Monday, 19 September 2011

Gempa gegar wilayah terpencil di Himalaya :53 Terkorban

Bismillah alhamdulillah.......

sedikit penjanaan minda di pagi hari..

GANGTOK (India): Anggota penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh dan hujan lebat selepas gempa bumi menggegarkan wilayah terpencil Himalaya, semalam, dan mengorbankan sekurang-kurangnya 53 orang.
Gempa sekuat 6.9 magnitud itu berpusat di kawasan terpencil di sempadan negeri Sikkim di India dan Nepal.

Kemungkinan besar jumlah korban meningkat kerana laporan dari kawasan bencana masih belum diperoleh sepenuhnya.

Hujan lebat dan awan tebal rendah menghalang helikopter digunakan di kawasan berkenaan.

Tanah runtuh pula memutuskan satu-satunya jalan ke ibu negeri Sakkim, Gangtok, menyebabkan cubaan penyelamat ke situ terhalang.

Jurucakap Pasukan Bertindak Bencana Kebangsaan berkata, penyelamat terkandas di pinggir Sakkim.


“Keadaan di tempat bencana sangat membimbangkan tetapi petugas melakukan apa yang terdaya bagi membolehkan bantuan dihantar ke sana,” katanya.

Lebih 5,000 tentera dihantar bagi memulihkan rangkaian jalan raya ke Gangtok dan utara Sakkim. Selain India dan Nepal, gempa itu turut melanda Tibet. - AFP

Thursday, 8 September 2011

Ulang tahun cahaya 9/11

Bismillah Alhamdulillah..... selamat menempuh semester baru sebagai pelajar di tahun 2 ini semester yang ke-3. pejam celik... puasa dah berlalu... syawal kini di raih.

9th september 2011.. hari ini, peristiwa bersejarah hari Ahad nanti akan tiba.... ingatkah kita wahai muslimin semua.. sedikit perkongsian dari blog yang ana baca.


NEW YORK - Beberapa ujian dilakukan oleh sekumpulan pakar cahaya di tapak bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) bagi membuat persembahan sempena dengan ulang tahun kesepuluh serangan pengganas yang berlaku di sini, lapor akhbar New york Times semalam.
Ujian itu dilakukan menjelang sambutan ulang tahun serangan tersebut yang akan disambut pada Ahad ini.
Dalam serangan pengganas itu, bangunan WTC runtuh akibat dirempuh oleh dua pesawat yang dirampas pengganas sehingga mengakibatkan 2,753 orang terbunuh pada 11 September 2001.
Serangan itu kemudian dikenali sebagai 9/11.
Seorang penerbit teater yang mengendalikan acara persembahan cahaya itu, Michael Ahern berkata, apabila lampu tersebut bercahaya, ia akan memberikan suasana yang amat indah.
Sementara itu, kebimbangan rakyat Amerika Syarikat (AS) berhubung satu serangan pengganas semakin berkurangan.
Maklumat didedahkan dalam satu tinjauan pendapat yang disiarkan semalam.
Seramai 36 peratus responden menyatakan mereka berasa amat bimbang bahawa akan berlaku satu serangan pengganas.
Serangan pengganas itu didakwa dirancang oleh bekas Ketua Al-Qaeda, Osama Bin Laden sehingga dia menjadi orang paling dikehendaki oleh AS.
Namun, Osama mati ditembak anggota komando AS di bandar Abbottabad, Pakistan di sebuah rumah persembunyian pada 2 Mei lalu semasa berusia 54 tahun. - Agesi

sejauh manakah media telah dimanupulasi.. sehingga menimbulkan islamphobia??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...