Tuesday, 31 January 2012

NILAI SEGELAS SUSU


Bismillah Alhamdulillah

Musim bunga kini hampir tiba ke penghujungnya, namun aroma Ekuinoks masih segar di rasakan pada atmosfera kampung itu.


Di celah rimbunan pohon maple itu kelihatan sosok tubuh tinggi dan kekar. Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu.


 Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi.

"Assalammualaikum" Wajahnya comel, mata kebiruan ibarat air itu memberi salam menjadikan pemuda tadi kaku seketika kerana dia seorang Kristian Orthodox.


Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
"Berapa harga susu ini?" tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab budak perempuan itu, "Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya bahawa Islam mengajar agar jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan, kerana Allah maha melihat."
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. Itu kali pertama dia bertemu dengan seorang muslim, "Nilai Islam sama seperti yang terkandung dalam Matius" bisik hati kecilnya. 
"Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.
Tahun berganti, pemuda itu sekarang menjadi seorang doktor pakar yang terkenal. Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.


"Doktor, ada seorang pesakit muslim yang menanti di luar, pihak perubatan dah pastikan bahawa doktor yang akan membedahnya" kata jururawat itu.

"seorang muslim kamu kata?" Doktor itu tertarik

Dia kemudiannya keluar untuk bertemu dengan pesakit itu. Kelihatan seorang gadis yang bertudung labuh dan berpurdah itu duduk menunggu keputusan, ditangannya kelihatan seperti sebuah kitab yang saiznya sebesar bible namun ada ukiran arab di luarnya "the Holy Quran" terjemahan inggerisnya. Jururawat menudingkan ibu jarinya kearah si gadis bahawa dialah yang perlu menjalani pembedahan. 

Pada mulanya pemuda itu yang kini berusia 40 tahun tidak menyedari bahawa si gadis berpurdah itu adalah si gadis comel yang membantunya dulu, melihat warna anak mata si gadis yang biru jernih, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata, " Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,"
"Kini masanya untuk membalas jasa". bisik hatinya. 

Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

"Allahuakhbar... aku hanya ada engkau ya Allah.." sayu gadis itu
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi
" Sudah dibayar dengan segelas susu " ~Dr.Howard Kelly

Titisan jernih mengalir di pipi si gadis apabila dirinya melakukan sujud syukur.

"terima kasih ya Allah... segala puji padamu"


*************
Dipetik daripada kisah benar Dr.Howard Kelly.
Di olah oleh : Naturemujahid



Sunday, 29 January 2012

S.A.L.A.M .M.E.S.R.A


Bismillah Alhamdulillah

Jom meneroka mind set... apakah yang dimaksudkan dengan Rijalus Siyasi dan ahli masyarakat?? . Tidak perlu dinafikan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, suku etnik dan pelbagai lagi kediversitian yang menjadikan Malaysia tercinta sebuah negara yang unik.

Dalam kepelbagaian itu.. nilai menghormati agama dan adat serta lain-lain yang menjurus kepada fahaman setiap etnik perlu diambil kira. Islam tidak pernah menghalang untuk mana-mana fahaman (Isme) bertahalusiyasi (bekerjasama) dalam pelbagai hal.. seperti mana Rasulullah pernah bekerjasama dengan Kaum Yahudi dalam mencapai sasuatu. Namun jika menyentuh bab akidah.. Islam tiada kompromi. Sebab itulah.. 1 MALAYSIA yang ada pemahaman untuk menyatukan semua agama (pemahaman individu) harus di tolak sekerasnya.





Baik.. Rijalus Siyasi... ilmu kemasyarakatan.. di sini ana ingin berkongsi aksara yang baru @ tips untuk memulakan perkenalan..

S- Sebut nama dan beri Salam
A- Ajukan 3 soalan ringkas [ nama siapa/tinggal mana/macam kenal.. ]
L- Luah pujian ringkas
A- Ajukan 3 lagi soalan
M- Minta Diri

M- Mata ( eye contact )
E- Ekspresi muka
S- Senyum
R- Rapatkan Jarak ( lelaki dengan lelaki/ wanita dengan wanita )
A- Angguk




Alhamdulillah.. sedikit perkongsian dari ana.. Cuba amalkan terutama bagi yang ingin mengenali seseorang atau ingin membuat kenalan baru atau untuk memudahkan urusan taaruf dengan orang lain. Bagi yang memang berkemahiran untuk bergaul dengan orang ramai.. alhamdulillah.. bagi yang tidak berapa mahir untuk mulakan dahulu.. sedikit tips diatas insyaAllah membantu..

Saturday, 28 January 2012

RABIULAWAL : BULAN KEPUTERAAN RASULULLAH S.A.W


Bismillah Alhamdulillah



Salallahu ala Muhammad.. Salallahu alai Wasallam.. ya Nabi salam alaika.. ya Rasul salam alaika.. [ Selawat ke atas mu ya Habibullah ] 

Ahlan wasahlan ya RABIULAWAL, bulan kenabian dalam sejarah Islam. Alhamdulillah.. syukur kerana Allah mempertemukan lagi kita pada bulan keramat ini. 

Tema untuk "entri" kali ini menggunakan warna hijau.. warna kegemaran baginda S.A.W. Hijau memiliki rahsianya tersendiri dan sememangnya unik sehingga Rasulullah meminatinya. Untuk "Entri' kali ini.. ana ingin kongsikan sedikit maklumat yang diperoleh hasil kajian dan pembacaan ana..


Bulan Kerasulan

Rabiulawal adalah nama dalam bahasa arab yang bermaksud bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di tanah arab, sewaktu memasuki bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan mengeluarkan buah, dengan bersempena keadaan musim ini, orang arab menggelar tempoh subur itu sebagai "Rabiulawal"

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah s.a.w telah mengekalkan nama "Rabiulawal" sehinggalah sekarang.

Untuk pembukaan saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang peristiwa yang berlaku di bulan ini. Kita selaku muslim harus cakna mengenai sejarah ketamadunan kita.

1. Kelahiran Rasulullah s.a.w

Baginda dilahirkan pada musim bunga.. musim yang sememangnya menjadi harapan dan idaman setiap makhluk.. baik manusia mahupun binatang. Pendapat masyhur bersetuju bahawa Junjungan besar Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 23 April 571 M.

2. Nabi dilantik menjadi Rasul

Jibril melalui perintah Allah menyampaikan wahyu pertama kepada Rasulullah s.a.w di gua Hira pada bulan Rabiulawal. Hasbi Ash shiddiqi dalam tafsirnya "Al-Bayan" menguatkan lagi hujah ini.

3. Pernikahan Rasulullah bersama Khadijah

Rasulullah mengahwini Siti Khadijah binti Khuwailid pada hari ke-10 bulan Rabiulawal.

4. Kewafatan Pakci Rasulullah Abu Talib ibn Abdul Mutallib (26th Rabiulawal)

5. Hijrah

Abu Jahal merancang untuk membunuh nabi di tempat tidurnya pada pertama Rabiulawal

Rasulullah tiba di Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan menunaikan solat Jumaat yang pertama bagi umat Islam. Bersama baginda kira-kira 100 orang, oleh demikian, sebuah masjid bernama Al-Jumaah telah didirikan.

6. Peperangan

Peperangan Safwan (perang badar pertama),
Perang Bawat,
Perang Zimar,
Perang Daumatul Jandal,
Peperangan bani Lahyan.

7. Kewafatan Rasulullah s.a.w 

Rasulullah kembali bertemu Allah pada 12 Rabiulawal 632 M. Merupakan hari dimana sinar hilang di dunia dan berlakunya gerhana sekalian alam.

8. Abu Bakar As-Siddiq menjadi Khalifah

Sahabat baik dan tercinta Rasulullah s.a.w dilantik menjadi khalifah.. ketua negara pada hari kewafatan Baginda. Para Sahabat tidak mahu menangguhkan urusan pentadbiran negara dan segera membaiah Abu Bakar di dewan Bani Sa'idah.

9. Pembukaan Iraq

Tentera Isalm yang dipimpin oleh Saidina Khalid ibni Walid r.a telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di situ di zaman Khulafah Ar-Rasyidin pertama.

10. Pembukaan Baitul maqdis

Sultan Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Maqdis pada tahun 583 H

11. Kejatuhan Empayar Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada 897 H.

Bermulalah kemusnahan warisan kerajaan Islam di dunia.. masjid-masjid di tukar menjadi gereja dan muzium serta tiada lagi kedengaran suara Azan di negara tersebut.



Sesungguhnya peristiwa yang berlaku pada bulan Rabiulawal mengandungi nilai yang tinggi dalam perkembangan Islam. Perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan syiar Islam tidak berlaku dalam tempoh masa yang singkat.

Marilah bersama menghayati bulan Rabiulawal. Banyak lagi sejarah kebesaran Islam yang perlu di singkap. Andainya mampu melihat kembali ke zaman silam, pasti bulan Rabiulawal ini akan menangis kerana suka duka perjuangan Rasulullah sarat dikandung olehnya.

KENALI SAHABAT ANDA, CARANYA?


Bismillah Alhamdulillah

Pernah terlintas di fikiran anda semua tentang personaliti dan sikap atau perangai teman, rakan dan sahabat anda yang sebenar???

Kita memang mengenali sahabat, teman mahupun rakan kita tapi sejuahmanakah??

Ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang dapat daripada blog sahabat seperjuangan, cara ini adalah melalui psikologi yang mana telah diajar oleh ayahnya ketika kecil dulu... dan kini dia mempraktikkannya.. ana juga sudah mencubanya dan kebanyakannya tepat.

Cara ini merupakan teknik untuk orang-orang tua mengenali dan membaca perangai seseorang. Anda tak percaya???

Baiklah, ana minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas. Tuliskan jawapan anda pada bahagian komen dibawah nanti

Hmm…sebetulnya ia bukanlah soalan sebenarnya. Tetapi ia lebih kepada satu bentuk pemilihan (tapi bukan pemilihan UMNO yer…hehe).
Baiklah, anda semua dah bersedia untuk membuat pemilihan? Begini kisahnya :

Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA. Ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :

1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur
Kalau andalah, dimanakah anda akan tanam pokok tersebut?



Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Tuliskan jawapan pada bahagian komen.
Ana akan terangkan apakah rahsia disebalik jawapan yang anda semua berikan.

yaa.. berpandukan daripada jawapan anda berikan, ana akan dapat mengetahui sikit sebanyak tentang sikap/ perangai anda. Kalau tak percaya, cubalah nyatakan pilihan anda...

Ada berani ka ?  ^^


post on : 28/1/2012
             1pm (Saturday)


Alhamdulillah... pertamanya syukran kathir kepada sahabat yang memberi respon pada entri ini.. tanpa membuang masa ana akan terangkan rahsia disebalik jawapan yang anda pilih tu. Sama ada tepat atau tidak.. anda lebih mengetahuinya. Mari periksa sama-sama ^^


1. Di tepi sungai


Orang yang pilih kelapa di tepi sungai adalah orang yang BOROS!! dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit dia akan berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai PEMURAH dan kadang-kadang seorang PEMBAZIR.


2. Di halaman rumah


Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI, orang jenis ini pantang di puji, apabila dipuji sikit, dia akan jadi sangat baik dan pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya setiap pujian yang diterima maka dia tanpa ragu-ragu akan membalasnya dengan kebaikan


3. Di tepi/ di tengah padang


Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adaalh seorang yang SANGAT BERKIRA ! . Senang kata orang jenis ini seorang YANG KEDEKUT. Dia sukar untuk belanja kawan-kawan dia ataupun orang lain. Apabila melibatkan hal berkaitan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan berkira-kira


4. Di belakang rumah / tepi dapur


Orang jenis ini adalah SEORANG PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini paling bersederhana, tidak kedekut, tidak boros, dan tidak pula mudah termakan pujukan orang. Dia sentiasa rational dalam tindakannya.


Sekian. Itulah apa yang diajarkan oleh sahabat ana yang dipelajari pula dari ayahnya. Sahabat ana berkata yang setakat ini dia telah cuba atas rakan-rakannya yang lain termasuk ana dan majoriti memang mengena.


Apapun.. kita yang Allah ciptakan.. lebih memahami akan keperluan hambanya.. kerana Dia pencipta. selamat berpraktik..




edited : 31/1/2012
            2.38pm (Tuesday)

Friday, 27 January 2012

Santai Ukhwah bersama Sahabat Masjid Kachi


Bismillah Alhamdulillah

Cuti semester bermula lagi... kini, masuk hari ke-7 sebelum semester baru bermula pada 18th Februari ini. Masih banyak baki tersisa, perjalanan cuti sebulan yang masih banyak untuk di isi. Entri ini sedikit lewat 

20th hinnga 21th Januari yang baru berlalu ini, Sahabat Masjid telah mengadakan program Jaulah ke kolam air panas Baling.. Alhamdulillah.. dalam pada merehatkan diri pada masa yang sama dapat merancang gerak kerja untuk semester hadapan.



Alhamdulillah... setelah tiga semester berlalu, kini ana berpeluang sekali lagi menjenguk Ulu Legong.. tempat rehlah usrah pertama ana bersama naqib dan sahabat usrah yang lain ketika berada di semester 1.. Perasaan yang tidak dapat digambarkan.. sedikit demi sedikit cebisan manis memori itu memenuhi ruang minda takkala sampai dihadapan pintu masuk..

Ana kini di semester 3 dan bersama ana pula sahabat-sahabat usrah yang turut membesar bersama sepanjang setahun 6 bulan ukhwah terjalin. Walau bukan semua sahabat usrah ada bersama ketika ini.. ana yakin.. memori terindah itu pasti terselit kukuh di kalbu masing-masing.



Sahabat seperjuangan dalam saf Sahabat masjid Kachi (SMIAS), [ gambar di atas ].. kini Jaulah kami untuk semester ini di samping merancang perjalanan untuk gerak kerja semester hadapan.








Tidak akan ku cerita perjalanan program jaulah ini namun ingin ana selitkan tentang tarbiyah yang diperoleh selama bersama dengan Sahabat Masjid.. yang sememangnya dekat di hati.. sangat dekat..


Wahai sahabat semua.. bestnya kita bermandi manda di kolam air panas... menghilangkan stress dan sengal-sengal di tubuh disamping menyembuhkan saluran darah dan apa jua penyakit kulit yang dihidapi.. Ana tertawa melihat gelagat antum semua.. 


Ada kulit yang merah akibat berendam terlalu lama.. ana pula sangat takut untuk mencelupkan kaki ke dalam air dek kepanasan.. Allahuakhbar.. panas air ini yang tidak tertanggung.. apatah lagi panas di akhirat sana???? [ ana bermuhasabah diri ] ....ya Allah jangan kau bakar diri hambamu di panasnya An-Naar





Dalam pada berjualah.. dapat kita menikmati keindahan ciptaan Allah... tidak sukar baginya untuk menghasilkan haba terma untuk memanaskan air yang mengandungi mineral bagi kesegaran tubuh hambanya.. pernahkah sahaabt semua berfikir akannya???




Butiran air yang terpancar itu indah... santai melaksanakannya.. Jauh di sudut kecil hati ana.. ana tergelak kecil.. "bila pejuang muda berehat santai.." bisik hati kecil lagi 


"syukur atas ukhwah ini ya Allah"..



Trekking Hutan Simpan ^^

Apa yang boleh dipelajari dengan aktiviti ini???? ^^ pandanglah dengan mata hati akan segala ciptaan-Nya... andai memandang dengan mata nafsu.. pasti pergerakan dan tujuan untuk berjungle trekking ni terpesong... dan yang berada di benak minda adalah.. "mandi air terjun" betul tak sahabat???

Pandangnya dengan mata akal merupakan kredibiliti seorang siswa... aplikasi ilmu itu.. namun.. masih belum cukup untuk menimbulkan perasaan keimanan yang menebal di dalam diri ini.

Pandangan mata hati... InsyaAllah dapat apa yang rabbul Izzati siratkan..

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,
dan pergantian malam dan siang terdapat
tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang
berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati
Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan
berbaring, dan mereka memikirkan tentang
penciptaan langit dan bumi seraya berkata
"ya tuhan kami.. tidaklah engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia; maha suci engkau, lindungilah kami dari 
azab api neraka"

Ali Imran : 190-191

Benarlah kalam Allah... dialah yang hak. Sepanjang perjalanan meredah hutan.. pelbagai situasi yang dihadapi dan boleh ditafsirkan disini..

1. Meredah hutan yang pada mulanya nampak selamat namun semakin dalam, semakin 
   sempit jalannya. Jarang pula dilalui

Ibarat jalan kehidupan yang dilalui.. ramai manusia memilih jalan yang luas.. senang tanpa sebarang menah menggangu. Namun bagi pejuang Islam.. inilah onak ranjau perjalanan mereka.

2. Bertemu dengan Pacat !!! / nyamuk

Itulah perisa tambahan dalam kehidupan.. membuatkan diri ini sentiasa sedar dalam jalan perjuangan. Allah memberikan menah untuk menguji kesabaran dan ketakutan hambanya

3. Menuruni cerun bukit yang licin, berpaut dengan tali

Walau jalan juang yang dipilih merupakan jalan yang dijanjikan oleh al-Khaliq sebagai jalan fisabilillah.. namun.. adakalanya.. hambanya futur dan leka.. hanya dengan berpaut pada ad-deen (ISLAM) saja cerun yang licin itu menjadi selamat insyaAllah

4. Meredah sungai berbatu... letihnya... >.< !

Bukan saja pacat.. sungai berbatu pula terpaksa diharungi. Memang nampak indah dan menyegarkan air itu tapi jangan sekali terleka dengan nikmat dunia.. jika tidak.. pasti akan tergelincir diatas batu yang licin dan akhirnya terhantuk. Ini nikmat yang kecil daripada banyak lagi nikmat besar yang Allah telah berikan. Bersabar sahabat ana.





5. Air terjun yang menyegarkan

Analogikan perjalanan dari mula sebagai kehidupan kita di dunia.. matlamat kita adalah untuk menggapai redha Allah.. cintanya.. hanya dengan rahmat dan redha Allah.. Al-Jannah dapat di capai... 

Indahnya tarbiyah alam.. seindah nama "NATURE MUJAHIDitu sendiri.





Takbir !!!!

Allahuakhbar.. x3 






"Teman-teman karib pada hari itu saling 
bermusuhan satu sama lain kecuali 
mereka yang bertaqwa"

Az-Zukhruf : 67





Dikala kita bertelagah... taqwa kepada Allah menjadikan kekusutan itu baik semula.. ana sayang antum semua kerana Allah.. moga jaulah semester akan datang lebih bermakna lagi.. ana mula mengenal kehidupan di sini.. Varsiti tercinta.. Darul Aman yang pertama sekali dijejak.







Sinar mentari itu.. suam menjelajah segenap lapis kulit yang masih segar diulik haba kolam air panas.. petang itu sunyi tanpa kehadiran pengunjung membuatkan ilham ketenangan menerpa cakna.. 


Allahuakhbar.. kekuasaanmu dalam mentadbir alam.. menggamit hati untuk lebih mengenali-Mu.. mendekati-Mu, mencintai-Mu.. namun semakin dekat diri ini.. semakin kuat Posaideon mengganas.. ^^ hanya bahtera takwa pada-Mu ku bina.. insyaAllah