Bismillah Alhamdulillah
Selesai mathurat ku bersendirian Asar itu, aku bersiap untuk kembali ke penginapan pelajar ku kini di Eon. Perjalanan dari masjid Badlishah tidak terasa jauhnya kerana ditemani dengan alunan selawat "Unique-Binnabil huda ya Rasul"
Maulidur Rasul kali ini kurasakan kosong, tanpa sahabat bersama.. Namun, selawat menjadi penawar hatiku di kala ini.
Bilikku terletak di penghujung blog G, di sebelah kanan keluar dari bilik di hiasi dengan rimbunan pepohon yang setia meluruhkan klorofil expired.. menampakkan suasana seolah berada di musim luruh.
Diri ini bermonolog "indahnya jika dosa-dosa ku gugur ibarat daun yang ringan di tiup angin"
Selama ini menjadi pelajar bukit Kachi, namun di kesampatan ini berpeluang merasa menjadi pelajar kampus dalam, tak sabar untuk meneroka varsiti tercinta.
Untuk kali ini, pengembaraan ku bermula dengan nature walk yang ku lakukan setiap petang. Tapi destinasiku tertumpu pada puncak tertinggi di sini.. sambil berselawat dan bertasbih, sambil menikmati hijaunya alam.. subhanAllah..
"you are the Mighty creator.. Allah, I always impress every time I look to ur creations"
Untuk tiba ke sana, likuan tangga harus di lalui... dan ^^ jika tidak berstamina. pasti akan semput
Dalam perjalanan, terdapat dua jalan pula... jalan yang panjang ialah dengan melalui tangga dan shortcutnya melalui dinding curam bertali.. Otak berfikir nak lalu mana kemudian memilih untuk mengambil jalan singkat..
"ouchh !! >.< " tangan terseret pada besi yang ada di situ menyebabkan cairan merah segar melimpah keluar..
"Allahuakhbar..." sambil menekan luka bagi menutup pembuluh arteri. Alhamdulillah Allah membenarkan diri ini mengaplikasi ilmu yang di timba ketika menjadi pegawai ST.JOHN suatu ketika dulu.
........................................... perjalanan di teruskan sehinggalah tiba ke puncaknya. Destinasi untuk kembara kali ini.
Akhirnya... @.@ ! tiba ke puncak... penat memang penat dan tiba-tiba pandangan mata seolah menjadi kabur.. sebelum berlaku apa jua kejadian, aku merehatkan diri sebentar di pondok putih.
"Ahh.. nyamannya... Allahuakhbar" angin bertiup melebihi sepoi bahasa, sedikit kencang sehingga menggoyangkan pokok di sekitarnya..
Dalam menikmati keindahan itu, sekumpulan orang luar juga tiba di puncak ini.
Aku tertanya.. "adakah mereka melalui sama seperti yang sa lalui???"
setelah penat hilang, maka diri ini beransur ...
" ^^ seperti biasa.. ada ibrah yang ku perolehi lagi" bisik hati kecilku
kemudian tersenyum..
Ya... mungkin pada pandangan "LAYMEN" ini sekadar cerita sia-sia.. namun ana yakin, perkongsian ini dapat membawa pembaca semua untuk mengambil tahu.. setiap apa saja yang kita lakukan sebenarnya mengajak kita kepada Allah.
"Sinaran mentari itu asalnya satu... namun memancarkan bahang ke pelbagai pelosok bumi yang berbeza"
Begitu juga kita.. hambanya. Islam itu asalnya dari Allah.. dibawa oleh kekasihnya Rasulullah s.a.w [ Alahummasholi wassalim 'ala sayyidin Muhammad.. wa aalihi Muhammad ]. Islam kini tersebar ke seluruh pelosok Bumi.. setiap kita memiliki pendekatan seniri dalam mendekati dan mengajak kepada Islam.
Ibrah itu !!!
Hidup di bumi Allah adalah untuk beribadah kepadanya.. [ 51:56 ] niatkan di hati, sambil bersanam ke puncak Vista itu, sekaligus untuk meningkatkan iman dengan mendekatkan diri pada ciptaannya..
Puncak yang dituju adalah salah satu hentian daripada banyak lagi hentian di bumi ini, kerana dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin.
Walau sekadar perhentian.. masih banyak rintangan yang perlu dilalui.. sehingga tiba masa untuk membuat keputusan laluan mana baik untuk diambil.. Apa jua keputusan yang diambil jika di murnikan niatnya, insyaAllah pasti akan berjaya walau menah ( tangan berdarah ) melanda.
Satu yang paling penting.. hidup dengan membawa Islam itu sememangnya berat.. ada saja tribulasi melanda.. namun itu yang menjadikan perjalanan itu manis..
Itulah Vista ku... antum semua?
"Allahuakhbar.. Allahuakhbar...!!! "
Seruan langit memanggil.. Jom solat berjemaah..
wassalam