Thursday 30 January 2020

LUNA & TERRA

Bismillah Alhamdulillah


That night, there are no clouds and moon brightly shines the earth sky with its beautiful grace. On the beach two guy walk along and has a conversation 

Eric : "Tonight is beautiful right Shusuke?" while looking at the moon

Shusuke : "it sure is"

Eric : "Do you know what's the moon thinking while looking at the earth?" with a smile he turn over facing Shusuke.

Shusuke : "the moon probably think that the earth is all that matter... it really that matter, so she has to orbit around him" he then further 

"it really matter, if the earth did not exist, the moon wouldn't exist either" 

Eric : "wow that is so deep and romantic" frown.

The beach is so tranquil, beats of waves can be heard as if music that accompany the cold night.

Shusuke : "It's getting late. they probably waiting for us. lets go" 

............

What do you think the moon thinking while looking at the earth? 
[site from one of the episode in the NATURE novel]


by: Naturemujahid

Monday 20 January 2020

ELEMEN ALAM : API (KEBAKARAN DI AUSTRALIA)

Bismillah Alhamdulillah


Api merupakan antara elemen yang diciptakan dengan sifat agresif dan memusnahkan. Disebabkan oleh itu api ini adalah sesuatu yang merbahaya dan boleh digunakan untuk menyeksa dan mendera. Elemen yang Allah ciptakan ini meskipun sedemikian sifatnya namun diperlukan untuk mengimbangkan alam ini. 

Terbaru ini kita dihidangi dengan kemelut yang melanda di benua terkecil di dunia iaitu Australia dengan berlakunya kebakaran hutan atau "bushfire". Fenomena bushfire ini adalah kejadian normal di benua kanggaru tersebut namun beberapa dekad kebelakangan ini kejadian fenomena normal ini menjadi semakin tidak terkawal kerana campur tangan manusia (nanti kita akan bincangkan lebih lanjut).

Awal tahun 2020 seluruh dunia di kejutkan dengan kebakaran besar yang berlaku di bumi Aussie ini. Dampaknya semakin kelihatan di awal tahun baru 2020 hatta dalam pada saya menukilkan penulisan ini, kebakaran masih berleluasa di sana. Sebenarnya faktanya kejadian bushfire ini sudah bermula sejak oktober 2019 lagi dan disebabkan beberapa faktor, kebakaran tersebut semakin merebak hampir ke seluruh benua Australia. 

Untuk memahami apa yang berlaku sebenarnya, kita harus terlebih dahulu memahamkan diri kita tentang beberapa kejadian alam yang terlibat iaitu "heatwave" atau gelombang haba, Indian Ocean Diapole (IOD) dan Pyrocumulonimbus.

AUSTRALIA & BUSHFIRES

Australia sentiasa mengalami bushfire kerana terdapat beberapa flora di benua tersebut yang merupakan "native" atau hanya tumbuh di sana bergantung kepada api sebagai mekanisma pembiakan. Oleh sebab itu kejadian kebakaran hutan Allah jadikan sebagai perkara biasa disana.

Namun kebakaran hutan untuk tahun 2020 adalah yang terburuk berlaku selepas kejadian Black Saturday di Victoria,Australia pada 2009. Keadaan menjadi teruk disebabkan oleh faktor gelombang haba yang melanda Australia untuk beberapa bulan sudah menjadikan atmosfera benua itu kontang dan terik di tambah dengan kejadian angin kencang yang bertiup beserta kemarau yang disebabkan oleh Indian Ocean Dipole (IOD).

Heatwave atau gelombang haba berlaku apabila sistem tekanan atmosfera yang tinggi bergerak ke satu satu kawasan dan kekal untuk beberapa hari. Dalam sistem tekanan tinggi itu, udara daripada atas permukaan atmosfera di tarik ke bawah dan menjadi padat menyebabkan berlakunya peningkatan pada suhu sesuatu kawasan. 

Kejadian Indian Ocean Dipole (IOD) pula adalah fenomena alam yang normal berlaku di tengah lautan india. Ketika fasa positif berlansung, arus panas air laut akan bergerak ke sebelah barat lautan India menyebabkan kawasan seperti benua Afrika mengalami musim hujan kerana proses penyejatan mudah berlaku. Pada masa yang sama arus laut yang sejuk bergerak ke sebelah timur lautan hindi menyebabkan suhu laut yang sejuk di sekitar benua asia tenggara dan Australia yang mana membawa kepada kurangnya proses penyejatan dan hujan lantas menjadikan benua ini dilanda musim kering dan kemarau. 

Namun begitu, kejadian normal yang berlaku pada alam ini menjadi tidak seimbang dek campur tangan manusia melalui peningkatan gas yang menyebabkan pemanasan global berlaku. Ketidakseimbangan ini menjadikan fenomena alam yang membawa kebaikan kepada sesuatu muka bumi menjadi bencana buat geografi berkenaan.

Dua faktor utama ini menjadi punca kenapa berlakunya kejadian kebakaran yang buruk di benua marsupial itu. Kejadian kebakaran besar ini membawa kepada berlakunya fenomena ketiga yang menjadi penyumbang mengapa usaha pemadaman api disana sukar untuk di lakukan iaitu pembentukan awan Pyrocumulonimbus.

PYROCUMULONIMBUS

Dikenali juga sebagai Cumulonimbus flammagenitus adalah sejenis awan tebal yang terhasil diatas sumber pemanasan yang tinggi. Tidak seperti kejadian awan biasa yang dipenuhi air, awan ini mengandungi percikan percikan bara dan angin yang kuat. 

Kejadian ini pertama direkodkan pada tahun 1945 ketika pengeboman Hiroshima, seterusnya pada tahun 1991 ketika meletusnya gunung berapi Pinatubo di Filipina, 2003 di Canberra Australia dan 2009 di Victoria Australia. Kini yang terbesar berlaku di New South Wales Australia dan merebak ke seluruh pelusuk benua kecil ini. 

Awan yang mengandungi percikan bara ini tersebar dengan lebih cepat menyebabkan kawasan yang tidak sepatutnya terbakar menjadi mangsa kebakaran lantas menyebabkan api merebak ke seluruh pelosok benua.

KESEIMBANGAN ALAM

Kompleknya keseimbangan alam ini Allah sebutkan dalam surah Ar Rahman ayat 7 hingga 9 


"Dan langit telah ditinggikannya dan Dia menciptakan keseimbangan" (7)

"Agar kamu jangan merosakkan keseimbangan itu" (8)

"Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangkan keseimbangan itu" (9)

Ketidakseimbangan antara satu sahaja boleh menbawa kehancuran kepada bumi dan hidupannya. Kita terlalu rakus sehingga terlupa akan peringatan Allah dalam al quran. 

Peringatan lainnya juga Allah sebutkan dalam surah Al Fatir ayat ke 13 



"Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing masing beredar menurut waktu yang ditentukan. Yang berbuat demikian itulah Allah tuhanmu, miliknya segala kerajaan. Dan orang yang kamu sembah selain Allah tiada punya apa apa walaupun senipis kulit"

Allah menyebut dalam surah Al Imran ayat 190 hingga 191 mengenai keseimbangan alam dan dampaknya atas mengganggu ketidakseimbangan itu


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal. Mereka mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata "ya tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini sia sia maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka

Segala yang berlaku ini adalah amaran dan ajaran daripada Allah buat peringatan kita sebagai hambanya. Moga Allah memadamkan api yang merebak keseluruh benua Australia itu kerana Dia saja yang berkuasa ke atas tiap tiap sesuatu. 



CINTA


Tak ada yang mampu ku lakukan
kecuali menunggu para ilmuan
menemukan lorong waktu
Aku ingin kembali ke masa silam
tempat di mana hatiku pernah tersulam
Namun..
itu dulu,
sebelum kau datang
mengetuk pintu hatiku.
Aku pernah percaya
bahawa tidak akan ada bahagia
selain masa lalu..
itu mengapa
saat kau berkunjung ke hatiku
hanya ada jejak usang
di dalamnya.
Teramat berantakan
kau mengamati sebuah potret
yang berbalut semoga
terpajang pada dindingnya
kau perhatikan kesedihan
sedang asyik melahap sisa sisa tawa
yang tersaji diatas meja,
kau melihat sebuah rindu
terjerat jaring di sudut ruang
"kau tidak akan kuat bertahan di sini
layaknya orang orang sebelummu"
Begitu fikirku.
Ternyata aku salah.
Kau justeru bertahan
dan ingin menemaniku
merapikan segalanya.
Sabar adalah pakaian 
yang kau kenakan,
mungkin kerana itu
lelah tidak lekat di sekujurmu
Cinta..
terima kasih telah datang
kini kutemukan hari hari
yang telah lama hilang
kembali ku dapati
alasan untuk berjuang.
Jika ada yang istimewa
melebihi kata istimewa,
maka kau adalah kata itu. 

By: Naturemujahid
20.01.2020

Thursday 2 January 2020

INTROVERT BUKAN ANTI SOSIAL

Bismillah Alhamdulillah


Kadang kala ianya mudah untuk mengenal pasti apabila seseorang itu ialah introvert. Dalam kumpulan yang besar, kami adalah orang yang senyap dan lebih memilih untuk mendengar dan memerhati. Kami elakkan daripada berkata kata dan hanya bercakap bila perlu. Kami berkemungkinan ialah kawan yang tidak akan selalu ikut kemana mana terutama bila ada jemputan majlis atau parti tapi disaat kamu perlukan seseorang untuk mendengar isi hati, kami akan ada di sisi.

Kadang kala juga ianya sukar untuk mengetahui sama ada seseorang itu ialah introvert. Kebanyakan introverts kelihatan seperti extrovert apabila berada bersama dengan orang yang mereka selesa, dan tidak bermakna kamu adalah seorang introvert kamu tidak memiliki kemahiran sosial yang tinggi.

Oleh pada itu setiap 2nd Januari adalah hari introvert sedunia dimana seluruh dunia mengiktiraf hari ini sebagai hari introvert dengan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat apa itu sebenarnya individu introvert.

Walaupun begitu, terdapat perbezaan jelas antara mereka yang introvert dan extrovert. Perbezaan yang ketara sekali ialah cara kedua duanya bergaul. Di sini saya masukkan beberapa cara kami yang bergelar introvert bersosial

1.SUASANA INTIM VS KUMPULAN YANG BESAR 

Ada sebab yang logik kenapa introvert macam kami ini akan selalu memberi alasan apabila kami diajak untuk menghadiri majlis keramaian. Extrovert lebih berminat kepada stimuli dan keseronokan tetapi lain halnya bagi introvert. Disebabkan oleh cara otak kami di programkan, kami tidak "high" bila bersosial seperti mana extrovert. Sebenarnya semua bunyi bising dan suasana sesak boleh menyebabkan introvert kepenatan dan cas tenaga kami berkurangan.

Kami lebih memilih untuk bersama dengan seorang dua kenalan yang kami selesa dan berbual dengan lebih mendalam tentang perkara perkara besar. Ini membolehkan kami lebih fokus kepada sesuatu yang mana kebanyakan introvert pakar dalam kemahiran ini.

2. "BIG IDEAS" VS "SMALL TALK"

Becakap kosong atau "small talk" biasanya tidak datang secara semula jadi bagi introvert. Bahkan ianya boleh membuang masa dan merasa seolah olah berpura pura. Tidak seperti Extrovert yang boleh bertoleransi dengan keadaan seperti ini sebab katakata lebih mudah untuk keluar dan digunakan bagi orang seperti mereka. Kajian menunjukkan bahawa Extrovert bergantung kepada aktif memori berbanding memori jangka panjang kerana itu katakata seperti berada di hujung lidah mereka. ini sangat bertentangan dengan introvert.

Untuk berkata kata dengan kami introvert, cuba bercerita tentang idea. Lebih besar idea itu, lebih bagus dan mendalam komunikasi antara introvert. Contohnya apa perasaan kita tentang kerja baru? atau "apa ilmuu baru yang kita sudah pelajari", kami lebih tertarik pada perkongsian dunia dalaman kami.

3. BEBERAPA KAWAN RAPAT VS RAMAI KENALAN

Introvert tidak mengejar populariti. Kami selesa dengan bulatan kenalan kecil yang kami ada yang tahu siapa kami dan memahami diri kami berbanding ramai kenalan tetapi tidak seorang pun yang mengetahui secara mendalam diri kami sebenarnya. 

Berbeza dengan extrovert, status sosial sangat penting bagi mereka dan kebiasaannya mereka ini punyai lebih ramai kenalan dan kawan. 

4. KAWAN DI DUNIA MAYA VS KAWAN DI DUNIA SEBENAR

Kedua introvert dan extrovert memiliki kawan maya dan kawan di dunia sebenar tetapi menurut penulis buku "Quiet" iaitu Susan Cain, introvert lebih aktif berkomunikasi secara dalam talian berbanding dunia sebenar.

Ini benar kerana saya sendiri sebagai introvert lebih selesa berkomunikasi melalui medium media tanpa perlu keluar daripada rumah dan berhadapan dengan orang ramai. 

5. TENANG VS BERTENAGA

Berbanding extrovert, kami yang introvert lebih bersikap tenang dan pendiam bila bersosial. Kami lebih cenderung berkata dengan perlahan dan rendah serta memilih patah kata yang ingin kami tuturkan. Kami lebih cenderung untuk menyimpan pandangan kami terhadap sesuatu daripada menyuarakannya. 

6. KUALITI MASA VS SELALU BERHUBUNG

Tiada salahnya untuk berhubung dengan kenalan dan rakan rakan kita setiap hari atau lepak dan luangkan masa bersama setiap hari. Ini merupakan apa yang extrovert selalu lakukan. Introvert pula berbeza kerana tidak ada keperluan untuk selalu bertemu atau menghubungi kenalan setiap hari. Cukuplah berhubung atau merancang untuk luang masa bersama sekali seminggu. Bukan kerana kekerapan tapi pentingnya kualiti bagi introvert seperti kami.

7. MASA BERSENDIRI VS LEBIH KESERONOKAN

Setiap orang akan merasa keletihan serta kekurangan tenaga disebabkan bersosial, tetapi introvert adalah golongan yang sentiasa merasa dua kali ganda kesan tersebut disebabkan oleh limpahan tenaga daripada ramai orang. Ini kerana berbalik kepada cara pemikiran introvert itu sendiri yang tidak mendapati bersosial dan bergurau sebagai motivasi. 

Oleh itu jangan berasa kecil hati jika introvert meninggalkan majlis dan parti lebih awal kerana rasa kelelahan yang dialami. 

Disebabkan oleh itu, kami introvert selalu di salah tafsirkan sebagai seorang yang sangat tidak suka bergaul atau "antisocial" padahal fakta ini tidak betul sama sekali. Seperti extrovert, kami juga bergaul cuma kami lebih "selective" atau memilih dengan siapa kami bergaul dan luangkan masa bersama. 

Meski demikian, ada 10 keadaan yang introvert seperti kami akan lakukan diluar kebiasaan apabila kami menyukai seseorang iaitu:

1. Bertindak terlebih dahulu "making the first move" 

Introvert hanya akan membuat tindakan seperti ini apabila kami menyukai seseorang. Kami akan mulakan perbualkan dan akan pertama yang memulakan apa saja untuk menarik perhatian orang yang kami suka. Ini jelas tidak akan berlaku bila introvert tidak menyukai seseorang. 

2. Menjadi terbuka

Introvert seperti kami tidak sesuka hati membuka dunia kami kepada orang yang tidak kami selesa dan kenali tetapi bila kami menyukai seseorang, introvert akan membuka dunianya kepada insan tersebut

3. Memerhati

Seorang introvert akan memberi perhatian lebih kepada orang yang mereka suka. Hal ini kerana ianya layak untuk mereka membagi masa melakukan tindakan sedemikian. Introvert akan memerhati apa yang orang yang disukainya itu suka dan banyak lagi sebelum mengambil tindakan yang lebih drastik.

4. Mengajak ke ruang peribadi miliknya

Ruangan peribadi atau kehidupan seorang introvert adalah milik eksklusif mereka dan mereka tidak akan sesuka hati mengajak orang kepada ruang itu melainkan kamu adalah orang yang mereka sukai.

5. Bercakap tentang topik peribadi 

Apabila seorang introvert berkongsi sesuatu yang peribadi kepada seseorang, itu bermakna mereka yakin dan percaya serta selesa dan menyukai individu tersebut. Jadi bila seorang introvert menceritakan masa ketika mereka kecil dan sebagainya ketahuilah introvert itu menyukai kamu

6. Menunjukkan "extra care" 

Bila menyukai seseorang atau mencintai seseorang, introvert itu akan menunjukkan sikap mengambil berat yang lebih kepada orang yang mereka sukai. Contohnya mereka membelikan makanan atau air tanpa disuruh.

7. Sanggup melebihi batas mereka (going the extra mile)

Bila introvert menyukai seseorang, dia akan sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang mereka sayang. Meski berada jauh sekalipun mereka sanggup bersusah payah untuk menemani andai kata orang yang mereka sayangi itu memerlukan. 

8. Selalu berhubung

Seperti yang kita ketahui, orang introvert sangat memerlukan masa bersendiri tetapi jika mereka ini selalu ingin mengetahui tentang keberadaan dan keadaan anda, bererti mereka ini suka kepada anda.

9. Berkongsi Rahsia

Setiap orang mempunyai rahsia diri dan introvert merupakan orang yang tidak akan berkongsi rahsia dirinya meski pada orang terdekat sekalipun. Tapi jika mereka memberitahu dan berkongsi rahsia mereka, itu petanda yang mereka selesa dan menyukai anda.

10. Memberi tindak balas

Introvert selalunya hanya memerhati dan tidak suka untuk berbasah basi dengan orang yang mereka tidak kenal dan rapat. Mereka hanya akan memberi nasihat dan tindak balas sekiranya diminta. Namun jika introvert tersebut menyukai seseorang, tanpa perlu di minta mereka ini akan secara sendirinya menyampaikan dan memberi nasihat serta tindak balas atas apa yang kita lakukan. 

Berikut seperti diatas apa itu sebenarnya mereka yang introvert. Orang seperti kami ini sering di salah anggap sebagai mereka yang anti sosial dan tidak bergaul walhal ada sahaja antara introvert ini kemahiran bersosial mereka lebih baik dan lebih tinggi berbanding mereka yang extrovert.

Selamat hari Introvert sedunia 

02.01.2020

Nukilan : Naturemujahid