Saturday, 11 January 2014

PUISI TERINDAH UNTUK KALIAN

Bismillah Alhamdulillah

Tarikh di kalendar masihi menunjukkan 11/1/2014.. bersamaan 9th Rabiulawal 1435H. Petang usai asar ini, hati sedikit tidak keruan jadinya.. 

apa mungkin kerna semester ini yang semakin tiba ke penghujungnya?
atau sebab bakal merindui sahabat-sahabat yang bakal meninggalkan diri ini?

Jadi kacau bikinannya... konsentrasi belajar untuk kertas peperiksaan terakhir besok juga gundah. 

Tidak mengapa.. 

Tinta ini bisa mengobat insyaAllah.

Puisi terindah ini untuk kalian sahabat ku..

Sahabatku..
adalah titisan embun pagi,
yang jatuh membasahi gersang hati.
Hingga mampu menyuburkan
seluruh taman sanubari
dalam kesejukan

Sahabatku..
adalah bintang-bintang diangkasa raya
yang menemani kesendirian rembulan yang berduka.
hingga mampu menerangi gelita semesta
dalam kebersamaan..

Sahabatku...
adalah pohon rendang dengan seribu dahan
yang memayungi dari terik matahari 
yg tidak tertahankan...
hingga mampu berikan keteduhan...
dalam kedamaian.

Wahai angin pengembara
Khabarkanlah kepadaku tentang dirinya

.........

Sahabatku..
adalah kumpulan mata air dari telaga suci
yang jernih mengalir tiada henti.
Hingga mampu menghapuskan dahaga diri
dalam kesegaran..

Sahabatku...
adalah ibarat hujan yang turun..
menyirami setiap muka bumi yang berdebu.
Hingga mampu membersihkan mahkota bunga
dan dedaunan..
dalam kesucian.

Sahabatku...
adalah intan permata yang indah..
sebagai anugerah tiada tara..
hingga mampu menebar pesona jiwa
dalam keindahan.

Ya Allah...
eratkan dan peliharalah ukhuwah ini keranaMU..
hingga berakhir menang atau Syahid..
dalam keredhaan.

~Nature Mujahid
11/01/2014












Meski hanya sebagai sahabat.. tapi kalianlah pendamping perjuanganku yang paling setia.

Tuesday, 7 January 2014

** UNTIL JANNAH WE PROMISE **

Bismillah Alhamdulillah

Jarum jam sentiasa berjalan tanpa henti walau tiada kaki

Siang dan malam beredar mengikut peredaran masa yang telah ditetapkan oleh Illahi. Sinaran pagi matahari yang menyilau mata memandang menghadiahkan radiasi vitamin D ditambah dengan sayup-sayup burung berkicauan bersama ahli jawatnkuasa persatuan burung-burung aktif pada waktu pagi yang menghasilkan simfoni alam sejuta ilham diganti dengan kecantikan sinaran bulan yang indahnya tidak setanding dengan kekacakan pada wajah nabi Muhammad s.a.w.

Tick..tock..tick..tock..

Sekarang dah awal bulan Januari, musim peperiksaan sudah dipertengahan juga bakal berakhir.. tidak lama lagi dah nak habis tahun akhir di varsity ini dan akan berjauhan malah ada hilangnya insan-insan yang selama ini tidak pernah jemu mencari hati-hati yang inginkan keindahan Islam dan berasa hidup di bawah bayangan Al-Quran.. hati-hati amilin yang suka duka membela syariat Allah

Begitu pantas sungguh masa berlalu, ku kira masih terngiang-ngiah baiah yang pernah di materi 3 tahun yang lalu... 

Air mata berderai, mencurah-curah bagai air sungai kinabatangan. Indahnya hidup dengan membaca , memahami al-Quran itu sendiri, kadangkala seperti Allah sedang berkata-kata dengan kita. MasyaAllah, betapa dekatnya Allah dengan kita kan. Kita yang mencari jarak itu.

“Hidup di bawah naungan Al-Qur’an adalah suatu nikmat. Nikmatnya tidak dimengerti kecuali oleh orang-orang yang merasakannya.” (Sayyid Qutb).

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan biarpun perpisahan itu berakhir dengan air mata. Kadang-kadang banyak lagi air lain yang dihabiskan contohnya air Milo, air teh dan beraneka air, al maklumlah buat jamuan... heee,

Namun ianya tidak boleh dipisahkan seperti Adam dan Hawa, pungguk dan bulan serta langit dan bumi. Biarpun masa dan tempat yang telah memisahkan kita tetapi hati-hati kita pasti akan sentiasa bersatu walau di mana saja kita berada kerana hati kita sentiasa dipegang oleh Ilahi. Sweet kan??

Manik jernih deras mengalir lagi

Walaupun kadangkala ada pertelingkahan untuk kita mengenali diri masing-masing, tetapi Allah tetap memelihara rasa kasih dan sayang antara sesama kita. Biarpun ukhwah kita tidak sehebat dan seerat ukhwah agung Rasullullah dan Saidina Abu Bakar hatta para sahabat yang lainnya… tapi kita sentiasa berusaha melapang dada untuk menerima kelemahan diri masing-masing. Biarlah tali takwa dan ukhwah ini dapat membawa kita untuk berjiran dengan Rasulullah  .. Ukhwah fillah

Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Riwayat Muslim)

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah. Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..

Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini… Kutetap mengharapkan kita bersahabat…
Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke Jannah. Aku ingin berkumpul dengan kalian lagi disana, meski aku tidak mengetahui apa aku kelak bisa menyertai kalian.

……………….

[Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati hati ini..
Berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu kerana mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ikatannya, kekalkan kemesraannya antara hati hati ini, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang sebenar.....

Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman, dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu, suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki. Jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu.

Restuilah Nabi kami, Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda, serta sahabt-sahabat Baginda seluruhnya juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banykanya. ]

…. Rabithah ini bersaksi wahai sahabat.. Jangan sekali lupa meratib namaku dalam doa kalian.. seperti mana diri ini meratib satu-persatu hadiah kurniaan Allah kepada ana.


Kenangan terindah
:: 30/10/2010 - 07/01/2014 ::

~M.A.M.D

BINTANG-BINTANG DI BUMI

Bismillah Alhamdulillah


Dikala terjaga daripada lena, jam menunjukkan 5.30am. Perkara pertama di buat selepas buka mata ialah check fb.. Alhamdulillah.. menerima perkongsian nasihat daripada seorang sahabat seperjuangan. Sungguh ana tersentuh dengan perkongsian ini..

Ada nasihat tentang "Qiyamul Lail" yang sangat menyentuh. Syeikh Umar Abdul Kafi pernah berkata, bahwa: 

"Rumah-rumah yg di dalamnya dilakukan Qiyamul Lail itu memancarkan cahaya yg dilihat oleh penghuni langit, seperti kita melihat langit di malam hari, di sana ada bintang-bintang. Jadi Malaikat-malaikat itu melihat ke bumi dan mendapati cahaya dari rumah-rumah yang dilakukan Qiyamul Lail di dalamnya".

Yang lebih menyentuh lagi..

"Ketika Malaikat itu terbiasa melihat cahaya di rumahmu karena setiap hari penghuni rumah melakukan Qiyamul Lail, tapi tiba-tiba rumah itu tidak bercahaya, mereka akan bertanya-tanya: 'Kok jadi gelap gitu? Biasanya kan bercahaya?'. Lalu ada yang menerangkan kepada mereka, bahwa 'Penghuninya mungkin lagi sakit, atau lagi sedih berduka, dan lain lain. Maka, Malaikat-malaikat itu mendo'akan agar engkau yang sedang sakit segera disembuhkan oleh Allah, jika sedang punya masalah berat agar diringankan dan dimudahkan segala urusannya, sesuai kondisi yang ada. Mereka lakukan itu, karena rindu melihat rumah mu bercahaya lagi.."


Allahurabbi... sungguh tersentuh dengannya.

moga kita Semua beroleh istiqamah untuk menghidupkan malam.. kerna sinarnya persis bintang terang di mata penduduk langit.

:')

Sunday, 5 January 2014

HUKUM MENGUCAP SAMBUTAN PERAYAAN PADA BUKAN MUSLIM

Bismillah Alhamdulillah


25th December 2013 baru saja berlalu, dan serentak itu Christmas juga disambut oleh ribuan penganut Christian. Mesti ada diantara kita yang rasa bersalah samada hendak wish ataupun tidak... jangan risau, entri ini bisa membantu insyaAllah.

PANDANGAN AL-QARADAWI BERKENAAN UCAPAN TAHNIAH DENGAN KEDATANGAN PERAYAAN AGAMA SELAIN ISLAM

Al-Qaradawi adalah antara ulama yang menyatakan keizinan mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan agama selain Islam. 

Dalil-dalil yang digunakan oleh beliau adalah seperti berikut; 


1. Firman Allah yang bermaksud, "Allah tidak halang terhadap mereka yang tidak menyerang agama kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari negara kamu, bahawa kamu melakukan kebaikan dan keadilan kepada mereka. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang melaksanakan keadilan" (Surah al-Mumtahanah)

Menurut al-Quran, ayat ini adalah panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dalam hubungan antara muslim dengan non muslim.


2. Firman Allah yang bermaksud, "Hari ini dihalalkan kepada kamu perkara baik; makanan mereka yang diberikan kitab adalah halal bagi kamu dan makanan kamu halal bagi mereka; perempuan yang baik dari kalangan mukminat dan perempuan dari kalangan mereka yang diberikan kitab sebelum kamu" (Surah al-Maidah, ayat 5)

Dalam ayat ini, Allah swt pamerkan keharusan memakan sembelihan ahlu kitab dan dibenarkan berkahwin dengan perempuan mereka, sedangkan al-Quran nyatakan pernikahan adalah untuk capai kasih sayang. 

Firman Allah yang bermaksud, "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir" (Surah al-Rum, ayat 21)


3. Setengah yahudi telah datang berjumpa dengan Rasulullah dan mereka berlumba-lumba mengucapkan salam. Aisyah maklumkan bahawa mereka berkata "al-sam" (mati), bukan "al-Salam" (sejahtera)

Dijawab nabi dengan kata baginda yang bermaksud, "Allah itu menyukai kasih sayang pada semua urusan" (muttafaq alaih)

Dari hadis ini, dipamerkan bahawa Islam menggalakkan kasih sayang dalam hubungan bersama dengan orang bukan Islam dan melarang mengambil sikap keras terhadap mereka. 

4. Firman Allah yang bermaksud, "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu" (Surah al-Nisa' ayat 86)

Ayat ini mengajar bahawa sesuatu ucapan itu hendaklah dibalas dengan yang lebih baik. Ekoran itu, dibenarkan memberi ucapan kepada mereka jika mereka berlumba-lumba untuk memberi ucapan baik kepada kita. 

Tidak baik bagi muslim bahawa dia kurang memberi penghormatan. Ini kerana, Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud, 


"Mukmin yang sempurna iman adalah mereka yang baik akhlak" 

Dan hadis bahawa nabi saw ada bersabda, "Aku dibangkitkan untuk sempurnakan keindahan akhlak" 

5. 
Diriwayatkan bahawa majusi berkata kepada Ibn Abbas, Assalamualaikum.

Ibn Abbas menjawab, Waalaikum salam wa rahmatullah. 

Setengah rakan-rakan beliau bertanya, apakah kamu mengatakan rahmat Allah untuk mereka? 

Dijawab ibn abbas yang bermaksud, "Apakah tidak kerana rahmat Allah mereka hidup?" 


Dari dalil-dalil yang dikemukakan ini al-Qaradawi menyatakan bahawa keizinan bagi muslim mengucap tahniah dengan kedatangan perayaan agama mereka, sama ada dengan menghantar kad atau dengan ucapan lisan yang tidak merangkumi mengagungkan syiar dan ucapan keagamaan mereka. Juga, ucapan itu tidak bermaksud akui dan redha dengan agama mereka. Dengan maksud, ia sekadar ucapan mujamalah atau ucapan kesopanan, pamerkan sikap hormat dan berbudi bahasa.

al-Qaradawi juga mengomentari dengan menyatakan bahawa tidak dilarang menerima hadiah dari mereka kerana melihat bahawa Nabi saw menerima hadiah non muslim seperti muqawqis mesir dan sebagainya. Namun, hadiah itu hendaklah bukan perkara yang diharamkan Islam seperti arak dan daging babi.

al-Qaradawi juga memandang bahawa tidak boleh muslim itu menyambut perayaan keagamaan tersebut seperti menyambut aidul fitri dan aidul adha, tetapi ia tidak salah jika sekadar memberikan ucapan.

al-Qaradawi ada juga mengomentari pendapat Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah yang melihat keras tentang perkara ini dalam kitab iqtida' Sirat al-Mustaqim. Komentar al-Qaradawi adalah bahawa fatwa Ibn Taimiyyah merujuk kepada situasi di zaman beliau. Dengan maksud, jika Ibn Taimiyyah berada di era kini; era dunia semakin berhampir-hampiran, keperluan manusia kini berhubungan antara satu dengan lain, ada sebilangan muslim menuntut ilmu dari orang bukan Islam dan berbagai lagi, sudah pasti dia perlu hargai perubahan fatwa di era kini yang tidak sama dengan era dahulu. 

(al-Qaradawi, Fatawa Maasarah, Dar al-Qalam li al-Nasyr wa al-Tawzi' - kaherah, Kuwait : 2002 - 1422, hlmn 668 - 673)


Di edit oleh : Naturemujahid

"SAYA NAK BERDEBAT DENGAN DR.MUHAYA"

Bismillah Alhamdulillah


Isu ini sudah berlalu beberapa bulan yang lepas, kata-kata yang dikeluarkan oleh Dr.Muhaya mengenai kenaikan harga barang.. Rasanya masih belum terlewat untuk berkongsi cetusan warkah daripada seorang rakyat Marhein seperti diri ini. 

Ana tertarik dengan hujah yang disertakan serta pengualasan kata-katanya.. membuka minda. 

[Assalamualaykum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ke hadapan Prof. Dr. Muhaya Mohamad,

Nama saya Amir Hamzah B. Akal Ali. Seorang lelaki yang dilahirkan di Kedah Darul Aman, pada tahun 1988 dan sekarang menetap di Shah Alam. Saya sudah bernikah, tapi kami dok asing – asing. Maka saya tidak tinggal sebumbung dengan isteri saya. Kami belum ada anak lagi. Jadi kos isi rumah kami tak tinggi. Di rumah yang saya tinggal sekarang, saya duduk dengan seorang lelaki atheis. Kami sama – sama membayar sewa rumah, sekitar RM100 seorang.

Setiap hari, saya akan keluar menutup pagar rumah dan pergi ke Masjid India, di Kuala Lumpur, untuk melihat rakyat – rakyat saya yang miskin menjaja dihambat hujan dan syaitan bernama DBKL. Saya tidak mahu menjadi seorang intelligentsia socialist maka saya memberanikan diri sendiri untuk terlibat di akar umbi memerhati sendiri, mencakna diri, melihat segala potensi apakah yang perlu dilakukan untuk memberdayakan rakyat – rakyat melarat di bawah. Ini saya panggil sebagai PAR, Participatory Action Research, yakni terlibat aktif dalam melakukan pengkajian. Inilah yang saya melakukan setiap hari, di samping duduk bertapa seperti seorang pikun tua bernama Siddhartha Gautama Buddha di hadapan rumah ibadat dan memerhati manusia – manusia yang ada rahmat, adanya laknat.

Prof. Dr. Muhaya Mohamad,

Dr. Muhaya apakah khabar? Apakah baik? Saya terpaksa menceritakan sedikit sebanyak latar saya terlebih dahulu untuk pengetahuan Dr. supaya Dr. tahu bahawa, kebanyakan tafsiran yang kita melakukan terhadap kehidupan di dunia ini, adalah berdasarkan pandangan yang kita melihat setiap hari, dan kondisi social di mana kita tinggal dan mencerap alam sekeliling, dan paling akhir, adalah tafsiran jenis mana yang kita mahu guna dalam kehidupan seharian. Pertama, pandangan yang kita melihat setiap hari, kedua, latar yang kita tinggal, dan akhirnya, tafsiran jenis mana yang kita mahu guna.

Jadi jika kita tinggal dalam persekitaran yang kotor, yang bersesak padat, yang penuh dengan manusia – manusia proletar yang saban masa bekerja mencari rezeki, maka kita akan menghasilkan ‘sebuah analisa ringkas’ terhadap kehidupan yang kita mengalami setiap hari.

Sekiranya kita tinggal dalam alam ‘ana enta’, yang dipenuhi mat – mat berkopiah dan minah – minah berpurdah yang setiap hari bercakap dengan bahasa asing, dan perasan akan masuk syurga, maka segala jargon – jargon kita akan menghasilkan bau – bau ‘wangi’ seolah – olah kita berada di dalam syurga, dan orang lain yang tidak tinggal di dalam alam ‘ana enta’ adalah ‘the others’.

Dan sebegitu juga dengan Dr. yang kehidupan dr. saya berpandangan tinggal dalam alam ‘kelas menengah’ yang cuba berucap dengan ucapan – ucapan kasih dan cinta melalui bahasa – bahasa motivasi, dan dr. berpandangan bahawa semua kesusahan dan keluh kesah rakyat Malaysia adalah kerana tidak berfikir seperti Dr, apakah saya betul?

Prof. Dr. Muhaya Mohamad,

Saya apabila kurang sejam yang lalu, mendapat tahu bahawa Dr telah mengucapkan sesuatu yang agak pedih, dan menyakitkan orang – orang biasa seperti kami, membuatkan saya menjengah Google untuk mencari sedikit sebanyak maklumat tentang Dr.

Sebetulnya saya memang anti sama sekali kepada sosok – sosok yang hidupnya tidak sedar bahawa, kehidupannya adalah saling bersentuh – sentuhan dengan kehidupan – kehidupan yang lain, dan kemudian dia mengeluarkan cakap – cakap, bicara – bicara yang sarat dan tepu dengan nada individualistic dan dia menyangka, kehidupan yang dia memperoleh adalah hasil kudrat dia dan pasangannnya kumpul. Saya sangat marah.

Apa – apa sahaja yang Dr makan setiap hari, apa – apa sahaja yang Dr pakai setiap hari, apa – apa sahaja, diulang, segala – galanya adalah kena mengena dengan orang lain. Adalah tidak masuk akal, bahawa dengan kekuatan Dr, lah yang menyebabkan Dr boleh beroleh kehidupan yang senang dan lenang sekarang ini. Ini adalah tipudaya dunia yang fana. 

Jika tidak ada audien yang datang mendengar ceramah motivasi dari dr., dr. sendiri pun tidak akan mampu menjanakan pendapatan sendiri. Sama ada dr. terpaksa meminta Dr. Azmi Jamion untuk memberikan nafkhah kepada Dr. atau Dr. Noor Aniah, iaitu Dr pengkhususan Oftalmologi atau Dr. Noor Atiyah untuk memberikan saraan bulanan kepada Dr. selaku ibu mereka. Saya pun tidak pasti adakah Dr. masih bekerja lagi sebagai Pakar Perunding Mata di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Saya tidak pasti.

Jika ya, ternyata benarlah telahan saya, segala – gala kata – kata yang dikeluarkan oleh dr. adalah terlahir dari kehidupan seorang bourgeois yang tinggal menetap dalam alam ‘middle class’ dan mahu bersurah tentang ketenangan. Apa ini?

Saya terpaksa membawa segala kaum kerabat dr. di sini kerana, inilah yang sepatutnya dipaparkan. Kehidupan Dr. yang sangat elite sama sekali, Dr. mahu samakan dengan kehidupan rakyat marhaen yang jauh lebih terseksa daripada dr.

Saya sendiri pun masih merasakan, saya mempunyai bau – bau middle class, dan sedang berusaha membuang bau – bau ini dengan sedaya upaya mengabdikan seluruh kehidupan saya kepada proletariat, kepada seluruh kaum mustadhafin.

Bahkan orang – orang yang kebanyakan membaca tulisan saya juga, menggunakan segala gajet – gajet canggih, pun belum tersisih dari bau middle class.

Cumanya kami tidak berani untuk mengeluarkan pandangan – pandangan yang sarat dengan kejelikan bahawa rakyat di bawah belum cukup bersyukur dan bertenang lagi?

Solusi keluar dari bebanan hidup

Dr,

Solusi keluar dari bebanan hidup dr. sangat mengelirukan sama sekali, sangat elite, sangat bourgeois, sangat middle class, dan sangat tidak patut sama sekali keluar dari mulut dr.

Malangnya ia terkeluar juga, memperlihatkan sejauh mana sejauh mana sensitivity seorang terpelajar terhadap penderitaan marhaen? Apakah ilmu – ilmunya, yang ia peroleh hasil kerja keras kaum pekerja yang membangunkan segala infrastruktur untuk daulah, akhirnya akan berpihak kepada rakyat terbanyak, ataupun cuma kepada segelintir yang tamak? Ilmu – ilmu dr, akhirnya akan berpihak kepada siapa?

Pada minit 0.30 dr. mengatakan dr. bersimpati terhadap kenaikan kos hidup, kemudian dalam tidak sampai satu minit, dr. mengatakan, tidak ada harga akan turun, bermaksud, segala kenaikan ini, mahu atau tidak, setuju atau tidak setuju, kita kena merubah cara berfikir kita, untuk terpaksa bersetuju, pasrah, atau redha kepada kenaikan yang membebankan ini.

Minit 0.51 dr. mengatakan pula, bahawa bukan apa yang berlaku itu adalah penting, tetapi yang paling terpenting adalah respon, adalah bagaimana cara kita menyikapi itu adalah yang paling penting.

Saya memang dah tak mampu untuk faham bagaimana ‘teori’ dr. iaitu keadaaan yang negative akan berubah menjadi baik bila di + dengan response yang positive. Ini teori siapa yang ajar ni? Apakah semua ahli motivasi telah menerima tarbiyah yang sama? Tarbiyah ulat dalam batu pun boleh hidup? Ini teori yang Karl Marx pun akan bunuh diri.

Saya fikir teori poyo dr. itu dihasilkan oleh dr. ketika dr. sedang bercanda gurau di hadapan family tanpa merujuk buku – buku ekonomi dan terlibat secara aktif dalam kancah pergelutan dan pergulatan massa di jalanan. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli bawang. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli cili. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli lobak merah, timun, kacang panjang, dsbnya. Seolah – olah dr. tak terkesan langsung dengan kenaikan harga barang. Seolah – olah dr. di rumah menanam sayur hidroponik, ataupun tinggal di kampung dan menggunakan air telaga, dan ketika malam, dr. menggunakan api lilin atau pelita. Saya tidak tahu bagaimana dr. pergi bekerja setiap hari. Adakah menaiki kuda? Ataupun menunggang unta? Saya tidak tahu. Jika begitu kehidupan dr. saya ucapkan, salam saya sebagai seorang environmentalis

Saya tak fikir gerakan Islam PAS yang mengajar dr. berfikir sebegini. Kerana saya membelek – belek Harakah, seminggu dua ini, mereka mula mengajak rakyat, seperti biasa, untuk tindakan cliché mereka, iaitu turun beramai – ramai ke jalan untuk membantah segala harga kenaikan yang tidak munasabah ini.

Aksi ini meski cliché, lebih munasabah dari idea pasrah dan ubah cara berfikir dr. itu. Cara dr. akan menyebabkan Rosmah akan semakin boros dan boroi dengan harta Negara akan masuk ke dalam coli beliau. Adakah dr. tidak berfikir apa – apa tentang perempuan puaka ini? Sampai bila dr. cuma mahu menjual air liur dr. kepada kami?

Kenapa pemerintah tidak pernah terusik pun dengan motivasi – motivasi orang seperti dr?

Begitu ramai orang masih terperangkap dalam akta tahanan SOSMA, apakah idea motivasi dr?

Begitu ramai gelandangan tepi jalan masih belum keluar dari keterpurukan social, apakah idea motivasi dr?

Begitu banyak masalah di dalam daulah ini, dan dr. menyangka kami menonton tivi setiap hari dan tidak produktif?

Untuk pengetahuan dr. saya beritahu berterus terang, rumah saya ada seketul peti tivi. Tetapi kami tidak berminat untuk menontonnya. Kerana tivi banyak cerita bodoh dan bohong. Kami lebih membazirkan (jika ini dikatakan pembaziran) masa kami di hadapan internet dan melakukan aktiviti subversive terhadap regim (jika ini dikatakan pembaziran).

Dan dr. saya sebenarnya mahu menulis lebih panjang lagi untuk mengkritik sifat elite dr. Cuma terakhir, dr. perlu ingat, rakyat di luar bukan sahaja pandai membuat sambal tumis, bahkan lebih dari itu lagi, dan hampir kebanyakan 20 an ke atas telah melakukan lebih dari satu pekerjaan, untuk boleh suit dengan kehidupan yang membebankan ini.

Adakah dr. menyedari?

(dan saya tidak merokok. Tapi saya bercadang untuk menanam ganja sebagai persediaan ekonomi yang kian celaka dan system pendidikan musibat yang cuma menghasilkan elite – elite seperti dr)]

.......

Pada pandangan ana sendiri.

Apa yang dihujahkan oleh Prof boleh dilihat sebagai betul jika dikhususkan atau dengan kata lain dilihat dari sudut gambaran kecil - fokus kepada kuasa pemikiran positif. Jika dicambah kepada gambaran besar.. maka akan muncul banyak lubang (loop hole) penjelasan kurang lengkap dan menyeluruh.


Jika kita lihat manusia yang jauh lebih unggul dari Prof iaitu Umar ra.. pendekatan adalah berbeza.

TIDAK sibuk dengan banyak keluar kata-kata motivasi.

Sendiri tunjukkan yang beliau sendiri pun sangat susah.. kepada rakyat beliau yang merungut.

Saya sarankan Prof Dr Muhaya buat 2 perkara ini:



1. Pergi keluarkan kata-kata motivasi kepada pemimpin-pemimpin kerajaan secara bersemuka.atau buat video motivasi khusus untuk mereka.


2. Tukar dari cara kehidupan bercukupan kepada kesempitan seperti yang ditunjukkan oleh Umar ra.

Saya rasa.. kredibiliti Prof akan bertambah baik semula.. pada pandangan ramai rakyat  jelata.. selepas itu.


Nukilan : Naturemujahid

LAUTAN

Bismillah Alhamdulillah



Lautan... biru laut, kesegaran bayu dan airnya..


sangat sinonim dengan diri ini. Anak kelahiran pesisir, lautan memaut jiwaku. Apa yang bisa kita pelajari daripada alam?



Laut contohnya?  



Ana ingin bagi analogi mudah.. pemikiran seseorang itu.. ada yang Allah kurniakan mampu melihat jauh, ada yang tidak.. kebiasaannya yang pandai, berfikiran jauh dan sewaktu dengannya, suka memandang berbeza dan memandang lain insan yang lain daripada mereka.



Bagi yang mempunyai pemikiran yang jauh... tidak perlulah memandang jengkel kepada manusia yang berfikiran singkat... kerana keupayaan mereka itu hanya sekadar di situ mampu difikirkan. Ia seperti lautan... ada yang mampu duduk di tepi pantai.. ada yg sekadar berdiri di gigi air... ada yang sekadar mampu berdiri sehingga paras badan... ada yang mampu berenang.. ada yang mampu menyelam... begitu juga dengan pemikiran...

Adalah lebih baik melihat sesuatu perkara daripada beberapa perspektif... kemudian ambil yang terbaik...

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama) mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." (Az-Zumar Ayat 18)



..........



Belajar daripada firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 190-191



Nukilan oleh : Pawaka Lagendaria

Di edit oleh : Naturemujahid