Saturday, 14 May 2011

HIRAASAH AL DEEN WA SIYAASAH AL DUNYA BIHI

Bismillahirahmanirahim..

Assalammualaikm w.b.t

Alhamdulillah dapat mengisi sedikit jeda sementara menunggu 'paper Management' yang akan datang 16 Mei ini. Baru saja lepas menjawab 'paper Legal Skill and Research Methodology' pagi tadi.

Apa maksud tajuk 'entri' di atas? siapa yang ada asas bahasa arab tahu kot ke
budak STAM boleh terjemahkan?

"Memelihara agama dan mengurus tadbirkan dunia dengan agama itu"

Itulah maksud tajuk artikle saya ini.

Merujuk kepada kitab "al-Ahkaam al-Sulthaniyyah" penyataan tajuk diatas membawa makna siasah. Apakah itu siasah? dalam bahasa standardnya dikenali juga sebagai politik.

Menurut kitab tersebut, Politik didefinisikan sebagai peraturan Allah kepada tamadun manusia. Kehidupan berperaturan, terpelihara antara peranan dan hak masing-masing, adalah kehidupan yang mengangkat darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tertinggi.

Inilah asas politik (siasah), mendidik manusia menjadi sempurna dan mencegah manusia daripada kehidupan anarki.

ISLAM ITU DAGANG??

Apakah 'mind setting' kita semua bila menyebut perkataan politik? sudah tentu majoriti memandang serong padanya.


Sama seperti dakwah, kalimah politik turut terjebak ke dalam pelbagai persepsi yang membingungkan. Dalam suasana kucar-kacirnya isu semasa yang tidak pernah berhenti itu, sering sahaja kita terkeliru antara politik, kepartian dan sentimen kepuakan (Assabiah). Transformasi kecenderungan pengundi yang beralih daripada parti Y ke parti Z bukanlah isu utama, biarpun itulah yang menjadi fokus utama massa.

Apa yang lebih penting ialah, sejauh mana kita, masyarakat memahami politik dan seterusnya terus berstamina menyertai tanggungjawab "Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi" dan bukannya memencilkan diri daripada politik.

Ibu bapa boleh rilek dan tenang melihat anaknya mendungukan diri dihadapan playstation, tetapi dengan segera tersampuk dengan igauan besar jika anaknya tiba-tiba berbicara soal politik. Sibuk dengan budaya TIDAK INGIN AMBIL TAHU AKAN POLITIK DAN HARUS BERSIFAT NEUTRAL dianggap cerdik, berbicara tentang politik dianggap sebagai kebodohan mengundang padah.

itulah kita... perasan atau tidak???

POLITIK ITU SEBAHAGIAN DARI DIRI

Micheal B Coleman pernah berkata "you may not interest in politics, but politics are interest in you".

Jelas lagi bersuluh statement ahli politik dari parti Demokrat A.S menunjukkan soal mahu jadi ahli politik atau tidak adalah soal kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik (siasah).

Selaku seorang Muslim, kita tidak mampu untuk tidak peduli pada politik (siasah). Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu JUZUK TERPENTING DALAM AGAMANYA- ISLAM.


Tindakan kita memencilkan diri daripada politik bermaksud kita meninggalkan cabang besar amal makhruf nahi munkar. Tidak mungkin tanggungjawab itu terbiar, melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya. Ini semua adalah sunnatullah. Adakah kita melihat dalam sirah... Islam itu tidak mendapat tentangan?? 


celikkan minda mu muslimin dan muslimat, Ikhwan dan Akhowat, Akhi ya Ukhti


SEKADAR DI PINGGIRAN

Iman manusia seperti ini adalah iman di pinggiran

"dan antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, maka jika ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan jika dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya) (Dengan sikapnya itu) rugilah dia akan dunia dan akhirat. itulah kerugian yang terang nyata." surah Al-Hajj 22:11

POLITIK DAN DAKWAH ITU BERGERAK SEIRINGAN

Keperluan dua cabang hidup ini menyebabkan nabi Nuh a.s dan sekalian nabi dan rasul mengambil jalan yang sama. Dalam dakwah mereka pada keluarga dan komuniti terdekat, mereka juga tidak pernah meninggalkan urusan nasihat menasihati, menegur malah berkonfrontasi dengan golongan al-Mala'.

Tidak ada maknanya dakwah disempitkan kepada konteks keluarga dan orang yang berada dibawah kita, jika urusan penguasa (al-Mala') yang duduk dibawah 'circle of influencing people' itu dibiarkan sewenang-wenangnya. Justeru, usaha melahirkan generasi, mahasiswa yang peka dan celik politik itu penting.

Kita selaku mahasiswa dan siswi seharusnya belajar untuk faham tentang politik. Keterlibatan kita dalam persatuan-persatuan, bercakap dan bertindak terhadap kebajikan masyarakat kampus, kepedulian mereka terhadap apa yang berlaku disekeliling kita, semua itu mesti di dedah, dilatih dan seterusnya ditempa ke dalam jiwa kita.

saya tidak ada niat lansung untuk mengadakan provokasi disini., inilah hakikat Islam yang syumul itu.. agama samawi.. agama langit.

Kita perlu kepada kemahiran Siasah (politik) untuk mentadbir syarikat kita kelak dan sewaktu bekerja nanti. Jabatan yang akan kita urus nanti.. SIASAH (POLITIK) diperlukan disemua peringkat hidup.


Bukti jelas politik (siasah)berada berdekatan dengan kita.. lihat saja dirumah.. kita hidup berperaturan. Ayah selaku ketua keluarga. Disini kita mengenal tanggungjawab serta peranan, berlatih membuat keputusan dan hidup berpegang pada nilai keprihatinan.

Kita harus menjadikan idea politik sebagai Ibadah, sebagai Amanah, sebagai Tanggungjawab dan sebagai Amar makhruf Nahi munkar

Kita harus mendidik diri ini dan orang lain.. baik adik kita dengan kebebasan memberi pandangan dan bersuara. Didiklah diri ini dan adik-adik kita seta saudara dan sahabat serta kawan-kawan kita dengan keberanian menyuarakan pendapat tanpa tergadai budi pekerti semasa setuju atau sebaliknya. Inilah teras politik (siasah) digelanggang massa suatu hari nanti.

sedikit coretan cerpen sebagai analogi.

"Hairul, kamu cakap nak buat paperwork Jaulah Sahabat Masjid" kata Hassan marahkan saya.

"Memang cadang nak buat tapi sedikit sibuk dengan program lain. Rasanya kita tak perlu buatlah paperwork tu" saya memberi penjelasan.

"kalau sibuk, kenapa kamu tetap janji nak buat juga paperwork tu. Tak payahlah janji-janji. Tak tepati janji berdosa" Hassan menegur Amirul mukminin di dalam organisasinya.

saya hanya mampu mengangguk. Akur bahawa semasa saya memberikan janji kepada MT dan Exco, saya sememangnya sudah sibuk. tetapi tetap menyebutnya dengan harapan mereka berhenti mendesak.

"Asiff jiddan ya akhi" saya menghulurkan tangan kepada sahabat saya itu tanda kemaafan

"Allahuakhbar... maafkan aku juga sahabatku.. aku hanya menegur pimpinan yang
dibawahmu" kata Hassan

Itu antara bukti jelas Siasah.. (politik), menegur pimpinan diatas. Inilah etika politik dan kepimpinan yang dijalankan oleh khulafah ar-rasyidin yang ke-2.

Apa yang penting ialah kesedaran tentang politik itu juga memberikan ibrah (teladan) bahawa bila sudah tidak ada ruang untuk melaksanakan sesuatu.. jangan dipikul juga janji itu andai tidak mampu melaksanakannya.

Janganlah berjanji menghidangkan sesuatu yang manis jika pada awalnya memang dah masam dan pahit bahan itu. Moga politik Malaysia tidak terus dilamun kata-kata manis sahaja tanpa penerapan unsur khilafah Islamiyah didalam pemerintahannya.


The Iman of the Ummah is a shield, where he protect the Ummah and the Ummah fight behind him.


sumber : www.saifulislam.com
di edit oleh : Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^