Wednesday, 9 November 2011

KORBAN PERTAMAKU


Bismillah Alhamdulillah


Sekali lagi hati syahdu... mendengar laungan takbir memenuhi seluruh ruang alam ciptaan-Nya. Pagi itu sangat meriah dengan rombongan manusia yang ingin menunaikan solat sunat raya. Selesai saja solat, aku dengan fokus memberi perhatian pada pengisian khutbah... Allahuakhbar, masa muhasabah dan pemurnian diri. Terdetik di hati ini "apa yang aku boleh korbankan kali ini??"

Selesai saja solat, kami dan pakcik (abah keluarga angkat) bertandang ke rumah jiran kenalan pakcik. Tuan rumah mengajak untuk menjamu selera. Rezeki itu kekuasaan Allah, bila-bila dan dimana saja yang Dia kehendaki... adalah rezeki itu. 

KORBAN DAN BEKORBAN (Aku peroleh korbanku) 

Seperti biasa, kehidupan di kampung dan di mana-mana jua, pasti ramai yang turun untuk membantu sama dalam mengerjakan korban. Alhamdulillah, dekat kampung ni, 3 ekor lembu akan ditumbangkan..

 "mampukah aku?, ya Allah.. berikan diri ini kekuatan" aku bermonolog. 

Sifat takutkan darah (haemofobia) sejak kecil merenggut jiwa. Pautannya kini walau telah beransur tiada, namun jauh di dalam hati.. gementar tetap ada. 

"aku harus tabah.. kuatkan diri... redha Allah aku cari.." bermonolog meyakinkan diri untuk teruskan juga.

Darah tidak boleh menjadi penghalang diri ini untuk mencari redha Allah. Pagi itu, ana dan sahabat-sahabat yang lain bekerjasama dengan masyarakat menumbangkan lembu unutk di buat korban.


"Dan bagi setiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (korban)
agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan
Allah kepada mereka berupa haiwan ternakan. Maka tuhanmu ialah 
tuhan yang maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya.
Dan sampaikanlah (Muhammad) khabar gembira kepada orang-
orang yang tunduk patuh (kepada Allah)"

Al-Hajj : 34


Alhamdulillah Allah berikan diri ini kekuatan untuk berani menempuhi korban ini. Kini, mind setting telah berubah. Walaupun dari dulu lagi mengetahui tentang fadhilat korban ni. Allah mengaturkannya dengan sungguh berhikmah. Sekarang.. aku dah tak takut lagi.



begitu banyak pengalaman pertama dan manisku sepanjang berada di perantauan ini. Ku mengimbas kembali setahun lebih yang lepas.. bila mana hati ini berat meninggalkan tanah tumpah darah tercinta, namun demi jihad ilmu itu.. aku menerima takdir yang sang Pencipta berikan.. 

"ya Allah.. kini aku dah boleh hadapi korban.. hee inilah salah satu hikmah mengapa kau menghantarku ke sini dulu.." bisik hati kecilku sambil tersenyum, aku tahu.. perjalanan ku masih panjang dalam mengejar cinta-Mu ya Tuhanku.. oleh itu.. berikan diri ini kekuatan.

Friday, 4 November 2011

M.A.S.J.I.D.K.U


Bismillah Alhamdulillah


Keheningan malam... menggamit diri ini bertaqarrub kepada Allah. Mendekatkan diri dengannya. Allahuakhbar... lengangnya dini hari.. Inspirasi ku..


        Jika Allah akan menurunkan bencana kelaM  
                                     Ke atas satu desa atau kotA  
                  Dia tengok dulu rumahnya yang quduS  
                                  Adakah lelaki mukmin terpuJI  
                        Yg lalu lalang memakmurkan masjiD  
                               
 Jika ada satu sahaja yang tegaK
Azab pun dipindahkan ke lain tempat dan waktU  

Thursday, 3 November 2011

HITAM ITU MANIS


Bismillah Alhamdulillah

Terasa bisikan 10 Zulhijjah di telinga.. kesunyian bukit Kachi menjadikannya lebih terasa. Haha, rahmat di 10 hari terawal bulan haram ni memang suam sangat..

Sebut tentang rahmat, Kurniaan Allah itu luas.. banyak yang diberi namun satu saja ana nak sentuh di sini di waktu ini. Rahmat "HITAM"

Kemarin (2/11/2011) pakcik-pakcik dan makcik-makcik kat sini, menyediakan "Dodol"
makanan tradisi masyarakat melayu. Terus terang, ni kali pertama lihat depan mata sendiri orang memasak Dodol.. ana sendiri turut serta menggaul Dodol. Fuhhh memang penat.



Sekilas pandang, apa sangatlah membuat Dodol ni, buat penat ja. Tapi ana tertarik dengan Dodol itu sendiri dan prosesnya.. Anak muda zaman sekarang tidak dapat menghargai tinggalan tradisi orang lama. Minda ana terbuka ketika terlibat sama menyiapkan Dodol ni. Teringat pada firman Allah :

" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
sebahagin mereka menjadi penolong bagi sebahagian
yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang makhruf dan
mencegah dari yang munkar, melaksanakan solat, menunaikan
zakat dan taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka akan
diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah maha perkasa
lagi maha bijaksana "

(At-Taubah 09 : 71)


ya, memang setiap orang bekerjasama dalam menyiapkan Dodol ni.. akak-akak Muslimah turut membantu sekali. tapi bukan itu yang hendak ditekankan disini... ^^

Islam itu bergerak dalam JEMAAH, Rasulullah sendiri membentuk jemaahnya dalam membawa risalah Tauhid seperti mana risalah yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.. 

" Wahai orang-orang yang beriman! Bersiap-siagalah kamu
dan majulah ( ke medan tempur ) secara berkelompok, atau
majulah bersama-sama (  serentak )

(An-Nisa 04 : 71)

JEMAAH itu penekanan penting dan unsur penting dalam menjayakan Islam itu sendiri. Seorang sahabat ana pernah mengatakan, "ana masih kuat dalam Jemaah Islam kerana adanya sahabat-sahabat semua" Allahuakhbar... beyapa ukhwah itu sendiri kekuatan dari Allah.

Banyak yang boleh dipelajari dari Dodol ni.. ana senaraikan antaranya..  :

  • Dodol kena sentiasa dikacau agar tidak hangus.. dan semakin kita mengacaunya, ianya menjadi semakin likat, kental dan kenyal serta melekit betul? begitu juga konsepnya Islam dan dai'e. Tidak ada istilah rehat dalam menegakkan syiar Islam, semakin kita mendukungnya.. semakin kuat dan besar serta sukar halangan yang menimpa.

  • Kekuatan perlu digunakan secara bijak dalam menggaul Dodol, jika tidak.. tidak larat lah rasanya. Begitu juga dengan Islam.. seorang dai'e atau pejuang Islam perlu memohon kekuatan daripada Allah untuk meneruskan genggaman bara api di akhir zaman ini. Pada masa sama, strategi kena ada.

  • Bersilih ganti menggaul serta dibuat secara muafakat.  penjelasannya ada pada entri pertama.
"....Dan tolong menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebajikan 
dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan
permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat 
berat seksa-Nya"

(Al-Maidah 05 : 02)


Monday, 31 October 2011

ISTIKHARAH


Bismillah Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Allah, baru saja menghadiri 'talk' daripada saudara muallaf di masjid Badlishah petang tadi. Kemudian selamat tiba ke tempat penginapan.. lalu ana menerima 1 mesej dari seorang hamba Allah yang ingin mengetahui tentang "Istikarah" lebih tepat lagi petunjuk yang dicari.

Perbicangan Istikarah ini sememangnya popular.. tambahan lagi jika dikalangan akhowat-akhowat (wanita). Sedikit perkongsian dari blog sahabat ana yang ana yakin sumbernya.. moga bermanfaat untuk semua.



Istikharah dari segi bahasa artinya “minta dipilihkan”, maksudnya “minta bantuan kepada Allah untuk menetapkan sebuah pilihan yang tepat”. Karena menentukan pilihan yang tepat dalam segala urusan merupakan hal yang sulit, tidak mudah. Ditambah lagi dengan sifat subyetif manusia pada umumnya dalam menghadapi persoalan memilih. Oleh karena itu Islam mengarahkan manusia untuk melibatkan Allah SWT. dalam urusan ini agar memperoleh pilihan yang benar. Inilah salah satu keistimewaan ajaran Islam dalam hal memenuhi kebutuhan atau hajat hidup manusia.

Menurut sebuah riwayat dari Anas, bahwa Nabi saw. pernah mengatakan: “Jika engkau menginginkan sebuah perkara, Istikharahlah kepada Rabb-mu sebanyak 7 kali, lalu lihatlah kepada perasaan yang muncul di hati-mu, karena kebaikan — pilihan — itu ada di dalamnya (hati)”

Tajuk Istikharah sangat popular di kalangan anak muda yang mahu memeluk cinta. Apabila tiba saat hati rasa diusik-usik, maka pilihan mahu segera dibuat. Lantas Istikharah menjadi jawapannya.
Sebenarnya, istikharah ini bukanlah tertentu dalam bab memilih jodoh semata-mata. Di dalam hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari , ia disebut secara umum ; iaitu mana-mana orang yang diberatkan akan beberapa pilihan , maka hendaklah dia solat dua rakaat iaitu solat sunat Istikharah,

Pertama : Kenapa Perlu

Jawabnya, kerana sebagai manusia, kita tidak lepas daripada berdoa. Meminta kepada Allah yang Maha Tahu adalah jalan terbaik bagi kita selaku manusia yang tidak tahu. Pengetahuan kita sangat terbatas, sedangkan pengetahuan Allah Maha Luas. Dia Tahu tentang apa yang sebelum kita, serta apa yang bakal berlaku selepas kita. Termasuklah dalam hal ehwal jodoh serta pasangan kita nanti. Justeru, kita yang tidak tahu ini perlulah meminta pertolongan Allah untuk menunjukkan kepada kita mana yang terbaik, supaya dengan keputusan yang kita buat itu kita tidak akan menyesal di kemudian hari.

Kedua : Kaitan dengan HATI

Kita kena faham, bahawa Istikharah itu sangat berkait rapat dengan hati. Kalau hati kotor, mana mungkin akan mendapat petunjuk yang baik. Kalau hati bersih, InsyaAllah ilhamnya nanti juga baik. Ada orang, bersungguh-sungguh solat Istikharah, tetapi maksiat tetap tak tinggal, solat wajib tunggang langgang, maka bagaimana hendak mengharap kepada petunjuk yang baik dan molek ? Justeru, satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.

Ketiga : Perkara yang boleh Istikharah

Perkara yang boleh kita Istikharah hanyalah dalam perkara yang harus di sisi Syarak sahaja. Tidak ada istilah Istikharah untuk hal yang telah jelas akan wajib atau haramnya. Umpamanya, nak bayar zakat atau tidak, tidak perlu Istikharah kerana telah jelas wajibnya. Begitu juga dengan bercouple, tidak payah Istikharah kerana telah jelas haramnya. Tetapi dalam hal yang harus, umpamanya untuk memilih antara dua pekerjaan yang sama-sama halal, maka Istikharahlah memohon petunjuk dari Allah.

Keempat : Istikharah 50-50

Benda yang telah kita yakin sebenarnya tidak lagi berhajat kepada Istikharah. Ada orang, berdepan dengan dua pilihan iaitu Nora dan Siti. Tetapi dalam hatinya, dia memang telah sukakan Siti dan dia tidak sukakan Nora. Dalam keadaan ini, kalau dia Istikharah sekalipun – dalam keadaan hatinya sudah meletakkan jawapan – Istikharah itu tiada maknanya. Istikharah hanya dalam perkara yang kita benar-benar buntu untuk memilih, antara A dan B keduanya sama berat. Dalam masa yang sama, kita tidak kisah pun kalau mendapat A ataupun B kerana keduanya tidak memberi mudharat kepada hidup kita. Jadi, Istikharah dalam hal itu adalah digalakkan.

Kelima : Satu pilihan, Dua pilihan atau Tiga pilihan

Ini menjawab persoalan seorang sahabat pengunjung blog saya. Sebenarnya, tidak kisahlah berapa pilihan sekalipun yang ada di hadapan kita, apa yang kita ingin minta adalah pilihan yang terbaik daripada kesemua yang ada.Kata kuncinya di sini adalah PILIHAN. Jika wujud elemen pilihan, wujudlah Isikharah. Jika tidak, bagaimana untuk wujud Istikharah? Mungkin kita perlu memilih antara A, B atau C. Mungkin juga kita perlu memilih antara menerima A atau menolak. Mungkin juga perlu memilih antara membuka ruang untuk lamaran A atau menutup pintu hati untuk kesemua urusan tersebut. Yang penting, kita benar-benar berada dalam persimpangan untuk membuat pilihan antara semua yang ada.

Keenam : Istisyarah atau Mesyuarat

Manusia dianugerahkan akal untuk membuat pertimbangan. Justeru ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berfikir, menganalisa dan mencari jalan. Islam menganjurkan bermesyuarat atau meminta pendapat orang berpengalaman – sebagai kembar kepada proses Istikharah itu sendiri. Maknanya, kita tidak boleh seratus peratus bergantung kepada proses Istikharah semata-mata- hinggakan ada yang menunggu-nunggu mimpi dan sebagainya – sebaliknya, dengan bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan. Timbanglah dengan akal yang matang akan kesemua pilihan yang ada di depan mata, dan belajarlah untuk menjadi berani membuat keputusan. Itu kan sunnatullah dalam kehidupan.

Ketujuh : Mimpi

Dalam banyak keadaan, ini boleh dikatakan mitos. Dari mulut ke mulut, petunjuk tentang mimpi adalah benda wajib yang akan dikembarkan dengan saranan Istikharah. Sedangkan kita tahu, mimpi juga boleh berlaku ke atas seseorang yang sedang angau. Maka jika si angau ini bermimpi , adakah boleh dengan senangnya dia menganggap mimpi itu petunjuk Istikharah? Tentunya tidak semudah itu. Bagaimana pula jika Istikharah dan bermimpi calon A lalu mahu membuat keputusan, tiba-tiba esoknya termimpi pula calon B? Atau, bagaimana jika dalam satu masa yang sama bermimpi calon A dan B serentak? Maka sebaiknya, jangan gantungkan Istikharah anda itu dengan sebarang mimpi!
Begitu juga, Istikharah tidak memerlukan sehingga anda dan calon anda bermimpi perkara yang serupa, barulah dianggap Istikharah anda itu berjaya. Tidak sama sekali.

Kelapan : Petunjuk yang bagaimana?

Seorang guru saya di Pondok pernah berpesan kepada saya tentang Istikharah. Katanya, ketika fikiran dan hati kita terbeban mahu memilih antara A dan B ( atau lain-lain ) maka hendaklah kita melazimi solat Istikharah. Dalam masa yang sama kita jangan tinggalkan Istisyarah. Antara petanda yang mungkin hadir adalah, ketika kita bangun daripada tidur dan teringatkan tentang perkara yang membebani kita itu ( membuat pilihan ) maka salah satu pilihan tersebut menjadi tenang di hati kita berbanding pilihan yang lagi satu. Ini salah satu petunjuk bahawa pilihan itu adalah yang terbaik untuk kita ikut. Mudahnya, petunjuk itu datang ke dalam hati kita sendiri. Kita sendiri akan merasai perkara tersebut jika kita benar-benar konsisten dengan Istikharah dan Istisyarah. Ia seterusnya akan mencetus keyakinan kepada kita dalam membuat langkah seterusnya tanpa ada lagi perasaan ragu-ragu.

Firman Allah ta’ala : ” Dan apabila kamu telah berazam untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal “

Kesembilan : Was-was itu daripada Syaitan

Dalam Fiqh, kalau kita yakin kita masih ada wudhuk dan mahu solat, tetapi tiba-tiba ada semacam bisikan bahawa wudhuk kita sudah batal, maka bisikan tersebut tidak dikira membatalkan keyakinan kita. Kaedah menyebut : Yakin tidak akan gugur kerana Syak. Begitu juga dalam bab Istikharah. Jika sudah yakin dengan pilihan yang kita buat – berdasarkan doa Istikharah kita kepada Allah serta pertimbangan-pertimbangan yang kita buat dengan Istisyarah – maka jangan dilayan lagi bisikan-bisikan umpamanya mungkin akan menyesal, atau nanti begitu atau begini, kerana kesemua itu sebenarnya adalah helah daripada Syaitan. Seorang ulama’ menyebut : Tidak akan menyesal orang yang melakukan solat Istikharah.


Kesimpulan

Optimislah dengan keputusan sendiri. Belajarlah membuat keputusan dengan yakin. Jangan harapkan anasir lain membuat keputusan untuk anda. Istikharah tidak harus sama sekali diletakkan di tahap itu, kerana ia adalah hubungan antara hamba dengan Tuhannya. Tetapi meletakkan anasir lain untuk membuat keputusan, umpamanya mengharapkan mimpi tertentu, melihat kepada objek-objek tertentu ataupun nombor-nombor tertentu, kesemua ini akan menjadikan anda seorang manusia yang tiada fungsi. Ia jauh sekali daripada ajaran Islam, apatah lagi hendak dikaitkan dengan solat sunat Istikharah
.
walllahualam


by : myilham
edited : nature mujahid, at 6.34pm


DOA : TIDAK LUPA HAFALAN & APABILA HADAPI STRESS

Bismillah Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Allah kerana kita akhirnya telah berjaya memasuki bulan Zulhijjah. Bulan yang terakhir dalam kitaran Qamariah. Waktu ni juga terutama pelajar IPT dan SPM serta STPM sibuk menumpukan pada pembelajaran mereka. 

Tidak dilupa juga pada assignment yang banyak di tambah dengan tekanan midsem selepas cuti nanti. Apatah lagi jika bidang yang diambil itu memang bidang yang 'tough' seperti Undang-undang, 'accounting' mahupun 'engineering'.

oleh itu, sedikit perkongsian daripada ana khas untuk diri ini dan juga semua yang membutuhkan. InsyaAllah bermanfaat. 




p/s: Doa ini tidak akan berkesan sekiranya yang 5 itu tidak dijaga. Keyakinan kepada Allah serta usaha juga faktor penentu..


CINTA MENURUTKU


Bismillah Alhamdulillah


sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
aku menjadi malu..
malu pada keteranganku sendiri

Meskipun lidah telah mampu menguraikan..
namun.. tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena,
begitu tergesa-gesa menuliskannya

kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai
terbaring dalam lumpur

cinta sendirilah 
yang menerangkan cinta
dan percintaan


by: Ukhti Rumi
(Persian poet)

Thursday, 7 July 2011

SYA'BAN : FADHILAT DAN PERISTIWA BESAR

Bismillah Alhamdulillah



Selepas Rejab, tibalah pula Sya'ban yang merupakan bulan kelapan daripada 12 bulan di tahun hijrah. Saya ingin kongsikan satu hadis mengenai bulan ini.


فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ

Yang Bermaksud : Saidatina ‘Aisyah (r.a) berkata : Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'ban (HR al-Bukhari)

Seperti kebiasaan, saya akan kongsikan asal usul nama Sya'ban dan kenapa di namakan Sya'ban. Ulama membahaskan ini panjang lebar dan diantaranya saya boleh mengutip perkataan Sya'ban ini berasal daripada perkataan "syibu" yakni sebuah jalan di gunung yang tidak lain adalah jalan kebaikan. Sya'ban juga bermaksud berpecah pecah atau berpuak puak. Masyarakat Quraisy ketika itu berpecah mencari air di padang pasir.

Menurut Sayyid Muhammad Alwi Al Maliki di dalam kitabnya Ma Dza fii Sya'ban dinamakan Sya'ban kerana ianya bermaksud terpancar daripadanya keutamaan dan kebaikan dan pada hemat saya, saya lebih bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Sayyid Muhammad Alwi dalam kitabnya.

Petikan dalam kitabnya ini berdasarkan daripada hadis yang mahsyur dimana Rasulullah bertanya kepada para sahabat "tahukah kalian kenapa dinamakan dengan bulan Sya'ban?" Para sahabat menjawab "Allah dan rasulnya lebih mengetahui" sabda Rasulullah s.a.w "kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali" dipetik daripada kitab Raudhatul Ulama.

Berbalik kepada hadis diatas, keutamaan dapat kita lihat pada bulan ini yakni Rasulullah s.a.w banyak berpuasa di bulan ini selain daripada bulan Ramadhan. Bagi kita yang begitu mencintai Rasulullah, sudah pasti kita akan melaksanakan sunnahnya. 

PERISTIWA PERISTIWA DI BULAN SYA'BAN

1. PERPINDAHAN KIBLAT 

Seperti yang diketahui, kiblat pertama umat Islam ialah di masjidil Aqsa yang berada di Palestin dan pada 13 Sya'ban tahun kedua hijrah, kiblat kita telah berpindah ke masjidil haram hinggalah ke hari ini. 

2. MALAM NISFU SYA'BAN

Nisfu bermaksud separuh dimana nisfu sya'ban bermaksud separuh daripada Sya'ban iaitu berlaku pada 15 Syaban. Hadis yang boleh di pegang mengenai nisfu Sya'ban ialah 

"Allah melihat hamba hambanya pada malam nisfu Sya'ban, maka diampuni semua hambanya kecuali musyrik dan mereka yang bermusuh (HR Hibban, Al Bazzar dan lain lain)

3. KELAHIRAN ABDULLAH BIN ZUBAIR

Pada 2 Sya'ban tahun kedua hijrah lahirlah putera kepada Zubair Al Awwam dan Asma Abu Bakar 

4. KELAHIRAN CUCU RASULULLAH S.A.W AL HUSAIN BIN ALI BIN ABI THALIB 

5. PUASA DISYARIATKAN

6. TERJADINYA PERANG GHAZWAH BANI AL MUSHTOLIQ 

Bani Mustaliq merupakan salah satu puak daripada kaum yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh nabi dan berita tersebut disampaikan oleh seoran sahabat badwi kepada Rasulullah s.a.w. Mereka akhirnya diusir daripada kota Madinah dan di perangi. 

Sedikit sebanyak saya kongsikan tentang fadhilat bulan Sya'ban dan peristiwa yang berlaku padanya. Moga bermanfaat buat semua. Adapun mengenai nisfu Sya'ban banyak berlaku hadis dhaif padanya dan mungkin pada kesempatan akan datang saya cuba kupaskan. Kena banyakkan buat "research" sebelum apa apa juga. 


suntingan terbaru:
25.02.2020 M (1 Rejab 1441H)

Wednesday, 18 May 2011

PERTUBUHAN FREEMASON DI MALAYSIA


Bismillahirahmanirahim....

Assalammualikm w.b.t..

Berikut perkongsian yang ana ingin sampaikan untuk tatapan muslimin dan muslimat,
ikhwan dan akhowat semua....

Sememangnya.. maklumat ini dah lama... sejak tahun lepas lagi. tapi refresh balik
untuk ISLAM yang tercinta..

Percaya atau tidak, inilah
kenyataan yang sedang berlaku...

Gerakan Freemason juga kuat di Malaysia kini..
Antara yang paling kuat pengaruhnya di Asia...

Yang mendukacitakan terdapat juga orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan
berpangkat besar menyertai pertubuhan Dajal

Ini... Hanya kerana harta dan kekuasaan, mereka sanggup
menjual agama mereka..... Astaghfirullah

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur
Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME)...DGLME secara rasmi
bermula di Kuala Lumpur pd 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana
pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk
timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah... Hanya
pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negra Arab dan Teluk... Cawangan ni bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama
tersebut dan tradisinya.....

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

Singapura: 3 loji..

Kuala Lumpur: 3 loji..

Pulau Pinang: 1 loji..

lpoh: 1 loji..

Kuantan: 1 loji..

Kuching: 2 loji..

Port Dickson: 1 loji..

Port Klang: 1 loji..

Taiping: 1 loji..

Kota Kinabalu: 1 loji..

Bangkok: 3 loji..

Pattaya: 1 loji..

Di Malaysia terdapat 12 logde
Freemason!! Manakala Thailand hanya ada 4 sahaja... Ini tidak termasuk lagi
lodge-lodge kecil yang dibina di seluruh negara.. Samada kita perasan ataupun
tidak, inilah kenyataan sekarang...

gambar-gambar Freemason dari Pulau Pinang...




contoh lain pengaruh Freemason ini di Malaysia.. seperti mana ramai tahu.. atau juga baru menyedari...

Senibina berunsurkan Illuminati.

1.Suria KlCC. Suria=Matahari. Tuhan sembahan Pagan. One eyes seeing all, dajal al masih

2.KLCC- Binaan ini mungkin berasaskan The Gate of Temple Solomon yang akan dibina di The Holy land/ Jurusalem. Sebagai stargate di Timur. The Darkest Stargates adalah WTC selepas mega ritual Illuminati, ritual pengorbanan beramai-ramai (9/11)



Selain itu... asas-asas binaan Dajjal

The Sun City, SUNway Pyramid


Binaan Piramid ini adalah salah satu asas-asas ketibaan Dajal al masih. Piramid bertujuan untuk mengumpulkan tenaga. Bagi situasi ini adalah tenaga negatif. Pengumpulan tenaga di bahagian Timur. Firaun seakan diagungkan. Inilah situasi sekarang yang kita tidak sedari.

Nampak tak lambang segitiga di bahagian atas.

Piramid di Dubai


Banyak lagi binaan piramid di dunia ini. Ini hanyalah sebahagian contoh.
Kesemuanya dibina atas Ley Lines untuk menyambut kedatangan dajal al-masih

www.2006eclipse.com/images/HiGridCol.jpg

------------------------------------------------------------------------

Pernah melihat logo ini??


Laman web JPA: http://www.jpa.gov.my/lang/ms/

Misi JPA:

* Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel sektor awam.
* Menggubal dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.
* Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti.
* Menentukan saiz dan struktur yang optimum.
* Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mengujudkan suasana yang harmonis.

Freemason mementingkan kedudukan pangkat dan hierarki (degree). Jadi, mungkin mereka melihat JPA dan
secara halusnya melaksanakan plan mereka..

................................................................................

Pusat pergerakan freemason di Sabah boleh ditemui di Karamunsing. Jelas dapat dilihat lambang freemason di bahagian hadapan pintu pagar mereka. Lihat gambar di bawah.

Saya sendiri terkejut mendengar.. namun ada kebenarannya...


WHAT IS FREEMASON???

Pada TINTA ini saya membincangkan tentang Agen-agen Yahudi yang bertapak di Sabah, merupakan tanah tempat tumpahnya darah penulis.. (nature_mujahid)

Daripada maklumat yang diperolehi daripada sebuah blog dan sumber-sumber boleh dipercayai yang lain, terdapat 3 agen yahudi di mana mereka telah bertapak lama di Sabah untuk menjalankan rencana-rencana mereka.

Pertama ialah Freemason. Kalau semua pernah dengar, pertubuhan ini memang di bawah naungan yahudi dan memang yahudi pun. Pada asalnya di tubuhkan pada 43 masihi untuk menentang ajaran kristian. Tapi apabila ajaran kristian telah jatuh pada kurun ke-17 maka mereka beralih arah pula untuk menentang umat Islam sepenuhnya.

Freemason berasal dari 2 perkataan : Free–Bebas/Merdeka dan Mason–Tukang Batu atau Bangunan. Maka, jika digabungkan dua perkataan ini, ia membawa maksud Juru Bina Bebas. Ia merupakan sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bermatlamatkan:

1.menghancurkan kesejahteraan manusia,
2.menghancurkan kehidupan politik,
3.menghancurkan ekonomi, dan sosial negara yang ‘dimasukinya’.

Selain itu Freemason bertujuan untuk merosakkan semua bangsa dan pemerintahan selain bangsa Yahudi.

Antara matlamat utama Freemason terbahagi kepada 2 bahagian :

1) Matlamat utama:–Membina Haikal Sulaiman dengan cara merampas Baitul Maqdis dan
membina Haikal Sulaiman diatasnya.

2) Matlamat sampingan:–
a.Menyebar fahaman Ilhadiyyah iaitu fahaman tidak percaya kepada mana-mana agama
dan mana-mana tuhan.
b.Menghapus semua kerajaan dan perasaan cinta kepada negara.

Prinsip-prinsip Freemason

1) Kerahsiaan.
2) Wajib taat 100% kepada Yahudi dan putuskan hubungan dengan agama dan negara.
3) Muliakan keturunan Yahudi.
4) Sebarkan kemungkaran dan agungkan hubungan seks.
5) Musuhi semua agama sehingga dapat menguasainya.

Antara Pertubuhan Yang Dianggotai oleh Ahli Freemason:

1) PBB – 60% anggota PBB adalah ahli Freemason, Setiausaha Agong PBB semuanya kafir
yang ada pertalian dengan Yahudi atau disokong pemimpin Yahudi, 6 juta Yahudi
(Freemason) ada dalam pertubuhan dunia.

2) UNESCO, UNICEF, UNRWA, WTO, WHO, INTERPOL dan lain-lain.

Bidang-Bidang Yang Dikuasai Yahudi:

1) Industri perfileman – Contoh: Hollywood – Syarikat 20 TH Century Fox.
2) Surat Khabar dan Majalah.
3) Syarikat penyiaran dan percetakan.
4) Perbankan dan politik Amerika ( White House ).

Cabang Pertubuhan Freemason:

1) Bahaiyah / Babiyah = Mirza Muhammad Ali Syirazi – seorang Yahudi yang muncul di
Iran pada tahun 1844 Masihi dikalangan Syiah Imamiyah dikawasan bernama Syirazi.
Antara ajarannya: penyatuan agama, fahaman serba tuhan ( wahdatul wujud ), Rasul
Manifestasi ( jelmaan Tuhan ) dan jihad hukmnya haram.

2) Lions Club = Mulfin John tubuhkan pada tahun 1915M di Texas, Amerika. Lions
bermaksud Singa iaitu pengawal Haikal Sulaiman yang berada disalah satu bahagian
Al-Aqsa.


3) Rotary Club = mewujudkan pemerintahan antarabangsa berpusat di Israel yang juga
salah satu dari matlamat Freemason.Ianya ditubuhkan sebagai menyahut seruan
pemimpin Yahudi (Theodare Hertzel).Rotary Club ditubuhkan oleh Paul Harris.


4) Illumanity = ditubuhkan oleh Adam Weishaupt pada 1776 M. Illumanity disandar
kepada salah satu dari Mazhab Yahudi yang dianggotai oleh golongan bijak
(hukama’).Illumanity adalah nama Iblis. Pusat pentadbiran di Segi Tiga Ber
muda tempat Dajal. Illumanity diambil dari perkataan Lucifer (Iblis) yang
bererti pemegang cahaya.

Freemason Di Sabah

Daripada karangan saya tadi... pusat Freemason di sebelah KK ini terletak dekat dengan karamunsing dan palace hotel.

p/s: demi kepastian dan kesahihan maklumat ini.. ana sendiri akan turun padang
menyiasat..

Sebelum ini juga kita digemparkan dengan Interfaith Commision yang
dirancang sebelum ini.. berita ini tersebar pada sem 1 (2010) ana di Universiti

14 Tuntutan Interfaith Commision (IFC) di Malaysia

1. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi
orang Islam

2. Orang bukan Islam yang memeluk Islam diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa
dikenakan tindakan undang-undang

3. Kes orang Islam yang keluar dari agama Islam hendaklah dikendalikan oleh
Mahkamah Sivil, bukan Mahkamah Syariah

4. Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam Mykad sesorang Muslim

5. Orang bukan Islam tidak perlu memeluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang
Islam manakala orang Islam pula dibenarkan murtad jika berkahwin dengan orang
bukan Islam tanpa boleh diambil sebahagian tindakan undang-undang ke atasnya

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama
Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak

7. Orang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarga yang telah mati
dalam Islam

8. Kerajaan mesti menyiapkan daba yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah
ibadat orang bukan Islam serupa dengan rumah ibadat orang Islam

9. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkataan-perkataan suci
Islam

10. Bible dalam bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia mestilah dibenarkan
pengedarannya kepada umum secara terbuka

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut semua agama perlu diajar di semua
sekolah di Malaysia

12. Program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah diadakan,
program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk
disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing

13. Orang Islam yang membayar Zakat tidak sepatutnya dikecualikan dari membayar
cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan
bukan Islam

14. Sepatutnya perkataan Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah

Amati semula......... betapa halusnya agenda mereka... sehingga ada Muslim yang menyokong hakikat ini..

Tiada perkara yang paling mengecewakan apabila mengetahui bahawa dasar yang dibentuk oleh kerajaan Malaysia kelihatan hampir sama dengan dasar yang dibentuk oleh Israel khususnya dalam kaedah meningkatkan kemajuan negara.

Artikel ini merujuk kepada dasar yang dibentuk kerajaan Israel pada 1990-an dahulu iaitu Israel 2020 dan melihat bagaimanakah ia boleh sama pula dengan dasar Wawasan 2020. Adakah ia secara kebetulan?

Wawasan 2020

Dasar ini mula Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdikari, progresif dan berdaya saing.

Dasar ini mempunyai rangka strategi yang kukuh dan amat kehadapan dalam perancangannya. Wawasan 2020 yang kita sentiasa sebut itu diperkenalkan melalui satu teks ucapan Tun Mahathir Mohamed yang bertajuk “Malaysia: The Way Forward”.

Ucapan pertama Wawasan 2020 ini telah didengarkan pada Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur.
Tun Mahathir memulakan ucapannya memperkenalkan wawasan 2020 dengan berkata …

“Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan kepada tuan-tuan beberapa pandangan tentang arah masa depan negara kita dan bagaimana kita patut berusaha mencapai matlamat membangunkan Malaysia menjadi Negara Perindustrian.”

Latar Belakang Israel 2020

Israel 2020 adalah suatu “master plan” yang telah pun dirangka sejak tahun 1948 oleh beberapa orang ahli politik dan ekonomi Israel. Namun begitu, perancangan yang rapi dan teratur hanya dilancarkan secara rasmi pada 1990 di mana 180 profesional telah terlibat dalam “master plan” tersebut.

Plan dasar “Israel 2020″ yang dirancang pada 1948-1951 diketuai oleh seorang jurutera bernama Arieh Sharon yang ketika itu populasi Israel hanya sekitar 800,000 orang. Pada 1990, mastermind bagi dasar “Israel 2020″ telah diganti dengan Prof. Adam Mazor yang bergerak bersama 150 orang profesional dari pelbagai latar belakang.

Kertas kerja pertama “Israel 2020″ yang disiapkan oleh Prof. Adam Mazor telah dihantar kepada 13 agensi dan jabatan kerajaan;

1. Pejabat Perdana Menteri
2. Kementerian Dalaman
3. Kementerian Perumahan & Pembinaan
4. Kementerian Pertahanan
5. Kementerian Kewangan
6. Kementerian Pertanian
7. Kementerian Pendidikan
8. Kementerian Persekitaran
9. Kementerian Pengangkutan
10. Kementerian Tenaga dan Infrastruktur
11. Agensi-agensi pertubuhan Yahudi
12. Suruhanjaya Air Israel
13. Penguasa Tanah Israel

Kesemua kementerian dan agensi-agensi di atas telah menerima kertas kerja “Israel 2020″ untuk dilaksanakan. Ianya amat berbeza sekali dengan Malaysia, kertas kerja adalah dari Perdana Menteri Tun Mahathir, namun bagi negara Israel, institut penyelidikan bukan kerajaan kelihatan amat berperanan dalam menentukan dasar kerajaan Israel.

Matlamat Akhir Israel 2020

Berdasarkan penelitian kami, matlamat akhir Israel 2020 lebih bertumpu kepada penstrukturan semula masyarakat Yahudi melalui perpindahan ke penempatan-penempatan baru yang dirancang. Walaupun dalam kertas kerjanya lebih memberatkan ke arah pembangunan ekonomi Israel tetapi laporan akhir dari wartawan Arik Mirovisky menunjukkan matlamat mereka adalah sebaliknya.

Pada 12 Jun 2009, akbar Haaretz melaporkan target master plan yang dibina pada 1990 iaitu Israel 2020 masih tidak mencapai objektif. Hanya sebahagian fasa sahaja yang dapat disiapkan. Menurut laporan itu lagi, lanjutan tempoh kepada tahun 2050 seperti yang dicadangkan tahun 1990 pada kertas kerja yang sama harus diteliti semula.

Fakta konspirasi antara Israel 2020 dan Wawasan 2020

Untuk mengandaikan Wawasan 2020 sebagai dasar yang bersangkutan dengan dasar Israel 2020 adalah agak sukar kerana terdapat beberapa kekurangan fakta-fakta intuitif. Fakta intuitif adalah fakta-fakta yang bergerak di antara tingkah laku kepimpinan kerajaan Malaysia dan Israel di dalam lingkungan era 1985 hingga 1992.

Kekurangan fakta ini menyukarkan untuk membina teori khusus berkaitan konspirasi Wawasan 2020. Kemampuan yang ada hanyalah untuk membentuk teori-teori rambang yang belum tentu mempunyai keesahan (realibility) dalam ‘jangkaan’.

Setelah meneliti dan memahami serba sedikit tentang objektif bagi kedua-dua dasar, sekarang perlu bagi kita melihat apakah fakta-fakta yang relevan yang boleh dikeluarkan dari kedua-dua dasar bagi membuat suatu teori konspirasi.

#Fakta 1 : Angka 2020 yang digunakan Tun Mahathir Mohamed.

Persoalan kebetulan tidak boleh ditimbulkan di sini, Tun Mahathir bebas memilih angka lain dan terdapat berbilion-bilion kombinasi angka yang boleh digunakan. Oleh itu, mengapa Tun Mahathir memilih angka 2020 amatlah mencurigkan walaupun tiada bukti untuk mengatakan beliau telah berunding atau diarah atau digertak atau apa-apa sahaja.

Namun begitu, persoalan angka 2020 yang dipilih bertepatan dengan Israel 2020 teramat merungsingkan. Kami menyerahkan kebijaksanaan para pembaca untuk membuat konklusi, penyelidikan atau apa sahaja yang dirasakan perlu bagi merungkai “mengapa 2020?”

#Fakta 2 : Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020

Sesuatu yang mencurigakan ialah Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020 diperkenalkan. Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991 manakala Israel 2020 dilancarkan pada 1990. Walaupun tiada tanda-tanda orang Israel datang ke Malaysia untuk mendesak Tun Mahathir tetapi selang masa tahun itu sudah memadai untuk menimbulkan kecurigaan.

Selain Malaysia, negara-negara lain yang disyaki meniru Israel 2020 ialah Indonesia iaitu dengan memakai visi Indonesia Emas 2020. IE2020 dikatakan mampu membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Indonesia menjelang 2020.

#Fakta 3 : Pertemuan sulit Tun Mahathir dan Yitzak Rabin

Begitu juga dengan tindakan Dr.Mahathir pada 6 hingga 9 Julai 1994 telah mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Kemudian, Dr.mahathir mengesahkannya sendiri dalam satu wawancaranya dengan wartawan TV Israel, Channel 10, Guy Sharett pada 6 April 2004 di Kuala Lumpur

Walaupun pertemuan ini disahkan Tun Mahathir sendiri tetapi ia masih kabur dalam mencari keberkaitan konspirasi Wawasan ini.

#Fakta 4 : Perbincangan sulit Tun Mahathir dan Dr. Henry Kissenger

Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Allahyarham Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Walaupun fakta-fakta di atas kelihatan kukuh tetapi masih ada ruang-ruang lingkup yang tidak menguatkan fakta tersebut untuk dikaitkan dengan konspirasi Wawasan 2020.

Lanjutan Tempoh Wawasan 2020 Yang Mencurigakan

Sekarang terdapat ura-ura bahawa wawasan 2020 perlu dilanjutkan ke tempoh 2050. Jika tahun 2050 dipilih dan diisytihar sekali lagi sebagai pengganti Wawasan 2020, maka sahlah, dasar Wawasan 2020 meniru dasar Israel 2020.
Ini kerana, pada kertas kerja Prof Adam Mazor terbitan bersama Samuel Neamen Institute dan Israel Institute of Techonology telah tercatat suatu pernyataan iaitu;

“A corner stone within this context is the continuation of the Israel 2020, within the framework of the S.Neaman Institute, into its second phase, for the second jubilee of Israel, with an extended horizon to the year 2050.”

Sebagai penyelidik konspirasi, kami lebih cenderung untuk mengatakan dasar Wawasan 2020 adalah meniru dasar Israel 2020 kerana angka 2050 telah pun disebut pada tahun 2 Ogos 1991 di dalam sidang Dewan Negara. Apakah ia satu kebetulan?

Angka 2050 telah pun disebut oleh Tuan Adam Bin Kadir (yang ketika itu mempengerusikan Dewan Negara).
Ketika itu, Tuan Adam bin Kadir memperbetulkan ayat Puan Ainon binti Ariffin;

Pn Ainon binti Ariffin : “Saya rasa dalam perkara ini, Tuan Yang Dipertua, ada sedikit silap faham daripada rakyat kita ini. Apabila dulu Perdana Menteri (Tun DR.Mahathir Mohamad) mengisytiharkan kita inginkan 70 juta dalam masa tahun 2000 kalau saya tidak salah …..”

Tuan Adam Bin Kadir : “…70 juta. Saya rasa tahun 2050″ (Tuan Adam mencelah ucapan Pn Ainon)

Kesimpulan

Walaupun terdapat fakta-fakta yang kelihatan amat kukuh untuk mengaitkan Wawasan 2020 dan Israel 2020, namun beberapa kajian mendalam harus lagi dilakukan untuk mengesahkan konspirasi Wawasan 2020 ini.

Kita juga mungkin agak sukar melihat secara mendalam segala perancangan Yahudi Zionis terhadap seluruh negara Islam. Namun berdasarkan fakta yang hanya ’secebis’ ini, diharap dapat membantu peminat-peminat dunia konspirasi membuat kajian yang lebih menyeluruh.

Tiada siapa yang boleh mengatakan konspirasi Wawasan 2020 ini tepat kerana ia mengikut penilaian individu dan gaya interpretasi fakta masing-masing dalam membenarkan sesuatu perkara.

Sebagai rakyat Malaysia, saya berharap dasar Wawasan 2020 bukanlah dasar yang diadaptasi dari dasar Israel 2020 walaupun ianya kelihatan mencurigakan. Jika benarlah ia suatu dasar konspirasi atau dasar yang ditiru dari Israel, maka amatlah mendukacita lagi mengecewakan.

ONE MALAYSIA


Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.

FAKTA: tahukah anda???

Memeranjatkan ataupun tidak?? semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.

Konsep One Israel 1980

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.

Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.


Suatu lagi kebetulan???

Kesimpulan

Tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Sama ada ia satu lagi kebetulan selepas Wawasan 2020 adalah terserah kepada penelitian pihak pembaca yang dirahmati Allah sekalian.

Sememangnya jangan menuduh melulu mahupun judgement directly... namun..
Wallahualam..

Konsep One Malaysia dan One Israel setakat ini pada pandangan ana sendiri mentafsirkan sebagai bukan kebetulan. Mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan lagi beberapa dasar yang berciri-cirikan kebetulan agaknya???

Terlalu banyak kemusykilan disini.. agak sukar ke untuk Malaysia meletakkan
ciri-ciri Islam pada perlembagaannya??

Qalam tinta untuk jamuan semua....
Allah menganugerahkan akal untuk kita melihat dan berfikir.. pandu ia dengan
Al-Quran dan As-Sunnah...

Lihatlah mana kebenarannya.... siapa kepada siapa.

sumber: pertubuhan freemason (sekutu dajjal) di Malaysia - Bestweh Group's
MySpace Blog.
Edited: Nature_Mujahid