Monday 29 June 2020

ZULKAEDAH : KEISTIMEWAAN DAN PERISTIWA BESAR

Bismillah Alhamdulillah


Pada entri bulan Muharram saya ada sebutkan terdapat empat bulan haram yakni suci dalam Islam seperti yang termaktub dalam surah at taubah ayat 36. Zulkaedah merupakan satu daripada bulan haram itu. 

Zu bermaksud "yang empunya" manakala Qa'adah bermaksud duduk. Ianya membawa erti bulan berehat-berehat kerana sudah menjadi tradisi masyarakat Arab untuk tidak berperang di bulan ini. Secara bahasa maksud bulan ini ialah bulan genjatan senjata.

Tidak terdapat ibadah khusus di bulan ini selain ianya menjadi bulan permulaan untuk melaksanakan haji. 

PERISTIWA BESAR DI BULAN ZULKAEDAH

1. Peperangan Bani Quraizah

Peperangan ini berlaku pada Zulkaedah tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab ditewaskan, malaikat Jibril A.S memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa Allah telah memerintahkan nabi agar memerangi bani Quraizah kerana mereka bersubahat dengan tentera Ahzab dalam menyerang umat Islam.

2. Perjanjian Hudaibiyah

peristiwa ini berlaku pada penghujung tahun ke 6 Hijrah. Antara sebab berlakunya perjanjian ini ialah kerana Rasulullah ingin melaksanakan umrah di Mekah.

3. Bai'atur Ridwan

Peristiwa ini berlaku sebelum terlaksananya Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah s.a.w mengutuskan Uthman bin Affan r.a ke Mekah untuk menyuarakan tentang kenapa rombongan Rasulullah s.a.w di halang memasuki Mekah. Uthman telah ditahan untuk beberapa lama dan berita mengenai Uthman bin Affan terbunuh tersebar. Rasulullah s.a.w kemudiannya mengajak sahabat-sahabat berbaiah dengan baginda di bawah pohon kurma untuk menuntut kematian Uthman. Maka terjadilah Bai'atur Ridwan.

4. Berlakunya Haji Wida

Pada tarikh 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah s.a.w meninggalkan kota Madinah untuk menuju ke kota Mekah bagi menunaikan haji Wida (Haji terakhir). Haji tersebut adalah haji pertama dan terakhir bagi Baginda. 

5. Kematian Ibnu Taimiyah.


Selaku seorang Muslim, adalah suatu keperluan bagi kita untuk mengetahui akan sejarah Islam itu sendiri. Ramai di antara kita yang menganggap biasa banyak bulan-bulan Islam kerana tidak seperti puasa di bulan Ramadhan atau hari raya di bulan Syawal. Banyak peristiwa besar dalam Islam berlaku di beberapa bulan yang lain juga antaranya seperti yang berlaku dalam bulan Zulkaedah. Dengan penulisan ini harapnya dapat mendidik kita semua. 


Penulisan oleh : 

Naturemujahid
07 Zulkaedah 1441 Hijrah
29/06/2020
(Isnin) 

SYAWAL : BULAN KEMENANGAN DAN PERISTIWA BESAR

Bismillah Alhamdulillah


Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah dan merupakan satu daripada 12 bulan yang di sebutkan dalam firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36 


"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu DIA menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyirikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa." 

Nama Syawal berasal dari kata "Syalat" yang bermaksud mengangkat dan dari kata kerja "Tasyawwala" yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Pada zaman masyarakat Arab dulu, bulan ini adalah bulan di mana banyak unta betina mengandung lalu menyebabkan unta unta ini tidak boleh mengangkat bends berat lalu majoriti masyarakat pada ketika itu mengangkat barang-barang milik mereka sendiri tanpa unta.

Kemuliaan yang terdapat dalam bulan Syawal berbanding bulan yang lain ialah kerana di dalamnya terdapat satu perayaan yang sinonim dengan umat Islam iaitu hari raya Aidilfitri. Hari kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. 

Antara amalan-amalan sunnah yang Rasulullah s.a.w lakukan dalam bulan Syawal sempena menyambut Aidilfitri ialah : 

1. Bertakbir

Bertakbir pada 1 Syawal merupakan amalan yang di syariatkan. Takbir bermula pada malam terlihatnya hilal "anak bulan" seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185

"....supaya kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." 

2. Lafaz ucapan Hari Raya Aidilfitri

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain dengan ucapan "Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin" namun apa yang lebih bertepatan dengan amalan menteladani sunnah Rasulullah s.a.w adalah sebagaimana yang di ceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya 

"Apabila para sahabat bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabballahu minna waminka (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu) 

3. Meneruskan Qiamulail (Solat Malam) 

Meneruskan semangat solat malam seperti yang di lakukan pada bulan Ramadhan. 

4. Mandi pada pagi hari raya

Disunnahkan mandi pada pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat hari raya. 

5. Makan sebelum solat Aidilfitri

Disunatkan juga untuk menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri.

6. Mengerjakan Puasa sunat enam hari di bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w 

" sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiring dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun" HR Muslim.

7. Amalan Ziarah menziarahi

Satu lagi amalan terpuji yang di lakukan ialah ziarah menziarahi sesama Muslim di hari mulia.

PERISTIWA-PERISTIWA BESAR DI BULAN SYAWAL

1. Terjadinya Perang Uhud (pada 7 atau 11 atau 15 Syawal)

2. Perang Bani Qainuqa

3. Perang Bani Sulaim di Kudri

4. Perang Khandaq (Perang Ahzab)

5. Perang Tha'if

6. Pernikahan Rasulullah s.a.w dan Ummu Salamah

7. Perang Hunain

8. Kelahiran Imam Bukhari

9. Kewafatan Imam Bukhari

10. Kelahiran Abdullah bin Zubair

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian ringkas mengenai asal usul nama bulan Syawal serta keistmewaanya dan peristiwa besar yang berlaku di dalamnya untuk menjadi panduan dan peringatan buat diri ini dan semua selaku bergelar Muslim 

Penulisan oleh : 

Naturemujahid
07 Zulkaedah 1441 Hijrah
29/06/2020
(Isnin)

Sunday 28 June 2020

PENGAJARAN HIDUP : RAJA & 4 ISTERI

Bismillah Alhamdulillah


Assalammualaikum dan hello semuanya. Entri petang ini saya ingin kongsikan tentang sebuah cerita yang sangat terkenal di luar negara terutama di Eropah. Cerita ini banyak di nukilkan dalam bahasa inggeris oleh itu saya akan terjemahkan dan mengarang kembali dalam bahasa melayu agar mudah difahami oleh pembaca sekalian. 

Saya ada buat pembacaan dan sedikit kajian tetapi saya tidak menemukan sumber asal penulisan ini tetapi berdasarkan daripada gambar jelas dilihat cerita ini di karang asal usulnya pada zaman Renaissance. 

......

Di sebuah kerajaan terdapat seorang raja dan raja ini memiliki empat orang isteri. Sepanjang pemerintahannya raja tersebut hidup bahagia bersama keempat-empat isterinya. 

Suatu hari raja tersebut di sahkan menghidap penyakit yang akhirnya menyebabkan dirinya nazak dan bakal mati. Raja tersebut tidak ingin meninggalkan dunia ini dan pergi ke alam lain bersendirian lalu raja tersebut memanggil kesemua empat orang isterinya. 

Raja tersebut berkata kepada isteri keempat yang beliau akan memberikan emas permata serta berlian kepadanya dengan harapan isteri keempat akan mengikutinya ke alam kematian namun isteri keempat tadi menolak dan berkata dia sayang akan raja tapi dia tidak akan mengikutinya ke alam kematian.

Seterusnya raja tersebut bertanya kepada isteri ketiga yang sangat di kasihinya. Raja selalu membawa isteri ketiga dan menayangkannya dengan mana-mana kerajaan dan sesiapapun. Namun isteri ketiga turut menolak bahkan berkata dia akan bernikah lagi selepas kemangkatan raja. 

Soalan yang sama di tanya kepada isteri kedua. Isteri kedua menjawab dia juga tidak dapat mengikuti raja ke alam kematian tapi apa yang boleh dia lakukan adalah mengurus majlis pengebumian dan menemani raja di pemakaman beliau. 

Usai isteri kedua berkata-kata kedengaran suara memecahkan keheningan. 

"Saya sanggup mengikutimu ke alam kematian dan rela bersama denganmu" 

Raja tergamam mendengar ucapan itu. Ternyata ianya datang daripada isteri raja yang pertama. Raja menjadi terharu dan serba salah kerana dalam banyak-banyak isteri beliau, isteri pertamalah yang selalu diabaikan dan tidak di sayang. Dia berkata kalaulah aku boleh mengembalikan masa, pasti akan aku menjagamu dengan lebih baik. 

Hakikat kebenarannya, cerita ini tidak berkisar tentang raja dan empat orang isterinya tetapi menceritakan perihal saya dan pembaca semua. Kita semua ada empat orang isteri. Isteri keempat disini diibaratkan sebagai tubuh badan kita yang kita sayang. Tidak kira berapa banyak masa kita luangkan untuk menjadikan tubuh kita sasa dan cantik namun ianya tetap akan meninggalkan kita bila kita mati. Tubuh itu akan hancur di mamah tanah atau dibakar menjadi abu. 

Isteri ketiga disini ialah harta kekayaan yang kita miliki. Kita sibuk mengumpul harta dan memperagakannya serta berbangga dengannya namun apabila kita mati kelak, harta itu akan di wariskan kepada orang lain dan tidak akan mengikuti kita ke alam kubur. 

Isteri kedua pula dinukilkan sebagai orang yang kita sayang iaitu ahli keluarga dan kawan-kawan kita. Mereka menyayangi kita tetapi mereka hanya boleh menemani hingga kita selesai di kuburkan. 

Isteri pertama disini ialah jiwa kita tetapi dalam Islam kita di ajarkan dalam empat ini hanya amalan kita yang akan menemani kita di alam kubur nanti. Segala amal kebaikan yang kita lakukan akan menjadi bekal kita di sana nanti namun amalan baik inilah yang selalu kita abaikan betul? 

Moral dalam cerita ini ialah jagalah tubuh badan kita, sihatkan ia, nikmatilah harta yang kita miliki dan keselesaan yang kita perolehi, sayangi keluarga dan kenalan serta saudara atas kasih sayang yang mereka berikan tapi jangan pernah lupa untuk menjaga amal soleh yang kita lakukan serta jiwa kita. Ambil masa untuk bermeditasi, bersendiri dengan Allah, lakukan amal kebaikan seperti sedekah jariah dan membaca al-quran serta amalan baik yang lain dengan harapan suatu hari nanti Allah mengganjarkan kita dengan syurganya. 

Sebagai tambahan, Islam mengajar kita ada tiga perkara yang akan sentiasa mengalir dan memberi manfaat kepada manusia ketika mati iaitu amal jariah yang kita lakukan, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. 

Ini jelas disebutkan dalam hadis dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "jika anak Adam meninggal, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu mendoakan" HR Muslim. 

Moga Entri ini dapat membantu kalian atau orang yang kalian cintai. 

Suntingan : Naturemujahid 
28/06/2020 (Ahad) 
06:42pm

BEDAH BUKU : TUHAN LEBIH SAINTIFIK

Bismillah Alhamdulillah


Entri sebelum ini berkisar tentang cinta high class karangan ustazah Fatimah Syarha, manakala untuk entri ini dikarang oleh suami beliau Dr. Farhan Hadi yang bertajuk "Tuhan lebih Saintifik". 

Apa yang menarik mengenai novel ini ialah, ianya menyentuh tentang "atheist" dan juga perihal golongan yang terlalu jumud dalam beragama. Dalam novel ini berkongsi dalil dan hujah serta penjelasan yang kukuh mengenai isu-isu yang di sentuh. 

Pandangan saya novel ini sesuai di jadikan salah satu rujukan dalam mempelajari apa itu "atheist". Seperti tajuk novel ini sendiri, sains akhirnya membawa kepada tuhan dan tuhan adalah penjelasan kepada segala-galanya. Novel ini mengandungi 360 halaman dan standard bagi tebal novel yang santai untuk bacaan.

Tema novel ini adalah tentang bagaimana sains yang menjadi hujah golongan yang tidak percayakan tuhan menjadi hujah kembali kepada mereka tentang kewujudan Allah dan kekuasaannya. 

Persoalan-persoalan terjawab dengan tertib berlandaskan Al-quran dan hadis serta sains yang membantu golongan ini dalam mengenai tuhan rabbul izzati. 

Nukilan : Naturemujahid 

Saturday 27 June 2020

BEDAH BUKU : CINTA HIGH CLASS

Bismillah Alhamdulillah


Novel Islamik pertama yang saya baca ketika berada di tahun pertama pengajian di UUM dulu. Masa ini baru mula berjinak jinak dengan dunia penulisan dan juga mengenal apa itu Islam sebenarnya. 

Watak utama dalam novel ini ialah Dr.Muslih dan juga Qani'ah dan perjalanan cerita ini mirip kisah benar penulis sendiri iaitu ustazah Fatimah Syarha. Cinta High Class menceritakan perihal cinta yang berkelas tinggi seperti mana Islam ajarkan kepada penganutnya. Percintaan selepas nikah yang menjadikan perhubungan insan berlainan jantina sah. 

Novel ini sarat dengan perkongsian hadis dan ayat al-quran yang sekaligus membantu memahami lebih baik akan fiqh munakahat yang di anjurkan oleh Islam dan bagaimana mendekati pasangan. Akhirnya perhubungan watak utama berakhir ke jinjang pelamin dan dikurniakan juga dengan puteri yang menyerikan alam pernikahan. Jujur saya katakan anak muda baik lelaki mahupun wanita harus mengambil ibrah daripada novel ini. 

Nukilan : Naturemujahid

LONGING



Maybe it was
meant for me
to love you
from a distance,
like the sand
craving for the
sea's cold touch,
like a moon
desperately wanting
to meet the sun.

By: Naturemujahid
26/06/2020

GUARDIAN ANGEL : MOTHER (2020)



Mother or Mom is such a special word, the loveliest I ever heard. A toast to you above all the rest. So special that Rasulullah s.a.w mentioned mother position as higher after Allah and his messenger three times then followed by father in a famous hadith according to Al Bukhari and Muslim. 

There are a lot hadith about mother which I will not touch here because I already mentioned few hadith on my previous post about mother which you can refer on the 2017 section on your right. This year entry I dedicated to my mom and her latest progress in this year. 

I want to share one quote that I loved among thousand saying about mother. This quote I believe all of you will agree with me. 

"A Mother's love is whole 
no matter how many times divided"

She is a woman like no other. She gave us life, she nurtured us, taught us, dressed us, fought for us, shouted at us, held us, kissed us, but most importantly she loved us unconditionally. So Mom, I dedicated this post for you safely one day I will look back at this entry and smile. I also composed a poem for mother's day special for you.

to one who bears
the sweetest name
and add lustre
to the same,
long live to her
for there's no other
who takes the place 
of my dear mother.

Love you Mom

By: Naturemujahid
10/05/2020
edited : 27/06/2020





BEDAH BUKU : CERITA CINTA AHMAD AMMAR


Bismillah Alhamdulillah 


Assalammualaikum dan apa khabar semua pembaca blog Naturemujahid. Harap kalian sentiasa dalam rahmat tuhan sekalian alam. Sebulan lepas ini laptop bermasalah sebab itulah tiada entri untuk bulan Mei. Untuk bulan ini saya akan berkongsi mengenai dapatan saya terhadap buku "best seller" di Malaysia. 

Sebelumnya buku ini saya dapatkan pada tahun 2014 ketika berada di tahun akhir pengajian namun tiga tahun kemudian barulah berpeluang mengkhatam. Lansung sahaja buku ini menceritakan tentang sosok pemuda yang berjiwa suci bernama Ahmad Ammar yang mana dirinya syahid di Turki. 

Buku ini menghimpunkan cerita cinta insan-insan yang mengenali Ahmad Ammar dari kaca mata mereka. Sebuah himpunan cerita cinta yang begitu mengharukan Serta menginspirasikan terutama pemuda-pemuda. 

Antara perkongsian bonda Ahmad Ammar ialah

"Anak saya seperti remaja-remaja lain. Cuma beza Ammar ialah akhlaknya. Ketika orang sibuk bertanya tentang keperibadian arwah, saya cuba ingat kembali berapa kali saya meninggikan suara kepadanya atau tidak pernah terdetik perasaan marah kepadanya." 

Buku ini juga baik untuk ibu bapa yang ingin mendidik anak mereka menjadi insan yang berakhlak. Kalian harus membaca buku ini. Sangat di sarankan. Sebelum saya mengakhiri bedah buku ini izinkan saya memetik kata-kata yang selalu di pegang oleh adinda Ahmad Ammar,

"Jika engkau mahukan teman, cukup Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru. Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah al-quran sebagai bacaan. Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat."

Nukilan : Naturemujahid

LANGIT JINGGA


Ku tenung langit jingga
di singgahsanaNya 
terbias indah
kekuasaan illah.
Ku ratib dalam kalam cinta
terasa tenang nuansa,
kembali kepada Al-Fattah
Dia solusi kepada ummah.

By: Naturemujahid
16/06/2020

CAT


Gentle eye that see so much
paws that have the quiet touch.
Purr to signal "all is well"
and show more love
than words could tell.
Graceful movements
touched with pride,
a calming presence
by our side.
A friendship that
takes time to grow,
small wonder why
we love them so.

By: DL