Bismillah Alhamdulillah
Memulakan Entri untuk kali ini dengan berselawat terlebih dulu.. Jom " Allahummasholli wassalim 'ala sayyidina Muhammad, wa aalihi Muhammad... Allahummasholli 'wassalim 'ala sayyidina Muhammad, wa sohbihi Muhammad " x3.
Pagi tadi Alhamdulillah ana menghadiri program yang dianjurkan oleh Pusat Islam UUM, sebuah kuliah yang bertajuk "Menelusuri keperibadian Rasulullah s.a.w" . Tajuk ini dikupas oleh ulama Indonesia yang tidak asing lagi Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin
Rasulullah s.a.w selaku insan yang terpilih bagi menjadi penutup sekalian nabi-nabi dan para Rasul dipilih dari kalangan manusia dan bukannya Jin atau Malaikat, keranaAllah tahu, manusia hanya memahmi kejadian dan peribadi manusia sendiri.
Ramai yang berkata bahawa junjungan besar Rasulullah s.a.w merupakan insan yang mulia dan keperibadiannya sukar di contohi .. kesempurnaannya sukar untuk di "copy" adakah ini alasan untuk kita tidak mencontohi baginda dalam kehidupan?
Siapa sebenarnya Rasulullah?.. Rasulullah adalah insan pilihan Allah.. dikalangan manusia yang mana baginda berpeluang merasakan kesihatan, lapar, dahaga, kehidupan, kematian.. bahkan baginda melalui zaman kehidupannya sama seperti kita juga, bermula dari bayi ke zaman kanak-kanak , ke usia remaja hinggalah ke usia umur baginda 63 tahun.
APA YANG BEZA DI SINI??? BUKANKAH KITA LALUI PERKARA YANG SAMA?
Atas faktor apa kita tidak boleh membawa ketauladanan Rasulullah dalam kehidupan seharian kita?
...titt...titt..titt
Sedang khusyuk mendengar tiba-tiba bunyi deringan fon memecah fokus. Ustaz kemudiannya berkata sila senyapkan fon anda.. kita bincang mengenai keperibadian Rasulullah di sini.. beri hormat. Insan yang kita perkatakan ini bukanlah sembarangan.. mana adab dalam majlis yang Rasulullah tidak ajarkan?
Ustaz turut menyentuh mengenai adab-adab di majlis sehingga suatu saat Al-Fadhil ustaz menegur beberapa audien yang kelihatan duduk santai sahaja. Inikah kita yang katakan cinta pada Rasulullah??
Ustaz sentuh secara pantas dan diantara Ibrah yang boleh ana peroleh disini
- Bagaimana keperibadian Rasulullah sehigga dalam majlis, setiap orang dalam ribuan sahabat yang menghadiri.. tidak seorang pun berasa terpinggir, bahkan setiap dari ribuan mereka rasa dihargai , tumpuan dan penghargaan yang diberikan oleh baginda tidak kurang dari satu ke saorang yang lain. Allahuakhbar...
- Bagaimana Akhlak Rasulullah yang menegur seorang badwi yang kencing di masjid.. sehingga baginda menjadi peguam.. pembela bagi badwi yang terang-terang telah mencemari masjid... tempat suci untuk beribadah.. masih wujudkah pemimpin seperti ini?
SUDUT PEMIMPIN !!!
Sedikit sebanyak juga yang disentuh dalam aspek ini, Ustaz mengatakan.. carilah mana pemimpin hari ini yang :
1. membiarkan orang bawahannya atau orang lain menjamah makanan terlebih dahulu
sebelum baginda.. Rasulullah adalah yang terakhir sekali menjamah. wujuddkah masih
pemimpin seperti ini?
2. Pemimpin yang sanggup berkongsi bekas yang sama yang telah dikongsi oleh ramai orang.Lihat saja hari ini, pemimpin yang makan terlebih dahulu.. diutamakan terlebih dahulu dan segala keistimewaan diberi.. Rasulullah pula sebaliknya.. wujudkah masih pemimpin seperti baginda?
[ Berdasarkan sirah dimana Rasulullah berkongsi semangkuk susu bersama puluhan sahabat yang lain namun air susu itu tetap mencukupi ]
Banyak lagi sebenarnya dan ana berkongsi apa yang ana rasakan penting disini. Sedarkah kita bahawa Rasulullah sentiasa berada bersama kita tiap detik.. lihat saja dalam lantunan bacaan solat.. lihat saja dalam lantunan Azan..
Al-fadhil ustaz kemudiannya menyimpulkan, kenalilah baginda Rasululah.. kenalilah baginda sehingga sifat peribadi baginda itu seolah telah menjadi pakaian dalam kehidupan kita. Mulakan saja dengan yang kecil dulu..
-minum dengan tangan kanan
-Tidur menghadap kiblat dan berwudhuk
-memuliakan anggota kanan terlebih dahulu
dan banyak lagi. Allahuakhbar.. sepanjang 2 jam bersama, titisan jernih asyik mengalir saja Betapa jauhnya lagi diri ini untuk meneladani baginda. Namun satu yang ana pegang yang dikatakan oleh ustaz sehingga mengubah pandangan ana... secara TOTAL..
Bagi yang mengenali diri ana, ini titik perubahan bagi diri. Jika sahabat semua melihat ana melakukan tabiat lama itu tegurlah ana.. kerana sekarang ana ada "reason" untuk tidak melakukan tabiat lama itu lagi insyaAllah
salam.
ReplyDeletesy tak kenal siapa pemilik belog ini.
tapi,sy tau saudari student uum jugak..
terima kasih untuk perkongsian bermakna ini.
selamanya Baginda idola kita..ikutlah cara Baginda.insyallah selamat dunia & akhirat..
cara menyintainya,dengan menghidupkan sunnahnya jua..sama2 sy ingtkan diri sy jugak..
sekian
Bismillah Alhamdulillah
ReplyDeleteSyukran kathir sudi melawat blog ana.. bersama kita ingat memperingati..
ana bukanlah saudari.. mungkin corak blog ana menyebabkan saudara/i bersangka demikian agaknya.. salam taaruf