Tuesday, 25 February 2020

IMAM AS SYAFIE (PART 2)

Bismillah Alhamdulillah


Pada entri yang lepas saya ada menukilkan tentang seorang tokoh feqah yang sangat disegni ini dan hari ini saya akan menyambung bahagian 2 entri mengenai beliau. 

Pada entri pertama saya tidak memperkenalkan secara lansung biodata tokoh hebat ini. Untuk itu, entri ini saya akan memperkenalkan secara ringkas siapa sebenarnya beliau.

Nama : Muhammad bin Idris bin Al Abbas bin Usman bin Syafie bin As Saib
Tempat lahir : Gaza,Palestin.
Tarikh lahir : Bulan Rejab tahun 150 Hijrah
Wafat : 29 Rejab 204 Hijrah.
Keturunan : Bani Quraisy (bapa)/ Bani Yaman (Ibu)

Pencapaian

1. Mempelajari Al Quran ketika berumur 7 tahun
2. Mengingati kitab Muwatto (karangan Imam Malik) ketika berumur 10 tahun
3. Umur 15 tahun, diikhtiraf dalam mengajukan pendapat dalam bidang Feqah
4. Seorang yang bijaksana
5. Pakar Feqah

Karya

1. Kitab Ikhtilaf al Hadiths
2. Kitab Al Hujjah
3. Kitab Al Mabsuth
4. Kitab Al UMM
5. Kitab Al Risalah

Beliau dikebumikan di perkuburan bani Abd Al Hakam berdekatan dengan pergunungan al Muqattam. 

Di bawah saya kongsikan kata kata beliau yang saya minati 

"Bila kau tidak tahan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung peritnya kebodohan" 

Kita selaku anak muda harus menjadikan tokoh tokoh seperti beliau ini idola dan menjadi panduan dalam menghadapi hidup serta dalam menjadi insan yang baik dalam hidup. Moga kita dapat manfaatkan sedikit sebanyak ilmu beliau dalam menghadapi hidup di alam fana ini. 


MUHARRAM : FADHILAT DAN PERISTIWA BESAR

Bismillah Alhamdulillah


Muharram merupakan bulan pertama dalam takwim hijrah kalender milik umat Islam. Susunan ianya menjadi bulan pertama berlaku di zaman pemerintahan khalifah yang kedua iaitu Umar al Khattab r.a. 

Entri sebelum ini saya spesifikasi untuk hari Ashura sahaja iaitu perayaan pada 10 Muharram dan untuk entri kali ini saya akan menyentuh mengenai keseluruhan bulan Muharram serta peristiwa dan fadhilat bulan ini. 

Muharram berasal daripada bahasa arab dari asal kata "Harrama yuharrimu" yang bermaksud bulan yang diharamkan atau "bulan terlarang" kerana pada bulan ini diharamkan untuk dilakukan peperangan, pembunuhan serta kekerasan.

Allah berfirman dalam surah At Taubah ayat 36 


bermaksud : "sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat itu) dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah beserta dengan orang orang yang bertaqwa."

Jelas menunjukkan bahawa dalam dua belas bulan Islam ada empat ialah bulan haram iaitu Muharram, Zulkaedah, Zulhijjah dan Rabiulawal. 

PERISTIWA PERISTIWA PENTING 

1. PENETAPAN KALENDER HIJRAH

Khalifah kedua iaitu Sayyidina Umar al Khattab menetapkan pengiraan permulaan kalender hijrah pada 1 Muharram.

2. HARI ASYURA

10 Muharram juga dikenali sebagai hari Ashura dimana padanya banyak berlaku peristiwa besar antaranya 

> Nabi Adam bertaubat kepada Allah
> Nabi Idris diangkat ke langit
> Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah daripada banjir besar
> Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah daripada di bakar oleh raja Namrud
> Nabi yusof dibebaskan daripada penjara
> Allah menjadikan Arsy
> Allah memberikan nabi Sulaiman pemerintahan yang besar
> Hari pertama Allah menurunkan rahmat
> Nabi Isa di angkat ke langit

Begitu banyak peristiwa besar yang berlaku pada bulan haram ini dan antara yang boleh dilakukan di bulan Muharram ialah puasa Ashura. Rasulullah menganjurkan agar kita turut berpuasa pada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram bagi membezakan kita dengan puasa kaum Yahudi dan Nasrani. 

Moga kita dapat melaksanakan amal ibadah dengan mendapat redha Allah azza wajallah. 

RAMADHAN : SEJARAH PUASA DAN PERISTIWA BESAR

Bismillah Alhamdulillah



Ramadhan merupakan bulan yang ke 9 dalam kalender Islam dan merupakan bulan yang sangat sinonim dengan puasa bagi umat Islam. Ianya merupakan bulan yang sangat terkenal daripada 12 bulan yang ada dalam kalender Hijriah. Selaku seorang muslim adakah kita tahu apa sebenarnya maksud Ramadhan? 

Disini saya ingin kongsikan asal perkataan Ramadhan itu sendiri kerana sebagai umat Islam di Malaysia yang mana bahasa arab bukanlah sesuatu kebiasaan dalam pertuturan, sudah tentu kita tidak berapa mengetahui apa di maksudkan dengan perkataan Ramadhan. 

Terdapat pelbagai definisi Ramadhan, antaranya ianya berasal daripada perkataan "Ramidha" yang bermaksud membakar orang yang berpuasa seperti yang di nukilkan di dalam kitab Lisanul Arab. 

Ibnu Katsir berkata di dalam tafsirnya, kata Ramadhan itu diambil daripada kata "ar Ramdha" yang bermaksud keadaan yang sangat panas kerana Ramadhan biasanya jatuh pada bulan yang sangat panas di jazilah tanah arab. Ramadhan juga berasal daripada kata "Ar Ramdhu" yang bermaksud batu yang sangat panas kerana teriknya matahari. 

Al Qurtubi dalam tafsirnya turut menyebutkan bahawa dinamakan bulan Ramadhan kerana ia menggugurkan atau membakar dosa dosa. Kesemua definisi di atas membawa kepada satu persamaan iaitu panas dan terik yang mana memang sinonim dengan bulan Ramadhan.

Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 183 


bermaksud: "wahai orang orang beriman, di wajibkan atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" 

yang mana ianya merupakan hukum kawajipan berpuasa ke atas individu muslim. Surah Al Baqarah ayat 185 turut menjelaskan lagi 


bermaksud: "Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya di turunkan al quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu barang siapa diantara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantikannya) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari hari yang lain. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepadamu agar kamu bersyukur" 

Allah memerintahkan untuk kita berpuasa namun tahukah kita sejarah puasa itu sendiri? 

Puasa Ramadhan mulai disyariatkan pada 10 Sya'ban tahun kedua Hijriah atau saat setelah umat islam diperintahkan untuk memindahkan kiblat daripada masjidil Aqsa ke masjidil haram. Puasa mulai diwajibkan pada tahun kedua hijriah atau 624 masihi bersamaan dengan syarat solat, haji, zakat dan qurban.

PERISTIWA PERISTIWA DI BULAN RAMADHAN

1. PERANG BADAR 

Peristiwa perang Badar Qubra ini berlaku di bulan Ramadhan di tahun kedua setelah hijrah Rasulullah s.a.w yakni pada 17 Ramadhan. Peristiwa besar ini menentukan kedudukan dan kemuliaan Islam di muka bumi.

2. NUZUL QURAN

Ramadhan juga adalah bulan dimana al quran pertama kali diturunkan kepada baginda Rasulullah s.a.w. Ianya berlaku pada malam jumaat 17 Ramadhan tahun ke 41 keputeraan baginda. 

3. PERSIAPAN TENTERA ISLAM MENGHADAPI PERANG KHANDAQ

4. PEMBUKAAN SEMULA KOTA MEKAH (FATHUL MAKKAH)

Pembukaan dan penawanan semula kota mekah berlaku selepas musyrikin mekah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telah di metrai. Peristiwa ini berlaku pad 10 Ramadhan tahun ke lapan Hijrah.

5. KHALID AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA UZZA

6. PERJALANAN RASULULLAH S.A.W KE TABUK

7. PERLUASAN ISLAM DI ANDALUS 

Islam menawan Andalus pada 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah.

8. ISLAM SAMPAI KE YAMAN 

9. PENYERAHAN KOTA TAIF

10. PERANG AIN JALUT 

Kaum Monggol pada tahun 126 hingga 1405 masihi melebarkan penakhlukan hampir kesemua benua asia. Pada tahun 1258, Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan dinasti Abbasiah pada ketika itu. Pada 25 Ramadhan 658 Hijrah, tentera Islam membuat serangan balas di Ain Jalut dan berjaya menewaskan tentera Monggol.

11. KEKALAHAN TENTERA SALIB (1187) 

Dalam Perang Hittin, Sultan Salahuddin Al Ayubi menawan semula Jerusalem dan tentera salib ditewaskan di peperangan yang ketiga pada 10 malam terakhir Ramadhan.

12. PEPERANGAN ZALLAQAH DI PORTUGAL (23 Oktober 1086M)

Islam memenangi peperangan Zallaqah atau "battle of Sagrajas" pada tahun 459 Hijrah bersamaan dengan 23 Oktober 1086 masihi diantara tentera Almoravid di bawah panji Raja Yusuf ibn Tashfin melawan tentera Castilian dibawah Raja Alfonso VI.

13. PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 hijrah, tentera Islam dinasti Uthmaniah dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah tentera 34,000 orang mengalahkan tentera Rusia berjumlah 740,000 orang. Ianya menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh pemerintahan Tzar di Rusia.

14. TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL (06 Oktober 1973M)

Garis Bar Lev ialah jaringan pertahanan yang dibuat oleh Israel selepas mereka menawan Sinai. Pada 10 Ramadhan 1390 hijrah, Mesir dapat menghancurkan kubu pertahanan Israel. Ini menjadi titik tolak perjuangan yang amat besar dalam pertembungan dan penyekatan pengaruh Yahudi dalam kancah memecah belahkan kesatuan negara negara Islam di Arab dan di Afrika Utara. Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Yom Kippur. 

15. PERISTIWA BERDARAH DI AMBON INDONESIA (1999)

Kisah bermula dengan pemuda Bugis yang meminta untuk di bayar hutangnya oleh pemuda Kristian tetapi akhirnya di pukul. Peristiwa tersebut kemudiannya menjadi semakin parah sehingga berlakunya kejadian berdarah di daerah Ambon Indonesia. 

16. PEMBUNUHAN BERAMAI RAMAI ROHINGYA 

Rohingya merupakan kumpulan etnik beragama Islam di utara negara Rakhine yang terletak di barat Burma. Orang Rohingya di cabul hak asasi kemanusiaan mereka oleh Junta tentera Myanmar sejak tahun 1978.

Berikut merupakan antara peristiwa peristiwa besar yang berlaku di bulan Ramadhan yang mana kita sebagai umat Islam harus cakna dan ambil perhatian akan peristiwa dan keadaan yang berlaku ini. 

Marilah kita menjadi muslim yang bukan sahaja berpuasa bila tiba Ramadhan tetapi juga menjadi muslim yang jelas fikrah dan tuntutannya. Moga Ramadhan yang bakal kita lalui ini kita sampai kepadanya insyaAllah. 

Penulisan oleh :

Naturemujahid
01 Rejab 1441 Hijrah
25.02.2020
(Selasa)

Saturday, 1 February 2020

KATIL VINTAG



Malam kian larut, kelihatan langit semakin cerah di sinari rembulan yang kebetulan mengambang penuh. Bintang berkelip menghiasi dada ufuk, sepoi sepoi bayu berhembus di selangi bunyi unggas mewujudkan nuansa harmoni yang menenangkan tetapi juga meremangkan sesiapa yang menikmatinya.

Unggun api yang mereka nyalakan kelihatan semakin membara, menghangatkan tubuh tujuh orang sahabat yang sedang mengerumuni di kelilingnya.

“nah jam 12 malam sudah” Basri memberi signal melalui jam di pergelangan tangannya.

“Ok. Rasanya kita boleh mulakan” kata Syafiq sambil mengeluarkan kawah tembaga yang kecil.

Syafiq membuka penutup kawah tersebut yang saiznya sebesar jag air. Di dalamnya terdapat serbuk belerang berwarna kelabu yang akan di gunakan dalam upacara mereka setiap malam Jumaat pada setiap malam purnama. Syafiq kemudiannya memandang setiap seorang sahabatnya dengan perlahan lahan lalu berkata memecahkan hening

“dengan izin daripada persatuan tengah malam, sa panggil cerita ini sebagai Tilam Vintag” sambil di tangannya menggenggam serbuk belerang dan melemparkan ke dalam unggun api di hadapan mereka.

DECEMBER 2000

Cuti sekolah sememangnya ialah waktu yang sangat dinanti oleh kanak kanak sepertinya. Itulah waktu untuk mereka bermain dengan sepuasnya tanpa perlu memikirkan untuk belajar. Basri, Hairul, Darrel, Hassan, Ritchie dan Maidin sedang menunggu Syafiq di hadapan rumahnya masing masing dengan basikal mereka.

“sori, ada kerja sikit tadi kena siapkan”

“takpa”

“Jadi ke mana kita ni hari?” Syafiq bertanya dengan teruja

“Kita mandi manda kat lata Kerbau nak?” Hassan memberi cadangan

“Ha? Mandi lagi? Bukan dah kita mandi sungai kan tempoh hari” Maidin menyilangkan tangannya.

“itu sungai, ini lata. Tak sama” Ritchie menyampuk untuk menyokong.

Sedang mereka berenam sedang asyik berbincang untuk aktiviti mereka pada hari itu, di satu sudut jalan kampung kelihatan seorang nenek tua bongkok dengan pakaian lusuh membawa gumpalan herba kering di dalam raga buluh miliknya dengan tiga ekor ayam hitam di tangan kirinya.

“Assalammualaikum nek, boleh saya bantu?” Syafiq sambil tersenyum mendekati orang tua itu

“wa’alaikumussalam cu. Terima kasih”

Syafiq mengambil tiga ekor ayam yang di bawa oleh nenek tua itu tadi manakala raga herba itu di pegang menggunakan tangan kirinya. Darrel dan Hairul yang menyaksikan situasi tersebut turut mendekati Syafiq dan bersama mereka mengiringi nenek tua tersebut ke rumahnya.

Setibanya mereka bertujuh di hadapan rumah kayu yang usung di hujung kampung itu, nenek tua tersebut mempelawa mereka masuk namun Basri dan beberapa mereka yang lainnya menolak dengan lembut dan meminta untuk menunggu di luar sahaja. Syafiq dan Darrel akhirnya berdua menemani nenek tersebut ke rumahnya.

“Nek tinggal seorang saja disini?”

“ya cu.”

“ayam ayam ni nak letak kat mana nek?”

“letak saja di dapur cu, ada kandang kayu di belakang sana” nenek itu menudingkan jarinya kearah dapur.

Rumah kayu yang kelihatan usang daripada luaran itu terlihat kemas dan indah pada dalamannya. Kemas dan bersih, Cuma sesekali Syafiq terhidu wangian kemenyan di dalam rumah tersebut. Darrel pula berada di ruang tamu sedang bersembang dengan nenek tadi.

“eh Basri, ini bukan rumah tu ke?” tanya Hassan

“a’ah la. Memang rumah tu la” sampuk Ritchie pula.

“Ya, sa tau memang rumah ni la, tapi” Basri senyap seketika sebelum menyambung ayatnya

“tapi Syafiq tidak tahu menahu tentang cerita tu, lagipun kita tiada bukti” tegas Basri.

“Mak kata jangan sesekali pergi kat hujung kampung sebab ada….”

“eh kau ni Maidin, cakap habis boleh tak” Hairul mencelah

Maidin terdiam kerana matanya terlihat kelibat nenek yang sedang berada di beranda rumah tersenyum ke arahnya. Hairul kemudian turut terdiam sama kerana anak matanya memandang ke arah yang sama seperti temannya itu.

“Nek, cantiklah bilik tidur dekat dapur tu”

Nenek tua dan Darrel yang sibuk bercerita tadi di sapa oleh Syafiq. Dia menjelaskan itu adalah bilik tidur anaknya sebelum anaknya meninggalkan dia berseorangan di sini. Keduanya berasa simpati mendengar cerita itu.

“Syafiq! Darrel!” Jerit Basri

“Nek kami gerak dulu.” Syafiq menghulurkan tangan untuk menyalam orang tua itu diikuti oleh Darrel sebelum mereka berdua beredar.

“terima kasih cu”

“sama sama nek” jawab Darrel.

Mereka bertujuh akhirnya bergerak meninggalkan rumah usang itu dengan mengayuh basikal masing masing.

Sejak daripada peristiwa tempoh hari, Syafiq dan Darrel rajin berkunjung ke rumah nenek tua itu bercerita sambil belajar berkaitan dengan herba yang sememangnya menjadi antara sebab utama keduanya suka ke sana.

Suatu petang sebelum maghrib, Syafiq meminta diri untuk meninggalkan sahabat sahabatnya untuk membawa beberapa bungkusan bunga kering ke rumah nenek tua. Kebiasaannya dia akan pergi bersama Darrel namun Darrel dengan keluarganya berada di kota pada waktu itu.

Setibanya Syafiq di rumah nenek tua, pintu pagar rumah tertutup dan tidak seperti selalunya. Kebiasaannya nenek akan berada di beranda rumah menunggu kehadirannya. Tapi tidak petang itu.

“Assalammualaikum Nek”

Syafiq memasuki rumah yang tidak berkunci. Dia kemudiannya menuju ke dapur untuk meletakkan bunga dan herba kering yang di bawanya seperti biasa. Syafiq melihat nenek sedang tidur mengiring diatas katil anaknya. Tidak ingin mengganggu, dia meninggalkan rumah itu dengan senyap.

Keesokan petang, Syafiq datang semula seperti kebiasaannya dan membawa herba kering. Dia melihat herba kering yang di hantarnya kemarin masih tidak di sentuh dan kemudiannya meletakkan herba kering yang baru di bawa disebelah herba yang lain. Sama seperti kemarin, nenek berbaring di katil vintag milik anaknya itu. Kejadian yang sama berlaku tiga hari berturut dan kemudiannya pada hari keempat, Syafiq datang lagi ke rumah nenek tersebut.

Selesai dia meletakkan herba kering di dapur, dia melihat ke arah katil Vintag itu yang tadinya nenek berbaring kini sedang terduduk di tengah katil. Nenek itu tersenyum memandang Syafiq dan melambaikan tangannya memberi isyarat memanggil dia masuk. Syafiq kemudiannya di peluk oleh nenek tua itu dan dia membalas pelukan nenek.

Setelah seketika, Syafiq meninggalkan rumah nenek tua itu kerana nenek tua meminta untuk di belikan kemenyan di kedai. Setibanya di rumah nenek, dia melihat banyak kereta dan beberapa penduduk kampung berkumpul di situ.

“Assalammualaikum Pak Salleh”

“Wa’alaikumussalam Syafiq”

“Ni ada apa ni pak Salleh?”

“Kamu buat apa pula kat sini? Masuk maghrib dah ni”

“Oh saya kesini nak bawakan nek Wan kemenyan yang dia minta tadi”

Mendengar kata kata Syafiq tadi, raut wajah pak Salleh berubah kebingungan dan hairan dengan apa yang didengarnya.

“nek Wan?”

“a’ah”

Syafiq kemudiannya terdiam apabila melihat beberapa penduduk kampung membawa turun sekujur tubuh bertutupkan kain putih dari rumah nenek tua ke arah van jenazah yang berada berdekatan situ. Pak Salleh memberitahu Syafiq bahawa nek Wan telah meninggal empat hari yang lepas namun baru di sedari hari ini kerana terhidu bau yang sangat busuk datang daripada rumah itu.

NOVEMBER 2019

“Hingga ke hari ini saya masih terfikir kalau nek Wan meninggal sudah 4 hari yang lepas, jadi dengan siapa saya bercakap dan peluk pula pada petang hari tu 19 tahun yang lalu?” Syafiq menamatkan ceritanya.

Keenam enam mereka khusyuk berpandangan ke arah Syafiq yang baru saja menghabiskan ceritanya dan semuanya diam tanpa sekelumitpun kata yang terpacul. Mereka tidak menyangka sahabat mereka akan menceritakan cerita tersebut untuk sesi pertemuan tengah malam.

“Usah di fikirlah, moga rohnya damai di sana” Darrel memecahkan sunyi

“ermm..” Syafiq mengiyakan.

Mereka bertujuh kemudiannya bergerak ke khemah masing masing yang berada di tepi pantai untuk beradu. Syafiq memandang ke arah bulan yang tadinya terang kini dinaungi awan, perasaan malam itu persis sama seperti kejadian yang menghantuinya beberapa tahun yang lalu. Redup bulan dan sunyi persis sekali..


by: Naturemujahid