Thursday, 26 April 2012

Angkuhmu pada si Kelip-kelip


Bismillah Alhamdulillah

Menjelangnya malam, kita akan didatangi oleh kegelapan yang membawa kita kepada inginnya cahaya... antara aktiviti ana selepas Isyak di Sabah dahulu ialah mengintai si sang kekunang, dan Alhamdulillah, semalam ana berpeluang menampung rindu itu apabila melihat sepasang kelip-kelip beterbangan di cerunan bukit kachi..




Cahayanya
sang kelip-kelip
kadang terang, kadang malap
terbang dalam gelapnya malam
memikat, indah ciptaan Allah
dan setiap mata
mengekori nur iru, terpesona
kehadirannya menggamit seungkap tasbih
"SubhanAllah"


Kaukata apalah adanya
kelip-kelip cuma cahaya kecil
selintas pandang
tiada kekal,
terbang, lalu membawa diri


Kaukata apalah adanya
kelip-kelip cuma cahaya kecil
manusia punya lampu, pelita
menerangi sepanjang masa
tak tertandingi si kecil cahaya itu


Begitu sekali
ANGKUHMU pada si kecil ciptaan illahi
ketahui : satu, memang indah dan kecil cuma
namun tatkala dikumpul semuanya,
pasti terangbuana
sekalian kalinya, ketahui :
antara angkuhmu kepada kelip-kelipNya
jaga-jaga bicaramu
jangan sampai nanti
didepan Allah kau melutut
mohon agar diberi si kelip-kelip
kerana hatimu
sudah terbakar padam
dalam kerakusannya kuasa perintah
yang bukat dan kelam
tanpa segaris pun cahaya pada tadbir perlembagaan


Allahurabbi.. indahnya malam bertemankan si sang kelip-kelip... hati ana memandang jauh disuatu sudut... sepi, lalu ana bermonolog


"Sekecil kelip-kelip ini, mereka berpadu menerangi pekat malam atas aturan sunnatullah, menjadikan pandangan BERSIH dan jelas.. jelas amat"


"Syukran Ya Allah atas pengalaman ini"


Teringat pada ucapan seorang wali Allah dalam kitab Musolli yang didengarkan oleh Ustaz Salahuddin seusai maghrib itu.. Wali Allah itu berkata, 


"petanda seorang pemimpin itu adil melaksanakan taklifannya ialah, rakyatnya tidak bersusah hati dan tidak timbul perasaan tidak puas hati pada si pemimpin"


Ana ingin membawa sahabat yang dirahmati Allah semua kepada senario semasa yang berlaku hari ini.. wujudnya rakyat yang tidak berpuas hati pada si pemerintah dan sebagainya... wujudnya kemurkaan Allah dengan menimpanya gejala sosial yang semakin hari menular dan mewabak kesegenap penjuru sisi kehidupan kita.




Seperti si kelip-kelip itu, yang membawa cahaya.. begitu juga segelintir masyarakat yang inginkan keadilan menggunakan wadah demokrasi... suara mereka ini harus didengari oleh si sang pemimpin..


Ingin ana petik kata-kata Dr.Asri 



Betulkan niat... dan jangan melakukan tindakan yang membawa imej buruk pada BERSIH itu sendiri.

Setiap kita ada stand dan sebab masing-masing dan ana hormati pandangan dan stand tersebut. Ramai yang beranggapan bahawa menyokong BERSIH ialah menyokong pembangkang... bukankah pihak mereka juga mengajak Barisan kerajaan untuk turun sama..


[ Credit to Shabab musafir Kasih @ Rusdy Arts ]

Ana menulis tinta ini kerana ana tahu akan ketidakadilan itu, ana lihat sendiri dihadapan mata ana.. berlaku secara meluas di tempat ana di Kota kinabalu sana. Ana jijik dengan apa yang berlaku, 

Ana katakan semula dan tegaskan, setiap kita ada STAND masing-masing dan terpulanglah pada individu itu.. STAND ana disini jelas, menegakkan ketidakadilan itu suatu yang perlu.. 

Kepada pembaca blog ana, ana mohon maaf andai kiranya ini entri terakhir ana.. Ana sendiri tidak pasti , Allah jua penentunya, doakan ana selamat kembali ke medan perjuangan.. insyaAllah

Ana akhiri dengan sepotong surah firman Allah :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang pada jalannya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun rapi" [ Surah As-Saff : 04 ]


~Nature Mujahid @ BERSIH 3.0

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...