dan tidak laku lagi. Surah ini juga menampakkan bagaimana Allah menyedarkan hambanya dari lamunan yang sangat panjang. 

Kalau dahulu quran ini melebihi nilai emas sepenuh bumi, namun hari ini ia tiada nilai di mata kita, melainkan seperti wang lama saja (QS 18/19). Di dalam ayat ini terdapat kalimah WAL-YATALLATTOF (dan hendaklah ia berlemah lembut/berhalus). Kalimah ini biasanya diwarnakan dengan warna merah. Itulah inti alqur’an dari segi kedudukan kalimahnya di tengah-tengah musyhaf al-quran.

Sabda Nabi saw “Barang siapa memelihara 10 ayat yang awal dalam surah al-Kahfi maka dia akan terselamat dari Dajjal” – HR MUSLIM.

Secara kasarnya, fungsi Dajjal ialah untuk memesongkan/membengkokkan hidayah dan petunjuk Allah yang sangat lurus dan mudah, sehingga umat tidak kenal lagi akan hazanah ilmu tersebut. Islam jadi susah difaham dan diikuti, umat sukar disatukan setelah didajalkan.

Jadi jika kita memelihara kefahaman alquran, terus menerus berprinsip dengan pelajaran dari surah ini serta melaksanakan perintah Allah, pasti kita akan terselamat dari fitnah dan hasutan Dajjal. Perhatikan ayat berikut,

QS 18. Al Kahfi 
1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab dan Dia tidak mengadakan KEBENGKOKAN dalamnya; 
2. Sebagai BIMBINGAN yang lurus, untuk MEMPERINGATKAN siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi BERITA GEMBIRA kepada orang-orang yang beriman, yang MENGERJAKAN amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik, 


FALSAFAH JUMAAT DAN KAITANNYA DENGAN AL-KAHFI

Memelihara (hafiz) ayat 1-10 yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w bukanlah dalam bentuk bacaan bibir semata-mata. Ia bermaksud agar kita sentiasa menjaga prinsip hidup kita agar jangan sampai terlena. Segala perintah Allah wajib kita perhalusi dan sebarkan ia kepada setiap warga. Apabila kita leka, maka Dajjal akan membuatkan kita terlena oleh dunia dan apabila kita sedar kita sudah jauh dari landasan, dari jalan yang lurus.

Ilmu agama ini harus dipelihara ketulinan dan keberkesanannya secara berjemaah. Pada malamnya kita harus membaca surah Yaasin yang membawa gerakan meneliti situasi ilmu dan kedaulatan agama secara beramai-ramai. Fokus utama ialah melihat penyakit masyarakat yang disebabkan kejahilan atau pemesongan agama yang mematikan jiwa. Inilah fungsi surah Yaasin yang diguna Isa untuk menghidupkan semula manusia.

QS 36. Yaasiin :
6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. 
69. Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan tidaklah layak (bersyair) baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah zikir dan iqra’ yang sangat jelas. 
70. supaya dia memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup dan supaya dibenarkan/betulkan perkataan ke atas orang-orang yang ingkar.

Al-quran itu perawat hati. Hari ini ramai umat yang sakit dan mati hatinya. Maka bacaan Yaasin malam jumaat itu harus mampu menyembuhkan hati mereka. Rumusan dari bacaan Yaasin itulah yang seharusnya dibawa sebagai Khutbah kepada jemaah dalam solat jumaat. Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat sabda baginda. Inilah kaedah solat baginda yang sangat strategik dalam membangun ummah namun sudah tidak kita ketahui lagi.

Tidak mudah untuk kami kongsikan dengan jelas apa yang dimaksudkan kerana kita telah terlena begitu lama. Hari ini kita sangka kita sudah cukup Islam, tetapi jika kita check semula terlalu banyak spesifikasi Muslim sudah tiada pada kita. Jasad dan raga kita nampak Islam, bibir dan hati kita mengaku Islam dan beriman, tetapi Roh Iman dan amal Keislaman yang sebenar sudah lama tiada dalam kehidupan kita. 

Allah perintah jangan ikut sesuatu tanpa ilmu (QS 17/36) majoriti kita beramal tanpa ilmu. Allah kata jangan suka ikut-ikut kebanyakan manusia (QS 10/36) bahkan itulah tabiat kita. Amal ibadat kita ikut-ikut, malah trend dan budaya Kuffar juga kita kaut semuanya. Allah larang kita solat tanpa tahu apa yang kita lafaz dalam solat macam orang mabuk (QS 4/43), namun 99% kita solat tidak tahu makna apa yang kita baca.

Jangan salahkan sesiapa dengan apa yang berlaku kerana memang itu pusingan alam. Dajjal itu sudah ada sejak zaman Adam lagi. Mereka adalah bala tentera Syaitan dan Iblis. Jarak masa Muhammad saw dengan Isa a.s. itu hanya 600 tahun, dan Dajjal telah mampu hapuskan semua isi dakwahnya. Kita sudah berapa ribu tahun dari zaman Nabi saw? 

QS 18. Al Kahfi 18. Dan kamu mengira mereka itu bangun, padahal mereka tidur, Dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.

Semasa kita terjaga dari tidur di tempurung gua, anjing Dajjal (munafik) yang kita takuti sedang tercongok di pintu gua. Apa yang dibimbangi nabi saw itu ada asasnya, dengan halusnya penelitian dan iqra’ baginda. Ini kerana lahirnya baginda adalah di saat umat telah jahil semula. Semua ibu-ibu Quraisy telah membudayakan MAID, NURSERI dan IBU SUSUAN. Masyarakat jahiliah itu sangat mengejar harta dan pangkat. Petunjuk dan aturan hidup hasil dakwah Musa dan Isa a.s. sudah tidak diketahui dan diperduli perlaksanaannya.

Jelaslah benar apa yang baginda kata tentang tanda akhir zaman, tanda kefahaman dan perlaksanaan sistem Islam telah berakhir itu benar belaka. Pengakhiran itu dinamakan Akhirat dunia, akhirat zaman. Tugas kita ialah untuk berusaha mencari ilmu, berkerja keras untuk berganding bahu, untuk berjemaah membangunkan semula (kiam). Semuga kebangkitan (kiamat) itu segera berlaku. Jika sudah jatuh dan masih tidak mahu bangkit, maka kita akan ke dalam tanah lah jawabnya.

KESIMPULAN:

Sebenarnya kita sangka kita hidup dan membangun dalam Islam, namun hakikatnya kita hanya tidur lena dan dibalik-balikkan ke kiri dan kekanan sahaja. Kedudukan kita masih di situ dan sedang tidur lena. Hari ini kita sedang digula-gulakan dengan agenda Dajjal. Kita juga sudah BERADA DI TAHAP MAKSIMA KEJATUHAN INI DAN TIDAK MUNGKIN AKAN JATUH LEBIH RENDAH LAGI KECUALI TERTANAM MENGUBUR DIRI KE DALAM BUMI. 

Jangan tipu diri yang kita sangat yakin yang kita sedang berada di jalan yang lurus. Jangan terlalu yakin yang kita telah cukup ilmu dan bekalan hidayah untuk melaksanakan amanah agama. Jangan terlalu yakin yang anak cucu kita bakal bertahan dengan apa yang kita tinggalkan.

Jangan lagi membesar diri untuk menolak tawaran ilahi. Sudah cukup banyak projek yang menggunakan kejahilan kita dan jelas telah gagal kesemuanya sekali. Jika ilmu kita cukup tepat dan berkualiti, jika bijak pandai kita memainkan fungsi, pasti kita tidak jadi begini. 

TIDAK ISLAM jika kita tiada islah, iaitu menjadi semakin baik. itu sabda Nabi saw. itulah hakikat AMAL SOLEH. Apatah lagi jika jadi semakin teruk hari demi hari macam apa yang kita sedang alami ini. Semuga cetusan ini memberi sedikit gambaran bacaan al-kahfi yang bagaimanakah yang Nabi saw ingin kita baca di setiap jumaat ini, sehingga ia menjamin keselamatan hingga jumaat yang lagi satu.

Kahfi adalah bicara yang tersembunyi, bicara rahsia agama ini dan bicara kupasan secara berjemaah. Anda kena guna akal dengan serius untuk mencerna. Jika tidak, baca komek saja jawabnya agar kita boleh meneruskan kartun Islam yang melata. 

Berkali-kali Allah perintah agar kita guna akal untuk memahami Alquran. AFALA YAKQILUUN.. AFALA YAKQILUUN.. Allah berfirman. Malang sekali kita yang mabuk ni kata jangan guna akal membaca quran. Pedas sedikit, namun kami harap ia boleh membangkitkan kita yang sedang lena. InsyaAllah bersambung lagi jumaat depan dengan al-Kahfi ke2.

Cetusan Jumaat
(WARGA PRIHATIN)

Wednesday, 13 November 2013

KERANA AGAMANYA

Bismillah Alhamdulillah

Hujung tahun macam ni memang musimnya... ^^"

so jangan hairanlah ye kalu dapat invitation ke majlis perkahwinan situ sana bagai..

Ha.. sebut pasal kahwin ni, memang banyak dramanyerrr (Mat Lutfi) haha. Tambah-tambah lagi pelajar tahun akhir seperti diri ini. <3

Ok, sedikit perkongsian, buat semua. Pilihlah yg ada agamanya instead of paras rupa yang cun melecun... cute tomey bagai.. ahakk

Ketika melalui sebuah jalan di Kota Bashra, Al Atabi melihat seorang wanita yang sangat cantik sedang bergurau senda dengan seorang lelaki tua. Setiap kali wanita itu berbisik, lelaki tersebut pun ketawa.

Al Atabi merasa ingin tahun kemudiannya memberanikan diri untuk bertanya kepada wanita itu.

"Siapa lelaki tersebut?" 

" Dia suamiku "

"Kamu ini cantik dan menawan, bagaimana kamu dapat bersabar dengan suami yang hodoh seperti itu? Sungguh, ini adalah sesuatu yang menghairankan,"  Al Atabi meneruskan soalnya lagi.

"Barangkali kerana mendapatkan wanita sepertiku, maka dia bersyukur. Dan aku mendapatkan suami seperti dirinya, maka aku bersabar. Bukankah orang yang sabar dan bersyukur adalah termasuk penghuni syurga?
Salahkah aku bersyukur kepada Allah atas kurnia ini?"

Al Atabi kemudian meninggalkan wanita itu dengan rasa kekaguman.
Ulama Al Azhar, Dr Mustafa Murad juga kagum dengan wanita itu sehingga memasukkan kisah ini dalam bukunya Qashashush Shaalihiin. Kedua ulama tersebut tidaklah kagum kepada wanita itu kerana kecantikannya. Mereka kagum kerana agamanya.

Dan benarlah pesan Rasulullah s.a.w :

 "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung." (HR. Bukhari dan Muslim)

Wanita yang baik agamanya, ketika dia kaya, dia tidak sombong, dermawan, suka berinfaq dan menyokong perjuangan dakwah suami dengan hartanya.

Wanita yang baik agamanya, ketika dia mempunyai kedudukan tinggi dan nasab yang mulia, dia tidak menghina orang lain. Justeru itu dia menjadi wanita yang mulia dan menggunakan kedudukannya untuk membela kebenaran.

Wanita yang baik agamanya, ketika dia cantik, dia tidak membuat suaminya resah. Dia menjadi penghibur hati dan penyejuk mata bagi suaminya tercinta.

Wallahu a'lam



Tuesday, 12 November 2013

DECEM MUHARRAM

Bismillah Alhamdulillah


Alhamdulillah, selesai berliqo bersama sahabat-sahabat di tepi tasik sehingga masuknya waktu Zohor, panasnya cuaca di luar tidak mengganggu kemesraan dalam majlis. Pelbagai perkongsian di beri, Alhamdulillah...... seronok duduk dalam jemaah ni 

=.=""

Sebut Liqo ni, mesti akan ada makan. Ha, ada masnaya tubuh kita ni kena detoxify untuk kesihatan dan antara the best way is PUASA.

Ngam sangat lah tu...... masuk sja maghrib nanti 9th Muharram dah, niat puasa sekalikan untuk berpuasa di 10 Muharram pula.

Puasa pada 10 Muharram kelendar Hijrah ('Asyura) ialah antara puasa tathawwu' (sunat) yang disyariatkan Islam, bahkan mengandungi fadhilat (ganjaran kelebihan) yang besar, berkata Abu Qatadah al-Ansari:


وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ؟ فَقَالَ: «يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ»

“Rasulullah ditanya berkenaan puasa pada hari ‘Asyura, maka baginda bersabda: “Ia menghapuskan dosa-dosa (iaitu dosa kecil -pent) untuk setahun yang lalu.”[Dikeluarkan Muslim, no. 1162]
Amalan berpuasa pada 10 Muharram ini telah lama dilakukan oleh para penduduk musyrik 'arab jahiliyyah, bahkan Nabi sendiri telah berpuasa 'Asyura sejak sebelum baginda menjadi Nabi lagi, berkata 'Aishah: 


«كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِي الجَاهِلِيَّةِ، وَكَانَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُهُ، فَلَمَّا قَدِمَ المَدِينَةَ صَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ»



"Kaum musyrik Quraisy telah berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram) sejak zaman jahiliyah, begitu juga Rasulullah SAW telah berpuasa ‘Asyura (iaitu sejak sebelum menjadi Rasul). 
Ketika baginda tiba di Madinah, maka baginda berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan para Sahabat untuk berpuasa ( iaitu sebagai puasa wajib -pent). 

Kemudian ketika puasa Ramadhan diwajibkan, beliau meninggalkan kewajipan puasa hari ‘Asyura. Maka sesiapa yang mahu berpuasa dia boleh berpuasa ‘Asyura,sesiapa yang tidak mahu berpuasa maka  dia boleh tidak berpuasa.” [Dikeluarkan al-Bukhari, no. 2002]

10 Muharram juga adalah hari Allah menyelamatkan Nabi Nya Musa dan Harun dari kecaman Fir'aun (pemerintah Mesir) zamannya yang kejam, hingga Musa berpuasa dan diikuti pengikutnya sebagai tanda syukur. 

Berkata Ibn 'Abbas: 


 قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِينَةَ فَرَأَى اليَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ: «مَا هَذَا؟»، قَالُوا: هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى الله بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى، قَالَ: «فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ»، فَصَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ



“Nabi tiba di Madinah, maka baginda melihat penduduk Yahudi berpuasa hari ‘Asyura. Baginda bertanya kepada mereka: “apa ini?”

Mereka menjawab, “Ini adalah hari yang baik. Pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka. Maka Nabi Musa berpuasa pada hari ini.”

Maka Nabi pun bersabda, “Saya lebih layak atas Nabi Musa dibandingkan kamu semua.” Maka baginda pun berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan para Sahabat untuk berpuasa ‘Asyura (iaitu Nabi menjadikan puasa 'asyura sebagai puasa wajib hinggalah Ramadhan disyariatkan, maka kewajipan 'Asyura dibatalkan - pent) ” [Dikeluarkan al-Bukhari, no. 2204 dan Muslim, no. 1130]


Bahkan Nabi juga mensyariatkan kaum muslimin turut berpuasa pada 9 Muharram, agar tampak berbeza dari kaum musyrik Yahudi. Berkata 'Abdullah ibn 'Abbas:


 حِينَ صَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ» قَالَ: فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ، حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


“Ketika Rasulullah melakukan puasa ‘Asyura dan memerintahkan para Sahabat untuk turut berpuasa ‘Asyura, maka para Sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, ia adalah hari yang diagungkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.” 

Maka baginda pun bersabda, “Jika begitu, pada tahun akan datang kita akan berpuasa juga pada hari kesembilan, insyaAllah.” Berkata perawi: namun belum sempat tahun berikutnya datang, Rasulullah telah wafat.” [Dikeluarkan Muslim, no. 1134

Serta banyak lagi peristiwa-peristiwa besar dalam 10 Muharram ni... insyaAllah ada kesempatan ana akan nukilkan. Andai tidak sempat, carian pada blog lain pun ada.

"Allahuakhbar.. Allahuakbar"

Azan berkumandang memcah senja di bukit Kachi. Seruan illahi kena di sahut kerna kita ini sahaya.

"Alhamdulillah, Maghrib dah." sambil menutup laptop

"Alif, Jom turun Masjid?" pelawa ana

"gi dulu.." sambil terbaring di Katil

"Jangan lupa solat tau" peringatan di beri

p/s : Mengajak itu kena Istiqamah dan berhikmah, caranya??? ana masih mencari. ^^

Monday, 11 November 2013

YORI SHIKU

Bismillah Alhamdulillah


Perbualan ringkas petang itu.

Benar kata pepatah inggeris "One Smile can start a friendship"

Pepohon ceri rendang merimbun, seolah melaskarkan nuansa musim sakura di Jepun. Damai desa petang itu.

"namae wa?"

"Ariel desu"

"watashi wa Kakunoici Takuma" 

"Takuma kun" Ariel melemparkan senyuman manis

"Yori shiku neh" 

"Yori shiku" 

Tangan keduanya berjabat sambil tertawa riang, meski kekangan masa juga literasi menjadi sempadan, tidak menghalang perkenalan kerana Allah itu.

************

Dalam kehidupan kita sehari-hari, ramai orang akan kita bersua, sesetengahnya yang kita kenal, setengah lagi tidak. Orang-orang yang kita tidak kenali ini pastinya jarang kita ucapkan salam ketika bertemu..

ok, Jarang ok.... bukan takda.

Ada sesetengahnya juga kita lemparkan senyuman tapi tidak di balas.

ada setengah yang lainnya pula, kita tanya atau bercakap baik-baik, dilempar dengan cemuhan dan sikap kasar.

perhhhhhhhhhhhhh Barbarik sangat. >_<

"Yori Shiku"

Ana lebih prefer kita menggunakan salam 
"Assalammualaikum wa rahmatullahi wa barakatu" 
(sejahtera keatas dirimu, dirahmati dah di berkahi oleh Allah)

Susunan ayat itu lagi Indah.

Tapi "Yori Shiku" ayat yang ringkas... ana ambil ibrah di balik perkataan mesra negara matahari terbit itu..

Oleh itu

Ayuh bermula daripada diri kita.

Lantaklah apa orang akan katakan... bajet baik ke, apa ke..
yang penting kita lakukan ini kerana Allah.

Lakukan apa???

Memberi salam dan senyum..

Yori Shiku neh.. watashi Ariel desu.

MENSE PRIMA HIJRAH (1435)

 Bismillah Alhamdulillah


Nama cam gempak?

Cam gempak jer.. cam gempak jer... cam gempak jer....

*Ok... =.=""

Abaikan mukadimah diatas. Entri kali ini ana nak ajar  beberapa perkataan dalam bahasa Latin. ( pengaruh term Undang-undang lah ni +_+" )

Maksud entri diatas "Mense Prima" iaitu Bulan pertama, bersempena dengan hampir seminggu memasuki tahun baru Hijrah. 

Sebut sahaja Muharram (mense Prima) dalam Islam, pastinya sinonim dengan Hijrah. 

"satu Muharram detik permulaan..
perpindahan kaum Islam hijrah..
perpindahan nabi dan umat Islam...
dari .......tetttzzzz.."

Cam kenal ja lirik lagu ni?

haha... inilah lagu yang kita di momokkan (ok tak perkataan ni digunakan?) 

patutnya, kita ubah sikit lirik lagu ni...

"Bulan Safar detik permulaan..
perpindahan kaum Islam hijrah..
perpindahan nabi dan umat Islam...
dari......."

Ha.. jom telusuri sirah nabawiyyah tentang hijrah Rasulullah s.a.w..


Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. 

Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. 

Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. 

Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. 

Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. 

Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad). 

********

Suatu fakta yang jelas, kelihatan sukar untuk ditelan kerana daripada kecil lagi sudah di beri info yang salah. Pahit untuk ditelan berangkali tapi yang benar harus di tegakkan

Dengan ini kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam Islam dan bukan bulan Hijrah Rasulullah s.a.w.

Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

********

So...

Muharram ialah mense Prima ok.. bukan bulan Hijrah.

Satu lagi sebelum terlupa,

Apa resolusi kalian dalam tahun baru Hijrah ni? beringatlah wahai teman, semakin meningkatnya Tahun, semakin singkat usia di dunia nyata ini.

Bersama menjadi Mukmin yang lebih baik insyaAllah..

#resolusi masih diteruskan, Qawiyul Jism tak pass lagi. >__<

Wednesday, 6 November 2013

CERVIDAE

Bismillah Alhamdulillah

Sekarang masih mood cuti pertengahan semester. Budak-budak smeua pulang ke kampung masing-masing (untunglah kg dekat) tak macam ana dan member-member yang lain, budak Sabah, menumpang dan setia menjaga varsiti utara ni.

Mengisi masa berkualiti di 1 muharram, usai melawat seorang adik yang sakit, ber"Nature walk" sebentar meringankan kepala yang sendat dengan timbunan asssignment ^^

Varsiti utara ni, sangat kaya dengan hutan juga fauna terutama si monyet-monyet yang begitu setia menemani.

..........

Ha, apa maksud CERVIDAE??

Jom, ana nak mengajar pembaca semua untuk belajar bahasa sains untuk entri kali ini. CERVIDAE adalah nama saintifik yang di beri kepada spesis keluarga Rusa.

[ Sila lihat gambar ] bagi yang tak kenal rusa itu apa?

CERVIDAE dalam bahasa ini bermaksud binatang liar yang berkelompok.. sejarah perkembangan nama ini bermula sedemikian rupa.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda di mana beliau mengatakan perhatikanlah kambing, kita dapat belajar bermasyarakat melaluinya.

Akhlak dan kata-kata Rasulullah itu benar.. tapi sebelum itu.

Apa kaitan Rusa dengan kambing???

......

Secara mudahnya, kebanyakan binatang atau kumpulan binatang itu punyai ketua, seperti kita dalam masyarakat punyai ketua (Amir) dalam istilah arabnya. Ana amati, bila si ketua di situ mendekat waktu nak di beri roti, rusa-rusa yang lain tidak berlaga dan wala

perhhh "wala" tu.. ayat ana, siyes bombastik

......

Begitulah alam mentarbiah diri kita.. Allah meletakkan hikmah bagi mereka yang berfikir. Jadi manfaatkan akal anugerah Allah itu, jgn akal dikaburi dengan nafsu.

InsyaAllah ada masa..

nak g bagi rusa makan lagi.. lalalala

Tuesday, 5 November 2013

"KAMI SEBENARNYA...."

Bismillah Alhamdulillah


“Dah lama Makcik jual nasi lemak dan kuih-kuih ni?”


Dash bersuara. Sambil tunggu Makcik tadi isi donut dan kuih koci ke dalam plastic separa lutsinar. Asyhraf tengok Makcik tadi goreng kuih yang lain setelah diangkat satu batch yang dah masak.
Berminat.

“Kalau dah dikira-kira, sudah lebih 13 tahun”

“Uiks lama tu” Jawab Asyhraf.

“Selalu ramai ek kat sini?”

“Alhamdulillah. Macam ni la. Kadang ramai kadang tak”

Terpegun. Kagum sebenarnya. Makcik tu, kalau dihitung-hitung dah lebih separuh abad. Kedut-kedut pada wajahnya dah jelas kelihatan. Bintik bintik hitam, tanda gigih.

“Anak-anak Makcik ?” tiba tiba terpacul keluar dari mulut Dash.

Belum sempat dia habiskan soalannya, Asyhraf tenung Eja. Isyarat. Sensitive barangkali soalan tadi. Takut-takut tak kena.

“Dorang semua dah kerja, kat Bandar. Merata-rata. Kamu semua ini dari mana nak ?” Makcik tadi dah paham.

“Oh. Kami dari Utara. Ada program kat sini ^^ ”

“Selalu program kat sini? Jauh tu”

“Selalu jugak la” Ujar Asyhraf.

Donut dan kuih kochi dua bungkus dah siap. Masak. Harum sampai ke hidung. Makcik masukkan ke dalam plastic.

“Tujuhringgit kan Makcik?”

ya na. Ni Makcik masukkan sikit goreng pisang, Nanti singgah la lagi”

“Eh tak payah la Makcik. Ermm, ni sepuluh ringgit, baki Makcik simpan ya”

Dash terharu.
Makcik tadi pun.

“Kamu  ni sapa sebenarnya?”

Dash tengok Asyhraf.
Asyhraf tengok Dash.

“Kami sebenarnya….”


--------------------


Hakim perlahankan kereta Myvi putihnya. Idha tekan button kat dash board tu. Cermin tingkap terbuka.

“Assalam’alaikum Pakcik, mau pigi mana?” pekat bahasa Sabahnya

“Wa’alaikumsalam. Nak ke pasar borong kat pusat Bandar sana.”

“Marilah naik. Kami pun on the way mau pigi ke sana” jawab Idham lag


Idham turun dari depan. Dituntun Pakcik tadi. Pintu dibuka. Kemudian ditutup. Perjalanan diteruskan. Jauh sebenarnya lagi destinasi dituju. Dua tiga minit pertama semuanya sunyi. Cari idea mungkin.

Peluh-peluh mengalir dari dahi Pakcik tadi.
Jauh benar dah jalan tadi. Idhamkuatkan pendingin kereta. Hakim terus memandu ke destinasi. Jalan mereka tak sehala sebenarnya.
Tapi..

“Pakcik dari mana sebenarnya?” tanya Hakim

“Seksyen 13, anak nak ke mana?”

“Kami nak ke Bandar juga. Ada program. Jauh juga tu Pakcik jalan.” kata Idham pula

“Pakcik dah biasa dah. Budak kat rumah tu, kalau Pakcik tak keluar cari makan, tak makan la semua”


Idham pandang Hakim.
Sampai kat satu simpang, Lutfi perlahankan kenderaan singgah sekejap di satu gerai. Idha cepat-cepat turun. Tiga gelas air tebu dibeli. Cepat-cepat dia naik kereta balik

“Air tebu Pakcik..” pelawa Idham

“Eh kamu ni, buat susah je..”

“ndak pa, x susah pun. Bukan selalu.. Panas kan sekarang” senyum Idha

Idham hulur satu gelas air. Pakcik tadi terus ambik.
Laju diminumnya. Haus benar. Makin laju pula peluh.

“Haa turunkan Pakcik kat depan mesin ATM jela”

“mano? yang tu ya” Hakim tunjuk mesin ATM Bank Islam di seberang jalan. Dah dekat dengan pasar.

“A’ha yang tu”

“Nanti pakcik mau balik, mau kami ambikkan?” tanya Idham


Tiba-tiba muka Pakcik tadi lain.
Kaget. Bingung pun ada.

“Eh takpela. Pakcik boleh balik sendiri nanti”

“Ok la kalau macam tu” 

“Pakcik turun dulu la nak, hati-hati bawak kereta nanti”

“In sha Allah Pakcik.” jawab mereka serenta

Pakcik tadi turun. Sebelum tutup pintu. Dia sempat toleh balik ke dalam.
Tertanya-tanya

“Kamu ni sapa sebenarnya?”

Hakim dan Idham saling berpandangan.

“Sebenarnya kami…”


----------------------------


“Faris kan?”

“Mana abang tahu?”

“Haa, dunia kan dihujung jari sekarang”

"takda lah, abe masih ingt demo, adik facie abe dulu.."

"ha.. bru ingat, abng Firwan kan?"

kedua mereka gelak
Firwan duduk makin dekat dengan si Faris tadi. Rancak pula berbual. Tanya asal mana, sekolah mana. Tiba-tiba sahaja.

“Hmm, demo free dop pagiesok? Jum ikut abe kuar”

“Free tu free. Tapi nak gi mane?”

“Kito gi rehlah. Nok?”

“Oh. Rehlah tu macam mana bang? Kat mane?”


***
"Dash, ayam tu dah masak ke?" tanya Fikri

"skit lagi, jap2.." sambil mengibas tempat pemanggang.

Kedengaran bunyi percikan air..

semua berlumba melompat dan berenang di air terjun yg dingin airnya

***

“Macam mana tadi, best ta?”

“Best jugak. Kalau duk kat kolej konfem tidur tadi bang”

Seronok benar bercerita. Firwan buka tingkap kereta. Angin dari luar masuk, kuat. Sebelum sampai ke kolej, Firwa singgah di satu gerai. Beli dua biji burger. Ayam special. Peh terbaik.

“Ni untuk Faris sa..”

“Laa..tadi pun dah kenyang bang, abang makan jela”

“Buke slalu pun dop”


Nak tak nak. Last last ambik juga.
Rezeki kalau dah datang tak baik tolak

“Hmmm bang, tadi semua tu sape?”

“Adelah. napa?”

“Entah la. Semua baik baik je. Ramah mesra je. Ada lagi manusia camtu ek. Baru jumpa hari ni tapi macam dah kenal lama.”

Tersenyum Firwan.


“Sebenarnya kitorang semua ni..”


------------------------


“Makan bungkus?”

“Makan.” Serentak 8 jawab.

Order diambik. Abang waiter tadi berlalu. Ramai betul orang petang tu. Semuanya orang Bandar sekarang makan kat kedai. Tak sempat nak masak kat rumah. Adeh.
Lepas lima minit tak sampai-sampai.

Umar mula dulu.
Mushaf dikeluarkan. Dibacanya perlahan. Khusyu’

Lepas tu yang lain pula ikut. Abd Majid dan Firwan pun buka Quran. Dash baca kat i-pad. Idham,Hakim dan Asyhraf pun. Semua senyap. Fikri tengah cakap telefon. Kemudian dia pun ikut sama taddabur. Isi waktu kosong.

Pelik?

Orang sekeliling tengok.

Dua tiga minit air sampai.
Abang waiter tadi la paling pelik

“Korang ni dari sekolah Tahfiz Seksyen 39 tu ek”

“Eh tak la. Kami fasi kat sini, ada program Universiti” senyum Dash

“Oh”

Abang tu hidang air. Perlahan-lahan. Sambil tu dia tengok sorang-sorang. Berminat mungkin. Entah. Pelik benar.

“Ikut tabligh eh”

“Kenapa bang?” tanya Umar

“Eh tak de pape, layan pelanggan”

“Nasi lambat lagi bang?” Fikri mencelah

“Jap ek”

Abang tu pergi. Sengih sengih mereka berlapan.
Menarik.

Duduk sekejap, yang di order pun sampai. Abang tadi lagi. Mukanya penuh tanda soal. Tak puas hati lagi.

“Abang dah makan? Jom la sekali” Pelawa Asyhraf.

“Dah tadi. Korang ni sapa sebenarnya?”

“Kami sebenarnya…”



-------------


Kami sebenarnya….

Sebenarnya

Sebenarnya

Meh nak bisik



"Nahnu ruhul jadid fil jasadil ummah"

Credit to Inspector Saahab :::
edited : Nature Mujahid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...