Thursday, 5 April 2012

BERMUSIMKAH PALESTIN?



Bismillah Alhamdulillah

Ketika sedang beristirehat di lobi perpustakaan Universiti, hati ini tersentuh membaca tentang bencana yang melanda US ketika ini iaitu dilanda puting beliung atau tornado. Melihat bencana ini, teringat kesengsaraan saudara kita di Palestin sana ..


Saya cuba menyoal diri sendiri...

Cuba sahabat semua tepuk dada rasa iman kita, adakah isu Palestin cuma suatu isu yang bermusim?

Saat media kecoh, kita turut sama kecoh. Bila media senyap, kita juga senyap bagai orang bisu dan pekak.

Adakah isu Palestin hanya berkait dengan tarikh-tarikh yang tertentu?

Apabila tiba tarikh Nakbah 15 Mei, riuh sana sini pasal Nakbah. Tiba tarikh Yahudi membakar Masjid al Aqsa, semua bising berbicara hal ini.

Datang musim boikot barangan Israel Amerika, kita turut boikot bersama.

Tapi....

tiba musim megasale perayaan, orang memborong sakan, kita ikut sama. Dah tak ambil kisah produk siapa, asalkan rasa murah diangkut saja.




Kita mudah lupa atau kita sengaja melupakan? Malas mengambil cakna?

Isu yang dah berlarutan sejak sekian lama, sensitiviti kita semakin terhakis dengan peredaran masa. Umat Islam di Palestin terus di bunuh sesuka hati mereka.

Harapnya, tidak. Isu Palestin bukan bermusim. Selagi Palestin tidak dibebaskan, selagi nyawa dikandung badan. Perjuangan ini wajib diteruskan.

Tetapi...


Kita asyik dengan hilai tawa. Kita merasa bahagia disaat saudara kita sedang mempertaruhkan nyawa. Palestin terus terhimpit menderita setiap masa. Terkurung di sebuah penjara terbesar di dunia. Tanpa mendapat peduli sesiapa. Setiap hari bergenang air mata. Daging dan tulang bersepai di mana-mana. Terlalu kejam jika kita hanya mengambil cakna hanya untuk seketika. Setelah itu, diam tanpa bicara.


Kalau ada yang bertanya "Siapa mahu ke Palestin?"

Kita tergagap-gagap untuk menyahut "Ya! Saya mahu!".Menyahut pun sudah gagap, apatah lagi melangkah kaki ke sana.


Lihat orang lain di kiri kanan mengangkat tangan, kita turut mengangkat sama. Dalam hati, kalau tak angkat, malu tak tahu nak letak muka di mana. Angkat saja dulu, pergi atau tidak itu persoalan kedua.

Inilah realiti dan hakikat diri kita semua. Malulah kepada yang Maha Kuasa. Masih segan dan tidak mahu menerima peniagaanNya. Modal kita adalah darah dan nyawa, membantu saudara kita di sana. Syahid menjadi cita-cita utama. Keutungan hidup abadi di syurga selama-lamanya.

Beringatlah saudaraku.. tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri. Tegakah kita berada dalam posisi selesa, kenyang selalu sedangkan saudara kita di sana? apakah nasib mereka?

Walau kecil usaha kita... yang penting.. bila Allah menuntut di Masyar nanti, kita tidak akan terdiam bisu...

PALESTIN BUKANLAH ISU BERMUSIM. SETIAP HARI... KITA KENA CAKNA.. PEKA.. BERDOA

PALESTINE WILL BE FREE INSYAALLAH

2 comments:

  1. Beringatlah saudaraku.. tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.

    ini satu peringatan buat saya. terima kasih. :)

    ReplyDelete
  2. Bismillah Alhamdulillah...

    bersama memberi peringatan.... sesungguhnya semua muslim itu ibarat tubuh badan yang satu.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Coretan Antum ^ ^