Wednesday, 25 September 2019
CHOKI HANYA RINDU
Posted by
Naturemujahid
Petang itu langit Kinabalu sedikit cerah daripada jerebu yang melanda Asia Tenggara tika ini. Sedang singgah membeli sedikit keperluan runcit di kedai diri ini terlihat sesuatu yang sangat dekat di hati.
Melihatnya saja sudah mengukir senyuman di bibir.
"tumpang tanya berapa harga choki-choki ni?" tanya ku kepada cashier kedai
"rm1.60" jawapnya.
***********
"Salam Rul, nah sa bagi" sambil memberikan Hairul sekotak susu Fernleaf dan sebungkus Choki-choki.
"Terima kasih Dach"
"Sama-sama Rul. Ni choki2 special bagi sa tau. orang istimewa seja yang sa bagi" sambil diri ini senyum
***********
Terilham untuk menukilkan sajak ini untuk kalian semua sahabat choki. Bukannya apa, cuma hati ini hanya rindu. :)
IRAMA
Di sana ada irama...
Di sana ada irama...
Siulan cengkerik, deruan samudera
Menemani hati yang masih mencari
Dalam gelap meraba
Bersuluhkan sinaran rembulan
Sudah kucuba pautkan jiwa padaNya
Menggagahkan diri menafikan rasa
Adakala aku berdiri persis laksamana
Adapun tiba masa jasad rebah,
hilang maya
Cuba lagi, aku terus berpaut
Cuma kali ini berbeza, pautanku lebih kemas
Tidak, aku berpaut seperti biasa,
Yang terbeza, tangan-tangan yang menghulur
Tali tali ukhuwah yang datang menyapa
Singgah bukan sekadar bersua
Tapi singgah untuk merubah
Kali ini bukan aku, tapi kami berpaut
Jatuh bangun bersama dan terus mencuba
Hati-hati ini hanya rindu
Cuma yang menyinar sang suria
Di sini ada irama, indah
Kami berjanji melaung suara
Pimpin tangan bersama
Meski tidak lagi bersua
Meski tidak lagi bersua
Pautkan jiwa padaNya
Kerna Ukhuwah fillah till Jannah
by: Naturemujahid
Tuesday, 24 September 2019
PARAKANG
Posted by
Naturemujahid
Sidrap,
Indonesia
23 Juni 1973
Seorang
lagi penduduk kampung ditemui meninggal dengan kesan lebam di badan dan juga di
kawasan lubang punggung dengan kulit tubuh berubah menjadi kuning-kuningan.
Petanda yang sama di temui pada jenazah-jenazah penduduk kampung Deya beberapa
hari yang lepas.
Kejadian
ini menjadi tanda tanya akan apakah musibah yang sudah menimpa penduduk
kampung.
“Bapak kepala desa, kelihatannya kejadian ini
tidak bisa di pandang remeh dan tindakan seharusnya segera di ambil” bisik
Pak Ibrahim sambil bersila menyertai jemaah membaca yaasin usai maghrib itu.
“menurut Pak Ibrahim bagaimana?”
“ini bukan wabak penyakit tetapi bikinan
orang.” Pak Ibrahim meneruskan lagi “kita
harus mencari punca siapakah dalang dikalangan masyarakat kampung Deya.”
Dalam
sayup kumandang azan Isyak, nuansa seram dan gusar memenuhi atmosfera kampung,
ketakutan jelas tampak di mana-mana.
******************
Kota
Kinabalu, Sabah
10 Disember 1997
Cuaca
menjelang maghrib itu terasa redup kerana seharian langit mendung, menyejukkan
bumi bawah bayu. Telatah dua kanak-kanak comel di halaman rumah menjadikan
petang itu istimewa sekali.
“Shadow, do you really need to go?” suara
comel Dian memujuk rakannya itu untuk terus menemaninya.
“it’s about to twilight now, you know I can’t
exist without sunlight” menampakkan senyumannya yang manis.
“promise me you will come again and play”
“I promise”
Kedua-duanya
menyatukan jari kelingking mengerat janji untuk bertemu lagi, lalu budak lelaki
tadi berlalu daripada pandangan Dian.
“Dian, buat apa disini?” tegur seorang
wanita
“Dian tengah bermain dengan kawan Dian la
momy, tapi dia suda balik” dengan nada sedih membalas pertanyaan ibunya.
Meskipun
sudah berusia 10 tahun, anaknya sering kelihatan berbual-bual sendirian dan
bermain bersendirian terutama di bawah pohon ara di belakang rumah mereka
beberapa bulan sejak berpindah ke situ. Ini menimbulkan kerisauan di hati Ervy.
Dian
sudah lama lelap manakala jam di dinding menunjukkan sudah hampir 11.30pm.
Kedua pasangan suami isteri masih berjaga menceritakan perihal anak mereka.
“Pak
Dian, dekna mesenneng ate ku kasik (Pak
Dian, tidak senang perasaan hatiku ni)”
“mago
ko? (kenapa kau)” sambil
melepaskan kepulan asap di udara.
“nanggek
tengesso’ea, yaro Dian macchule siddi-siddina (tadi petang, si Dian bermain sendirian)”
“lantas?
Deggaga salanna kan (lantas,
tiada salahnya kan?)”
“Yaro
masalanna, Dian poddangka engka sibawanna machule siba, tapi deggaga iya wita
(itulah masalahnya, Dian beritahu ada
kawannya bermain bersama, tapi bila saya lihat tiada siapa-siapa di luar)”
Sambungnya
lagi “Melokka lisu lo Rappang, melokka wissengi magai dena deceng si Dian (Saya mau balik Rappang, sa mau tahu kenapa
terjadi lagi perkara begini sama Dian)”
Saharuddin
tersenyum melihat azam isterinya itu dan meyakinkannya bahawa semua akan
baik-baik sahaja.
*************
Sidrap,
Indonesia
15 Disember 1997
Bunyi
hon yang menyakitkan telinga itu sudah sinonim dengan suasana di bandaraya
Pangkajene. Riuh kota dan kesesakan dengan warga kota yang masing-masing ligat
mencari sesuap nasi.
Ervy
dan keluarganya selamat tiba di Makassar malam sebelumnya dan hari ini dia
ditemani oleh sepupunya bersarapan restoran wak Ali milik teman baik sepupunya
itu. Suharman teruja mendengar khabar sepupunya akan menjenguk kampung halaman
mereka lalu keduanya berborak dengan pelat melayu Indonesia dan juga bahasa
Bugis di rojakkan.
Kampung Deya, Kecamatan Baranti
“Rindunya dengan kampung, lamanya suda inda
ku balek” bisik hati Ervy.
Kegembiraannya
itu jelas kelihatan pada wajahnya dan penduduk kampung juga begitu meraikan
kepulangan mereka seperti kayaknya artis melawat. Sudah menjadi adat di kampung
ini apabila menerima tetamu, mereka akan meraikan dengan semeriah yang boleh.
Kampung
Deya dikelilingi dengan kebun-kebun dan juga sawah padi yang menguning. Lembu
dan kambing melata dengan bebasnya meragut rumput, udara segar kampung
menjadikan penduduknya sentiasa ceria dan sihat.
Ervy
merupakan anak tunggal kepada bekas kepala kampung yang kini keduanya sudah
pergi sebelum dia merantau ke tanah bawah bayu untuk mencari rezeki. Sejak dulu
kematian kedua orang tuanya menjadi rahsia dan tanda tanya, seolah penduduk
kampung menyembunyikan sesuatu.
Malam
itu, rumah pusaka miliknya meriah dengan sanak saudara yang berkunjung untuk
bertanya khabar, tidak lari juga ramai yang terpaku dengan keanggunan dan
kejelitaan Ervy yang semakin menjadi sejak berumah tangga.
“Tante
Rita, ta sibakka matuk mita sandro’ea (makcik Rita, kita temankan saya
jumpa orang tua nanti besok)” bisik Ervy
“medising
mato ko ga? (sihat ka juga kau?)”
“tenniya
iyak, Dian (bukan saya, Dian)”
*************
Sidrap,
Indonesia
27 Juni 1973
Penduduk
kampung menjadi semakin cemas semenjak banyaknya kematian yang berlaku. Setiap
mayat miliki simptom yang sama dengan mayat-mayat yang lainnya. Khabar tersebar
ke seluruh pelosok Kecamatan Beranti tentang manusia siluman yang muncul dan
membunuh orang sakit serta bayi yang baru lahir.
Malam
hening desa seperti kebiasaannya di gemparkan dengan jeritan daripada beberapa
penduduk kampung
“Parakang!”
“Parakang!”
“Di sana!” sambil menunjukkan
jarinya kearah rumah besar yang
tersergam indah di pinggir kampung.
“itukan, rumahnya Pu Sakka”
“jangan-jangan kepala kampung mau diserangnya”
kata seorang penduduk kampung yang lain
“Ayoh rame-rame kita”
Sekumpulan
pemuda dan kiyai serta beberapa golongan tua beramai-ramai menuju ke rumah
kepala kampung untuk memastikan apakah benar makhluk yang mengganggu
ketenteraman kampung mereka ini ialah Parakang, lagenda mistik paling digeruni
oleh keturunan Bugis diseluruh Sulawesi Selatan.
…….
“bagaimana keadaannya Larni indok”
“keadaan beliau tenat. Isterimu ini harus kau
bawakan ke rumah sakit. Dia tidak selamat di sini” tegas indok nyameng
PRANK!!!
Bunyi
periuk belanga berjatuhan di dapur mengejutkan Pu Sakka dan indok nyameng.
jeritan isterinya yang sedang dalam kesakitan membuatkan keduanya bergegas
mendapatkannya.
Alangkah
terkejutnya mereka bila mana dua sosok lembaga seolah-olah manusia tetapi
punyai mata yang sangat merah menyala sehingga hampir tidak kelihatan anak mata
mereka. Mulut kedua lembaga itu berlimpahan dengan air liur seolah-olah seperti
kelaparan dan mengidam apa yang ada di hadapan mereka.
Cahaya
lilin yang menerangi bilik tersebut malap dan menyukarkan lagi penglihatan.
Salah seorang daripada lembaga tersebut menerpa dengan lajunya kearah indo
nyameng dan menyerang sehingga dia mengelupar dan terpelanting ke ruang tamu
rumah.
“Indok nyameng!” sambil memalingkan
wajahnya kearah jasad yang terpelanting itu.
“persetan kalian, tinggalkan keluargaku
sendirian” pekiknya sambil meluru ke penjuru rumahnya dan menghulukan keris
suasa kearah makhluk tersebut.
Kekuatan
makhluk-makhluk ini sungguh luar biasa, ketangkasannya bergerak menyukarkan
untuk Pu Sakka mempraktikkan silat bulu kumbanya. Dalam detik cemas itu,
segerombolan penduduk kampung tiba bersama obor api mereka.
“ALLAHU AKHBAR!”
“ALLAHU AKHBAR!”
“ALLAHU AKHBAR!”
“hapuskan mereka!” pekik beberapa pemuda
yang ada lantas meluru ke atas rumah bagi membantu Pu Sakka.
Kedua
lembaga yang bermata merah darah itu tiba-tiba berada di bawah rumah sambil
keduanya seperti sedang mengunyah sesuatu dengan gelojoh sekali.
“ternyata benar” kata seorang tua dengan
nada ketakutan
“Mereka ini Parakang?” tanya Pak Kiyai
“Benar, untuk mengenal Parakang itu ada
ciri-cirinya. Mereka bermata merah juga mulut mereka sentiasa bergenang dengan
air liur seperti kelaparan dan badan mereka lembut seperti belut” jelas
orang tua itu.
“Lantas apa yang harus kita lakukan sandro?”
“Parakang ini ialah manusia siluman, mereka
kebal daripada ayat suci al-quran.”
“Carikan garam bukit dan bawang putih, kedua
ini merupakan kelemahan terbesarnya” tambah orang tua itu.
Sebahagian
kumpulan anak muda mengepung kawasan rumah Pu Sakka bagi menangkap kedua
makhluk tersebut namun ketakutan jelas terpampang di muka mereka semua.
Ketakutan yang menjadi sumber lemahnya iman yang menumpulkan kekuatan seorang
muslim.
Para
lelaki dan pemuda yang memiliki ilmu persilatan bergelut untuk menangkap kedua
makhluk ini namun seorang demi seorang menjadi mangsa makanan mereka. Melihat
usus yang keluar daripada lubang punggung itu sudah cukup menggerunkan sesiapa
yang melihat.
“Ayoh! Ambil ini”
Garam
bukit dan berbakul bawang putih tiba bersama seisi penduduk kampung yang cemas
serta ingin tahu kejadian riuh apa yang terjadi. Garam bukit itu di tabur dalam
bentuk bulatan untuk memerangkap makhluk-makhluk ini serta sebahagiannya di
lemparkan kearah mereka untuk melemahkan.
Tindakan
tersebut berhasil melemahkan kedua lembaga pemakan usus itu lantas orang tua
yang dikenali sebagai Sandro atau orang yang ada ilmu dan bijaksana dikalangan
masyarakat Bugis kemudiannya berkumat kamit membaca beberapa baris mentera
dalam bahasa Bugis kuno.
Jeritan
bingit dan hilai tawa berselang seli bergema di seluruh kampung daripada kedua
lembaga ini sebaik saja mentera dibacakan sebelum penduduk kampung
beramai-ramai membaling obor mereka kearah kedua makhluk tersebut dan akhirnya
keduanya rentung binasa.
Indok
nyameng yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya dikejutkan dengan tangisan
kanak-kanak yang ketakutan
“bapa, ibu, kenapa bapa sama ibu berlumuran
darah”, “Ervy takut” tambahnya.
Indok
nyameng datang memeluknya dan membaca bacaan halus sebelum di hembuskan ke
ubun-ubun kepala anak berusia 12 tahun itu lalu dia terlena dalam esakkannya.
“kasihan anak ini. Sebaiknya kau lupakan saja
kejadian yang kau lihat malam ini” getus Indok nyameng di dalam hatinya
sambil menyapu tapak tangannya pada muka Ervy.
……………
Keesokan
paginya semua penduduk kampung menguruskan mayat-mayat korban Parakang sebelum
di mandikan dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung Deya.
“Sudah lama kampung ini tidak di datangi
Parakang” bisik seorang makcik kepada temannya
“Kita hampir terlupa akan kewujudannya bukan
sekadar mitos” balas rakannya
“Kita berdoa saja moga selepas ini kehidupan
akan lebih tenteram” seorang lagi rakannya menambah sambil menutup
perbualan mereka.
********************
Sidrap,
Indonesia
17 Disember 1997
Seawal
pagi lagi Ervy dan Dian ditemani oleh Rita berjalan ke sebuah rumah yang
teletak tidak jauh daripada kebun pisang berdekatan kawasan perkuburan kampung
Deya. Laluan ke rumah Sandro itu kelihatan seperti di jaga kerana sepanjang
jalan pokok ceri yang memayungi redup mendamaikn dengan buahnya yang kemerahan
seperti merah darah itu bias mengiurkan siapa saja.
“Assalammualaikum Sandro, ini Rita yang
datang kemaren”
“wa’alaikumussalam”
Kelihatan
wanita yang di mamah usia muncul daripada bawah rumah sambil memegang penyapu
lidi bersamanya. Baju kebaya lusuh miliknya tetap kelihatan bersih lalu
menampakkan serinya meski wanita tua ini sudah menjangkau usia 90 tahun.
Rumah
papan miliknya kelihatan biasa, sama seperti rumah kampung yang lainnya.
Halamannya bersih dan harum. Mungkin dek tumbuhnya banyak bunga sundal malam
disitu.
“Apa khabar nek” sambil Ervy menghulurkan
tangannya bersalam
“salamualaikum nenek” Dian turut
melakukan perkara sama seperti ibunya.
“Comelnya Dian, lama tidak bertemu denganmu
nak”
“maafkan Ervy nek, soalnya kami sekarang di
Malaysia tinggal, agak sukar untuk bapaknya dan kami untuk kerap berulang balik
ke sini”
“nenek mengerti kok. Ayok, tama bola’ea”
Mereka
bertiga berbual dengan mesra sambil menghirup kopi hitam panas dengan sedikit
kuih kontok-kontok yang dibuat sendiri oleh Ervy. Dian pula seakan tertarik
dengan keadaan sekeliling rumah yang baginya tidak pernah di lihatnya sebelum
ini.
“Dian, dibelakang itu ada arnab dan juga
kolam ikan, mau gak kalu temanin nenek liat?”
“wah arnab? Saya mau. Marilah nek”
Rita
dan Dian meninggalkan Ervy dan Sandro berduaan kerana Rita mengerti tujuan
kedatangan mereka ke sana.
“Aga
karebana iko? Medising meto? (apa khbarmu? Sihat juga?)”
“iyek
nek. Medising-medising meto kak (ya nek. Sihat-sihat saja saya)”
“aga
urusanmu hiye? (apa urusanmu di sini?)”
“yaro
Dian kasik, iya wita tolle mabbicara siba alena sama tolle machule siba alena
tapi Dian podangka na machule siba nanak (si Dian kesian, saya tengok
selalu bercakap sendirian sama selalu bermain sendirinya tapi Dian bagitahu
saya dia main dengan kanak-kanak lain)” …. “masalanna, deggaga nanak iya wita
(masalahnya, tiada budak-budak saya lihat)” menunjukkan kegusarannya.
“aga
ko mello iya akibbu nak? (apa ko mau saya buat nak?)”
“tak
dampengi kak di. Iya mellok ta obati Dian. Lennyeki kuasanna (maafkan
saya nek. Saya mahu kita ubati Dian. Hapuskan kemampuannya)”
“nak
Ervy, kuasanna Dian yaro hadianna Puang wata’ala, purani iya obati wi masanna
nanak tapi manccaji dek (nak Ervy, kemampuan Dian ialah kurniaan tuhan,
saya sudah ubati masa dia masih kecil tapi tidak menjadi)” …………. “terima wi,
ejarak ie supaya kawal kuasanna (terima dia, ajar dia supaya boleh kawal
kemampuannya)” sambil menghirup kopi hitam yang pekat itu.
…………….
Isyak
selesai di tanah bugis sedikit awal berbanding di Sabah, mungkin kerna faktor
Indonesia yang berada tepat di tengah-tengah garisan khatulistiwa. Malam itu,
Saharuddin dan Ervy duduk berdua di beranda rumah mereka membahaskan perihal
pertemuan dengan Sandro pagi tadi
“Bagaimana solusinya mamanya”
“Nek Sandro bilang, itu anugerah kurniaan
tuhan, tiada apa yang bisa dilakukannya” berkata dengan nada kecewa.
“Kalo begitu katanya, solusinya cuma satu,
kita harus mendidik Dian untuk memahami kemampuan luar biasanya itu”
“tapi bapanya, kesian Dian tidak bisa hidup
normal seperti kanak-kanak lainnya”
“yakin saja. Tuhan pasti ada aturannya”
menamatkan perbualan mereka.
“ASSALAMMUALAIKUM”
Kedengaran
suara halus dan serak daripada halaman rumah mereka. Kelihatan kelibat wanita
yang dimamah usia berkebaya tradisional Rappang. Senyuman wanita itu manis dan
di tangannya dia membawa dua biji buah nangka masak.
“Tabek
di, idi anakna Pu Sakka (Tumpang tanya, kamu anaknya Pu Sakka?)
“eya benar nek. Ayo mampir dulu” sambil
mempelawanya naik ke rumah
“Tidak usah” balasnya perlahan.
“Saya datang kemari Cuma mahu mengirim ini”
“Waduh
Nangka masak!” Nada ceria kerna Ervy memang menyukai buah itu.
“saya pulang dulu nak. Selamat malam. Assalammualaikum”
kemudian menoleh ke tingkap rumah Ervy sambil tersenyum.
“Baiknya
nenek itu, siap bagi buah lagi” kata Saharuddin.
“memang,
orang kampung Deya memang baik-baik orangnya” Ervy bangga menjadi orang
kelahiran kampung itu.
Ervy
kemudiannya menuju ke dapur untuk meletak buah tersebut manakala Saharuddin
kembali bertelegu di beranda rumah menghabiskan kopi hitam yang dibuat
untuknya.
“Daddy,
I am scared” Dian tiba-tiba muncul di hadapan pintu.
“Dian,
belum tidur lagi” sambil melambaikan tangannya mengisyaratkan Dian untuk datang
kepadanya.
“kenapa
Dian ketakutan sayang?”
“Dian
takut dengan nenek yang datang itu, mukanya menyeramkan”
“Menyeramkan?”
monolog Saharuddin dalam hati.
“Sayang,
nenek itu orang baik. Dia datang sini membawa buah untuk kita” Saharuddin
meyakinkan anaknya.
“Dian
tahu apa yang Dian Nampak Daddy. Nenek itu kelihatan seperti hantu”
“iya
Daddy percaya. Sudah ayoh masuk tidur, sudah lewat ini” Saharuddin memujuk.
“Malam
ini Dian tidur sama Momy dan Daddy ya?”
“Boleh
sayang”
Kata-kata
Dian kepadanya membuatkan Saharuddin bermonolog sendiri, lalu terlintas
perkataan PARAKANG dalam benak mindanya. Dia tidak tahu mengapa lintasan
hatinya memikirkan makhluk keramat itu, adakah kerana mereka berada di tanah
Bugis?
Jam
di dinding menunjukkan sudah 2.40 pagi. Saharuddin tidak boleh tidur dan
kelihatan sedang sibuk membaca di ruang tamu. Text lama yang dijumpinya begitu
menarik perhatian.
Sedang
pada itu, diluar rumahnya kelihatan di datangi lembaga berkebaya songket,
rambut panjangnya terurai hingga ke tanah, merangkak menuju ke bawah rumah
Saharuddin dengan mata yang merah dan mulut yang penuh berliur. Kebayanya kotor
dan berlumuran darah. Lidahnya kemudian di panjangkan dan seolah meraba-raba
untuk mencari andai ada lubang-lubang yang boleh di masukinya.
Di
hujung rumah terdapat lubang yang kelihatan kerana lantai kayu yang sudah agak
usang. Lidah makhluk itu semakin panjang memasuki ruang lubang manakala
tubuhnya turut memanjang untuk memuatkan dia masuk ke dalam rumah.
Saharuddin
yang ketika itu sibuk menelaah tidak menyedari rumahnya sudah di masuki
Parakang. Saharuddin kemudiannya terlihat selembar kain usang dengan tulisan
bugis diatasnya yang bersembunyi di balik lembaran-lembaran nota usang tadi.
“Mentera
Putih?” berkata dalam hatinya.
“Poppok
Parakang, inungi raramu, passaklikangi bukunnu, minroko mange ri assala’mu,
Nanu Kangkang sahada’mu…” membacanya dengan sedikit kuat.
Serentak
itu juga, bunyi bising orang berteriakan seolah dalam kesakitan kedengaran di
dapur. Ervy dan Dian yang terlelap tadinya terjaga dan segera keluar ke ruang
tamu mencari Saharuddin.
Mereka
tiga beranak sangat terkejut apabila melihat sosok tua berkebaya selekeh. Bau
hanyir darahnya sangat membusuk dengan mata yang merah menyala serta lidahnya
yang panjang terjelir keluar bergolek seolah kesakitan yang teramat. Menyedari
dirinya diperhatikan, Parakang itu terjun daripada tingkap rumah dan meloloskan
dirinya.
Kejadian
pagi buta itu turut membangunkan beberapa jiran mereka kerana bunyi jeritan
yang nyaring itu. Kesemua mereka kemudiannya berkunjung ke rumah Ervy untuk
mengetahui kejadian apa yang sedang berlaku.
…………………..
18
Disember 1997
Berita
mengenai rumah arwah Pu Sakka di serang Parakang menjadi berita yang riuh di
kampung pagi itu. Warga-warga tua yang ada kesemuanya ketakutan kerna
mengenangkan kejadian yang pernah menyerang kampung mereka ini 24 tahun yang
lalu.
“Apa? Parakang pernah menyerang rumah arwah
bapa saya? Kapan?”
“Ceritanya panjang nak Ervy”.
Ervy
dan Saharuddin sedang duduk di ruang tamu rumah mereka dan berhadapan dengan
seorang lelaki berjubah putih dan berjambang. Usianya sudah menjangkau 50an,
kulitnya putih bersih dan terdapat tanda lahir berbentuk seakan sabit di leher
sebelah kanannya. Bersama mereka pula ialah Dian, tante Rita dan beberapa orang
kampung yang lainnya.
“Kejadian ini berlaku 24 tahun yang lepas.”
Kata Hj Rahim.
“Ketika itu usiamu sebaya anakmu Dian. Ibuku
Indok Nyameng yang merupakan dukun kampung berada di rumah ini pada waktu
kejadian” tambah Hj Rahim lagi.
Kebenaran
tentang kematian kedua orang orang tuanya membuatkan Ervy terkejut dan hampir
pitam.
“Boleh tuan haji terangkan kepada kami apa
itu sebenarnya Parakang?” tanya Saharuddin.
“Asal usul Parakang sebenarnya adalah manusia
biasa seperti kita. Namun, mereka ini mempelajari ilmu persugian tetapi tidak
mampu untuk menampung ilmu hitam yang mereka pelajari” Hj Rahim meneruskan
lagi … “Ilmu hitam itu tadi menjadi
kutukan lalu menyebabkan mereka menjelma menjadi manusia siluman yang dahagakan
darah daripada usus manusia. Darah daripada usus ini menguatkan lagi batin
mereka”.
“Parakang ini punyai beberapa keistimewaan,
antaranya dia punyai penglihatan yang luar biasa. Dia bisa untuk melihat
menembusi dinding mahupun melihat daripada jarak yang jauh. Lidahnya bisa menjadi
panjang dan badan mereka licin seperti belut”
“Tapi Pak Haji, bukankah Parakang itu
menyerang mereka yang sakit sahaja atau bayi baru lahir atau wanita yang sedang
hamil?” tanya Saharuddin
“iya. Benar. Itu antara mangsa-mangsa yang
sangat mengiurkan Parakang”
“Tapi Pak Haji, itu semua tiada di rumah ini.
Tidak ada sebab untuk Parakang menyerang keluarga saya”
“Parakang ini ada dua, satu disebabkan oleh
ilmu yang dipelajarinya dan yang kedua adalah melalui keturunan” kata Haji
Rahim.
“Saya yakin, yang menyerang kalian tadi malam
itu ialah Parakang melalui keturunan.”
“Bagaimana caranya untuk kami melawannya Pak
Haji?” Ervy mencelah
“Kita harus cari tahu musabab apa Parakangitu
menyerang kalian”
………………..
Petang
itu, Ervy dan keluarganya tinggal bersama haji Rahim. Dia khuatir jika Parakang
menyerang lagi lalu mengajak mereka anak beranak untuk menetap di rumahnya
sehingga kes ini diselesaikan.
“Dian, kamu masih period?” tanya Ervy
“iya Momy. Sudah beberapa hari period saya
ini tidak berhenti”
“Pastikan Dian cuci sebersihnya ya. Selesai
nanti datang ke ruang tamu. Momy masakkan kuih kontok-kontok kegemaran Dian”
“ok Momy.”
Rumah
Haji Rahim menjadi harum dengan aroma jemput-jemput pisang yang di buat oleh
Ervy. Baunya mengiurkan sesiapa saja yang menghidunya.
“Pak Saharuddin, Ibu Ervy, ada yang saya mau
bicarakan sementara Dian tiada di sini” kata Haji Rahim dengan nada
berbisik.
“Ada apa Pak Haji” cemas Ervy
“Saya sudah mengerti mengapa Parakang itu
menyerang keluarga Pak Saharuddin” Dia kemudiannya meneruskan “Dia mahukan
darah Dian”.
“Maksud Pak Haji darah Dian apa?”
“Sebelum itu, kalau tidak keberatan saya
bertanya, Dian itu anak yang spesial. Benar atau tidak?”
Kedua
mereka saling melihat satu sama lain. Wajah Saharuddin dan Ervy yang jelas
ketakutan dan juga bingung itu di fahami oleh Haji Rahim.
Keduanya
mengangguk senyap mengiyakan pertanyaan Haji Rahim.
“Parakang ini turut tertarik dengan bau darah
haid wanita. Bau itu menjadi semakin kuat bila wanita itu punyai kebolehan luar
biasa yang tidak dimiliki oleh orang lain”
“Saya berpendapat, Parakang itu mahukan darah
si Dian”.
“Ya
Allah. Anak saya” Ervy mula menangis dengan derasnya.
“saya merayu Pak Haji, tiada cara lain yang
boleh kita lakukan untuk menyelamatkan anak saya” rayu Saharuddin.
Darah
daripada perempuan yang mempunyai deria keenam merupakan darah yang sangat
jarang untuk di jumpai. Parakang yang menghirup darah sebegini dikatakan boleh
membatalkan kutukan ilmu hitam mereka dan kembali menjadi manusia normal.
Manusia yang memiliki kebolehan menjadi Parakang dikatakan tidak boleh
meninggal dengan tenang selagi ilmu itu tidak di turunkan kepada orang lain.
“Mentera
Putih” kata Haji Rahim
“Mentera
ini boleh membinasakan Parakang dan membunuh mereka” terang Haji Rahim.
“Mentera
Putih?” tanya Saharuddin untuk kepastian.
“Iya.
Mentera Putih. Mentera ini asalnya daripada tok guru ilmu persilatan Kajang,
Kabupaten Bulukumba. Namun tidak ramai yang mengetahui ilmu ini bahkan mentera
itu saja sukar untuk ditemukan. Bisa di bilang jarang yang punyai ilmu
tentangnya.”
“Saya
ada salinan mentera itu Pak Haji”
Salahuddin
bergegas kearah beg baju miliknya dan di dalamnya kelihatan dia mengeluarkan
seikat dokumen usang dan mempersembahkan kepada Haji Rahim. Dalam ikatan
dokumen usang itu terdapat catatan-catatan tentang kehidupan Pu Sakka serta
asal usul keluarga isterinya. Serpihan kain kuning lusuh itu kemudiannya di
berikan kepada Haji Rahim.
“SubhanAllah. Inilah mentera putih itu”
kata Haji Rahim.
…………….
Usai
Isyak, Saharuddin dan beberapa jiran tetangga berkumpul di rumah Pak Daud.
Rumah besar berwarna hijau itu terletak selang dua buah rumah daripada rumah
Haji Rahim. Mereka berkumpul untuk menangkap dan membinasakan Parakang yang
mengganggu ketenteraman kampung mereka.
Ketika
maghrib tadi, Ervy menitiskan darah haid Dian di beberapa penjuru rumah Haji
Rahim sesuai dengan arahan beliau. Darah ini bertujuan untuk membangkitkan
ghairah Parakang.
Jam
dinding menunjukkan sudah 11 malam namun masih tiada kelibat Parakang. Disebabkan
menunggu lama, Ervy terlelap di sofa ruang tamu beserta Dian disebelahnya
Dengan
tidak semena-mena, kelihatan kelibat bayang hitam yang pantas bergerak dan menampakkan
dirinya di sisi belakang rumah Haji Rahim. Bau hanyir darah yang kuat ditiup
angin memenuhi halaman rumah.
Parakang
itu menjadi semakin liar, dengan pandangan matanya saja, cermin tingkap di
bahagian dapur rumah pecah dan hancur, membolehkan untuk Parakang memasuki
rumah.
BOOM!!
Bunyi
kuat mengejutkan Ervy dan Dian daripada lena. Mata Ervy terbeliak melihat sosok
hitam berkebaya lama yang berlumuran darah muncul di hadapannya. Kulitnya yang
berkedut menggelupas jijik sungguh menggerunkan.
“Aga elo
mu Parakang. Lisu ko! (Apa maumu Parakang. Tinggalkan kami)” jerit Ervy
Lidah
Parakang itu menjadi Panjang lalu membelit Dian. Ervy bergelut untuk melepaskan
anaknya daripada cengkaman lidah Parakang tetapi tidak berdaya kerana ianya
terlalu licin seperti mana Belut.
Parakang
itu membawa Dian dekat dengannya, kelihatan leher Dian terluka dan darah
menitik ke lidah Parakang.
“Momy, tolong!”
“Ah sakit! Momy tolong Dian!”
Haji
Rahim muncul dan keliling rumahnya di kepung oleh penduduk kampung yang sudah
berkumpul tadinya. Lemparan garam daripadanya menyebabkan Parakang itu
melepaskan belitan lidahnya dan kelihatan berundur dek kesakitan.
“Hancurlah dirimu makhluk terkutuk”
Tempik Haji Rahim
“Poppok Parakang,
Inungi raranu. Passaklikangi Bukunnu,
Minroko mange ri assala’nu,
Nanu kangkang sahada’nu
Inakke minni atanna Allah taala,
Sa’re tannabalia,
Kaugi lakukira kira,
Tanngi nakka lanukira kira,
Lailaha Illallah, Muhammadar Rasulullah”
Beberapa
kali mentera putih itu dibaca, setiap kali itu jugalah jeritan Parakang itu
semakin bingit. Dia cuba meloloskan dirinya namun sekeliling rumah sudah
dipagar dengan garam bukit dan duri limau.
Sebanyak
tujuh lafas mentera itu diulang, badan Parakang itu kemudiannya terbakar. Mereka
yang berada di sekitar hanya tergamam melihat jasad makhluk siluman itu
terbakar dalam sengsara dan rentung menjadi abu. Namun di balik jeritan itu
selang seli tersisip ketawa hilai.
Ervy
dan Saharuddin bergegas mendapatkan anak mereka yang sedang terbaring tidak
sedarkan diri. Haji Rahim membawa sebalutan kain untuk menghentikan darah
daripada menitik.
………………
19
Disember 1997
“Momy, kesian nenek tua semalam tu”
Dian
sedang duduk di tilam ruang tamu rumahnya di temani oleh Ervy dan Tante Rita.
Lehernya lebam kesan sengatan lidah Parakang itu dibalut dengan kain kasa dan
plaster.
“Nenek tua? Nenek mana sayang?” tanya
Ervy bingung.
“Nenek tua yang lidahnya jadi panjang dan
tangkap Dian”
“Sayang, itu bukan orang tua, itu namanya
Parakang. Makhluk jadian yang serem”
“Tapi nenek tua tu sempat meminta tolong sama
Dian momy”
“sudah. Usah di fikirkan itu sayang. Dian
istirehat saja. Sebentar lagi kan akan bergerak ke Makassar” Ervy menutup
perbicaraan Dian.
Sebelum
matahari memacak di ufuk langit, tiga beranak itu bergerak ke Bandar Rappang
ditemani oleh Suharman kerna Perjalanan ke Ujung Pandang Makassar memakan masa
yang agak lama dan jarak yang jauh. Sebelum beredar, Saharuddin dan Ervy sempat
berkunjung ke rumah Haji Rahim dan mengucapkan tanda penghargaan mereka
kepadanya.
Kejadian
yang menimpa mereka ini cukup mendewasakan Ervy dan keluarganya. Dia berazam
untuk membantu anaknya Dian dalam mengendalikan kebolehan anugerah tuhan itu.
Kebolehan deria keenam anaknya yang membolehkannya melihat sesuatu yang tidak
dapat di lihat di oleh mata kasar.
…………..
Abu
Parakang itu dimasukkan ke dalam balang tanah liat oleh Haji Rahim dan
kemudiannya diikat dengan kain kuning dan merah. Balang itu di letakkan di atas
almari bersama seperangkap pakaian kebaya tradisi Rappang yang di lipat rapi.
“Akhirnya,
kau bebas juga adindaku” ucap Haji Rahim.
“Anak
kecil itu akan meneruskan legasi ilmu persugian watakale” tambahnya lagi sambil
tersenyum sinis.
-TAMAT-
Location: Sabah, Malaysia
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)