Sudah 19 tahun peristiwa
hitam itu berlalu. Aku mengambil lebih kurang setahun juga untuk mengatasi trauma,
trauma kehilangan teman baik oleh sosok yang selama ini aku tidak yakini
kewujudannya. Semakin menginjak dewasa aku mulai sedar bahawa mereka ini juga makhluk
tuhan yang mana kami berkongsi alam ini bersama.
Kejadian yang berlaku pada
tahun 2003 itu membuatkan aku tidak pernah menyukai untuk berada di sekeliling
air baik laut, tasik hatta sungai sekalipun. Meski kejadian itu sudah lama dan
aku berjaya mengatasi trauma namun aku tetap di hantui dengan bayangan silam
yang seolah tidak luput.
****************
“Rel tolong aku rel!”
“Rel tolong!”
Bunyi kocakan air dan
sayup-sayup jeritan meminta tolong itu kedengaran di balik derasnya air sungai.
Kelihatan budak berusia 13 tahun itu dengan badan yang basah kuyup berlarian di
tebing sungai sambil membawa dahan kayu yang panjang bersamanya. Lumpur yang
memenuhi badannya tidak di hiraukan. Acap kali dia terjatuh kerana permukaan
yang licin namun dia tetap berlari mengejar tanpa sekali matanya berkalih daripada
sosok yang sedang lemas itu.
“Bibi, pigang kayu ni”
“pigang ini kayu ayuh” jeritnya
Air yang deras itu semakin
mengganas dan membawa budak hanyut jauh ke tengah sungai.
“Bibi berenang pigi sini”
Budak lelaki bernama Bibi
itu sedaya upaya menongkah arus untuk berenang ketepian sambil tangannya
berusaha untuk mencapai dahan kayu panjang yang di bawa oleh temannya.
“Bibi sikit lagi”
Tangan Bibi yang kecut
kerana berada di dalam air terlalu lama berjaya menggenggam hujung dahan kayu
tersebut. Dengan segala kudrat yang dimiliki, temannya berusaha menarik Bibi ke
tebing sungai.
“bertahan Bibi, sikit lagi”
tanpa di jangka tiba-tiba
berlaku pusaran air di belakang Bibi dan dalam sekelip mata Bibi di tarik ke
dalam sungai. Terasa dahan kayu yang di pegang Darrel itu memberat seolah ada tenaga
yang menarik. Suasana menjadi sunyi. Lansung tidak kedengaran jeritan Bibi
mahupun bunyi kocakan air di permukaan.
“BIBI!” jerit Darrel keras dan nyaring.
Nama itu di ulang-ulang
seakan mentera yang bergema memanggil teman baiknya. Suara rintihan dan
cemasnya itu terkaku tatkala pusaran di permukaan sungai muncul semula. Dalam samar
matanya yang digenangi air, jelas kelihatan sosok reptilia yang memandang tajam
ke arahnya. Suara Darrel terkunci, sedih, gerun jelas menyelubungi jiwanya yang
masih mentah.
“Darrel?”
“Darrel?”
“Darrel!”
Lamunannya tersentak.
Kelihatan seorang gadis muda yang bertudung labuh menyapanya.
“eh Dian, bila kamu sampai?” sambil mengesat pipinya yang basah.
“baru juga” … Dian kemudiannya menyambung “Darrel kamu ok?”
“ya, aku okay” sambil mengukir senyuman.
“perkenalkan ini sepupu saya Purnama”
“salam kenal, saya Putri Purnama Gutowo” sambil menyusun sepuluh
jari di hadapan mukanya tanda perkenalan
“Salam kenal. Terima kasih sudi datang Dian, Purnama.”
*****************
“Allahurabbi, kecilnya dunia kan” senyum Dian
“mamamu dulu itu kawan sepermainan pakcik masa di kampung”
Sambil menjamah ikan bakar
ke dalam mulutnya pakcik Bidin melanjutkan lagi
“nakal betul mamamu tu dulu aku masih ingat lagi”
Makan malam itu dipenuhi
dengan gelak tawa yang menyuamkan suasana malam yang dingin. Juadah ikan bakar
dan sayap ayam bakar yang memang menjadi kepakaran pakcik Bidin sekeluarga
menjadi santapan mewah mereka.
“Kak Dian ini mak senior ku masa di UMS dulu” beritahu Wawa
“oh. Jadi satu jurusan sama si Wawa ka Dian?” tanya makcik Rohani
“endak makcik. Cuma saya seniornya dalam majlis perwakilan pelajar dulu”
“terima kasih pakcik, makcik sebab boleh tumpangkan Dian sama sepupunya
bermalam disini”
“tiada masalah Darrel, pada idi mato bah” sampuk Wawa.
“lancar juga oh bahasa bugismu Wa”
“tedalah kak Dian, biasa-biasa seja ni” selorohnya.
Seusai makan malam
kesemuanya sedang beristirehat di ruang tamu sambil melayan drama di tv3 lalu
Darrel mengisyaratkan lambaian tangan ke arah Dian dengan tujuan memnggilnya
“Dalam pagi besok begitu kita mulai tugas kita boleh?”
“insyaAllah boleh”
“kalau begitu, aku gerak dulu, haripun makin lewat sudah ni”
“ok Darrel”
Darrel kemudiannya bergerak
menuju kereta yang diparkir di hadapan rumah sepupunya Salwah itu sebelum Dian
memanggilnya semula
“Darrel!” jerit Dian
“ya?” sambil menoleh kebelakang
“Jangan terlalu di fikir ya.”
Darrel mengisyaratkan ibu
jarinya tanda mengiyakan kata temannya itu sambil memasuki kereta dan berlalu
dari situ.
*****************
“Inilah dia, sungai yang aku cakapkan tu” sambil menuding jari di
hadapan sungai Petagas yang luas terbentang.
Suasana sungai ini sudah
banyak berubah daripada 19 tahun yang lalu, banyak binaan sudah membuatkan
sungai ini berubah dampaknya. Cuma satu yang masih tidak berubah iaitu warna air
sungai yang sentiasa berlumpur. Lumpur yang sentiasa mengotorkan pakaian
sesiapa saja yang turun ke sungai ini, seperti mana ianya mengotori fikirannya
sejak bertahun.
“suasananya damai meski berhampiran dengan lapangan terbang dan
kesibukan kota” kata Purnama.
“jangan biarkan kedamaiannya mengaburkan mata kamu Purnama. Sungai ini
banyak menyimpan kisah” Darrel merenung jauh ke tengah sungai.
“eya kamu benar Darrel. Ini sungai bukan sungai biasa” kata Dian.
Purnama dan Darrel serentak
memandang ke arah Dian yang sedang tersenyum sambil memandang ke arah yang di
lihat oleh Darrel tadi.
Dian boleh merasakan ada
suatu perasaan aneh berkaitan sungai Petagas yang dikunjunginya ini. Perasaan
intuisi yang hanya boleh dirasakan bagi mereka yang dikurniakan kebolehan
indigo sepertinya.
“Disini kejadian 19 tahun yang lepas” kata Darrel sambil menuding
jari ke arah permukaan air.
“apa yang berlaku masa tu Darrel?” tanya Dian
*****
Dalam samar matanya yang
digenangi air, jelas kelihatan sosok lembaga hodoh yang memandang tajam ke
arahnya. Suara Darrel terkunci, sedih, gerun jelas menyelubungi jiwanya yang
masih mentah.
Dalam keadaan kaku dia
teringat pesan guru pengajinya tentang kehebatan ayatul kursi dan membacanya
dalam hati berulang kali sehinggalah pemandangannya menjadi kabur dan hitam.
“nak bangun suda?”
“momy? Sa di mana ni?”
“kamu di rumah nak. Orang kampung jumpa kamu di tepi sungai”
Dalam samar dia cuba
mengingati apa yang telah berlaku dan seperti orang yang meracau dia menjerit
sambil menangis. Kadang kala dalam tidurnya dia mengigau memanggil nama
temannya itu. Kadang kala juga dia mengigau ketakutan seolah-olah ada makhluk
yang cuba mengejarnya.
Tiga hari kemudiaan, polis
mengesahkan penemuan seorang mayat kanak-kanak lelaki di sungai Petagas. Orang
tua Fakhrul atau mesra di kenali dengan Bibi telah melaporkan kehilangannya
setelah mendapati anak mereka tidak kembali ke rumah. Selesai penyiasatan di
jalankan akhirnya polis membuat keputusan kematian Bibi adalah insiden malang
kerana mati lemas ketika bermandi manda di sungai. Namun Darrel mengetahui
perkara sebenar akan kematian temannya itu bukannya kerana lemas tetapi angkara
makhluk air yang menghuni sungai Petagas.
“selepas kejadian itu, aku tidak berani untuk dekat dengan badan air
lansung.” mengakhiri ceritanya.
“Kamu masih berdendam dengan apa yang berlaku?”
“dulunya memang aku berdendam, tapi semakin meningkat dewasa aku sedar
mesti ada sebab dan hikmah kenapa ini semua berlaku.” …. “Cuma aku mau tau sebab kenapa walaupun sudah
19 tahun peristiwa ini berlaku, aku masih seperti di hantui oleh kejadian ini”
kata Darrel lemah.
“sebab tu kamu minta tolong saya? sebab saya boleh tengok benda-benda
ghaib ni?” mencepetkan matanya tanda bergurau.
“itu salah satunya, ada sebab utama lagi sebenarnya haha.” jawab Darrel
“apa dia?” rasanya ingin tahu.
“aku rasa kau tahu jawapannya”
Dian hanya tersenyum
mendengar jawapan temannya. Dia sedar antara mereka semua hanya dia yang arif
tentang selok belok dunia alam ghaib yang begitu cetek di pengetahuan manusia
biasa.
“kamu ada bawa apa-apa barang yang berusia 19 tahun lepas?” tanya
Dian
“ada.”
Darrel mengeluarkan baju
lusuh daripada beg galasnya. Baju yang kecil itu adalah baju yang dipakainya
pada hari kejadian.
“ambil ini”
Dian memberikan Purnama dan Darrel setiap seorang uncang
lusuh yang mengandungi serbuk seperti garam dan parutan daun limau.
“kalau tiba-tiba ada pusaran air muncul daripada permukaan sungai,
taburkan garam ini di sekeliling kmurang”
Purnama dan Darrel
mendengar dan serentak mengangguk.
Dian kemudiannya bersila
diatas batu berdekatan sambil meratap tasbih di tangannya. Pakaian lusuh milik
Darrel tadi di letak diatas pangkuan. Beberapa minit berlalu air di permukaan
sungai menjadi semakin deras dan tidak semena berlaku beberapa pusaran air
berdekatan.
Tanpa membuang masa,
Purnama menggenggam segumpal campuran garam tadi dan menabur disekelilingnya.
Darrel pula berdiri kaku tanpa melakukan apa-apa. Perasaan trauma serta
ketakutan yang dialami membuat dirinya tidak berdaya.
Muncul daripada pusaran air
kelihatan mata, hidung dan telinga seakan
reptilia. Samar-samar bayang di dalam air boleh di agak yang panjangnya adalah
7 meter atau 23 kaki. Pandangan matanya tajam ke arah Darrel yang sedang
terpacak kaku di tebing sungai.
Dian yang tadinya bersila kemudiannya
berdiri dan mulutnya berkelumit membaca beberapa ayat rukhyah. Pusaran air
semakin membesar dan kelihatan seolah mendidih sebelum mata makhluk tadi
beralih kepadanya.
“Astaghfirullah apa itu?” jerit Purnama
Kejadian bertentang mata
itu berlaku untuk beberapa detik sebelum makhluk tersebut hilang semula ke
dalam air dan permukaan sungai menjadi tenang semula. Dian hanya menarik nafas
dengan dalam sebelum bergerak ke arah Darrel yang kelihatan sudah terduduk di
atas pasir sungai.
Allahuakhbar.. Allahuakhbar
Kedengaran azan maghrib
berkumandang daripada masjid Kg.Muhibbah dan Kg.Petagas. Dian mengisyaratkan
agar mereka kembali dulu ke rumah. Seusai solat maghrib Dian mendatangi Darrel
yang kelihatan sudah semakin kuat daripada sebelumnya.
“Kamu ok kah Darrel?”
“maafkan aku Dian. Iya aku ok sudah”
“apa kamu suda siap dengan apa yang akan saya ceritakan?”
“eya, aku siap”
***********************************
“Assalammualaikum wahai makhluk Allah”
Dian meneruskan
“andai kamu jin muslim jawablah salamku, andai kamu jin kafir tunjukkanlah
dirimu yang sebenarnya”
Makhluk yang kelihatan
seperti seekor buaya itu tadi menjelmakan dirinya dalam rupa berupa manusia
namun tidak sempurna, rambutnya kelihatan panjang kehijauan seperti daun nipah
manakala di kepalanya memiliki dua tanduk. Rupanya muncung persis seperti sosok
seekor belut dan pada tubuhnya di penuhi sisik berlumut. Matanya tampak
kebiruan seperti batu turkoise.
Makhluk tersebut bertutur
dalam bahasa Sanskrit kuno tapi disebabkan mereka berkomunikasi melalui alam
separa sedar, Dian seolah mengerti akan apa yang diperkatakan.
“manusya, aku bernama Suhita”
Makhluk itu kemudiannya
meneruskan bicaranya
“aku sudah hidup di alam air ini sejak pemerintahan majapahit lagi. Aku
dan kerabatku sudah menghuni sungai ini sebelum manusya menghuni disini”
“Manusia di beri mandat kekhalifahan oleh tuhan untuk memerintah alam ini”
“dengan mandat daripada tuhan pemilik langit dan bumi saya selaku
hambanya ingin bertanya tentang kejadian 19 tahun yang lalu”
“manusya makhluk yang sombong dan berdebah.” Katanya sambil diiringi
hilai tawa yang nyaring
Tanpa membuang masa, Dian
mengelumit lagi membaca rukhyah dan hilai tawa itu tadi beransur berubah
menjadi jeritan kesakitan. Dian mengerti bahawa makhluk jin seperti ini akan
berasa tinggi apabila manusia seakan meminta pertolongan atau bantuan daripada
mereka. Sebab itu dia membaca ayat rukhyah untuk menunjukkan bahawa dia tidak
meminta pertolongan daripada makhluk jin seperti Suhita tetapi pergantungan
kepada Allah s.w.t.
Setelah beberapa detik dialog
antara mereka berdua berakhir dan makhluk tersebut menghilangkan diri ke dalam
sungai. Dian kelihatan menarik nafas dengan dalam.
****
“begitu rupanya” Darrel merenung ke lantai sambil terduduk.
“maksudmu Darrel dan kawannya pernah menganiaya waris mereka?” tanya
Purnama
“dipandangan mata mereka eya, Darrel dan kawannya bertanggungjawab
menganiaya salah satu kerabat mereka, boleh saya perincikan lagi tepatnya anak
Suhita” jelas Dian.
“tapi, mereka masih kecil lagi waktu itu, belum mengerti apa-apa. Lagipun
anak Suhita menjelmakan dirinya menjadi seekor ikan yang cantik dan berenang di
tepi sungai yang jelas memasuki alam kita manusia” panjang Dian.
“sekarang apa itu makhluk mahukan?” tanya Purnama lagi.
Sambil memandang ke arah
Darrel, Dian berkata
“saya rasa Darrel ada jawapannya”
Dalam kondisi menutup mata,
Darrel mengingat kembali peristiwa yang berlaku 19 tahun lepas dengan seimbas,
lalu membuka mata
“aku tahu apa yang perlu dilakukan sekarang”
Cuaca pagi kelihatan
sedikit hening, jalur mentari di ufuk langit samar-samar menyimbah ke bumi dek
di payungi awan. Berbekalkan kudrat empat keratnya Darrel menggali tanah
berdekatan dengan semak yang pernah dihuni oleh penduduk disitu sebelum mereka
berpindah kerana kebakaran yang melanda beberapa tahun lalu.
19 tahun yang lalu
“Rel ko tengok tu, punya cantik tu ikan”
“iyalah. Ikan apa ni ah”
“pigi ko ambil tu bekas saya sana”
Bibi kelihatan turun
perlahan-lahan ke tepi sungai yang sedang cetek airnya, ikan berwarna keemasan
itu kelihatan leka sedang berenang di celahan batu-batu sungai. Dengan tangkas
Bibi mengaut air sungai tadi lantas memerangkap ikan keemasan sebesar ibu jari
itu ke dalam bekas miliknya.
Kegembiraan kanak-kanak
jelas kelihatan kerana berjaya menangkap ikan yang begitu cantik tanpa mereka
sedari rahsia disebalik ikan tersebut. Keduanya berlari girang menuju ke rumah
Bibi yang terletak tidak jauh daripada tebing sungai Petagas. Sedang leka
bermain dengan hasil tangkapan mereka, langit menitikkan renyai hujan meski
cuaca ketika itu panas membakar.
“alamak ikan ni melompat keluarlah” kata Bibi
“bah cepat kasi masuk balik dalam air nanti dia mati”
Keduanya berusaha menangkap
ikan itu namun badan ikan itu terlalu licin, lebih kurang lima minit kemudian
kelihatan ikan keemasan sudah tidak lagi bernyawa.
“nah tengok mati suda” kata Darrel
“inda apa. Mesti ada lagi tu di sana. Ayok kita pigi” ajak Bibi
“jadi ni ikan macam mana?”
“buang seja situ atau bagi kucing ku makan”
Bibi kemudian bergegas
turun daripada rumahnya lalu menyarungkan selipar dan bergegas ke tempat dia
menangkap ikan tadi.
“Bibi tunggu!”
Hati nuraninya tersentak
melihat jasad ikan keemasan yang sudah tidak bernyawa itu. Lalu dengan kudrat
yang ada dia menggali tanah berdekatan pohon kelapa rumah Bibi. Apabila dirasanya
cukup dalam, Darrel mengubur ikan tersebut dan menandakannya dengan batu sungai
yang di ambilnya beberapa hari lepas.
“maafkan kami wahai ikan. Moga rohmu bersemadi dengan aman”
Seusai membaca ummul kitab,
Darrel bergegas mendapatkan Bibi.
*****************************
“Sepatutnya ada disini” Darrel menjadi panik
“mungkin disitu” Dian menuding jari telunjuknya ke arah pohon kelapa
yang sudah rentung terbakar
Dengan gopoh Darrel berlari
anak ke arah yang ditunjukkan Dian dan disitu dia melihat dengan jelas batu
sungai yang pernah di letakkannya sebagai tanda.
Tidak berapa lama kelihatan
rangka tulang ikan yang masih terpelihara dengan baik, sempurna tanpa hancur di
mamah tanah.
“Alhamdulillah, ikan ini masih ada disini”
Mereka bertiga kemudiannya
bergegas ke tebing sungai tempat mereka menemukan makhluk tersebut kelmarin.
Darrel tanpa berasa takut dan memasang tawakkal yang tinggi kepada Allah turun
ke tebing sungai dan berjalan sehingga air mencecah paras lututnya.
Dia membongkokkan diri lalu
memasukkan tangannya yang memegang rangka tulang ikan keemasan ke dalam air
sungai. Justeru kemudian, langit yang tadinya suram kini disinari terik mentari
diiringi titis gerimis, persis keadaan 19 tahun yang lalu.
Kelihatan pusaran air
muncul di permukaan sungai dan menjelmalah seekor buaya besar berenang dengan
laju menuju ke arah Darrel.
“aku tahu kini kenapa meski sudah berlalu 19 tahun lamanya namun aku
masih di hantui dengan perasaan ini. Masih ada ketidakadilan yang perlu aku
betulkan”
Buaya tadinya
memperlahankan renangannya semakin ia mendekati Darrel.
“aku kembalikan semula warismu kepadamu. Maafkan aku kerana telah
merampasnya darimu”
Buaya itu tadi kemudian
membuka rahangnya lalu Darrel meletakkan rangka tulang ikan ke dalam. Andai
tuhan mentakdirkan untuk dirinya mati disitu, dia suda siap untuk menerima
takdir tersebut.
Perlahan-lahan buaya itu mengundurkan
diri menjauhi Darrel dan menutup mulutnya lalu tenggelam semula ke dalam
sungai. Air mata deras mengalir bersama esakan seakan menunjukkan sebuah
kelegaan daripada sejarah hitam yang membelenggu diri. Dia merasakan seolah
beban yang selama ini di pikul di pundaknya terasa ringan.
“Alhamdulillah, akhirnya kita berjaya!” kata Purnama dengan nada
gembira.
“terima kasih Dian atas pertolonganmu” sambil Darrel melemparkan
senyumannya yang paling manis.
“Semua ini ketentuan qadar dan qada Allah Darrel. Saya sekadar pemudah
cara” katanya sambil senyum.
Ketiga mereka kemudiannya bersama-sama
meninggalkan tebing sungai Petagas yang menjadi saksi kejadian paranormal sejak
berabad lamanya. Sungai yang sentiasa menjadi kegerunan dan lagenda masyarakat
di kampung Petagas. Meski hampir di mamah pembangunan namun semangat angker
sungai ini tidak pernah malap.
Angin lembut berhembus
mengenai telinga Darrel dan seolah itu dia seperti mendengar bisikan suara yang
dirinduinya.
“Terima kasih Rel”
Darrel mengalihkan
kepalanya kebelakang dan memindahkan pandangannya ke arah sungai petagas. Matanya
seolah mencari sesuatu
“Damailah kau disana Bibi” katanya dalam hati.
Dian tersenyum melihat
telatah Darrel. Dia hanya meneruskan langkahnya ke depan seolah pada
senyumannya itu dia mengetahui apa yang berlaku.
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^