Friday, 9 March 2012

SMIAS 2012 : PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI


Bismillah Alhamdulillah

7 Mac 2012.. Waktu selepas Isyak itu, tepat menunjukkan 9.45pm. Suasana bukit Kachi masih saja ceria dengan reriang penghuninya. Malam selepas kuliah Fekah pengisian olehUstaz Salahuddin, bermulalah waktu yang sangat mendebarkan. Waktu yang akan menentukan halatuju dan gerak kerja masa hadapan SMIAS.

Perjumpaan yang diadakan selama sejam lebih itu mencapai kata putus akhirnya.. saf pimpinan kini berubah kepada kami untuk bergerak kerja.


Allahuakhbar... amanah baru dari Allah. Begitu banyak amanah yang telah dipikul..

Amanah seorang Hamba kepada tuhannya
Amanah seorang Umat kepada Rasulnya
Amanah seorang Khalifah pada bumi
Amanah seorang Anak kepada orang tuanya
Amanah seorang Pejuang dalam menegakkan syiar Islam
Amanah seorang Abang kepada Adiknya
Amanah seorang ahli dalam masyarakatnya
Amanah seorang pelajar pada ilmu yang dituntutnya
Amanah seorang ketua kepada orang bawahannya
Amanah seorang exco kepada unit dibawahnya

Begitu banyak amanah yang diberi dan di pikul. Setiap seseorang itu berbeza-beza amanahnya diantara yang lain.

Tazkirah untuk diri ini dan sahabat semua, menggigil tubuh dikala terkenangkan akan hadis Rasulullah s.a.w mengenai analogi situkang kayu api dan amanah.. dia tidak mampu lagi mengangkat beban kayu api yang sangat berat itu tetapi masih juga mengutip kayu api yang ada dan di letakkan di bahunya..

Allahuakhbar... moga Allah permudahkan 


Hukum sunnatullah telah menjadi ketetapan Allah. Setiap sesuatu itu ada sesuatu untuknya.

Setiap pertemuan akan ada perpisahan
setiap yang patah akan tumbuh
setiap yang hilang akan berganti

Namun satu saja yang akan kekal dan lekat dalam hati setiap dari kami walau dimana pun berada. Iaitu kalimah "KERANA ALLAH"

Selaku mata rantai perjuangan, kami bukan pemulanya dan sudah pasti bukan juga pengakhirnya... 

Amanah baru untuk dipikul.. moga Allah permudahkan segalanya.

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^