Friday, 1 June 2012

BEDAH BUKU : KU TEMUI CINTANYA & CINTA HIGH CLASS


Bismillah Alhamdulillah


Novel sememangnya sinonim pada diri ini. Banyak novel yang telah saya baca seawal usia 13 tahun lagi alhamdulillah. Namun semua novel yang pernah dibaca merupakan novel English, saya tidak minat membaca novel melayu kerana kebanyakannya hanya novel piscisan semata terutama lagi berkaitan cinta.

Allah telah membuka hati ini untuk mula membaca novel bahasa melayu tetapi bukan sembarangan novel... novel Islamic.. sesungguhnya Allah itu berada pada sangkaan hambanya. 

Tahniah diucapkan kepada sepasang kekasih romantik iaitu Dr.Farhan Hadi dan bidadari cintanya Ustazah Fatimah Syarha atas inspirasi perkonsian ilmiah melalui bacaan santai yang sangat sesuai untuk pemuda-pemudi.

KUTEMUI CINTA-NYA

Saya ingin berkongsi sedikit bacaan yang diperolehi daripada novel berwarna biru ni. Watak dalam novel ini seorang yang jahil dalam agama namun fatwa hatinya kuat mengekang dirinya daripada tersesat jauh. Ditakdirkan mengalami sakit ketumbuhan dibelakang "spinal cordnya" dan melalui ini Allah menemukannya dengan cinta teragungnya.

CINTA HIGH CLASS

Novel ini mengisahkan tentang Dr.Muslih dan Ustazah Qaniah dalam mujahadahnya mereka mengejar cinta. Mereka mengikut syarak dan sangat menarik kisah mereka untuk tatapan dan tauladan pemuda pemudi.

Jernih penyampaiannya... dalam memperolehi CINTA HIGH CLASS kenalah bermujahadah dan muliakan walinya, jaga batas perhubungan dan banyak lagi.. menarik sungguh perkongian.

Untuk ilmu dan pengalaman itu sendiri, bolehlah membaca buku karangan mereka berdua, insyaAllah tak rugi.

PETUA CINTA :

Jika  rasa jatuh hati pada seseorang itu, pastikan kita meneliti agamanya bukan pada keayuan dan kesegakkan wajahnya. ianya tidak kekal..

Bagi si lelaki, muliakan walinya... ingat, carilah mawar berduri yang melindungi mahkotanya untuk insan bergelar suami.

gunakan orang tengah lebih molek dan manis seperti yang Siti Khadijah lakukan dalam meminang Rasulullah s.a.w.

Hadkan pertemuan pada perkara harus saja... seperti urusan, bukannya mencari alasan. Pastikan kedua-duanya bermujahadah... dan berpuasa syahwat. 

Ingatlah andai telah menjalinkan pertunangan, ikatan itu belum menghalalkan lagi.. ingat.. dan ingat!!

Anak soleh bermula dari pencarian isteri dan suami yang soleh juga, bukannya setelah berkahwin, kita ingin mencari redha Allah.

2 comments:

  1. sila la baca novel bagaikan puteri,cinta sang ratu,hijab sang pencinta,cinta sufi,sutera bidadari dan sunan musafir..insyaALLAH kmu akan menyedari bahawa novel2 bahasa melayu karya ramlee awg mursyid itu bnyak pengajaran islamik yg hebat! ..try baca.. dan jgn anggap bahawa semua novel melayu tu sama!

    ReplyDelete
  2. Bismillah ALhamdulillah...

    Syukran perkongsiannya... ana tidak pernah mengganggap novel melayu semuanya sama... harap jernih di situ..

    barakallahu fik

    ReplyDelete

Coretan Antum ^ ^