Tuesday, 25 March 2014

SILENT GUARDIAN

Bismillah Alhamdulillah


"Assalammualaikum Ustaz, ada dekat mana ya? ana nak sign kehadiran"

"wassalam, ana ada dekat port biasa." mesej di balas

............

Maktabah day minggu ke III kini.. 

setiap hari Rabu

Satu 'event' yang dianjurkan buat sahabat-sahabat untuk membudayakan sehari sekurangnya dalam seminggu diluangkan untuk belajar.

Seawal 8.25 pagi, satu sosok tubuh berkopiah putih dengan jaket rakan masjid yang setia di pakainya setiap kali ke kampus melabuhkan dirinya di 'port' biasa sambil mengeluarkan segala buku dan keperluan untuk mengulangkaji.

satu senarai nama sahabat-sahabatnya di keluarkan siap waktu masuk dan keluar beserta 'signature'. PIC atas taklifan daripada Head department harus dilaksanakan secara amanah...

............

Usai Asar itu, keadaan di perpustakaan semakin lengang..

"Abang Mukmin, ana gerak dulu..

"toyyib.. Syah ada urusan lain ke?"

"a'ah.. meeting MP malam nanti"

"ok baik, selamat semuanya

Lelaki bertubuh sasa dan berkulit hitam manis itu sempat melihat keadaan sekekeliling sebelum meninggalkan 'port'

"wahh.. terbaiklah GUARDIAN, semuanya masih duduk berkampung di sini"

Mukmin tersenyum sambil berpaling ke meja di belakangnya

"kitakan penjaga untuk sahabat-sahabat

"penjaga dalam senyap" tutur Mukmin

"Ha!! penjaga dalam senyap? abng cuba check kat internet tentang silent guardian"


............

"GUARDIAN" atau membawa maksud PENJAGA dalam bahasa 'lay man'. Sebut mengenai penjaga ni, teringat dekat watak Marvel iaitu Batman, atau mendapat gelaran "the Silent Guardian". Batman ni bole kata sama macam amilin jugalah. Melindungi bandar Gotham tanpa meminta pujian apatah lagi ganjaran.. para dai'e yang so "called" membawa Islam ini harus mencontohi Silent Guardian ni.


:: huhu.. ::

Dengan izin Allah juga.. barisan GUARDIAN menggalas taklifan yg berat.. dikala sahabat-sahabat menumpukan kesibukan dengan gerak kerja dalam lapangan masing-masing kamilah yang berperanan untuk menjaga kebajikan mereka. Bukankah itu yang Rasulullah ajarkan??

Sebarkan kebaikan...

Sebarkan Cinta...

...........

"ermmm.. silent guardian? menarik ni untuk entri blog"

monolog hatinya tenggelam dalam lunaknya azan Isyak.

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^