Wednesday, 2 March 2011

lembaran hidup ulama 1 (imam as-shafie)

-ulama fiqh yang pandai bersyair-

Imam syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran.
Beliau ialah penyokong kepada ilmu hadis dan mujaddid bagi abad ke2 H. Beliau ialah pengasas mazhab syafie yang menjadi ikutan kita masyarakat islam di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 105H di bandar gaza palestin. Bumi di mana saudara-saudara kita kini di tindas dek kekejaman israel.

Ramai sedia maklum bahawa ulama terkenal ini begitu hebat, antara kehebatannya yang di anugerahkan ialah beliau dapat menghafal al-quran sejak masih kecil lagi dan memiliki daya ingatan yang kuat. Di samping mempelajari ilmu pengetahuan, beliau juga seorang yang mahir dalam seni memanah. Beliau pernah berkata “aku boleh mengenakan sasaran 10 dari 10”. Mendengar kata-kata itu, orang yang bersamanya berkata “demi Allah,bahawa ilmu engkau lebih baik dari memanah”

Imam syafie mengetahui ilmu kedoktoran dan cekap menunggang kuda. Beliau juga seorang yang tajam akal, kuat fahaman dan luas pandangan serta sangat mengetahui rahsia jiwa-jiwa. Ilmu fiqh yang dibawa oleh beliau merupakan suatu zaman perkembangan fiqh di dalam sejarah perundangan islam lantaran beliau menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dan ilmu fiqh ahli akal dan hadis. Satu yang ramai tidak mengetahui bahawa imam syafie merupakan seorang penyair yang unggul kerana ramai yang tidak pernah menuruti sejarah hidup beliau. Beliau meninggal dunia di mesir pada malam khamis selepas maghrib iaitu pada malam akhir bulan rejab 204H. Inilah serba sedikit maklumat berkaitan ulama tersohor ini. Wallaualam

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...