Bismillah Alhamdulillah
Bismillah Alhmadulillah, sebut saja mengenai “Bluetooth” medium yang digunakan untuk pemindahan data, video, gambar digiral dan banyak lagi. Itulah kegunaan applikasi “Bluetooth” ini. Erti kata lain, seseorang itu boleh memiliki apa yang dimiliki atu merasa apa yang empunya sesuatu itu miliki.
Tahukah sahabat semua bahawa akhlak yang bersifat bukan digital malah sesuatu yang abstrak boleh di “bluetooth” jika kena caranya?
Ya!! Itu kemahiran yang ada pada Rasulullah s.a.w. Baginda mampu memindahkan atau
( channeling ) akhlak sehingga menimbulkan kebeningan dikalangan para sahabat dan orang lain. Setiap individu bila berada dekat dengan Rasulullah.. atau ketika bersama baginda s.a.w pasti berasa dirinya yang paling penting, kerana Rasulullah melayan setiap sahabat dan orang yang bersamanya seolah-olah mereka itu orang penting.
Allahuakhbar..begitu sekali peribadi Rasulullah.. mahabbah itu tertumpu pada baginda sehingga aplikasi moden hari ini telah wujud 1400 tahun ketika Rasulullah masih hidup.
Bolehkah kita melakukan “Bluetooth” akhlak dan peribadi kita pada orang lain? Jika aplikasi “Bluetooth” seseorang itu tertutup, macam mana akhlak yang nak di “Bluetooth” itu mampu sampai kepada mereka?
Jawapannya cukup mudah.. contohilah akhlak Rasulullah s.a.w .
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^