Bismillah Alhamdulillah
"Assalamualaikum w.b.t" ucapan salam memecahkan hening lantunan surah As-Saff petang itu.
"sadaqallah'llazim".. mushaf tafsir birunya ditutup sambil dirapatkan kewajahnya dan dikucup. Bukti memuliakan sahabat sehidup sematinya itu.
"Wa'alakumussalam w.b.t"
"masyaAllah!.. lunak sungguh lantunan quran enta" sambil mengesat butiran jernih di kelopak matanya.
Dia kemudian berjalan menuju sahabatnya yang sedang duduk membelakangi, wajah tenang itu kelihatan basah. Kemerahan diwajahnya jelas bersuluh, dek cerahnya raut wajah yang bercahaya.
"Allahurabbi...." lelaki berbaju tanpa kolar hijau berlengan panjang itu kemudiannya berlutut disisi, memeluk dan mengesat air mata sahabatnya..
...........
"Enta tidak apa-apa?"
"Alhamdulillah... syukran ya Mukmin" wajah tenang itu kembali berseri
"Alhamdulillah... syukurlah kalau begitu.."
"Ana sentiasa kagum dengan enta" Mukmin menyambung lagi
"Hadiah yang bernilai sentiasa saja enta bawa ke Darul Taqwa ini, namun tiada satupun yang enta ambil semula sebagai pertukaran"
Sahabatnya itu hanya tersenyum memancarkan seri wajah yang bersih. Matanya jernih kehitaman menunjukkan jalur keikhlasan yang dalam.. runut sekali.
"Jawapan ana sama seperti setahun yang lepas juga.. enta masih ingat bukan?" tersenyum lagi
"ya sahabatku... masih segar diingatan sanubari ana." Mukmin membalas manis senyuman sahabatnya itu
"ana saja menguji enta..."
mereka berdua kemudiannya tergelak kecil bersama. Gelak yang hanya menampakkan gigi dan lebaran senyuman, seiring dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat.
.............
"Puasa enta penuh kan tahun ini?"
"Alhamdulillah jika Allah izinkan, lewat maghrib nanti genap sebulan puasa ana" balas Mukmin
"Alhamdulillah..syukur sangat-sangat.."
Perjalanan ke lapangan terbang AntaraLangit darul Taqwa mengambil 20 minit perjalanan sebelum tibanya Maghrib. Perjalanan mereka diiringi lantunan mathurat, kompilasi oleh as-syahid Imam Hassan Al-Banna..
"enta tidak boleh tunda dulu ke penerbangan petang ini?" Mukmin mencelah setelah selesai bacaan doa rabithah dibaca oleh sahabatnya
"boleh"
"apa? boleh? enta tidak main-mainkan?" nada Mukmin kegembiraan mendengar jawapan sahabatnya itu
"Allah maha bijaksana lagi maha mengetahui akan segala-galanya"
Mukmin kemudiannya terdiam.. dia faham maksud ucapan sahabatnya sebentar tadi. Ianya teguran terhadap persoalannya tadi namun diberi dengan penuh berhikmah
"Sahabat ana.." sambil memandang tepat ke anak mata Mukmin
"Rasulullah pernah bersabda (sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal, ia adalah seperti berpuasa setahun) hadis diriwayatkan oleh Tirmizi"
Mukmin tertunduk malu.. namun masih mampu melihat jalan raya dihadapannya. Mereka selamat tiba di lapangan terbang Darul Taqwa, suasana lapangan itu sesak dengan orang-orang yang sibuk membeli tiket penerbangan dan sebagainya. Mukmin hanya memastikan tiket sahabtnya itu di 'check-in" kan kerana tiada bagasi, urusan menjadi mudah.
"Mukmin, boleh bacakan pada ana terjemahan surah Al-Hasyr ayat 19?"
Mereka sedang duduk disatu sudut ruang berdekatan tingkap lutsinar lapangan terbang itu sambil menunggu tiba waktu penerbangan.
"Surah Al-Hasyr ayat 19?"
Sahabatnya itu mengangguk..
"Demi nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang "dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah jadikan mereka melupakan (amalan-amalan baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik dan derhaka"
Butiran jernih mengalir deras ke pipi sawo matang milik Mukmin seusai terjemahan surah itu dihayatinya..
"Astaghfirullah..x3" bibirnya tidak henti mengucapkan kalimat taubat itu
“Allah, ana khilaf sahabatku….”
“Allah sifatnya maha pengampun, tambahan lagi hambanya yang berpuasa” senyuman manisnya memberi penawar kepada Mukmin.
Sahabatnya itu kemudian mengeluarkan sesuatu dari kocek jubah putihnya. Sebotol haruman kasturi yang putihnya berseri dari susu, harumannya semerbak memenuhi segenap atmosfera lapangan terbang petang itu.
“Ana nak enta ambil haruman kasturi ini” sambil menghulurkan tangan kanannya kepada Mukmin
“Seharum semerbak kasturi ini, harum lagi bau mulut mereka yang berpuasa” tambahnya
“Allah sukakan keindahan, jika bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi, ana ingin berdoa lebih banyak lagi… biar Allah redha” balas Mukmin.
“Tafaddal-tafaddal sahabat ku… mabruk insyaAllah”
[Penerbangan AntaraLangit AK1433H boeing 2012M sila beratur di gate 9 untuk penerbangan sebentar lagi..] kedengaran pengumuman penerbangan
“ana dah nak berangkat ni.. insyaAllah jumpa lagi ditahun hadapan”
“InsyaAllah”
Kedua sahabat itu kemudiannya berpelukan dengan erat.. tangis esak mereka tidak dapat dibendung sudah. Empangan jernih itu tumpah jua..
“Allahurabb.. berat sungguh ana ingin melepaskan enta pergi.. ana sangat-sangat rindukan enta” esak tangis Mukmin semakin tidak terbendung.
“Ana juga, sudah ya Mukmin..” sahabatnya mengambil selendang hitam bercorak putih itu dan mengesat jernihan air dikelopak mata sahabatnya.
“Ini bungkusan hadiah sejadah Qiam Al-lail dari ana” sambil memberinya sebungkus hadiah indah berbalut ketaqwaan dan keimanan
“Hanya hamba Allah yang bertuah bertemu dengan malam lailatul qadar saja beroleh hadiah ini dari Allah. Ana harap enta salah seorang darinya” ucap sahabatnya lagi.
Mereka berpelukan erat untuk kali terakhir… sahabatnya itu beredar ke gate 9 dan beransur-ansur jasadnya hilang dipandangan Mukmin.
“ya Allah… pertemukan aku semula dengan Ramadhan” doa tulus dari hatinya..
[diumumkan… sebentar lagi akan masuk waktu solat Maghrib sekaligus berbuka puasa bagi seluruh darul Taqwa] lantunan ayat suci Al-quran bergema di segenap ruang lapangan terbang.
Melihat bungkusan dari sahabatnya itu, air matanya menitis lagi.. namun digagahi untuk membukanya.
“Allahuakhbar…”
Didalam bungkusan hadiah yang indah itu terdapat sepucuk surat dan sebungkusan kecil kurma madinah beserta sebotol kecil air Zam-zam. Mukmin baru tersedar bahawa dia tidak bawa bersamanya sebarang tamar atau air untuk berbuka.
Sampul surat dibuka dan …
“Ke hadapan sahabatku Muhammad Akalil Mukmin
Moga Allah sentiasa melimpahi rahmatnya kepada mu..
Ana bersyukur masih wujud lagi hamba Allah yang masih beriman kepadanya.Kedatangan diri ini masih mendapat sambutan dari hambanya yang beriman. Alhamdulillah sangat.
Sahabat ana Akalil Mukmin...
moga dirimu menjadi seindah nama, menjadi mahkota kepada segenap mukmin yang lain. Begitu banyak orang-orang yang hanyut dan mendapat sia-sia saja amalannya ketika kehadiranku... moga dirimu tidak begitu. Kedatanganku membawa seribu rahmat seperti tahun-tahun sebelumnya.. bahkan beratus-ratus tahun lamanya cuma umat akhir zaman tidak mampu merasai roh ku kini.
Selamat menanti ketibaan Syawal ya, wahai sahabat yang saya kasihi kerana Allah.
p/s: Tamar dan Air zam-zam itu untuk enta berbuka nanti. Saya tau enta terlupa bekalan berbuka. moga berbuka puasamu ini menjadi nikmat mengakhiri kehadiranku. ^^
Hamba Allah yang dhaif
RAMADHAN AL-KAREEM"
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^