Bismillah Alhamdulillah
"kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan
untuk kita mengingati sepanjang zaman.. ingatlah
diriku selagi mampu.
Jika pula masa mendatang memisahkan
keakraban yang terbina, ukirlah secebis
tentangku dihatimu, agar nanti
tika bersua....
kau masih mengingati siapa diriku"
Salam Syawal para pembaca yang dihormati dan dikasihi kerana Allah. Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan selamat hari Raya.. maaf zahir batin atas segalanya.
Sesungguhnya bulan Ramadhan itu merupakan madrasah ilmu yang mendidik jiwa seorang muslim menjadi mukmin bertaqwa.. walau Ramadhan sudah berlalu.. izinkan ana menghidupkan roh kehangatannya sebagai bekaaln untuk hari mendatang
Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadis baginda
"Barang siapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu"
SubanAllah.... moga kita tergolong dalam kelompok itu.. Enti ini anakhaskan untuk beberapa orang kenalan lama.. Terutama Hairul, Nena dan Aisyah..
Iftar kita
Alhamdulillah selama 8 tahun perkenalan kita, baru ini kali pertama rasanya kita keluar makan bersama.. berbuka berpada-pada insyaAllah. Saya masih ingat perkenalan kita ketika tingkatan Tiga dulu.. kini masing-masing membawa haluan sendiri.. namun yakin saja dengan ketentuan Allah... segala yang berlaku itu berhikmah
Terima kasih kerana sudi "gathering" bersama.. terus terang saya cakap.. "I miss you guys so much".. Jika Allah izinkan untuk saya menghadiri majlis akad nikah kawan lama saya Aisyah.. itu pasti antara pengalaman manis bagi diri ini....
Ana selitkan bacaan surah Az-Zukhruf dalam doa yang ana panjatkan... bersama beroleh barakah insyaAllah. Salam rindu dari sahabat lama
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^