Tuesday, 25 June 2013

Sahabat ku Dunia Akhirat

Bismillah Alhamdulillah


Sewaktu kecil dulu, mummy dan daddy selalu belanja makan choki-choki terutama ketika meraikan apa saja kejayaan yang diri ini rai baik kecil mahupun besar. Boleh katakan sinonim dengan kanak-kanak hatta orang dewasa sekalipun gemar akannya.

Entri kali ini istimewa berkisar mengenai choki-choki ^^

Mengapa choki-choki?
kenapa bukan koko crunch?

setiap kali pertanyaan itu diaju kepada diri ini,
aku hanya mampu tersenyum.. terukir selukisan senyuman
dan gelak kecil di hati sanubariku.

Ikutlah apa saja yang orang tafsirkan, kerana memang itu tujuan nama ini dipilih.. hanya ahlinya saja yang tahu keistimewaan Choki-choki.

Kisah kami bermula sejak di bangku semester 1 hingga kini aku bergelar
pelajar tahun ke-3 dalam pengajianku di varsiti utara. 
sesumur waktu berlalu, begitu banyak ranjau cerita dan kembara 
dilalui hingga kini tautan ukhwah itu tersimpul serapi dan serapatnya 
lillahi taala.

Di tarbiyyah bersama, mengharungi duri dan onak liku bersama
ditemani gelak tawa kita semua.... terasa indah waktu kurniaan Allah.

Syeikh Zainul Asri menulis dalam bukunya "Bingkisan fikrah pejuang" mengenai ukhwah.. iaitu merupakan nikmat paling berharga yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada orang-orang beriman di dalam saf perjuangan.

Ia tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit dan harta benda dunia.
Ukhwah adalah suatu yang diciptakan Allah di dalam hati orang-orang yang beriman.

Allah berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 63

"seandainya engkau membelanjakan apa yang ada di bumi semuanya, tidaklah mampu engkau persatukan antara hati mereka, tetapi Allahlah yang telah mempersatukan antara mereka"

sedikit bingkisan coretan beberapa tahun yang lalu, waktu itu diri ini
berada di tingkatan 4. Pernah terdetik dihati untuk merasai apa itu nikmat ukhwah, persahabatan yang bukan sekadar terjalin atas dasar kawan tetapi lebih daripada itu. Aku bingung adakah wujud suatu seperti itu?

Masa silih berganti.. musim berganti musim..
kini ditahun ke-3 pengajianku, baru ku ingat Allah kabulkan lintasan hati itu
Allah tunjukkan bukti kekuasaannya

kini...

Hidupku penuh warna-warni dihiasi oleh antum semua
meski ada diantara kalian yang bakal meninggalkan medan ini
meninggalkan ana mengharungi perjuangan kampus untuk setahun lagi.


"Its not how often we seen each other
but its how often we think about each other"

Ukhwah ini tidak akan pernah luntur..
biar kita jauh dimata kelak.. namun tetap dekat di hati.


Merekalah teman dan sahabat duniaku dan insyaAllah dengan IzinMu
ya Allah... mereka akan menjadi sahabat akhiratku.

Uhhibbukum fillah abadan abada.


25th Jun 2013
~mentari senja kelihatan damai membelai langit.
SubhanAllah

Monday, 24 June 2013

Tiga Sekawan

Bismillah Alhamdulillah


Masih ingat lagi pada peristiwa Jibril datang bertemu Rasulullah s.a.w dalam jisim manusia? Jibril duduk di hadapan baginda, lutut bertemu lutut dan Jibril menanyakan beberapa soalan. Lalu dijawab baginda, kemudian Jibril mengiakan jawapan baginda itu.

Antara isi terpenting dalam dialog itu adalah baginda ditanya tentang apa itu Iman, Islam dan Ihsan. Mari kita sentuh apa hubungan ketiga-tiga rukun ini.

Andai kita percaya kepada prinsip-prinsip rukun iman, akan lahir satu keyakinan dalam diri kita untuk meyakini bahawa wujudnya alam ghaib, syurga neraka itu bukanlah dongengan. 

Allah s.w.t itu wujud dan Esa, lalu kita akan terjemahkan kepercayaan kita itu melalui amalan-amalan yang ada di dalam rukun Islam seperti berpuasa, solat, menunaikan zakat dan menunaikan haji.

Kemudian apabila ibadah zahir kita itu makin baik, hati kita pula akan berbicara mahu agar ia juga turut diasuh sentiasa mengingati Allah s.w.t. Lalu , kualiti ibadah kita dipertingkatkan sehingga datangnya khusyuk, sehingga roh ibadah itu dan kemanisannya dirasai.

ketika itu ihsan akan datang mengetuk pintu hati. Ihsan iaitu menyembah Allah s.w.t seolah-olah kita melihatnya, jika tidak mampu, maka Dia sedang melihat kita. Apabila tersempurna ketiga-tiga sahabat ini barulah sempurna bekalan itu. Ketiga-tiga sahabat inilah, apabila bergabungnya mereka akan membentuk taqwa.

Iman + Islam + Ihsan  = Taqwa

Coretan si Tapak Sulaiman

Bismillah Alhamdulillah


Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 190

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

Tanda kebesaran Allah itu mencakupi hingga sekecil-kecil perkara dalam kehidupan termasuk yang terangkum buat diri sang khalifah yang diutuskan untuk memakmurkan bumi ciptaan Allah.

Entri kali ini, ana ingin mengaitkan diri kita selaku seorang dai'e (mereka yang melafaskan syahadah) dengan cerita daripada tapak sulaiman atau 'STARFISH' dalam bahasa Inggerisnya.

Suatu pagi, seorang lelaki berjalan ditepi pantai Melbourne selepas berlalunya ribut semalam. Daripada kejauhan dia melihat seseorang seperti sedang menari.

Lalu dia datang mendekat dan ternyata, yang kelihatan seperti menari itu adalah seorang perempuan tempatan berbangsa Irish mengutip tapak sulaiman ditepi pantai dan dengan lembut membalingnya semula ke laut.

"Good morning miss, why are you throwing starfish into the ocean?" 

"the sun is up and the tide is going out, and if I do not throw them in, they will die" kata perempuan itu

"but miss, don't you realize that there are many miles of beach and thousands of starfish? you cannot possibly make a difference"

Perempuan itu tersenyum dan mendengar dengan penuh sopan sambil membengkokkan lututnya untuk mengambil satu lagi tapak sulaiman dan membalingnya ke laut.

"It made a difference for that one"

.........................

Itulah sedikit pengalaman berada di bumi Astralia. Allah mentarbiyyah diri hambanya dimana sahaja yang dikehendakinya. Dapat ibrah daripada cerita ini?

1. Kita selaku dai'e hanya berusaha dan berikhtiar... apapun jua yang bakal berlaku kesannya dan akibatnya, hasil yang bakal diperoleh, itu semua tugas Allah untuk menentukannya. 

sama seperti si wanita tadi.. dia tahu dia tidak akan berjaya untuk mengubah kesemuanya, namun dia berusaha sekurang-kurangnya ada juga antara tapak sulaiman itu yang hidup.

2. Menghukum!!! itu bukan sikap seorang muslim tambah lagi diri kita yang penuh dhaif dan kelemahan. Sifat menghukum yang ada inilah menjadikan insan lain menjadi alergi untuk dekat dengan Islam sedangkan mereka lebih mudah menerima Islam kerana akhlak Islam itu dimiliki mereka.

3. Selaku dai'e atau seorang muslim amnya.. kita menyelamatkan dengan izin Allah. Meski hanya satu tapak sulaiman yang diselamatkan, bayangkan betapa besarnya nilai hidup bagi tapak sulaiman itu?

Begitu juga kita, dapat menyelamatkan seseorang daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya, betapa besar nilai itu pula bagi si dia.

Menepati firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110

"kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh  (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang munkar dan beiman kepada Allah."


#Memori berada di Sydney dan Melbourne Australia

Sunday, 23 June 2013

WeeZing

Bismillah Alhamdulillah

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera, salam 15th Syaban 1434 Hijrah kepada semua pembaca blog musafir ghuraba. Alhamdulillah Allah berikan sedikit kesempatan setelah tidak menghidupkan blog ini beberapa bulan lamanya.

Begitu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini dan antara isu yang menyentuh tingkap kehidupan setiap daripada kita ialah berkaitan dengan jerebu yang kini menular ke selatan semenanjung Malaysia dan ke Sabah di Borneo. Masih segar diingatan sewaktu berada di sekolah rendah dulu, Malaysia diserang jerebu yang teruk.



Mudah untuk kita menghuraikan jerebu daripada perspektif sains namun harus diambil kira kita selaku seorang muslim untuk cakna setiap apa yang berlaku dialam ini ada sebab musababnya yang tersendiri.

"Kau nampak matahari?" tanya seorang teman
"nampak, tapi sinarannya diliputi kepulan jerebu"

"Kau nampak Al-quran?" teman itu bertanya lagi
"nampak" jawabnya ringkas

"kau tahu baca?"
"........" diam terkelu

Kita nampak seperti itu pada zahirnya, namun ada beberapa ibrah yang Allah selitkan disini. Bergantung kepada akal fikiran yang Allah kurniakan untuk menakulnya..

Antara ibrah yang boleh diperolehi ialah: 

1. Berkaitan dengan perihal hati kita. Hati yang kotor umpama dicemari jerebu menenggelamkan kebenaran yang termaktub didalam Al-Quran. Seperti mana halnya sinar mentari yang kelihatan samar menerangi langit dunia.

2. Allah tarik seketika nikmat udara segar yang diberikan, menukarnya dengan kepulan jerebu yang memeritkan. Pernah terlintas dan menghargai nikmat udara yang Allah kurniakan sebelum ini? pernah menuturkan lafas tasbih atas udara yang diberi? disini Allah ingin mentarbiyyah erti syukur.. dengan harapan selepas Allah kembalikan semula udara segar itu, kita tidak akan lupa padaNYA seperti lupanya  sebahagian kaum nabi Musa yang kufur

3. Pergantungan kepada Allah, diuji disini. Allah asal punca segalanya, jerebu itu datang daripadaNYA dan hanya kepadaNYA sahaja seharusnya kita merujuk kerana Dia berkuasa atas ciptaannya. 

Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 107

"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia."

4. Jerebu juga sebagai tanda peringatan daripada Allah akan kerdilnya manusia tanpa kudrat dan kekuatan sedikitpun. Jerebu sedikit ini saja sudah menjadi penyebab manusia sakit dan hilang punca, mana kuasa dan pangkat yang diagung-agungkan?

5.  Menghargai nikmat Hujan. Rasulullah menganjurkan kita untuk berdoa dikala hujan "Allahumma syoiban nafi'an" yang bermaksud "Jadikan hujan yang turun ini sebagai rahmat buat kami"

Kerap kali hujan murah mencurah di bumi Malaysia atas izin Allah, namun kerap kali itu juga kita mengeluh, kita mendabik dada, kita mencemuh hujan yang kononnya menghalang segala bentuk aktiviti.. kini kita sangat memerlukan hujan untuk menghalau Jerebu yang berlaku.

Allah berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 48

"Dan Dialah yang meniupkan angin (sebagai) khabar gembira sebelum kedatangan rahmatNya (Hujan); dan kami turunkan dari langit air yang sangat bersih"

maka oleh itu, dikala hujan turun membasahi bumi, bersyukurlah, mohon ianya menjadi rahmat bukan kemurkaan dariNya.

serta banyak lagi sebenarnya ibrah yang boleh diperolehi melalui alam. Bersama berdoa di keberkatan 15th Syaban ini dan kedatangan Ramadhan dengan kemuliaannya untuk meraih redha Allah agar dikembalikan semula apa yang telah diambil insyaAllah.

Jerebu itu mentarbiyyah diri seorang hamba. Hentikan keluhan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...