Sunday, 15 June 2014

Crest of Friendship

Bismillah Alhamdulillah


Suatu ketika dahulu,
Aku tersesat dalam jahil,
Merangkak dalam kegelapan,
Dan aku tertawa dalam kesesatan jahiliah,
Dan aku menangis bukan kerana sirnanya hidayah

Sahabat,
Untung aku berolehmu di dunia ini,
Engkau menarikku ke dalam syumulnya Islam,
Bersamamu kurasakan ukhuwah sejati,
Bersamamu kurasakan ringannya beban yang diemban,
Bersamamu kurasakan tenggelamnya jahil semalam

Sahabat,
Bolehkah aku sentiasa bersamamu?
Sehingga mencapai usia tuaku?
Sehingga ajal menjemputku?
Sehingga akhirat dan hari penentu,
Kerana saat itu sentiasa indah selalu

Sahabat,
Biarkan aku membenarkan sabdaan penghulu Umat,
Ingin aku cukupkan kasihku pada dirimu,
Kerana syarat keimanan mengharuskan aku mencintaimu sahabat,
Seperti mana aku mencintai diriku sendiri.

Buat para sahabat yang sentiasa menjunjung Islam sebagai ikatan persahabatan,
Buat sahabat yang mengenali pertama kalinya aku di universiti,
Buat para sahabat yang banyak memberikanku pengajaran hidup,
Buat para sahabat yang menyisihkanku dari jahiliah semalam,
Buat para sahabat yang sentiasa dekat di hati.

Jazakallah khoir...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...