Bismillah Alhamdulillah
Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nahl ayat 43 :
"... maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai
pengetahuan jika kamu tidak mengetahui."
Perjalanan seemster lima ku berakhir untuk tempoh ini. Masa yang ada terluang selama sebulan haruslah dimanfaatkan sebaiknya agar menjadi muslim yang sejahtera dari segenap aspek kehidupan. Alhamdulillah pada minggu lepas diri ini berpeluang bersama sahabat-sahabat seperjuangan berdaurah pondok terkenal di SIK iaitu pondok Tuan Guru Haji Salleh.
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Menuntut ilmu itu adalah suatu kefardhuan wajib
atas setiap muslim"
Suatu kelainan merasa pengajian pondok semenjak berkampung disana seminggu lamanya. Begitu banyak ilmu yang diperolehi untuk manfaat bersama. Nuansanya begitu menenangkan dan setiap masa ada saja pengisian pengajian kitab yang dilakukan oleh ustaz-ustaz bertauliah di sini. Sedikit perkongsian Ilmu yang diperolehi :
Imam As-Syafie telah menggariskan beberapa syarat untuk memperolehi ilmu
1. Cerdik
2. Ijtihad (Bersungguh)
3. Tamak dan Loba pada Ilmu
4. Ada Belanja
5. Turus Zaman (masa yang panjang)
6. Pandai guru mengajar
Begitu banyak mutiara ilmu yang diperolehi meski pengajian kitab tidak dapat dihabiskan sepenuhnya. Bukan jumlah kitab yang nak dihabiskan tetapi ilmu yang diperolehi itu yang dimanfaatkan. Suasana Pondok memang suatu yang baik untuk membangunkan sahsiah dalaman diri disamping menguatkan ilmu fardhu kifayah kita agar ianya bergerak seiringan. Terasa diri kita kanak-kanak yang baru mula bertatih dalam menuntut ilmu fardhu Ain ini. Amanat Tuan Guru Haji Salleh ''bezakan mana Hak dan mana yang batil''
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^