Monday, 24 June 2013

Coretan si Tapak Sulaiman

Bismillah Alhamdulillah


Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 190

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

Tanda kebesaran Allah itu mencakupi hingga sekecil-kecil perkara dalam kehidupan termasuk yang terangkum buat diri sang khalifah yang diutuskan untuk memakmurkan bumi ciptaan Allah.

Entri kali ini, ana ingin mengaitkan diri kita selaku seorang dai'e (mereka yang melafaskan syahadah) dengan cerita daripada tapak sulaiman atau 'STARFISH' dalam bahasa Inggerisnya.

Suatu pagi, seorang lelaki berjalan ditepi pantai Melbourne selepas berlalunya ribut semalam. Daripada kejauhan dia melihat seseorang seperti sedang menari.

Lalu dia datang mendekat dan ternyata, yang kelihatan seperti menari itu adalah seorang perempuan tempatan berbangsa Irish mengutip tapak sulaiman ditepi pantai dan dengan lembut membalingnya semula ke laut.

"Good morning miss, why are you throwing starfish into the ocean?" 

"the sun is up and the tide is going out, and if I do not throw them in, they will die" kata perempuan itu

"but miss, don't you realize that there are many miles of beach and thousands of starfish? you cannot possibly make a difference"

Perempuan itu tersenyum dan mendengar dengan penuh sopan sambil membengkokkan lututnya untuk mengambil satu lagi tapak sulaiman dan membalingnya ke laut.

"It made a difference for that one"

.........................

Itulah sedikit pengalaman berada di bumi Astralia. Allah mentarbiyyah diri hambanya dimana sahaja yang dikehendakinya. Dapat ibrah daripada cerita ini?

1. Kita selaku dai'e hanya berusaha dan berikhtiar... apapun jua yang bakal berlaku kesannya dan akibatnya, hasil yang bakal diperoleh, itu semua tugas Allah untuk menentukannya. 

sama seperti si wanita tadi.. dia tahu dia tidak akan berjaya untuk mengubah kesemuanya, namun dia berusaha sekurang-kurangnya ada juga antara tapak sulaiman itu yang hidup.

2. Menghukum!!! itu bukan sikap seorang muslim tambah lagi diri kita yang penuh dhaif dan kelemahan. Sifat menghukum yang ada inilah menjadikan insan lain menjadi alergi untuk dekat dengan Islam sedangkan mereka lebih mudah menerima Islam kerana akhlak Islam itu dimiliki mereka.

3. Selaku dai'e atau seorang muslim amnya.. kita menyelamatkan dengan izin Allah. Meski hanya satu tapak sulaiman yang diselamatkan, bayangkan betapa besarnya nilai hidup bagi tapak sulaiman itu?

Begitu juga kita, dapat menyelamatkan seseorang daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya, betapa besar nilai itu pula bagi si dia.

Menepati firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110

"kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh  (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang munkar dan beiman kepada Allah."


#Memori berada di Sydney dan Melbourne Australia

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...