Wednesday, 9 November 2011

KORBAN PERTAMAKU


Bismillah Alhamdulillah


Sekali lagi hati syahdu... mendengar laungan takbir memenuhi seluruh ruang alam ciptaan-Nya. Pagi itu sangat meriah dengan rombongan manusia yang ingin menunaikan solat sunat raya. Selesai saja solat, aku dengan fokus memberi perhatian pada pengisian khutbah... Allahuakhbar, masa muhasabah dan pemurnian diri. Terdetik di hati ini "apa yang aku boleh korbankan kali ini??"

Selesai saja solat, kami dan pakcik (abah keluarga angkat) bertandang ke rumah jiran kenalan pakcik. Tuan rumah mengajak untuk menjamu selera. Rezeki itu kekuasaan Allah, bila-bila dan dimana saja yang Dia kehendaki... adalah rezeki itu. 

KORBAN DAN BEKORBAN (Aku peroleh korbanku) 

Seperti biasa, kehidupan di kampung dan di mana-mana jua, pasti ramai yang turun untuk membantu sama dalam mengerjakan korban. Alhamdulillah, dekat kampung ni, 3 ekor lembu akan ditumbangkan..

 "mampukah aku?, ya Allah.. berikan diri ini kekuatan" aku bermonolog. 

Sifat takutkan darah (haemofobia) sejak kecil merenggut jiwa. Pautannya kini walau telah beransur tiada, namun jauh di dalam hati.. gementar tetap ada. 

"aku harus tabah.. kuatkan diri... redha Allah aku cari.." bermonolog meyakinkan diri untuk teruskan juga.

Darah tidak boleh menjadi penghalang diri ini untuk mencari redha Allah. Pagi itu, ana dan sahabat-sahabat yang lain bekerjasama dengan masyarakat menumbangkan lembu unutk di buat korban.


"Dan bagi setiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (korban)
agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan
Allah kepada mereka berupa haiwan ternakan. Maka tuhanmu ialah 
tuhan yang maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya.
Dan sampaikanlah (Muhammad) khabar gembira kepada orang-
orang yang tunduk patuh (kepada Allah)"

Al-Hajj : 34


Alhamdulillah Allah berikan diri ini kekuatan untuk berani menempuhi korban ini. Kini, mind setting telah berubah. Walaupun dari dulu lagi mengetahui tentang fadhilat korban ni. Allah mengaturkannya dengan sungguh berhikmah. Sekarang.. aku dah tak takut lagi.



begitu banyak pengalaman pertama dan manisku sepanjang berada di perantauan ini. Ku mengimbas kembali setahun lebih yang lepas.. bila mana hati ini berat meninggalkan tanah tumpah darah tercinta, namun demi jihad ilmu itu.. aku menerima takdir yang sang Pencipta berikan.. 

"ya Allah.. kini aku dah boleh hadapi korban.. hee inilah salah satu hikmah mengapa kau menghantarku ke sini dulu.." bisik hati kecilku sambil tersenyum, aku tahu.. perjalanan ku masih panjang dalam mengejar cinta-Mu ya Tuhanku.. oleh itu.. berikan diri ini kekuatan.

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^