Saturday, 28 January 2012

RABIULAWAL : BULAN KEPUTERAAN RASULULLAH S.A.W


Bismillah Alhamdulillah



Salallahu ala Muhammad.. Salallahu alai Wasallam.. ya Nabi salam alaika.. ya Rasul salam alaika.. [ Selawat ke atas mu ya Habibullah ] 

Ahlan wasahlan ya RABIULAWAL, bulan kenabian dalam sejarah Islam. Alhamdulillah.. syukur kerana Allah mempertemukan lagi kita pada bulan keramat ini. 

Tema untuk "entri" kali ini menggunakan warna hijau.. warna kegemaran baginda S.A.W. Hijau memiliki rahsianya tersendiri dan sememangnya unik sehingga Rasulullah meminatinya. Untuk "Entri' kali ini.. ana ingin kongsikan sedikit maklumat yang diperoleh hasil kajian dan pembacaan ana..


Bulan Kerasulan

Rabiulawal adalah nama dalam bahasa arab yang bermaksud bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di tanah arab, sewaktu memasuki bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan mengeluarkan buah, dengan bersempena keadaan musim ini, orang arab menggelar tempoh subur itu sebagai "Rabiulawal"

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah s.a.w telah mengekalkan nama "Rabiulawal" sehinggalah sekarang.

Untuk pembukaan saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang peristiwa yang berlaku di bulan ini. Kita selaku muslim harus cakna mengenai sejarah ketamadunan kita.

1. Kelahiran Rasulullah s.a.w

Baginda dilahirkan pada musim bunga.. musim yang sememangnya menjadi harapan dan idaman setiap makhluk.. baik manusia mahupun binatang. Pendapat masyhur bersetuju bahawa Junjungan besar Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 23 April 571 M.

2. Nabi dilantik menjadi Rasul

Jibril melalui perintah Allah menyampaikan wahyu pertama kepada Rasulullah s.a.w di gua Hira pada bulan Rabiulawal. Hasbi Ash shiddiqi dalam tafsirnya "Al-Bayan" menguatkan lagi hujah ini.

3. Pernikahan Rasulullah bersama Khadijah

Rasulullah mengahwini Siti Khadijah binti Khuwailid pada hari ke-10 bulan Rabiulawal.

4. Kewafatan Pakci Rasulullah Abu Talib ibn Abdul Mutallib (26th Rabiulawal)

5. Hijrah

Abu Jahal merancang untuk membunuh nabi di tempat tidurnya pada pertama Rabiulawal

Rasulullah tiba di Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan menunaikan solat Jumaat yang pertama bagi umat Islam. Bersama baginda kira-kira 100 orang, oleh demikian, sebuah masjid bernama Al-Jumaah telah didirikan.

6. Peperangan

Peperangan Safwan (perang badar pertama),
Perang Bawat,
Perang Zimar,
Perang Daumatul Jandal,
Peperangan bani Lahyan.

7. Kewafatan Rasulullah s.a.w 

Rasulullah kembali bertemu Allah pada 12 Rabiulawal 632 M. Merupakan hari dimana sinar hilang di dunia dan berlakunya gerhana sekalian alam.

8. Abu Bakar As-Siddiq menjadi Khalifah

Sahabat baik dan tercinta Rasulullah s.a.w dilantik menjadi khalifah.. ketua negara pada hari kewafatan Baginda. Para Sahabat tidak mahu menangguhkan urusan pentadbiran negara dan segera membaiah Abu Bakar di dewan Bani Sa'idah.

9. Pembukaan Iraq

Tentera Isalm yang dipimpin oleh Saidina Khalid ibni Walid r.a telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di situ di zaman Khulafah Ar-Rasyidin pertama.

10. Pembukaan Baitul maqdis

Sultan Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Maqdis pada tahun 583 H

11. Kejatuhan Empayar Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada 897 H.

Bermulalah kemusnahan warisan kerajaan Islam di dunia.. masjid-masjid di tukar menjadi gereja dan muzium serta tiada lagi kedengaran suara Azan di negara tersebut.



Sesungguhnya peristiwa yang berlaku pada bulan Rabiulawal mengandungi nilai yang tinggi dalam perkembangan Islam. Perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan syiar Islam tidak berlaku dalam tempoh masa yang singkat.

Marilah bersama menghayati bulan Rabiulawal. Banyak lagi sejarah kebesaran Islam yang perlu di singkap. Andainya mampu melihat kembali ke zaman silam, pasti bulan Rabiulawal ini akan menangis kerana suka duka perjuangan Rasulullah sarat dikandung olehnya.

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^