Monday, 28 January 2013

Kalbu yang Suci

Bismillah Alhamdulillah

Kalbu seorang insan mengandungi keajaiban luar biasa.
Di sinilah tempat bersemainya keindahan dan
kenikmatan yang hakiki. Antara keindahan itu adalah
apabila kalbu memasuki lautan iman dan cinta kepada
Allah s.w.t


Rasulullah s.a.w menyebutkan perkara ini 
dalam sebuah hadis 
"Sesungguhnya, dikalangan hamba-hamba Allah ada beberapa orang yang bukan para nabi dan bukan para syuhada, tetapi para nabi dan syuhada menginginkan kedudukan yang diberikan oleh Allah kepada mereka."

Lantas, para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepada kami, siapakah mereka itu?"

Rasulullah s.a.w menjawab "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah bukan kerana hubungan kerabat antara mereka, juga bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, wajah-wajah mereka adalah seperti cahaya dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut tatkala manusia ketakutan dan tidak bersedih hati tatkala manusia bersedih hati ".

Sedarilah oleh kita bahawa sesuatu yang terindah di alam
ini tidak dapat dilihat dengan mata, disentuh dengan tangan dan dirasa dengan lidah. 


Kecantikan dan keindahan yang luar biasa hanya dapat dirasai oleh kalbu yang suci.

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...