Sunday 17 February 2013

UKHUWAH KITA KERANANYA

Bismillah Alhamdulillah


Sejak sentuhan Tarbiyyah menyapa
saat CINTA pertama
manisnya terasa

CINTA bukan pada si dia
tapi si Dia

Allah hadiahkan
sesuatu yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam,

"PERSAHABATAN"


Persahabatan yang 
bukan sekadar dibibir untuk ditutur
bukan sekadar hiasan untuk dipamerkan

Sepanjang hidup ini,
Jiwa mencari
mengapa hidup ini sering berseorangan?

Lintasan hati itu Allah kabulkan
diwaktu yang sangat tepat sekali

kini

Aku tidak berseorangan lagi.....
.....meski jasadku jauh dari antum semua
Ikatan baiah itu kekal selamanya.....
.....kerana baiah kita kerana-NYA
Ukhwah kita kerana-NYA.....

..............................................................

Seusai Maghrib itu, hati ini melonjak kegembiraan... kerana rindu selama ini yang bertakung dapat disalurkan jua pada sebuah ikatan ukhwah..

Pelukan mesra dan suam itu yang dirindui... gerak kerja bersama itu yang dinanti... senyuman dan gelak tawa itu yang diimpi bersama antum semua lagi.

Alhamdulillah... semanis choki rasanya.. always insyaAllah

16/02/2013
(Sabtu)

SEIRING MASA

Bismillah Alhamdulillah


Sesumur usia kini beranjak lagi. Seputar masa serta detik berlalu, sepantas itu memori dan kenangan silih tercipta, silih berganti, setia menemani diri. Pejam celik, selaju roda berputar pada paksinya begitu juga diri hamba yang tidak leka dari waktunya masa hampir. Kini pengajianku di varsiti menjangkau usia ranum.

Kini diri ini berada disemester 6 yakni tahun ke-3 pengajian di bumi jelapang padi, bumi semerah benderanya. Itulah prinsip masa, ianya berlalu mengikut aturan Allah dan tidak pernah telat meski awal dalam perjalanannya membuktikan sumpah rabbi pada kalam Al Asr.

Lembaran baru bakal terukir untuk semester ini. Apa ya yang bakal Allah berikan lagi? Sungguh didikan tarbiyyah mematangkan dalam mengaut sebuah bekalan untuk sebuah lagi kehidupan. Persahabatan, pointer 1st class, hadir ke kelas, berusrah, berjaulah, berprogram bersama, pointer jatuh, terasa hati, menah tribulasi, berpilihan raya di kampus, assignment, carry mark, bersukan..

eya.. itu kehidupan lumrah pelajar varsiti seperti diriku dan ku yakin itu yang ditempuhi oleh ramai kita. Namun, ISLAM jua sebagai panduannya, ISLAM jua sebagai pegangannya. Selamat menempuh semester baru insyaAllah..

Bersaksilah sesungguhnya ku menjunjung titah perintahMU ya Allah.


Nukilan : Naturemujahid
(16.02.2013)