Sunday, 15 May 2011

Happy Teachers Day...

Bismillahirahmanirahim......

Assalammualaikm dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para guru dan pendidik yang dihormati.

Madah istimewa tinta qalam al-risalah..
sempena hari guru ini.

Buat para pendidik diluar sana, cikgu dan guru
teruskan usahamu.. kerana pekerjaanmu
pekerjaan para Anbiya.

Teristimewa tinta ini kutujukan buat insan-insan yang ku gelar cikgu.. yang telah menempuh jerih payah dalam membentuk sahsiah diriku.. menjadi insan dibumi Allah ini..

BUATMU CIKGU

A,B,C dan Alif-Ba-Ta
satu,dua,tiga dan empat
selalu cikgu ajar kita
ditubi-tubi sampai dapat

Satu,dua,tiga,empat
lima,enam,tujuh,lapan
ditubi-tubi sampai dapat
bila dapat maju kedepan

Lima,enam,tujuh,lapan
rajin belajar cepat maju
bila dapat maju kedepan
TERIMA KASIH banyak cikgu.

Betik masak lebat dipangkal
penuh kapal dibawa belayar
baik budi panjang akal
hormat cikgu tekun belajar

Manis rasanya buah delima
masak sebiji dicelah daun
budi cikgu saya terima
jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
ditanam mai tepi bangunan
ilmu itu terus dicari
jasa cikgu dilupa jangan

Orang haji dari Jeddah
buah kurma berlambak-lambak
pekerjaan cikgu bukannya mudah
bagai kerja menolak ombak

Buatmu cikguku... yang dihormati
yang disanjungi.. yang dikasihi.
doa telusku tidak bertepi..
khas dari pelajarmu.. DACHRIL LANGKI


Pantun diatas.. dikarang khas sempena hari guru ini dan didedikasikan khas buat cikgu-cikgu
SMK TANSAU dan cikgu-cikgu sekolah rendah saya SK PETAGAS PENAMPANG. Tempat saya menimba ilmu setahun jagung. Pengorbananmu tidak terhingga.
Meskipun Dachril tidak lagi dibangku persekolahan...
namun....

Kenangan itu, jasa yang ditaburkan, kasihnya cikgu yang mendidik, ilmu yang diturunkan...
akan tersemat dihati...
menjadi memori dan bekal bagi perjuangan yang bakal tiba buat diri ini.


Dedikasi istimewa buat Pengetua SMK TANSAU.. Datin Hajah Patima Ali..
atas usaha dan kegigihan cikgu...
barakallahu fika

Hanya Allah yang mampu membalas semua itu guruku...


Seterusnya buat 5 orang guru yang sangat istimewa dihati ini..

1. cikgu Bahariah (guru sk Petagas)
2. cikgu Lisna Yakung
3. cikgu Mariam Ag Damit
4. cikgu Israh Aripin
5. cikgu Nurulizzati Ibrahim

Mungkin cikgu tidak mengetahui.. tapi cikgu berlima inilah yang banyak memberi impak kehidupan saya
selaku seorang pelajar.. dan selamanya akan kekal begitu.. terima kasih banyak cikgu..


To a teacher that also had tought me about lots of things.. leaderships, love and most
importantly about my religion.. thankz for the knowledge u gave me.. and for being nice and
warm to me. thank you teacher Rosaini Suni.. Tansau lucky to have you as assets. ^^

To my special form 6 teachers:

1. Teacher Chong
2. Cikgu Nurulizzati
3. Cikgu Nursyuhada
4. Cikgu Malinjah
5. Cikgu Roslina
6. Cikgu Zaraiton
7. cikgu Rohana
8. Teacher Windy
9. Cikgu Aznah
10.Cikgu Salam
11.Cikgu Faridah
12.Cikgu Asni

Warmth greetings plus an ocean of thanks
jasa cikgu semua.. teramat besar... terima kasih kerana menjadi inspirasi
pada diri ini.


Lastly... to all TEACHERS that has tought me during the time... primary and secondary school.
keep one thing.. that today (16 may) is ur special day.. we celebrated.. special for U..

ikhlas dari pelajarmu

DACHRIL LANGKI
LL.B (HONS)STUDENT
MALAYSIA NORTHERN UNIVERSITY

1 comment:

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...