Monday, 4 June 2012

IJTIMAK MAHABBAH [ ULAMA KEDAH ]


Bismillah Alhamdulillah

Alhamdulillah hati yang bersedih ini kerana tidak dapat turut serta ke stadium darul Aman bersama sahabat-sahabat yang lain terubat juga dengan menghadiri majlis Ijtima mahabbah ni..

Syukran jazilan sahabat ana Ariff Khairuddin atas pelawaannya, juga sahabat ana Umar dan Idham. Allahurabbi.. begitu tenang rasa dapat bersama alim ulama ni.. solat maghrib, solat Hajat dan solat Isyak berjemaah bersama, tidak terasa waktu berlalu.


Pengisian seterusnya bacaan al-quran oleh adik kecik dan persembahan nasyid... subhanAllah... best sangat. sedikit terkilan kerana tidak dapat menyertai lebih lama kerana ada exam esok harinya, walau apapun... ingin menjadi soleh ikutilah dan bergaullah dengan mereka yang soleh.. biah itu mempengaruhi setiap diri insani.

Gembira rasa bila dapat bertemu semula dengan Tuan guru Haji Salleh... 

Perkongsian Ilmu : Tunaikan solat hajat 4 rakaat, setiap rakaat tu baca surah Al-ikhlas 10,20,30,40 kali mengikut rakaat. Campur semua ada 100 kali.

selamat beramal

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^