Friday, 27 December 2019

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI

Bismillah Alhamdulillah


Dua hari lepas merupakan hari ulang tahun kelahiran diri ini. Alhamdulillah masih di panjangkan umur untuk hidup di dunia milik Allah ini. Untuk tahun ini sedikit berbeza dengan tahun sebelumnya kerana tiada sambutan di buat. Oleh itu saya nukilkan bait puisi di bawah untuk diri ini. 


Ku Langitkan bulatan doa
pengharapan di hujung
pergantian usia,
semoga
apa apa yang di semogakan
akan terlaksana,
kemudian yang di tunggu
akan segera bertamu.
Membaiklah semua keburukan
yang lalu,
tergantikan 
kebahagiaan tanpa tapi,
kebaikan tanpa henti
selamat hari lahir
wahai diri

by : Naturemujahid

Thursday, 19 December 2019

KALENDER MASIHI : ASAL & USUL

Bismillah Alhamdulillah


Beberapa hari lagi tahun 2019 akan berakhir dan tahun baru akan menjelma. Begitulah sunnatullah aturan alam ini. Silih bergantinya peredaran masa yang pasti tidak akan pernah berulang lagi. 

Entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai kalender atau tahun yang di guna pakai oleh seluruh dunia rata ratanya iaitu kalender masihi dan apakah ibrah alam yang bisa kita perolehi daripadanya. 

Ramai di antara kita yang menggunakan tahun masihi hatta dalam kad pengenalan diri kita juga menggunakan sistem ini. Ianya kerana seluruh dunia sudah menyeragamkan penggunanya bagi memudahkan urusan. Namun tahukah kita akan asal usul terjadinya kalender masihi ini?

Sebagai seorang muslim, hati ini terpanggil untuk mencari tahu mengenai kalender masihi kerana dalam islam kita punyai kalender kita sendiri iaitu tahun hijrah. Ramai muslim kini terlalu mengagungkan penggunaannya walau sudah tentu tidak ada salahnya namun eloklah kita cakna serba sedikit tentangnya.

ASAL USUL KALENDER 

Penghasilan kiraan kalender bermula pada kurun keenam di empayar Rom di bawah pemerintahan Julius Caesar. Beliau meminta pertolongan seorang rahib bernama Dionysius Exiguus (dalam latin bermaksud Dionysius yang merendah diri) untuk membuat sebuah perkiraan tahun yang boleh membantu mereka mengingati tuhan mereka iaitu Jesus Christ. Permulaan pengiraan kalender ini bermula 2000 tahun selepas kelahiran Jesus Christ dan Dionysius telah mengadakan satu istilah yang digunaakan sehingga kini. 

A.D atau singkatan bagi "Anno Domini" bermaksud tahun tuhan kita juga mana membawa maksud tahun selepas kelahiran Jesus Christ. Sebagai contoh, 500 A.D bermaksud 500 tahun selepas 2000 tahun yang lepas.

Apa yang menarik saya mahu tekankan disini ialah orang Rom pada ketika itu juga sangat mengidealisasikan dan menganuti fahaman Paganisme iaitu kepercayaan kepada banyak tuhan dan dewa maka oleh itu bulan bulan tersebut dinamakan mengikut nama dewa dan dewi mereka. 

Misalannya, pengiraan awal tahun mereka di beri nama Maritus sempena nama dewa Mars yang mereka agungkan. Selepas itu bulan seterusnya selepas Maritus adalah bulan selepas musim sejuk dan merupakan masa di mana mereka bergembira dengan tibanya bulan tersebut maka dinamakan sebagai Aprilis sempena nama dewi Aphrodite atau dewi cinta dan beberapa bulan lagi dengan nama dewa dan dewi mereka.

Asalnya cuma terdapat 10 bulan sahaja seperti tersenarai di bawah 

Maritus (Dewa Mars)
Aprilis (Dewi Aphrodite)
Maius (Dewi Maia)
Junius (Dewi Juno)
Quintilis (bermaksud kelima dalam bahasa latin)
Sextilis (bermaksud keenam)
September (ketujuh)
October (daripada kata akar "octo" bermaksud lapan)
November (daripada kata "novem" bermaksud sembilan)
December (daripada kata "decem" bermaksud kesepuluh)

Selepas terciptanya 10 bulan ini, didapati terdapat baki lagi 60 hari sebelum tibanya bulan Matius lalu hari tersebut di bahagi kepada dua dan membentuk dua lagi bulan.

Kepercayaan masyarakat Rom bahawa nombor genap tidak membawa tuah lalu setiap bulan ditandai dengan 29 hari atau 31 hari. Namun berbalik kepada baki hari yang ada iaitu 60 hari dan jumlah keseluruhan hari semuanya 365, ada satu bulan yang terpaksa di korbankan menjadi bulan yang tidak bertuah dengan hanya memiliki 28 hari iaitu February.

January (Dewa Janus iaitu dewa penjaga pintu yang memiliki dua rupa)
Februarius (Dewi Februa)

Kedua bulan ini kemudiannya di letakkan sebelum kedatangan bulan Matius sekaligus menjelaskan kenapa nama dan kedudukan bulan yang ada sekarang berbeza dengan maksudnya. Kalender lama ini diberi nama kalender Julian dan dua bulan di dalamnya diganti nama kepada dua tokoh hebat ketika itu iaitu 

bulan Quintilis di ubah kepada bulan Julius (sempena Julian Caesar)
bulan Sextilis di ubah kepada bulan Augustus (sempena emperor Augustus)

dengan ini lengkaplah 12 bulan dalam kalender Julian iaitu 

Januarius
Februarius
Matius
Aprilis
Maius
Junius
Julius
Augustus
September
October
November
December

KALENDER LAMA KEPADA KALENDER BARU

Kalender Julian digunakan untuk suatu tempoh yang lama sebelum pada tahun 1582 seorang paderi bernama Pope Gregory XIII (ke13) membuat reformasi pada kalender Julian kerana didapati pengiraan kalender tersebut tidak bertepatan dengan pembahagian musim. Dengan itu tahun lompat di tambah ke dalam kalender menjadikannya 366 hari dalam setahun.

Kalender ini kemudiannya digunakan secara peringkat demi peringkat hingga diterima pakai oleh majoriti mereka yang ada di dunia saat ini. Kalender baru ini juga dikenali sebagai kalender Gregorian.


*******

Menarik bukan tentang asal usul datangnya kalender yang kita gunakan hari ini. Berbalik pada keadaan dunia hari ini, kita mahu menegakkan islam namun dalam semudah urusan harian kita sendiri dipengaruhi kuat oleh akar mereka yang mempercayai tuhan itu lebih daripada satu. 

Sesuatu yang boleh difikirkan dan buat renungan bersama. Meski begitu tidak bermakna kita tidak meraikan tahun masihi yang digunakan sekarang, pada pandangan saya Islam itu syumul dan meraikan selagi mana kita tidak melanggar syariat.

Cuma selaku seorang muslim haruslah kita cakna meski sekecil kecil penggunaan bulan dan tahun dalam kehidupan kita. Agar kita menjadikannya ikhtibar dan pengajaran dalam menjadi muslim yang cerdas dan bijak. 

Akhir kalam, cukup disini saja perkongsian saya. InsyaAllah di panjangkan umur saya cuba kongsikan asal usul kalender Hijrah pula di blog mujahid alam ni. Moga entri ini bermanfaat buat semua. 


Nukilan : Naturemujahid
(Khamis) 19.12.2019

Wednesday, 11 December 2019

BEDAH BUKU : SMART

Bismillah Alhamdulillah


Novel ni adalah pemberian daripada "Mr.Tiger" or so I called him haha. Dia tau saya minat membaca jadinya dia hadiahkan buku ini. Bacaan yang santai dan sangat menarik. Buku ini menceritakan tentang seorang budak bernama Kieran yang punyai imaginasi tinggi serta sangat berbakat dalam lukisan. Dia menyiasat tentang kematian seorang tua (homeless) namun disebabkan dia masih budak, orang dewasa tidak mempercayainya.

Dia kemudiannya menyiasat berbekalkan kemahiran melukis dan imaginasinya yang tinggi untuk merungkai misteri yang berlaku. Novel ini bergenrekan aksi detektif. Di dalamnya banyak yang boleh kita pelajari bahkan pendekatan yang penulis gunakan boleh membuka minda pembaca atau dalam bahasa inggeris istilahnya "mind blowing".

Novel ini juga mengajar kita bagaimana untuk meraikan kanak-kanak dan "acknowledge" mereka supaya kita sebagai orang dewasa tidak mendera atau mengabaikan emosi dan mental kanak-kanak. Pokoknya anda harus membaca buku ini untuk mengetahui lebih lanjut. 


Nukilan : Naturemujahid

BEDAH BUKU : THE STUDY SKILLS HANDBOOK

Bismillah Alhamdulillah


'Entri' Bedah buku kali ini saya ingin berkongsi salah satu buku terbaik yang boleh di rujuk buat mereka terutamanya yang akan menyambung pengajian ke peringkat tinggi seperti kolej dan universiti. Buku ini sangat dan banyak membantu saya membuat persediaan sebelum menyambung "bachelor degree" mahupun ketika sedang belajar di universiti.

Bila ada yang bertanya apa rahsia saya boleh cemerlang dalam pendidikan tinggi, jujur akan saya "recommend" kan buku ini. Dalam hidup kita ada yang di panggil sunnatullah dan dalam mencapai kejayaan dalam akademik, sunnatullahnya ialah persediaan. Buku ini memudahkan kita untuk membuat persediaan tersebut. Pendekatan ilmu dalam buku ini juga sangat praktikal dan mudah untuk digunakan. 

Contohnya dalam bab 6 buku ini mengajar kita teknik dalam membuat kajian (research skills) yang sangat berguna terutama dalam menyiapkan "assignment" dan "thesis". Bab 8 dan 9 buku ini sebagai contoh menyentuh tentang perkembangan penulisan ilmiah, kes studi dan juga cara menyiapkan projek. 

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebagai mahasiswa bisa diperoleh melalui buku ini. Sudah banyak buku-buku yang berintkan ilmu untuk membantu mahasiswa tetapi pandangan saya tiada yang selengkap dan ringan pada minda dan praktikal untuk di amalkan selain buku ini. 

Kalian boleh merujuk laman web ini untuk maklumat lebih lanjut www.skills4study.com. Bagi pembaca yang berada di sekitar Kota Kinabalu yang berminat untuk meminjam buku ini daripada saya kalian boleh menghubungi saya melalui komen dalam blog ini. 

Moga ianya bermanfaat. 


Nukilan : Naturemujahid

BEDAH BUKU : THE SONG OF ACHILLES

Bismillah Alhamdulillah


Apa khabar pembaca blog mujahid alam harapnya kalian semua sihat saja. Hari ini saya ingin berkongsi satu novel yang pernah saya baca beberapa tahun yang lepas. Saya rekomenkan buku ini sebab ianya begitu menarik untuk di baca dan begitu menarik untuk difahami. Sekadar amaran awal, jika kalian bukan jenis berfikiran terbuka, jangan di baca buku ini.

Secara ringkasnya buku novel ini bertemakan percintaan dan persahabatan antara Patroclus dan Achilles yang berlatar belakangkan zaman Greek purba. Jika kalian peminat genre romantis dan aksi, novel ini untuk kalian.

Perasaan sayang dan cinta adalah fitrah insan meski di mana bahagian zaman pun mereka berada. Cinta dan sayang mewarnai kehidupan baik yang muda mahupun tua, kaya ataupun miskin. Pujangga cinta ada mengatakan "Cinta itu adalah ketika kebahagiaan orang lain lebih penting daripada kebahagiaanmu" dan novel ini mengkorporasikan prinsip itu di dalamnya. Pendekatan bahasa yang digunakan juga sangat bagus dan boleh membantu mengembangkan "English vocabulary" kalian. 

"Cinta dan keajaiban 
memiliki persamaan besar,
keduanya memperkaya jiwa dan
mencerahkan hati" 


Nukilan : Naturemujahid

Tuesday, 10 December 2019

2019 : TAHUN TRIBULASI DAN MEHNAH

Bismillah Alhamdulillah


Terlalu banyak perkara yang berlaku selepas bergraduasi lima tahun lepas. Terlalu banyak peristiwa dan kejadian serta pengalaman yang sangat mendewasakan diri. Sebaik menamatkan pengajian dan meninggalkan alam kampus, ternyata alam nyata begitu ganas dan dalam arusnya. Jujur saya menjadi seronok dengan kebebasan dunia sehingga merasakan bisa melakukan apa sahaja lalu dunia dakwah, dunia pena di tinggalkan beberapa tahun. Sebab itulah blog ini sunyi untuk tempoh yang lama. Alhamdulillah saya mula bertatih semula tahun ini dengan harapan boleh berterusan hendaknya. 

Selain tahun 2007 yang saya menganggap ianya tahun penuh dengan kepayahan dan jerih, rupanya tanggapan itu meleset sama sekali. Sepanjang hidup sudah 28 tahun di bumi Allah ini, tahun 2019 merupakan tahun tribulasi dan mehnah yang betul betul menguji keimanan.

Peristiwa terbesar yang berlaku tahun ini ialah apabila saya di diagnos oleh Doktor dengan penyakit berbahaya iaitu TB atau Tuberculorsis. Selama tiga bulan ditahan di wad dan tempoh itu saya merasakan azab yang luar biasa sekali. Dalam tempoh itu juga membuatkan diri ke satu tahap mengalami depresi hingga tidak sudah peduli tentang berharganya nyawa yang Allah beri. 


Banyak hikmah yang bisa di perolehi daripada ujian sakit yang Allah beri ini. Moga apa yang berlaku menjadi ikhtibar buat diri dalam menghadapi hari hari mendatang. Pada 2012 dulu saya pernah membuat satu "entri" dalam blog ini tentang Mehnah dan tribulasi dan bertanya kepada Allah kapan pula saya akan di uji dengannya, pertanyaan di hati itu Allah kabulkan setelah tujuh tahun lamanya. Dalam penulisan itu ada pepatah yang saya minati iaitu "You never know how strong you are until being strong is the only choice you have" dan ianya sangat betul. Kita tidak akan tahu sekuat mana kita ini sampailah hanya dengan menjadi kuat satu satunya pilihan yang ada.

Saya bersyukur kerana dalam keadaan seperti itu ada keluarga yang sangat mengambil berat. Ada mommy yang sedia menemani saya di sisi sepanjang di wadkan di hospital, ada Daddy yang tidak berhenti mendoakan, ada adik beradik yang sentiasa berkorban memenuhi kehendak diri, ada Makcik dan sepupu yang rajin berziarah serta tidak di lupa sahabat serta kenalan kenalan yang begitu mengambil berat akan diri ini. Seperti kata pepatah inggeris "if you want to know how rich you are, count the things you have that money can't buy". 

Ujian sakit ini adalah ujian terbesar yang Allah berikan kepada diri ini di tahun 2019 diikuti dengan kehilangan kerja kerana tidak boleh hadir ke pejabat untuk melaksanakan tugas. InsyaAllah ada rezeki di mana mana. Kena yakin saja padaNya. 

Ada dua perkara yang ingin saya kongsikan disini buat tatapan diri sendiri suatu saat kelak dan juga buat semua yang membaca andai ianya boleh di jadikan ikhtibar dan pengajaran.

Pertamanya : Satu kata kata positif itu boleh merubah hidup seseorang

Ini betul terjadi pada diri saya sendiri. Tatkala moto hidup yang selalu di pegang iaitu "be positive always" teruji pegangannya, ada seorang kakak yang Allah kirimkan lewat kata katanya yang sangat memberi impak dan kesedaran dalam diri. Kata kata itu dihantar seusai solat subuh dan berbunyi seperti ini 

"Sabar itu memang menyiksa, tapi percayalah... sehabis ini akan Allah berikan kebaikan yang luar biasa untukmu

 Kita tidak akan pernah tahu bila sesuatu kebaikan yang kita lakukan itu sangat di butuhkan oleh orang lain. Oleh itu kita kena sentiasa melakukan kebaikan hatta dengan katakata motivasi sekalipun kerana bisa berkemungkinan ada yang sangat memerlukannya. 

kedua dan terakhirnya ialah : Dalam keadaan kita yang susah barulah kita tahu warna sebenar peribadi seseorang. 

Pepatah inggeris ada mengatakan "it is during the worst times of your life that you will get to see the true colors of the people who say they care for you" dan alhamdulillah majoriti kenalan yang mengenali diri ini sangat mengambil berat akan kondisi diriku. Saya rasa bertuah sangat rupanya ramai di luar sana yang begitu mengambil berat. 

Beberapa hari sebelum diri ini "discharge" keluar daripada wad, Allah hadiahkan perkara paling berharga pada diri ini iaitu ada seorang daripada sohibul choki yang datang menziarah. Allah saja tahu betapa gembiranya hati ini sahabat dunia akhirat datang melawat. 


Terubat juga rindu setelah lima tahun lamanya tidak bersua. Sahabat saya ini Umar Farid bin Jamhari namanya atau mesra di panggil dengan 'Umaq kecil'. Peribadinya sangat saya kagumi dan dialah juga yang menjadi watak inspirasi 'Habib' dalam Novel Choki yang insyaAllah akan saya terbitkan suatu masa kelak. 

Dalam pada saya menaip "entri" ini, saya masih dalam fasa rawatan iaitu masih dalam proses mengambil ubat TB yang perlu di lengkapkan selama 9 bulan ke satu tahun lamanya. Moga tahun ini bisa menjadi pengajaran untuk menempuh hari hari yang mendatang insyaAllah. 

Coretan December  
Naturemujahid
(10.12.2019)

Monday, 9 December 2019

WARKAH UNTUK MALAYSIA (LATEST EDITED VERSION)



Apa khabar para pembaca blog tinta si Naturemujahid? moga kalian baik baik sahaja. Harini sedikit sibuk mengedit serta mengemas kini blog yang sudah terlalu lama tidak di "update". Dalam kesibukan tersebut terjumpa dengan entri ini yang di buat pada 2013 yang mana pada hemat saya sangat baik jika saya kongsikan sekali lagi untuk tatapan semua.

Terlalu banyak perkara yang berlaku pada Malaysia tercinta tahun ini semenjak tampuk pemerintahan di ambil oleh kepimpinan baru iaitu Pakatan Harapan. Jujur saya katakan sudah lelah dengan drama yang berlaku.

Untuk membaca entri asal boleh terus ke tahun 2013 catatan bulan Oktober bertajuk "WARKAH UNTUK MALAYSIA". 

Ayuh menjadi Masyarakat Malaysia yang cakna. Di bawah ini merupakan warkah daripada saudara Norman untuk kita baca dan berfikir akannya.  


Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi sebab saya bukanlah orang politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana mana parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis untuk orang orang susah, untuk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini. Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dengan hati terbuka. Mengkritik kerajaan yang ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya untuk rakyat teramai ini. Terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak bapak menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yang bergelar menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yang telah memberi undi atau kepercayaan untuk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka "Kalau tak suka..". jadi eloklah kita panggil mereka ini "menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kepada anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yang akan berlaku? tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kepada Inggeris. Kerana apa saya kata demikian, kerana mereka tidak berwibawa untuk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dengan Malaysia dalam sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang ketua negara yang diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yang terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas. Pertama apa yang dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi agensi kerajaan. Beliau tahu dengan rasuah ekonomi sesebuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dengan air yg dibelinya dari Johor, dengan air itu juga dia membuat duit untuk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dengn harga lebih mahal daripada Singapura. Hehe lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kepada minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak untuk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dengan keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yang mahir untuk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya meyakinkan pelabur apabila lebih tiga ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan jutawan dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi untuk menyimpan wang mereka.

Berbanding dengan Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kepada Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yang baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dengan sumber alam semujadi yang begitu banyak Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dengan pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yang byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dalam erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri. 

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew banyak mengikut atau mengkaji apa yang dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yang 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jangan gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yang jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dergan kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dengan Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kepada pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi. 

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia

a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980.

Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dengan Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dengan Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas. 

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak agak boleh ke kawan kawan?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yang kononnya hebat sangat tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dalam negeri semakin menurun. Tentu ada yang tak kena dgn polisi yang ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yang paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dengan nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dengan baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yang sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dalam bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. 

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dengan Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Macam kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kepada negara Korea...mereka sudah jauh pergi dalam peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yang paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 untuk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yang berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda benda mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai check n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yang bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dalam setiap negara.

Contoh, banyak ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah macam halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen untuk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dengan mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yang lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dengan nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dalam masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lagi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tengok tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat macam tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yang dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yang dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dengan baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dengan Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap tiap tahun. Tak tahu sapa yang lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dengan Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yang baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yang tinggi untuk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dalam isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yang kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dengan dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yang mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit untuk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yang baik sepatutnya memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dengan baik atau dilimpahkan kepada kroni masing2, rakyat yang terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yang pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kepada kalian. oleh : Norman Liverpool 

Bertepatan dengan satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih yg kemungkaran itu". Kini, beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2020, artikle diatas saya nukilkannya pada 2013 yakni sudah tujuh tahun berlalu sejak itu. Alhamdulillah Malaysia semakin ke depan dalam menghadapi era global namun seperti saudara Norman tekankan dalam warkahnya, masyarakat kita masih berada dalam tampuk lama, pemikiran kita masih belum mencapai taraf kelas pertama seperti mana negara negara maju lainnya. Malaysia kini di perintah oleh puak yang dahulunya pembangkang dan lebih mengkagumkan lagi PM Malaysia yang ketujuh ini pernah berada di blok kerajaan yang kini blok pembangkang. Moga Malaysia lagi ke depan selepas ini. 

Naturemujahid 
(09/12/2019)

Sunday, 8 December 2019

BAMBUSOIDEAE



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog tinta si mujahid alam. Terlalu lama rasanya baru diri ini dapat menukilkan semula sesuatu yang berfaedah insyaAllah. Sejak meninggalkan alam kampus, kemahiran menulis menjadi semakin tumpul tapi syukur alhamdulillah setelah beberapa tahun di kurniakan kembali kekuatan untuk menulis. 

Untuk entri hari ini kita akan belajar ibrah daripada pokok Bambu. Apa yang boleh kita belajar melalui pengamatan terhadap alam. Semoga bermanfaat dan terhibur


**********************

Shiraz berasa kecewa dan tertekan dengan hidup. Segala yang di lakukannya termasuk usaha keras membuahkan kegagalan. Perniagaan yang di usahakannya selama setahun itu ternyata tidak membuahkan apa apa bahkan kesusahan yang terjadi. 

Rasa mengalah dan di perbodohkan oleh kehidupan, Shiraz mengambil keputusan untuk balik ke kampungnya yang terletak di Tenggara kepulauan Borneo. 

"Shiraz, kamu kenapa ni?" ... "Sejak balik ke kampung mak nampak kamu banyak termenung" tanya Mak Milah.

"Tiada apa lah mak." jawabnya sugul.

"Assalammualaikum

Kedengaran suara lelaki tua memberi salam daripada halaman rumah. 

"Wa'alaikumussalam" jawab Mak Milah.... "Shiraz, Pu Sallo datang ni" sambil mempelawa orang tua itu naik ke rumah.

"Terima kasih Milah, tapi mesekek kak kasik (Terima kasih Milah, tapi saya mahu cepat ni)" tolaknya sopan. 


******

Shiraz dan Pu Sallo menuju ke pinggir hutan di mana disana terdapat kebun kecil dan di sudut kanannya di tumbuhi oleh rimbunan pohonan bambu yang subur menghijau. Kebiasaannya orang tua itu akan di bantu oleh pekerjanya namun hari ini pekerjanya terpaksa bercuti kerana ada hal kecemasan. 

"Nak, kamu kelihatannya tidak ceria?" tanya Pu Sallo

"tiada apa apa lah Puang" mengukir senyuman kelat.

"disebalik tiada apa apa itu tersembunyi kebenaran loh" pelat bugis melayunya kedengaran

untuk beberapa detik Shiraz pun akhirnya meluahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam hidupnya. Dia meluahkan kekecewaan yang dihadapinya. Orang tua itu mendengar dengan tenang dan menunggu sehingga anak muda itu menghabiskan bicaranya.

"Nak, cuba iko lihak yaro toa Awo siba paku ea (Nak, cuba kau tengok itu pokok bambu dengan paku pakis disana)" sambil menudingkan jari telunjuknya.

"iya, kenapa Puang?" tanya Shiraz.

"waktona iyak tanang e yaro awo siba paku, iyak sireng yi, iyak bajak yi, dekna bajang tuwo yaro paku ea (waktu saya tanam itu pokok bambu dan paku pakis, saya siram dan baja mereka, tidak berapa lama kemudian paku pakis itu tumbuh)" orang tua itu meneruskan.

"biarpun saya siram dan baja itu pokok bambu selama setahun, lansung tiada pucuk yang tumbuh. Tapi saya tidak berputus asa dan teruskan menjaga dan menyiramnya. Masuk tahun kelima, pucuk kecil mulai kelihatan. Dan selepas enam bulan pokok bambu itu membesar sehingga 100 kaki tinggi"

"jadi adakah pokok bambu tu duduk diam tanpa tanpa apa apa hanya untuk membesar dengan pantas pada tahun ke lima?" tanya orang tua itu.

Shiraz hanya kebingungan.

"Jawapannya sangat jelas. Pokok bambu itu sedang membesar dalam tanah. Dia sedang menguatkan akarnya selama lima tahun supaya ianya mampu untuk membesar keluar untuk tempoh lima tahun bahkan lebih lama lagi. Sekiranya bambu tidak mempunyai dasar akar yang stabil dan kuat, ianya tidak akan dapat menampung hidupnya sambil membesar

"tahu kah kau nak, sepanjang masa kesusahan dan masalah yang kau hadapi sekarang sebenarnya kau sedang menumbuhkan akar yang kuat?" jelas orang tua itu.

Shiraz tersentak. Dia belajar sesuatu hari ini. Dia belajar tentang nilai tidak berputus asa dan bekerja keras. Sambil memetik pakis dia menyentuh batang bambu yang berada berdekatannya sambil tersenyum. 


************

Dapat kita simpulkan tiga ibrah daripada ciptaan Allah yang maha indah ini.

1. SISTEM AKAR YANG KUAT 

Untuk berdiri kuat, pokok bambu mengambil masa selama empat tahun untuk menguatkan akarnya supaya dia boleh menyokong tubuh dan bentuknya apabila tiba masanya kelak. Sistem sokongan ini membantu pokok bambu untuk menghadapi keadaan yang teruk selama bertahun tahun.

Begitu juga dengan kehidupan, untuk berjaya, mencapai matlamat jangka panjang, kita kena ada dasar yang kukuh untuk mendokong ini semua, bina karakter, nilai diri dan sikap kita.

2. LANGKAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT BERTERUSAN

Dalam hidup tiada istilah jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan sebenar mengambil masa dan usaha. Kita akan menjadi berjaya dengan mengambil langkah yang betul dan berterusan. Seperti pepatah melayu 'sikit sikit lama lama jadi bukit'.

3. SABAR, TIDAK BERPUTUS ASA DAN YAKIN

Sesetengah impian mengambil masa berbulan hatta bertahun untuk di capai. Andai kata kita telah berusaha hari ini dan masih tidak menunjukkan keputusan yang memberansangkan hari esoknya adakah kita akan teruskan? 

Berapa banyak keyakinan dan kesabaran yang kita perlukan? orang berjaya itu tidak pernah berhenti. Mereka akan terus maju kehadapan meskipun hasilnya belum ada kerana mereka yakin dengan usaha yang tidak putus akan membuahkan hasil suatu masa nanti. Seperti mana pokok bambu yang Shiraz peroleh pengetahuan daripadanya. 

Moga Kita dapat menimba sedikit pengajaran daripada pokok bambu ciptaan Allah ini. Yakinlah setiap yang ada disekeliling kita ini ada yang boleh kita pelajari daripadanya. 

Ibrah Pokok Bambu
oleh : Naturemujahid

BIARLAH AKU


Biarlah aku menjadi langit,
untuk melindungimu dari mendung.
Biarlah aku menjadi payung,
untuk melindungimu dari hujan.
Menjadi rumah untuk tempatmu pulang,
menyeka air matamu ketika hendak jatuh menggenang,
menjadi bahu tempatmu menampung kesedihan tiada sudah.
Tetaplah akan terus seperti ini,
bahawa tangan kita
akan selalu sama-sama
menyeka air mata,
sampai pada akhirnya kita lupa
kita telah tua dimakan usia.
Namun kita
pemilik bahagia.

by: Naturemujahid

TITIPAN




Ketika Allah menitipkan cinta kepada kita,
kita tidak bisa memilih
kepada siapa kita cinta,
pun tidak bisa menolak
pada cinta yang datang...
kerana cinta adalah titipan
dan ketika saatnya tiba,
Allah akan menguji titipanNya
menguji cinta yang Dia titipkan
kepada kita.
Menguji timbangan cinta kita padaNya
dan pada kekasih yang fana ini.
Ketika saatnya tiba,
Allah akan menguji 
seberapa kuat ikatan cinta itu.
Dan mungkin 
akan Dia datangkan cinta cinta lain
sekadar memastikan
apakah cinta yang Dia titipkan
tak berkurang kekuatannya
dan apakah manusia
ikhlas...
saat titipanNya itu
diambil kembali
saat waktunya
tiba.

by: Naturemujahid

Saturday, 7 December 2019

CINTA





Siap untuk jatuh
Siap untuk tertawa
Siap untuk menangis
ironinya,
Cinta kadang membuat takut
tapi siapa yang bisa menolak
cinta datang tanpa izin
tepatnya
cinta datang kapan saja
dimana saja
dan kepada siapa saja.
Lalu
jika tanda-tanda cinta
sudah mulai terasa
siapkan dirimu
untuk segala macam hal
untuk segala macam rasa
untuk segala macam kebodohan
kerna katanya
Cinta tidak pernah salah
walau itu sangat menyakitkan,
dan faktanya
sering kali cinta 
membuat kita tertawa dengan
segala getarannya.
Hingga detik ini
berterima kasihlah 
pada cinta yang datang
kerna cinta selalu memberi pesan
walaupun di atas tangis
atau tawa.

by: Naturemujahid

Friday, 6 December 2019

MOONLIGHT



(Photo creator : Vovan13/ Photo credit : GettyImages/iStockphoto)


Appreciate the light
that always surround you,
even on the darkest nights 
of your soul.
The moon will be there
for you to remember.
You must shine bright
as she always does
for you.

by: Naturemujahid

LARUTAN KERINDUAN




Dedaun masa bagai lelah
mengira hari hari yang kosong.
Bercandaku dengan malam,
Berbicaraku pada siang,
mengapa kekasihku enggan pulang..
sedang aku telah larut dalam
kerinduan.

Jika mencintai adalah
percubaan kecil untuk melukai diri,
maka merindui adalah
pertahanan yang cukup untuk
sekadar tidak terluka

by: Naturemujahid