Thursday, 3 March 2011

mutiara qalam...yg mathur

seorang muslim yang cemerlang ialah muslim yang berjaya menghadapi setiap tekanan dalam kehidupan tidak kira apa jua masalahnya.

sejauh mana seseorang itu mampu menghadapi tekanan tersebut, sebanyak itulah ganjaran pahala yang bakal di perolehi. Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati (qalb). Bagaimana menghadapi stres menurut islam?

* membaca Al-Quran dengan mentadabbur maknanya

* memperbanyakkan taubat dan istighfar

* Taqarrub (melalui zikir dan qiamullail)

* banyakkan sedekah

* bijak menguruskan masa mengikut keutamaan

* Husnu dzan

* tawakal

berikut juga merupakan Tips meringankan tekanan apabila di timpa ujian
dan musibah:

* penghapusan dosa (surah al-syura ayat 30)

* meningkatkan darjat

* mengingati Allah

* mensyukuri nikmat

lakukan amalan lazim... sekurangnya.. dalam seminggu tu ada wat perkara d bawah:

* qiamullail.. -jka ada masa... slps isyak pun bole buat..
* amalkan mathurat slps subuh or tyme pagi. - kerana ianya bole beri kekuatan luar dan dalaman..

* lazimkan ucapan maaf. -krn kita dapat turunkan ego.. bukan kerana kita salah tapi diri insan kerap alpa

* buat statement kat buku dan jadual or mana-mana sebanyak yg mungkin.


- "tujuan sebenar kita selaku hamba Allah" selaku pelajar.. semua yg d hadapi adalah untuk bekalan masa depan.

setiap kali down... ingat tujuan.... sekali lagi... ingat TUJUAN.


penat tidak ada dalam kamus hidup, kerana rehat yg abadi hanya di akhirat sana.
menah itu sudah suratan yg esa..buat hambanya..

sama ada kita selaku student... parents.. pemimpin.. pekerja n
so on... suma sama, akan di beri ujian setimpal dengan yg mampu di tanggungnya..

renungilah firman Allah...



begitu agungnya mukjizat yg telah di kurniakan kepada rasul kita muhammad..
umatnya mampu memanfaatkannya meski pun baginda telah tiada lagi

allahumma solli ala saidina muhammad, waala alihi muhammad 3x

muhasabah diri selaku insan...


lihat pula peringatan ini....



bertuahnya diri kita sebenarnya....
mentarbiah diri ini... dan bermuhasabah...
agar kita di beri jawapan dariNya.. serta mendapat
kemanisan bercinta hanya kepada Allah...



dan pegang bahawa.... ketenangan hanya datang dengan mengingati



moga hamba mu ini dapat melaksanakannya... selain menjadikan tarbiah untuk
saudara seagama... saudara seakidah.

wallahualam

Wednesday, 2 March 2011

lelaki itu cantik.. perempuan itu gagah

kecantikan lelaki

kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani....
lelaki yg cantik.....
adalah lelaki yg mampu mengalirkan airmatanya untuk ingatan
adalah lelaki yg sedia menerima segala teguran
adalah lelaki yg memberi madu
setelah memerima racun,
adalah lelaki yg tenang dan berlapang dada
adalah lelaki yg berbaik sangka dan tidak pernah putus asa

kecantikan lelaki berdiri diatas kemuliaan hati
seluruh kecantikan yg ada pada Muhammad yg umi...
adalah kecantikan yg sempurna seorang lelaki

kegagahan wanita

kegagahan wanita bukan pada pejal otot badan
tetapi pada kekuatan perasaan.
perempuan yg gagah........
adalah perempuan yg tahan menerima sebuah kehilangan
adalah perempuan yg tidak takut pada kemiskinan
adalah perempuan yg tabah menanggung kerinduaan
setelah di tinggalkan..
adalah perempuan yg tidak meminta-minta agar di penuhi
segala keinginannya.
kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman
seluruh keagahan ini ada pada khadijah yg ehsan
adalah kegagahan sempurna bg seorang perempuan..

kerana kecantikan dan kegagahan bergerak seiringan..

lembaran hidup ulama 1 (imam as-shafie)

-ulama fiqh yang pandai bersyair-

Imam syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran.
Beliau ialah penyokong kepada ilmu hadis dan mujaddid bagi abad ke2 H. Beliau ialah pengasas mazhab syafie yang menjadi ikutan kita masyarakat islam di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 105H di bandar gaza palestin. Bumi di mana saudara-saudara kita kini di tindas dek kekejaman israel.

Ramai sedia maklum bahawa ulama terkenal ini begitu hebat, antara kehebatannya yang di anugerahkan ialah beliau dapat menghafal al-quran sejak masih kecil lagi dan memiliki daya ingatan yang kuat. Di samping mempelajari ilmu pengetahuan, beliau juga seorang yang mahir dalam seni memanah. Beliau pernah berkata “aku boleh mengenakan sasaran 10 dari 10”. Mendengar kata-kata itu, orang yang bersamanya berkata “demi Allah,bahawa ilmu engkau lebih baik dari memanah”

Imam syafie mengetahui ilmu kedoktoran dan cekap menunggang kuda. Beliau juga seorang yang tajam akal, kuat fahaman dan luas pandangan serta sangat mengetahui rahsia jiwa-jiwa. Ilmu fiqh yang dibawa oleh beliau merupakan suatu zaman perkembangan fiqh di dalam sejarah perundangan islam lantaran beliau menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dan ilmu fiqh ahli akal dan hadis. Satu yang ramai tidak mengetahui bahawa imam syafie merupakan seorang penyair yang unggul kerana ramai yang tidak pernah menuruti sejarah hidup beliau. Beliau meninggal dunia di mesir pada malam khamis selepas maghrib iaitu pada malam akhir bulan rejab 204H. Inilah serba sedikit maklumat berkaitan ulama tersohor ini. Wallaualam

teka-teki imam as-syafie

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…
Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf : 179).


Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat.

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Renungkan kebenarannya….
wallahualam

Tuesday, 1 March 2011

peta perjalanan hidup manusia

kehidupan selaku khalifah meminta diri agar lebih matang... dalam menempuhi ranjaunya..

namun....



Mungkin kita diluar sana sudah banyak kali melihat gambar diatas, dan barangkali kita telah pun melupakannya.

Jika kita lihat peta hidup kita, bermula dari alam roh hingga ke alam mahsyar, pelbagai alam bakal kita tempuhi. Namun, pernah kah kita terfikir, rahsia disebalik perjalanan diri kita?

Cuba kita tanya diri kita, rasailah hati kita sebenar-benarnya, apa yang abadi dalam hidup kita di muka bumi ini?

Adakah harta, pangkat menjadi tujuan kita sebenarnya di bumi ini?

Renungkan sejenak...

Sering kali saya melihat, kita selalu lari dari peta hidup kita sendiri. Setiap dari kita mempunyai jalan yang baik dan lurus ke arahNya, tapi kita juga yang memilih untuk keluar dari jalan peta tersebut.

Jika kita menghadapi dugaan di perjalanan peta kita, kita meraung menyalahkan takdir yang menimpa atas diri kita. Kita lemah untuk mencari mana satu tempat yang perlu kita pegang selama ini.

Lalu tercalar sedikit keihklasan kita kepada Allah S.W.T.

Hari demi hari berlalu, kita berjalan beribu-ribu meter di permukaan bumi, tapi adakah kita benar-benar berjalan atas muka bumi ini kerana Allah? Ataupun kita berjalan di atas muka bumi ini kerana kita mahu menjadi kaya, duit yang banyak, pangkat yang tinggi atau kehormatan di sisi manusia? Fikirkan wahai teman..

Kadang kala kita ibarat manusia yang mengambil bintang di langit lalu dilekatkan di atas bahu kita. Menuhankan kemuliaan di sisi manusia lalu ditinggikan dada ketika berjalan.

Mungkin kita lupa, mana satu arah kita. Benarkah kita menuhan Allah swt di muka bumi ini atau kita sendiri yang menuhankan kejayaan duniawi?

Ramai orang menyangka, gelaran Doktor itu membawa kita kepuncak bahagia.
Ramai orang menyangka, mahasiswa universiti itu amat mulia. Dan ramai orang menyangka, ketika kita shopping sehelai pakaian berharga RM1000 ringgit itu pasti akan membahagiakan tubuh yang memakainya. Lalu ketika itulah, orang-orang ramai yang menyangka perkara itu menjadi silap di arah tujuan hidupnya hingga menjadi hamba abdi kepada syurga duniawi yang sudah kita tahu ianya hanya sementara.

Cuba kita lihat semula gambar di atas, kiralah dengan calculator anda, berapa lama lagi kita akan menempuh saat kita dipisahkan dari alam dunia ke alam barzakh? Kiralah untuk hidangan diri sendiri dan bukan kerana orang lain menyuruh kita. Bayangkan lah bagaimana kita akan menghadapi alam barzakh itu sendiri. Fikirkan...

Kemudian, kita ingat kembali, segala doa yang kita pohonkan kepada Allah swt.
Berapa kali kita sering meminta, "ya Allah, berilah aku rezeki, pangkat dan harta, kejayaan untuk digegami".

Tapi berapa kali pula kita meminta supaya kekal dalam kecintaan kita kepada Allah swt. Berapa kali cuba kita ingati?

Kita terlalu taksub dengan kejayaan duniawi sehingga kita sendiri leka memohon agar diteguhkan kecintaan kita kepada Allah S.W.T.

Tahukah anda semua, Allah S.W.T tidak sekali-kali meninggalkan hamba-hambaNya yang mencintaiNya di kala susah mahupun senang.

Tapi kecintaan duniawi pasti akan meninggakan kita diwaktu kita sukar dan mengambil kesempatan dikala kita kesenangan.

Adakah kita telah menyembelih kecintaan kita kepada duniawi?

Janganlah kita mendabik dada ketika berjalan kerana dunia ini bukan kita yang punya.

Kita hanya meminjam kepada Pemiliknya sahaja dan janganlah engkau merayu selain daripada Pencipta kita sahaja.

Ingatlah wahai teman, setiap kurniaan yang Dia berikan kepada kita pasti dipersoalkan di akhirat kelak.
Ingatlah dialog ini:

" Ke mana telah engkau lakukan dengan wang RM1000 itu? Adakah engkau telah membelanjanya ke jalan yang benar atau engkau bermegah-megah dengan kurniaan itu?"

wallahualam..

keluasan neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"


Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."


Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai"





Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak
dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"..

sumber: portal islam murabbi
editor: nature mujahid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...