Saturday 27 October 2012

BURASA ODYSSEY

Bismillah Alhamdulillah

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar,
laaaa ilaa, ha ilallah... hu Allah... hu akhbar.
Allah...huakhbar walillahilhamd..


Gemersik syahdu  lantunan takbir memenuhi seluruh atmosfera Sintok, simbolik mengagungkan keEsaan si Maha Pencipta. Hati tersentuh dalam menyelak tabir Hijrah, kini 10th Zulhijjah menjengah sudah. Seusai Subuh itu, makin hanyut dibuai tenangnya kalimah membesarkan Illahi..

Ini merupakan raya haji ke-3 di bumi jelapang padi, kehidupan anak passompe di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan merupakan yang paling istimewa selama 4 semester dua bulan dan 27 hari bergelar pelajar.. pagi itu bersiap untuk solat sunat AidilAdha..


Gerakan pagi itu, solat Sunat AidilAdha di masjid Sultan Badlishah, masjid utama dan terbesar di UUM. Solat bersama, bertakbir bersama, Allahuakhbar, tiada ketenangan yang setanding dengan melaungkan takbir membesarkan Allah... 


Gemaan Takbir itu, jom murnikan kembali jiwa kita dengan menelusuri sirah nabawiyyah moyang Rasulullah, seorang Khalilullah yang namanya dilafazkan bersama dalam solat kita ummat akhir zaman.

Secara ringkas ana sentuh sejarahnya kerana kita semua sudah hafal sirah ini.. Nabi Allah Ibrahim merupakan salah seorang daripada lima orang rasul ulul Azmi dan antara cabaran dan ujian terbesar Allah hadiahkan buat kekasihnya ialah perintah untuk menyembelih anaknya Ismail yang juga merupakan nabi selepasnya.

Nabi Ibrahim rela melaksanakan perintah itu kerana tiada cinta tertinggi dihatinya melainkan Al-Khaliq.. begitu juga putera kesayangannya itu, rela kerana cintanya kepada Allah. SubhanAllah, Allah mengirimkan Jibril untuk menggantikan puteranya dengan Kibas dimana kibas ini merupakan sembahan yang diberi oleh Habil kepada Allah suatu ketika dahulu.

Allah abadikan peristiwa bersejarah ketaatan kekasihnya ini dalam al-quran :

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim Ibrahim a.s berkata "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!' dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu.InsyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk dikalangan orang-orang yang sabar" [ Ash-Saffat :102 ] bacaan lanjut (http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/11/kisah-pengorbanan-nabi-ibrahim-as.html)

SubhanAllah... begitu indah... pengorbanan seorang  hamba kepada Allah, tuhan rabb izzati.. Aplikasinya dalam kehidupan kita? bersama muhasabah insyaAllah.. :)





Anakna PASsompe

Seusai jamuan di Masjid Sultan Badlishah, kini kita hadiri pula gathering budak-budak Sabah... ^^ . 



Kebanyakkan kami ni yang berkumpul dari suku kaum Bugis tapi banyak juga lagi etnik yang lainnya insyaAllah yan gmana harmoni antara satu sama lain. Walau perkenalan itu cuma singkat tapi rasa macam dah lama kenal.. inilah bonding yang wujud.

Antara yang special hari ini ialah kemunculan makanan tradisional kami..



Burasa.. itulah namanya. Tercuit hati ini bila melihat ikatan dan pelbagai bentuk jadinya.. ^^ tapi alhamdulillah terbaik insyaAllah. Rasanya sedap sangat.. rindu pada kampung halaman terubat jua dengan burasa.. 




Ini serba sedikit perjalanan raya haji di perantauan.. insyaAllah ada satu semester lagi untuk merasanya. Dalam pada meraikan raya, berumah terbuka, makan dan sebagainya, beringat juga pada saudara kita yang lainnya insyaAllah..


Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga, cebisan kenangan itu sentiasa bermain di bayangan mata. Detik waktu yang berlalu menjadi memori antara kita.. Kita bersama tanpa mengenal penat jemu, kita bersama memijak onak duri, di tanah gersang.. mengutip semangat suci.. kehidupan jundullah..

Salam perantauan...