Friday, 9 November 2012

Antara MENANG & KALAH...??

Bismillah Alhamdulillah


Seorang Pemenang akan beri MANFAAT
Seorang yang Tewas akan menimbulkan MASALAH

Seorang Pemenang akan mencari PENYELESAIAN
Seorang yang Tewas akan MENCARI-CARI ALASAN

Seorang Pemenang akan MENOLONG SECARA SUKARELA
Seorang yang Tewas akan berkata "ITU BUKAN SAYA"

Seorang Pemenang akan SELALU SENYUM
Seorang yang Tewas akan selalu KESAL DIRINYA

Seorang Pemenang sentiasa OPTIMIS
Seorang yang Tewas sentiasa PESIMIS

Seorang Pemenang akan sentiasa YAKIN
Seorang yang Tewas  akan sentiasa GUGUP

Seorang Pemenang memiliki PERWATAKAN YANG RAMAH
Seorang yang Tewas SUKA MENINGGI DIRI

Seorang Pemenang sentiasa MENGHARGAI SUMBANGAN ORANG LAIN
Seorang yang Tewas mengamalkan prinsip "HABIS MADU SEPAH DIBUANG"

Seorang Pemenang sentiasa mencari JALAN UNTUK BERDAMAI
Seorang yang Tewas sentiasa menyimpan PERASAAN DENDAM

^___^

Seorang yang berkasih sayang akan di rindu
Seorang yang membenci akan di benci


Syeikh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna menggariskan 10 muwassofat Tarbiyyah untuk muslim membangunkan diri mereka.. antaranya ialah "NAFIUN LI GHAIRIHI" yang bermaksud Berguna untuk orang lain... begitu juga bagi seorang pemenang.. dirimu selaku muslim , dirimu selaku khalifah di bumi ini.

Beliau berkata :

"Wajib keatas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia diperingkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami"

Letakkan dirimu selaku PEMENANG... ATTITUDE itu penting. 

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...