Monday, 24 June 2013

TIGA SEKAWAN : IMAN, ISLAM & IHSAN

Bismillah Alhamdulillah


Masih ingat lagi pada peristiwa Jibril datang bertemu Rasulullah s.a.w dalam jisim manusia? Jibril duduk di hadapan baginda, lutut bertemu lutut dan Jibril menanyakan beberapa soalan. Lalu dijawab baginda, kemudian Jibril mengiakan jawapan baginda itu.

Antara isi terpenting dalam dialog itu adalah baginda ditanya tentang apa itu Iman, Islam dan Ihsan. Mari kita sentuh apa hubungan ketiga-tiga rukun ini.

Andai kita percaya kepada prinsip-prinsip rukun iman, akan lahir satu keyakinan dalam diri kita untuk meyakini bahawa wujudnya alam ghaib, syurga neraka itu bukanlah dongengan. 

Allah s.w.t itu wujud dan Esa, lalu kita akan terjemahkan kepercayaan kita itu melalui amalan-amalan yang ada di dalam rukun Islam seperti berpuasa, solat, menunaikan zakat dan menunaikan haji.

Kemudian apabila ibadah zahir kita itu makin baik, hati kita pula akan berbicara mahu agar ia juga turut diasuh sentiasa mengingati Allah s.w.t. Lalu , kualiti ibadah kita dipertingkatkan sehingga datangnya khusyuk, sehingga roh ibadah itu dan kemanisannya dirasai.

ketika itu ihsan akan datang mengetuk pintu hati. Ihsan iaitu menyembah Allah s.w.t seolah-olah kita melihatnya, jika tidak mampu, maka Dia sedang melihat kita. Apabila tersempurna ketiga-tiga sahabat ini barulah sempurna bekalan itu. Ketiga-tiga sahabat inilah, apabila bergabungnya mereka akan membentuk taqwa.

Iman + Islam + Ihsan  = Taqwa


Nukilan : Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^