Bismillah Alhamdulillah
Seusai mencari bahan untuk Administrative law malam tadi kat library, terserempak dengan sebuah buku bertajuk "Christian over muslim", hati ni terdetik untuk menulis entri berkenaan "jesus Christ"... tiba-tiba teringat kata-kata akak Ruzyana naqib bagi Usrah Wonderpet..
Walaupun pertemuan itu berlalu semester yang lepas, namun masih segar diingatan.. Muslim love Jesus Christ??? tajuk cam pelik je kan? betul ke muslim love Jesus.. bukan kita perlu mematuhi tuhan yakni Allah dan bukannya tuhan penganut Kristian?
Jesus diterjemahkan daripada bahasa Hebrew atau Ibrani iaitu Esos dan Isa dalam bahasa Arab. Al-quran menerangkan bahawa Jesus hanyalah seorang utusan seperti utusan-utusan yang lain.
"Demikianlah kisah Isa, kami membacakannya kepada kamu sebahagian bukti kerasulannya dan membacakan al-Quran yang penuh hikmah" (3:58)
1. Jesus hanya Utusan
Islam tidak mengiktiraf Jesus sebagai anak Allah tetapi hanya sebagai utusan Allah yang dihantar kepada bangsa Israel seperti yang diterangkan oleh Al-quran.
2. Jesus bukanlah anak tuhan
"Dan Dia tidak mmepunyai anak, tidak ada sekutu baginya dalam kekuasaannya dan dia telah menciptakan segala sesuatu dan dia telah menciptakan segala sesuatu, dan dia menetapkan saiz dengan cukup rapi" (Al-Furqan : 2)
3. Jesus diutuskan kepada bangsa Israel sahaja
Al-quran memberi pencerahan dalam agama Islam, Jesus sama seperti utusan Allah yang lain... tujuan Jesus dihantar kebumi ini diterangkan dalam Al-Quran
4. Jesus bukan Tuhan
Adakalanya ada yang menuduh bahawa Jesus adalah tuhan mengikut keterangan dalam Al-Quran kerana Jesus mengetahui hari kiamat kerana hanya tuhan saja yang tahu bila berlakunya seperti tersebut dalam Al-Quran
"Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Kerana itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah aku. Inilah jalan yang lurus" ( Al-Zukhruf : 61 )
Bahasa Arab mempunyai makna yang luas. Oleh itu penaksirannya juga berbeza-beza. Maksud ayat diatas adalah Isa menjadi saksi bukannya hakim. Setiap nabi akan menjadi saksi kepada umatnya diakhirat kelak. Bahkan didalam bible sendiri menerangkan bahawa Jesus hanyalah sebagai saksi sahaja.
Jesus tidak mengetahui akan kedatangan hari kiamat tetapi mengetahui tanda-tandanya seperti nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumnya.
Didalam Al-quran ada dinyatakan
"Sungguh, telah kafir orang-orang yang berkata "sesungguhnya Allah itu adalah Al-masih putera Maryam" padahal Al-masih (sendiri) berkata "wahai bani Israel! sembahlah Allah, Tuhanku dan tuhanmu". Sesungguhnya barang siapa mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka sungguh, Allah mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya ialah neraka. Dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang-orang zalim itu."
( Al-Maidah : 72 )
Allah juga berfirman melalui Surah Al-Maidah ayat 116
Dan ketika Allah berfirman, "wahai Isa putera Maryam! engkaukah yang mengatakan kepada manusia, jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua tuhan selain Allah?" (Isa) menjawab "maha suci engkau, tidak patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku. Jika aku pernah mengatakannya, tentulah engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada padamu. Sungguh engkaulah yang maha maha mengetahui segala yang ghaib.
Ayat ini membuktikan bahawa Jesus hanya menjadi saksi bukan menghakimi umatnya seperti yang difahami oleh ahli kitab.
"Sungguh penciptaan Isa di sisi Allah, seperti penciptaan Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman : "jadilah" maka jadilah dia"
( Ali-Imran : 59 )
Ayat-ayat suci Al-quran diatas membuktikan Jesus hanyalah seorang utusan. Jesus bukanlah tuhan berdasarkan sifat-sifat yang tidak mungkin dimiliki oleh pencipta. Kalau kita menlihat dari bukti yang ditunjukkan oleh Bible, tidak ada satu ayatpun yang mengatakan bahawa Jesus beragama Kristian sebab Kristian itu sendiri wujud beberapa tahun selepas ketiadaan Jesus.
Sumber buku : Tuhan untuk semua ( Faisal AbdurRahman )
### Muslim LOVE Jesus ###
Penjernihan daripada Petikan topik daripada buku yang pernah dibaca, menggamit hati untuk meninta kalam pena di ruangan maya ini bagi menimbulkan "DEMAND" kepada muslim dan saudara bukan muslim tentang Jesus Christ..
Kita selaku muslim memang love Jesus... dalam konteks Jesus atau Isa itu pesuruh Allah... salah seorang daripada 25 orang nabi dan rasul yang wajib diimani.. dan bukannya kerana anggapan penganut Kristian sebagai tuhan Triniti.
Muslim LOVE Solomon..
Muslim LOVE Moses....
Muslim LOVE Jacob....
Muslim LOVE Abraham...
^^ apa salahnya disini?
Salah satu daripada rukun Iman ialah beriman kepada para Nabi dan Rasul... dan semestinya kita harus cinta kepada mereka, namun bersyukur kerana kita berada dibawah naungan Penghulu sekalian Nabi dan Rasul.. Rasulullah s.a.w.
Dalam menulis artikle ini, ada seorang teman ana berkata
"jika kamu tulis macam ni, apa reaksi kamu jika yang Kristian pun tulis (Kristian LOVE Muhammad?) apa reaksi muslim? mereka pasti marah kan? sama seperti Kristian juga.."
Alhamdulillah, ana nampak pandangannya disitu, Ya.. memang jika Penganut Kristian mengatakan Kristian LOVE Muhammad, pasti akan menimbulkan perasaan gusar dan pelbagai dari mereka yang muslim, sama seperti statement yang ana tulis ini, pasti memberi gusar pada mereka yang bukan Islam...
namun.. Islam itu lengkap... andai Kristian melakukan sedemikian.. boleh minta mereka kemukakan hujah kerana kita ada hujah mengatakan kenapa Muslim harus mencintai Jesus.
Ana akhiri artikle ini dengan petikan firman Allah :
"....ya tuhan kami limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim" ( Al-A'raf : 126 )
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^