Sunday, 17 April 2011

PEMUDA




Di manakah dapat ku cari...
Seorang pemuda yang matanya cepat menangis
Kerana takutkan ALLAH?

Di manakah dapat ku cari...
Seorang pemuda yang hatinya lembut
Kerana cintakan Rasulnya?

Di manakah dapat ku cari...
Seorang pemuda yang menundukkan hawa nafsunya
Untuk mengikut pedoman Rasul kerana cintakan ALLAH?

Di manakah dapat ku cari...
Seorang pemuda yang siangnya lesu,
Malamnya tegar berdiri?

Di manakah dapat kucari...
Seorang pemuda yang dunianya zuhud,
Akhiratnya tamak?

Apakah dapat ku temu jasad-jasad seperti itu?

Apakah mata ku buta dalam memberi penilaian?
Apakah silap hidungku kerana tidak dapat menghidu?
Apakah hatiku mati hingga tidak dapat mengesan?

Persetankan semua itu, aku tetap ingin mencari..
Mencari jiwa pemuda yang tenang dalam agamanya,
Mencari roh yang tegar atas jalan yang lurus,
Mencari hati yang cintakan ALLAH dan Rasul-Nya,
Mencari dada yang selamat aqidahnya,
Mencari jasad yang sudah haus kerana ibadat.

Lalu...

Mengapa perlu aku mencari semua itu?

Aku juga pemuda,
Aku juga mempunyai hati,
Aku juga mempunyai jasad dan jiwa,
Air mata ku juga masih tidak kering untuk menangis,
Aku juga ada agama yang ku anuti,
Lalu...
Mengapa aku perlu mencari semua itu?
Sedangkan aku ada jiwa yang harus aku didik,
Aku ada roh yang perlu kau tarbiyah,
Aku ada hati untuk disemai benih cintakan ALLAH dan Rasulnya.

Ya ALLAH mengapa jiwa ku yang muda ini di siakan,
Ya ALLAH aku mahu jadi pemuda...
Aku mahu jadi pemuda yang jiwanya,
Jasadnya, hatinya, nafsunya dan seluruhnya,
Taat dalam kecintaan kepada Mu,
Taat dalam kecintaan kepada Rasul Mu.

Aku mahu jadi pemuda itu,
Aku mahu jadi pemuda yang ku cari itu..
Diriku masih hanyut,
Aku juga pemuda tetapi tidak seperti mereka,
AKU MAHU JADI PEMUDA ITU...
YA ALLAH TUNJUKKAN AKU JALAN YANG LURUS....


Di nukil oleh : Abu Zaid Muhammad Ikhlas Bin Rosele

1 comment:

  1. subhanallah........... moga kita semua mentaddabur diri.. moga menjadi pemuda itu

    ReplyDelete

Coretan Antum ^ ^