Thursday 31 May 2012

STRONG IS THE ONLY CHOICE


Bismillah Alhamdulillah

"You never know how strong you are,
until being strong is the only
choice you have"

Allah itu maha pemurah, penyayang sifatNya, pemilik agung seluruh alam. Menah dan ujian mencurah laju, melimpah arus kearah hambanya..

Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : "apabila seorang mukmin itu diuji dengan sesuatu bencana pada dirinya, Allah taala berfirman kepada malaikat penulis amalnya : tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan; kemudian jika Allah hilangkan bencana yang menimpa dirinya, Allah jadikan kehidupannya baru  bersih suci dari dosa dan jika Allah ambil nyawanya, diberikan keampunan dan rahmat keatasnya" [ Ibn Abu Shaibah, Imam Ahmad, Baihaqi ]


tiada yang lebih teguh melainkan Dia, 
tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia, 
tiada tempat berteduh melainkan Dia, 
tiada tempat merayu melainkan Dia, 
tiada tempat meminta melainkan Dia

Untuk tahu kita hambanya yang kuat, beriman kepada Allah.. nantikan hadiah dari Allah itu. kita tidak akan tahu sekuat mana kita melainkan dengan menjadi kuat saja jalan yang ada.. 

Diri ini tidak mampu mendalami empati itu, walau sahabat terdekat mengalaminya... kuatnya dia ya Allah... teguhkan imannya padamu. Diri ini bila lagi???

Ya Allah kau teguhkan juga diriku andai giliran ku pula menyusul... peringatan dan teguran untuk diri ini juga sebenarnya... diri ini hanya mampu mendoakan dan menolong mana termampu.


Nukilan : Naturemujahid

Thursday 24 May 2012

REJAB : FADHILAT REJAB DAN PERISTIWA BESAR


Bismillah Alhamdulillah


Alhamdulillah seusai maghrib kemarin, seperti biasa berlansungnya kuliah fekah oleh Ustaz Salahuddin, guru pondok dan juga tenaga pengajar di sekolah Agama Toyyibah Changlun. Pengisian hari ini masih bersangkut paut berkisar mengenai pemimpin, untuk petang itu bab Zalim di sinonimkan bersama.

Kuliah dihentikan seketika kerana ustaz nak berkongsi Fadhilat-fadhilat bulan Rejab ni, dalam kitab berwarna Merah itu mengatakan bahawa

REJAB bermaksud ta'azim iaitu Kebesaran, keagungan dan kemuliaan. Ianya daripada tiga huruf pada bulan REJAB itu sendiri

RO [ MEMBAWA MAKSUD RAHMAT ], 

JIM [ UNTUK JUD BERMAKSUD PEMURAH ] dan 

BA [ UNTUK BIR IAITU KEBAJIKAN ]. Lalu terhimpunlah REJAB yang bermaksud bulan yang padanya Allah limpahkan rahmat, kemurahannya dan kebajikannya terhadap hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh dibulan rejab itu. 


Rasulullah s.a.w bersabda 

"Hendaklah kamu muliakan bulan Rejab, nescaya Allah akan muliakannya di akhirat dengan 1000 kemuliaan"

"Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, bulan Ramadhan bulan umatku" 

Imam Nawawi rahimahullah berkata dalam kitabnya :

"Malam awal REJAB itu dimustajabkan doa.. malam 1 hingga 10 REJAB" 

Fadhilat

Ustaz memberi perkongsian dalam waktu yang singkat itu akan fadhilat berpuasa di bulan ini..

> berpuasa sehari = mendapat syurga tertinggi.

> berpuasa 3 hari = dijadikan parit panjang menghalang ke neraka. [1tahun jalan]

> berpuasa 4 hari = diafiatkan daripada bala dan penyskit-penyakit besar, bebas dari fitnah Dajjal.

> berpuasa 13 hari = mendapat pahala berpuasa 3000 tahun.

> berpuasa 14 hari = mendapat pahala berpuasa 10'000 tahun.

> berpuasa 15 hari = mendapat pahala berpuasa 100'000 tahun.

> sesiapa yang bersedekah di bulan REJAB seolah-olah dia menyedekahkan 1000 dinar, diangkat seribu darjat, dihapuskan seribu kejahatan, dijauhkan daripada Api neraka dan pahalanya dikira berdasarkan banyaknya bilangan bulu roma ditubuhnya.

SubhanAllah, begitu mulianya dan pemurahnya Allah. 

REJAB merupakan bulan untuk kita menyemai benih. Taburlah sebanyak mana benih amalan yang boleh di bulan REJAB yang subur ini kerana bila tiba di bulan SYAABAN nanti.. kita akan menyiram tanaman ini yang hampir membesar dan matang supaya bila tiba RAMADHAN nanti kita dapat mengutip hasilnya insyaAllah.

Peristiwa penting 

1. HIJRAH PERTAMA

Hijrah ke Habsyah berlaku kerana pihak musyrikin MEKAH meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah dan mereka yang mengikut baginda beriman kepada Allah pada ketika itu. Tujuan berhijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri disamping mencari tapak baru unutk Islam berkembang.

2. PERISTIWA ISRA MIKRAJ

Peristiwa ini Allah abadikan dalam surah Al-Isra ayat mukadimah hadapan mengenai perjalanan Rasulullah pada malam hari dari Isra hingga mikraj ke langit. Peristiwa ini membawa kita kepada SOLAT yang diamalkan 5 kali sehari semalam. Allah menyerahkan secara personal tanpa penghubung kepada Rasulullah s.a.w. Jumhur ulama berbeza pendapat mengenai tarikh ini dan majoritinya berpegang pada tarikh 27 REJAB.

3. PERANG TABUK

Tabuk adalah nama tempat dimana Rasulullah s.a.w dan para sahabat seramai 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana kerana tentera Rom melarikan diri.

4. PEMBEBASAN BAITUL MAQDIS

Baitul Maqdis dibuka pada zaman pemerintahan khalifah kedua selepas Abu Bakar. 

5. LAHIRNYA IMAM AS-SYAFIE

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris. Dilahirkan di Gaza Palestin pada tahun 150H bersamaan 767M dalam bulan REJAB. Beliau merupakan Imam besar berempat yang menjadi rujukan di dunia sehingga kini.

6. KEJATUHAN EMPAYAR KHILAFAH

Satu lagi peristiwa besar yang berlaku namun ramai yang tidak mengambil cakna kerana musuh-musuh Islam mengaburkan kita mengenai hakikat ini.. membuatkan kita buta akan fakta benar ini. 27 REJAB merupakan tarikh Isra Mikraj dan semua orang Islam meraikannya.. namun tarikh itu jugalah dimana empayar khalifah didunia jatuh dan Islam mula berpecah hingga muktahir ini... tahun 1924 itu tahun hitam dalam sejarah Islam..

7. WAFATNYA IMAM AS SYAFIE

Beliau wafat pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah.

Banyak Ikhtibar yang boleh diperolehi disetiap bulan-bulan Islam itu... bersama cakna akan perkara ini..

Wednesday 23 May 2012

TAHALUF SIYASI VETERINAR


Bismillah Alhamdulillah


Selasa petang itu... saya dan dua orang kenalan non-muslim bergerak ke KFC berdekatan dengan varsiti, untuk membuat tempahan bagi jamuan terakhir group veterinar..

Agak janggal sedikit bila berjalan bersama dengan mereka, mungkin kerana corak pakaian yang sedikit menjolok mata itu membuatkan diri ini malu, namun ana tidak memperlihatkan, kerana ana meraih mereka.


Empat semester mengharungi ko-k, waktu yang dahulunya tidak sabar dinanti kini menjelma... bila tiba diambang itu hati ini menjadi berat.. Allah jua pemilik hati hamba-hambanya.. dalam lumrah kehidupan, kita sering bekerjasama bersama pelbagai kaum, bangsa dan agama, teringat pula dengan satu istilah "tahaluf siyasi" ..

Tahaluf bermaksud : perjanjian persefahaman bagi kerjasama dan bantu-membantu bagi menghadapi pihak lawan.

Hukum : Diizinkan syariat berdasarkan syarat-syaratnya. Pemahaman pada syaratnya perlu didahului dengan kajian perbezaanantara tahaluf yang diterima oleh rasulullah dan yang ditolak olehnya.

Syarat-syarat Tahaluf :

-membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip hubungan dengan Allah dan manusia.

contoh kemaslahatan yang diizinkan :
1.kearah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya.

2.menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral.

-tidak berwala pada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.

-muwada'ah (perjanjian sementara)
-Isti'anah (meminta bantuan)
-mereka menolong kita
-kita menolong mereka. 

VETERINAR DIHATI

Kini berlalu sudah tempoh taklifan ana selaku ketua veterinar B... ana tahu ana tidak melaksanakan taklifan itu dengan sempurna namun moga redhai apa yang telah ana bawa selama 2 tahun berko-k.



Alhamdulillah.. thankz for this memories guys.. even though we will rarely meet each other now, but bear in mine.. we still once a veterinar.. and will always be..


USTAZAH FATIMAH SYARHAH : WHEN LOVE TALKS


Bismillah Alhamdulillah

"bila Ilmu mu mengenal illahi..
jadilah IlmuMu berstatus tinggi"

Kata-kata yang ana ubah sedikit dari text ucapan Ustazah Fatimah Syarha dalam program cafe cinta UIAM.. bila fahami secara mendalam kata-kata diatas, menimbulkan pertanyaan sejauh mana nilai ilmu kita sekarang?


LOVE = QALBU = HATI


Abu Hurairah pernah berkata :
"hati adalah raja sedangkan anggota badan adalah tentera Jika raja itu baik maka baiklah tenteranya jika raja itu buruk, maka buruk pula tenteranya". Hati merupakan
segumpal darah yang sering menjadi intaian makhluk yang digelar "shayaatin" dan wadah rebutan oleh para "malaikat", subhanAllah... betapa peri pentingnya hati itu. "when the LOVE talk".. bila hati kita berbicara sebenarnya??... pernah kita rasa tidak tenang bila melakukan sesuatu yang bukan fitrah? pernah timbul perasaan tidak senang dalam hati? Abu Darha pernah berkata "kebaikan itu dalam ketenangan, kejahatan itu dalam keraguan" saat itu hati berbicara.


Untuk entri kali ini, hati akan lebih menyentuh mengenai cinta... CINTA HIGH CLASS.. 

dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a beliau berkata; aku pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda, "engkau datang bertanya mengenai kebajikan?" "aku berkata :ya" baginda bersabda " Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati terasatenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak dihati. Sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu" hadis hassan yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dan al-Daarimi. Bila berbicarakan bab hati, ianya suatu yang subjektif... Allah jua yang membolak balikkan hati-hati ini.


Lunaknya hati berbicara terutama tentang sesuatu yang fitrah seperti CINTA.. majoriti ya... hati begitu aktif bila melibatkan unsur-unsur ini. Persoalan yang timbul adalah apakah cinta itu sekadar memenuhi syahwat semata?


REVERSE CINTA


Untuk peringkat ini, biarlah kita reverse cinta itu kepada cinta Ilmu, cinta mujahadah. Bersusah payah dalam jalan mujahadah pasti membuahkan kemanisan kelak. Seperti nikmatnya berbuka bila tiba waktu.. seperti situasi semasa, bercouple sebagai contoh.. ianya tidak haram tapi hanya selepas nikah. 

Allah jua penguasa hati.... membolak balikkan hati hamba-hambanya...


Tips perkongsian bagi muslimin dan muslimah dari Ustazah Fatimah Syarha dalam merisik atau ingin menyunting mawar berduri..


1. Lelaki itu memuliakan wali si wanita dan walinya menyampaikan kepada si wanita itu..


2. Lelaki melalui orang tengah [ selain wali ] ke wanita tersebut.


3. Perempuan itu ada ayah yang soleh dah ayahnya mencarikan pasangan untuknya.


4. Perempuan mulakan langkah ke orang tengah... orang tengah ke kawan terdekat dengan lelaki tersebut kemudian kawan itu menyampaikan kepada keluarga si lelaki dan keluarga si lelaki itu kemudiannya membeitahu respon pada saudara si wanita.


5. Lelaki yang meminta pemimpin dan melalui pemimpin ke gadis itu.


Ingatlah... pegang pada 2 prinsip... Jangan hampiri Zina & selaku seorang muslimin... lelaki... muliakan wali si wanita tersebut... soleh dan solehahkan diri terlebih dahulu sebelum mencari yang solehah dan soleh.

IBRAH SI BUAH ANGGUR


Bismillah Alhamdulillah


Buah anggur atau nama saintifiknya "vitis vinifera" merupakan kategori buah beri yang menjadi kegemaran zaman berzaman. Antocyanin dalam kulit anggurlah yang memberikan warna ungu padanya.

Jelajah alam kali ini ana nak mengupas mengenai ibrah yang boleh diperolehi daripada buah anggur atau grapes dalam bahasa Englishnya.

sedikit analogi :

seorang kafir telah mengajak seorang muslim untuk datang kerumahnya, dia kemudiannya menjamah muslim tersebut dengan segugus buah anggur..

Demi meraih pelawaan seorang kafir itu, dia memakannya sehingga habis. kemudian si kafir itu pula mempelawanya untuk meminum arak yang baru terhidang disitu...

Muslim tersebut menolak secara baik, lalu orang kafir itu bertanya :

"bagaimana agama kamu melarang kamu minum arak tetapi membolehkan kamu memakan anggur walaupun arak itu terhasil dari anggur?"

Muslim itu tersenyum lalu menjawab persoalan si kafir itu tadi dengan pertanyaan :

"adakah engkau punya anak perempuan?"

kafir iru menjawab "ya.. ada"

Muslim itu bertanya lagi "adakah boleh bagimu mengahwininya?"

Kafir itu dengan tegas dan yakin menjawab "sudah tentu tidak"

Muslim itu berkata "SubhanAllah... engkau boleh mengahwini ibunya namun engkau tidak boleh mengahwini anaknya. Begitu juga keadaan anggur dan arak"

Kebijaksanaan itu merupakan tongkat muslim yang hilang.. cari dan genggamlah ia sebaiknya... itulah ibrah yang boleh diperolehi dari alam... mengajar kita untuk lebih kreatif serta pada masa yang sama mengagungkan cinta teragung kita... Allah aza wajallah...

~nature mujahid

Tuesday 15 May 2012

TANAH HARAM ITU MILIK ISLAM


Bismillah Alhamdulillah

Tanah haram itu pernah menyaksikan suatu ketika, daulah Sulaiman puluhan ribu tahun lampau, menaungi kerajaan dunia. 

Tanah haram itu pernah merasai denyut takbir dan ad-deen para utusan-utusan Allah yang terdahulu... merasai laungan jihad si sang khalifah berempat, merasai ketokohannya Salahuddin...

Surat buatmu Saudara-saudara ku dalam Islam

wahai saudara-saudara ku dalam Islam..

Ratusan saudara-saudara kita di Palestina telah meregang nyawa.
Diantara mereka banyak para syuhada,
Israel semakin brutal, bengis, keji 
dan tidak memiliki sifat insani lagi

Perempuan-perempuan dibunuh
anak-anak muslim dibantai,
bayi-bayi dihabisi.
Mereka memang inginkan musnahnya seluruh penduduk negeri,
atau terusirnya umat Islam dari bumi para nabi.

Tapi saudara-saudara kita 
tetap bertahan di jalur gaza.
Mereka hadapkan dada mereka 

menentang dengan berani,
mengangkat senjata yang ada
dengan apa yang ada.

Batu-batu serta air mata...
air mata yang menetes 

telah bercampur darah,
namun..... 
itu bukan tangisan ketakutan
bukan tangisan kegentaran
inilah tangisan jihad.

Dengan luapan hati yang rindu
pada Syurga ketika mereka tetap mempertahankan
bumi yang dititipkan pada umat Islam
diserahkan oleh Severinus, 

uskup pemegang kunci Baitul Maqdis
kepada amirul mukminin Umar bin Khaththab ra
enerus dan pewaris perjuangan Rasulullah SAW
Kunci-kunci Baitul Maqdis
Bumi al Aqsha
Tanah Yerusalem
Telah menjadi kehormatan dan 

harga diri Kaum Muslimin.

Namun saat ini telah dirampas
Dan diinjak-injak kesuciannya
Oleh Zionis Israel
Di bawah perlindungan Amerika Syarikat
Dibentengi oleh PBB
Dipagari oleh pemimpin-pemimpin Arab Pengkhianat
Didiamkan oleh para pemimpin negara Pengecut
Saudara-saudaraku dalam Islam

Israel telah dikuasai Iblis
Dikerumuni segerombolan setan-setan
Bumi Palestina mengepulkan debu
Penuh asap mesiu
Api berkobar, ledakan dimana-mana

Lantas kemana saudara-saudara kita mencari tempat yang aman?
Anak-anak telah dijauhkan dari Masjid-masjid
Kerana roket-roket Israel meratakannya dengan tanah
Namun Israel mengejar dan menghabisi anak-anak ini
Hingga ke sekolah-sekolah, ke madrasah-madrasah
Dan rumah sakit khusus untuk bayi dan anak-anak


Saudara-saudaraku dalam Islam

Tak pantas lagi jalan diplomasi
Untuk Zionis Israel berhati keji, 

yang sudah tak bisa lagi diajak berkomunikasi
maka kebohongan besar bagi mereka 

yang menyerukan Jihad diplomasi
Kejam bagi mereka 

yang menyerukan perdamaian
Bengis bagi mereka 

yang menyerukan rekonsiliasi
Pengecut bagi mereka 

yang hanya bisa diam

Saudara-saudaraku dalam Islam 


Tak akan pernah ada damai dengan sekumpulan setan manusia!!
Tak ada kesepakatan bagi para penjahat-penjahat dunia!!
Karena hanya menjadi topeng-topeng untuk memperbudak manusia
Membuka peluang bagi Israel
Yang lekat dengan karakter pelanggar perjanjian!!
Membuka kesempatan bagi kaum zionis
melakukan genoside!!
Dan merampas tanah-tanah yang telah dimuliakan Islam


Dengarlah 
dan lihatlah …..
Penderitaan, 

jeritan, 
rintihan, 
teriakan kesakitan

Rasakanlah …..
Apa yang saudara-saudara kita di Palestina rasakan


Dengarlah …..
seolah kita mendengar apa yang mereka dengar


Lihatlah ….
Seolah tergambar apa yang terpampang di hadapan mereka
Setiap saat perang berkobar
Hujan peluru dimana-mana
Tak ada lagi damai di hati
Tak ada lagi jeda untuk nafas terhela

Saksikan…

anak-anak kita yang duduk-duduk menanti
Barangkali sebentar lagi mereka sudah tak ada lagi
Dekap, peluk dan ciumi bayi-bayi tercinta…
Barangkali nanti nyawa mereka pergi
Pandangi anak-anak muda remaja dan suami-suami kita…
Para Mujahid yang siap bergerak berjuang
Barangkali inilah perjumpaan terakhir
Kita yang mati atau mereka yang tak bernyawa lagi

Yakini, 
kuatkan hati…
Dunia hanyalah fana
Nantikan perjumpaan yang abadi
Di akhirat, Jannah yang telah dijanjikan
Tempat indah pertemuan para pejuang
Tempat abadi berkumpulnya keluarga-keluarga Mujahid


Saudara-saudaraku dalam Islam

Israel sudah tak menyisakan hati lagi
Bumi Palestina telah pekat dengan derita
Tak ada air bersih
Bahan makanan habis
Rumput, tanaman, roti basi semua sudah menjadi konsumsi sehari-hari
Rumah-rumah keluarga muslim sudah dibumihanguskan
Masjid-masjid diluluh lantakkan
Rumah sakit-rumah sakit hancur
Obat-obatan tak ada lagi
Setiap saat tangan-tangan terangkat menjempul ajal
Meregang nyawa, merintih dan mengucap
Laa ilaaha illa ALLAH
Muhammadur Rasulullah ….
Kami akan tetap pertahankan
Bumi Palestina hingga titik darah penghabisan…

Saudara-saudaraku...
mereka memanggil …
Dimana saudara-saudara kami umat Islam?
Dimana pemimpin-pemimpin kami?
Kemanakah mereka?
Di mana muslim Malaysia? Indonesia?

Saudara-saudaraku dalam Islam

Darah telah membanjiri gaza
Tertumpah di tanah para Anbiya
Meresaplah wahai darah-darah Syuhada
Tebarkan aroma harum Syurga
Yang akan memanggil kita untuk berjuang
Membangkitkan kesadaran kita
Menguatkan langkah-langkah kita
Untuk tergabung dalam barisan Pejuang
Menyatukan umat
Menyatukan kekuatan
Menyatukan barisan

Hanya Khilafah yang akan menyatukan kita semua
Hanya Khilafah yang akan merekatkan barisan kita semua
Hanya Khilafah yang akan serukan Jihad kepada seluruh kaum muslimin
Kepada siapapun yang masih mengaku muslim
Khilafah dan Jihad
Jihad dan Khilafah
Keduanya adalah ruh yang satu
Ruh Kaum Muslimin
Ruh untuk melanjutkan kehidupan Islam
Ruh untuk meninggikan kemuliaan Islam
Ruh yang akan menghabisi Israel sehabis-habisnya!
Innamal Imaamu Junnah
Yuqaatalu miw waraa’ihi
Wa Yuttaqa
Sesungguhnya seorang Imam, seorang Khalifah laksana perisai
Rakyat berperang di belakangnya
Rakyat berlindung kepadanya

…Watakuunu Khilafah ’alaa Minhajin Nubuwwah
…Watakuunu Khilafah ’alaa Minhajin Nubuwwah
Akan tegak Khilafah di atas jalan kenabian
Akan tegak Khilafah di atas jalan kenabian

Ya Allah jadikanlah peristiwa ini menumbuhkan kekuatan para Pejuang Khilafah
Jadikan Tanah Syam sebagaimana dalam salah satu Sabda NabiMu
Yakni cikal bakal bangkitnya Khilafah
Ya Allah jadikanlah kami
Kaum Muslimin Malaysia
Kaum Muslimin di tanah Syam
Menjadi satu kekuatan
Jadikanlah kami
Kaum Muslimin Iraq
Kaum Muslimin Iran
Kaum Muslimin Turki
Kaum Muslimin Sudan
Kaum Muslimin Yordan
Kaum Muslimin Mesir
Kaum Muslimin Pakistan
Dan Kaum Muslimin di seluruh Dunia
Menjadi satu kekuatan

Ya Allah Jadikanlah kami Satu Kekuatan Dahsyat
Ya Allah Jadikanlah kami Satu Kekuatan Dahsyat
Ya Allah Jadikanlah kami Satu Kekuatan Dahsyat
Yang akan menegakkan Khilafah Rasyidah
Di atas Jalan kenabian
Yang akan mampu menghancurkan Israel sebagai Janji NabiMu
Sehancur-hancurnya!!
Hingga pepohonan dan batu-batu pun berkata
Ini Israel ada di baliknya
Hancurkanlah dia

Wahai Allah Yang Maha Besar dan Maha Perkasa
Wahai Allah Yang Maha Hidup dan Menghidupkan
Wahai Allah Yang Maha Menguasai dan Menghendaki segala sesuatu
Turunkan ribuan malaikatMu
Menaungi bumi Palestina
Menyambut ruh-ruh mulia para Mujahid
Hidupkanlah mereka
Di dalam hati dan jiwa
Jadikanlah setiap tetes darah mujahid
Mengalir dalam aliran darah-darah kami

Wahai Allah Yang Maha Besar dan Maha Perkasa
Wahai Allah Yang Maha Hidup dan Menghidupkan
Wahai Allah Yang Maha Menguasai dan Menghendaki segala sesuatu
Datangkanlah tentara-tentara malaikatMu
Menguatkan jiwa kami
Menguatkan jihad kami
Membalut hati kami dengan bening keihklasan
Meraih kemenangan
Menegakkan Khilafah
Menghabisi Zionis Israel, Amerika dan sekutunya
Atau menyambut kematian dengan Syahid di JalanMu
Ya Rabbi yang Maha Tinggi
Wahai Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Yang Maha Mengabulkan doa
Berikanlah kami kekuatan…
Berikanlah kami kesadaran…
Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang yang menolong agamaMU
Jadikanlah kami Mujahid 

nukilan : Nature Mujahid



Keringkah airmatamu melihat saudara kita disana??

Putuskah doamu seharian kepada mereka disana?

Tidak malukah kita ingin memasuki syurga bersama saudara kita sedangkan mereka berjuang.. kita hanyut disini?


Ingat sahabat-sahabat ana... isu Palestin bukan isu bermusim
. Ianya isu muslim... mukmin.. kerana tanah itu dijanjikan.. merupakan milik Islam..