Thursday 2 January 2020

INTROVERT BUKAN ANTI SOSIAL

Bismillah Alhamdulillah


Kadang kala ianya mudah untuk mengenal pasti apabila seseorang itu ialah introvert. Dalam kumpulan yang besar, kami adalah orang yang senyap dan lebih memilih untuk mendengar dan memerhati. Kami elakkan daripada berkata kata dan hanya bercakap bila perlu. Kami berkemungkinan ialah kawan yang tidak akan selalu ikut kemana mana terutama bila ada jemputan majlis atau parti tapi disaat kamu perlukan seseorang untuk mendengar isi hati, kami akan ada di sisi.

Kadang kala juga ianya sukar untuk mengetahui sama ada seseorang itu ialah introvert. Kebanyakan introverts kelihatan seperti extrovert apabila berada bersama dengan orang yang mereka selesa, dan tidak bermakna kamu adalah seorang introvert kamu tidak memiliki kemahiran sosial yang tinggi.

Oleh pada itu setiap 2nd Januari adalah hari introvert sedunia dimana seluruh dunia mengiktiraf hari ini sebagai hari introvert dengan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat apa itu sebenarnya individu introvert.

Walaupun begitu, terdapat perbezaan jelas antara mereka yang introvert dan extrovert. Perbezaan yang ketara sekali ialah cara kedua duanya bergaul. Di sini saya masukkan beberapa cara kami yang bergelar introvert bersosial

1.SUASANA INTIM VS KUMPULAN YANG BESAR 

Ada sebab yang logik kenapa introvert macam kami ini akan selalu memberi alasan apabila kami diajak untuk menghadiri majlis keramaian. Extrovert lebih berminat kepada stimuli dan keseronokan tetapi lain halnya bagi introvert. Disebabkan oleh cara otak kami di programkan, kami tidak "high" bila bersosial seperti mana extrovert. Sebenarnya semua bunyi bising dan suasana sesak boleh menyebabkan introvert kepenatan dan cas tenaga kami berkurangan.

Kami lebih memilih untuk bersama dengan seorang dua kenalan yang kami selesa dan berbual dengan lebih mendalam tentang perkara perkara besar. Ini membolehkan kami lebih fokus kepada sesuatu yang mana kebanyakan introvert pakar dalam kemahiran ini.

2. "BIG IDEAS" VS "SMALL TALK"

Becakap kosong atau "small talk" biasanya tidak datang secara semula jadi bagi introvert. Bahkan ianya boleh membuang masa dan merasa seolah olah berpura pura. Tidak seperti Extrovert yang boleh bertoleransi dengan keadaan seperti ini sebab katakata lebih mudah untuk keluar dan digunakan bagi orang seperti mereka. Kajian menunjukkan bahawa Extrovert bergantung kepada aktif memori berbanding memori jangka panjang kerana itu katakata seperti berada di hujung lidah mereka. ini sangat bertentangan dengan introvert.

Untuk berkata kata dengan kami introvert, cuba bercerita tentang idea. Lebih besar idea itu, lebih bagus dan mendalam komunikasi antara introvert. Contohnya apa perasaan kita tentang kerja baru? atau "apa ilmuu baru yang kita sudah pelajari", kami lebih tertarik pada perkongsian dunia dalaman kami.

3. BEBERAPA KAWAN RAPAT VS RAMAI KENALAN

Introvert tidak mengejar populariti. Kami selesa dengan bulatan kenalan kecil yang kami ada yang tahu siapa kami dan memahami diri kami berbanding ramai kenalan tetapi tidak seorang pun yang mengetahui secara mendalam diri kami sebenarnya. 

Berbeza dengan extrovert, status sosial sangat penting bagi mereka dan kebiasaannya mereka ini punyai lebih ramai kenalan dan kawan. 

4. KAWAN DI DUNIA MAYA VS KAWAN DI DUNIA SEBENAR

Kedua introvert dan extrovert memiliki kawan maya dan kawan di dunia sebenar tetapi menurut penulis buku "Quiet" iaitu Susan Cain, introvert lebih aktif berkomunikasi secara dalam talian berbanding dunia sebenar.

Ini benar kerana saya sendiri sebagai introvert lebih selesa berkomunikasi melalui medium media tanpa perlu keluar daripada rumah dan berhadapan dengan orang ramai. 

5. TENANG VS BERTENAGA

Berbanding extrovert, kami yang introvert lebih bersikap tenang dan pendiam bila bersosial. Kami lebih cenderung berkata dengan perlahan dan rendah serta memilih patah kata yang ingin kami tuturkan. Kami lebih cenderung untuk menyimpan pandangan kami terhadap sesuatu daripada menyuarakannya. 

6. KUALITI MASA VS SELALU BERHUBUNG

Tiada salahnya untuk berhubung dengan kenalan dan rakan rakan kita setiap hari atau lepak dan luangkan masa bersama setiap hari. Ini merupakan apa yang extrovert selalu lakukan. Introvert pula berbeza kerana tidak ada keperluan untuk selalu bertemu atau menghubungi kenalan setiap hari. Cukuplah berhubung atau merancang untuk luang masa bersama sekali seminggu. Bukan kerana kekerapan tapi pentingnya kualiti bagi introvert seperti kami.

7. MASA BERSENDIRI VS LEBIH KESERONOKAN

Setiap orang akan merasa keletihan serta kekurangan tenaga disebabkan bersosial, tetapi introvert adalah golongan yang sentiasa merasa dua kali ganda kesan tersebut disebabkan oleh limpahan tenaga daripada ramai orang. Ini kerana berbalik kepada cara pemikiran introvert itu sendiri yang tidak mendapati bersosial dan bergurau sebagai motivasi. 

Oleh itu jangan berasa kecil hati jika introvert meninggalkan majlis dan parti lebih awal kerana rasa kelelahan yang dialami. 

Disebabkan oleh itu, kami introvert selalu di salah tafsirkan sebagai seorang yang sangat tidak suka bergaul atau "antisocial" padahal fakta ini tidak betul sama sekali. Seperti extrovert, kami juga bergaul cuma kami lebih "selective" atau memilih dengan siapa kami bergaul dan luangkan masa bersama. 

Meski demikian, ada 10 keadaan yang introvert seperti kami akan lakukan diluar kebiasaan apabila kami menyukai seseorang iaitu:

1. Bertindak terlebih dahulu "making the first move" 

Introvert hanya akan membuat tindakan seperti ini apabila kami menyukai seseorang. Kami akan mulakan perbualkan dan akan pertama yang memulakan apa saja untuk menarik perhatian orang yang kami suka. Ini jelas tidak akan berlaku bila introvert tidak menyukai seseorang. 

2. Menjadi terbuka

Introvert seperti kami tidak sesuka hati membuka dunia kami kepada orang yang tidak kami selesa dan kenali tetapi bila kami menyukai seseorang, introvert akan membuka dunianya kepada insan tersebut

3. Memerhati

Seorang introvert akan memberi perhatian lebih kepada orang yang mereka suka. Hal ini kerana ianya layak untuk mereka membagi masa melakukan tindakan sedemikian. Introvert akan memerhati apa yang orang yang disukainya itu suka dan banyak lagi sebelum mengambil tindakan yang lebih drastik.

4. Mengajak ke ruang peribadi miliknya

Ruangan peribadi atau kehidupan seorang introvert adalah milik eksklusif mereka dan mereka tidak akan sesuka hati mengajak orang kepada ruang itu melainkan kamu adalah orang yang mereka sukai.

5. Bercakap tentang topik peribadi 

Apabila seorang introvert berkongsi sesuatu yang peribadi kepada seseorang, itu bermakna mereka yakin dan percaya serta selesa dan menyukai individu tersebut. Jadi bila seorang introvert menceritakan masa ketika mereka kecil dan sebagainya ketahuilah introvert itu menyukai kamu

6. Menunjukkan "extra care" 

Bila menyukai seseorang atau mencintai seseorang, introvert itu akan menunjukkan sikap mengambil berat yang lebih kepada orang yang mereka sukai. Contohnya mereka membelikan makanan atau air tanpa disuruh.

7. Sanggup melebihi batas mereka (going the extra mile)

Bila introvert menyukai seseorang, dia akan sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang mereka sayang. Meski berada jauh sekalipun mereka sanggup bersusah payah untuk menemani andai kata orang yang mereka sayangi itu memerlukan. 

8. Selalu berhubung

Seperti yang kita ketahui, orang introvert sangat memerlukan masa bersendiri tetapi jika mereka ini selalu ingin mengetahui tentang keberadaan dan keadaan anda, bererti mereka ini suka kepada anda.

9. Berkongsi Rahsia

Setiap orang mempunyai rahsia diri dan introvert merupakan orang yang tidak akan berkongsi rahsia dirinya meski pada orang terdekat sekalipun. Tapi jika mereka memberitahu dan berkongsi rahsia mereka, itu petanda yang mereka selesa dan menyukai anda.

10. Memberi tindak balas

Introvert selalunya hanya memerhati dan tidak suka untuk berbasah basi dengan orang yang mereka tidak kenal dan rapat. Mereka hanya akan memberi nasihat dan tindak balas sekiranya diminta. Namun jika introvert tersebut menyukai seseorang, tanpa perlu di minta mereka ini akan secara sendirinya menyampaikan dan memberi nasihat serta tindak balas atas apa yang kita lakukan. 

Berikut seperti diatas apa itu sebenarnya mereka yang introvert. Orang seperti kami ini sering di salah anggap sebagai mereka yang anti sosial dan tidak bergaul walhal ada sahaja antara introvert ini kemahiran bersosial mereka lebih baik dan lebih tinggi berbanding mereka yang extrovert.

Selamat hari Introvert sedunia 

02.01.2020

Nukilan : Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^